SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, February 6, 2015

MEE GORENG ISTIKHARAH CINTA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Nama resepi tu, seperti biasa, memang hot! Ha3...

Bahan2:-

1 bungkus mee (dicuci bersih & ditoskan)
2 keping tauhu lembut
1 pokok sawi (dipotong)
2 keping fishcake (dihiris)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tomato
1 sudu besar kicap masin
1 sudu sos tiram
3 sudu besar cili kisar
Minyak masak
Serbuk kunyit
Garam
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur tauhu lembut dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng tauhu lembut hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Perasakan dengan sos tomato, tiram, kicap manis & masin.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan sawi & fishcake.
6) Masukkan mee. Sebatikan & masak seketika. Angkat & hidangkan bersama tauhu lembut yang telah digoreng tadi.

~ Mee Goreng Istikharah Cinta

Penangan marathon Istikharah Cinta malam ni. Jangan lupa nonton ye, you ols..! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



4 comments:

iryanty ahamad said...

dah lama tak makan mee goreng macam ni...last sekai makan zaman sekolah dulu kat kantin

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

haish..yang nengok mee goreng ni pun rase nak beristikharah jugak sedap nya...hahahhaha

ArELeEz said...

iryanty ahamad,
free2, buleh la wat. ala2 #throwback.

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
selamat b'istikharahlah. ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google