Tengah hari tadi, Mak call. 2 kali. Jadik missed call sebab aku tak jawab. Aku keluar lunch dengan Oppa. Tertinggal handphone kat opis.
Lepas solat Zohor, aku call Mak pulak. Owh... rupa2nya, Mak nak buat aduan pasal handphone. Tengah ghalit sembang dengan kawan, terputus katanya... Mak try call back, tak dapat. Mak risau, kot2 la handphone ada problem ke... atau pun kredit habis ke...
Aku check, kredit Mak banyak lagik. So, bukan masalah kreditlah & bukan jugak masalah handphone. Sebab elok je Mak boleh call aku sampai 2 kali missed call. Mungkin bateri handphone kawan Mak habis kot... Mungkin la...
Lepas tu, Mak bercerita lagik. Dah nak khatam quran beramai2 katanya... Setiap pagi, Mak & geng surau bertadarus kat surau. Alhamdulillah... dah hampir khatam. Seronok sangat suara Mak. Aku pun tumpang happy. ;)
Petang tadi, aku call Mak lagik. Saja2 je... Sambil sembang pasal nampak 'Atok' (suami nanny Rania) bawak Rania round2 taman naik motor. Dengan headband munge seketol kat kepala, dengan muka slumber tak boleh blah... Rania cool je. Tergelak jugak Mak dengar cerita aku. He3...
Mak kata, Mak ada aktiviti dengan Acik Faizah & geng surau yang lain. Hantar beras & makanan ruji yang lain2 ke rumah insan2 yang memerlukan. Dana datang dari sedekah jariah.
Mak kata lagik, dulu kita pun pernah susah. Sekarang, bila Allah dah murahkan rezeki kita sikit, dengan kelapangan waktu yang ada, jangan lupa pada yang kurang berkemampuan. Kita bukanlah sekaya mana. Tapi, kita masih mampu sediakan makan pakai, masih mampu 'bernafas'. Apa salahnya kalau kita hulurkan tangan. Mungkin sedikit sebanyak boleh kurangkan beban mereka.
Jangan lupa asal-usul. Pesan Mak masih & sentiasa dekat di hati. In shaa Allah...
:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::
No comments:
Post a Comment