SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, June 22, 2015

IFTAR 3 RAMADAN 2015

'Balik kampunggg...... Oooooo...... balik kampunggg...... Hati giranggg...... La3......'

Gumbiranya hati bukan kepalang. Al maklumlah... nak balik kampung, berbuka puasa dengan Mak. Heh3...

Singgah PARAM Teluk Intan dulu, beli apa2 yang terberkenan. Masa tu pukul 6 petang. Dah agak lewat cenggitu pun, PARAM masih dilitupi manusia. Nak carik parking pun berchenta jugaklah kekdahnya...

~ Nasik putih + ikan bawal cermin cili padi + ayam goreng berempah + pajeri terung + kari daging + takoyaki + agar2 laici

Mak masak ikan bawal cermin cili padi. Lauk2 lain semua made in PARAM. Kesimpulannya, lauk yang Mak masak jugaklah yang paling daebak!

I heart Takoyaki very much! Owh... walaupun 1st time merasa tapi, aku dah jatuh chenta. Nom3..!!!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, June 21, 2015

IMSAK 3 RAMADAN 2015

Bangun pukul 4.40 pagi. Canteklah tu kan... Sempat sangat kalau nak masak yang simple2.

Sambil memasak tu sambil pikir... " Petang ni nak berbuka apa la pulak, ek?"

Haaa... nampak tak perancangan awal seorang isteri mithali di situ..??! Ahaks3...

~ Nasik putih + sambal tumis ikan bilis + telur dadar + ulam kacang panjang + air sirap suam

Sekian, melaporkan... Peace! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, June 20, 2015

IFTAR 2 RAMADAN 2015

Gantung kuali... gantung periuk... gantung sudip... segala2 kitchen utensils lah sebab 'chef amatur' off memasak. Oppa kata, Cik Am & Mak Ngah ajak berbuka puasa kat Selabak. 

Oppa amik aku kat opis pukul 5.30 petang. Ada kerja sikit katanya... Ding dong... ding dong... pukul 6.30 petang jugaklah baru keluar dari rumah. Sampai kat Selabak, tolong2lah hidang apa2 yang patut... Rajin tak? Rajin tak? Ha3...

Menu iftar adalah seperti berikut:-

Nasik putih
Sup daging
Ayam goreng berempah
Sotong masak kicap
Bawal 3 rasa
Kailan ikan masin
Sambal tahun
Sambal kicap
Cekodok durian
Tembikai
Air oren, teh susu & jagung

Nampak banyak kan? Tapi, yang aku ngap nasik putih + sup daging + sotong masak kicap + sambal kicap + tembikai + air oren je. Rasa mencukupi sangat dah.

Lepak2 kejap... pukul 9 malam, balik rumah. 


:: A.R.E.L.E.E.A.F.F.E.N.D.Y ::



IMSAK 2 RAMADAN 2015

Bukan terjaga secara semulajadi. Tapi, sebab alarm yang dari 3 dari gadget tu. Eh, silap! Dah 4 semuanya, add on jam loceng... kringgg3...... Akibat memiliki gegendang telinga yang kebal la ni. He3...

Pukul 4.30 pagi, start bukak mata pelan2. Macam kena stapler, owh... mata ni..! Sedeh! & disebabkan itu jugaklah aku postpone bangun, kengkonon lagik 15 minit. Masalahnya, haub... ke laut..! Wake up call Mak jugak yang kejutkan anakanda tau..! Hu3...

Bahan2 yang wajar dicampak2 ke dalam kuali memang awal2 dah disiapkan. Lebih mudah & agak pantas untuk 'chef amatur' yang memasak style manja2 macam ah kak ni. 

~ Nasik putih + ikan bawal cermin goreng + ikan bilis cili padi + air sirap suam

Alhamdulillah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::





Friday, June 19, 2015

IFTAR 1 RAMADAN 2015

Nekad nak masak! Apa nak jadik pun... jadiklah! Ecewah! ;P

1 Ramadan ni... aku agak manja terlebih sikit. Pergi kerja nak berhantar... balik kerja nak ber-amik... dengan alasan: Tak larat nak tukar gear & tekan pedal minyak. Nasib baik Oppa terpedaya dengan alasan tersebut. Ha3...

~ Hero of the day adalah nasik putih, ikan bawal cermin goreng, sayur manis kacang panjang & sambal belacan. Side dishesnya pulak adalah keropok lekor (goreng sendirik), popia basah (tapau PARAM), mee goreng & kuih buah melaka (air tangan Kak Ja & Cik Nad. Terima kasihlah, ye..!)

Menu seperti di atas ni (yang air tangan aku la...) memang dah pikir sehari sebelumnya. Sebab kalau tak pikir awal, semangat memasak tu agak ke laut! Even nak pegang kuali pun rasa macam... alahhh... haiii... tak kosenya..! Cenggitu... ;P

So far, perut Oppa & #JiHyo gumbira dengan menu tersebut... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, June 18, 2015

2 PULAU & 1 TASIK

#Throwback

Day 2...

Adventure sikit. Sebab nak ber-island hopping. Wee hooo..!!!

Kalau you ols pun rasa2 teringin nak ber-island hopping jugak, adalah dinasihatkan untuk booking pakej a.k.a boat lebih awal, especially pada peak season. Maksudnya, kalau esok nak pergi, bookinglah hari ni. Cenggitu... Tujuannya adalah untuk memudahkan & nak elak dari 'ketiadaan boat' sebab dah habis kena booking. Kalau lepak lama sikit kat Langkawi, contohnya dalam seminggu, oklah kot. Sebab ada banyak hari lagik boleh ber-island hopping. Tapi, kalau setakat stay 3 hari 2 malam macam kami, memang 1 penyesalanlah kan... Tak sempat kot..!

Kami booking boat selepas dinner kat Maya Seafood Restaurant (Day 1). Kat sepanjang jalan Pantai Cenang tu, bersepah2 company yang menawarkan perkhidmatan island hopping dengan macam2 pakej. Pandai2lah pilih & negotiate harga.

~ Bersemangat betul nak island hopping!

Transport dari Pantai Cenang ke jeti disediakan. Tapi, boleh je kalau nak drive sendirik. Kalau rasa2 malas nak tunggu transport nak balik ke Pantai Cenang lepas island hopping, better drive je transport yang dah disewa. Parking kat area The Lanai, naik boat untuk island hopping, balik semula then, naik je transport sendirik. Takde nak tunggu2 turn bagai... Lebih mudah.

~ Mon buat tunjuk perasaan sebab bot masih tak kunjung tiba. Ha3...

Rupa2nya, boat tunggu kat The Lanai, bukan kat sini. Ini apa ntah nama tempat dia..?! Tak ingat.

~ Tapi, kami happy je. Macam takde apa2 kekusutan yang berlaku. Mungkin sebab excited sangat kot..! Ha3...


~ Duta pelancongan. Hiks...

~ Arrisya pun relax je tido. 

~ Pasangan yang always berchenta... Oppa & #JiHyo. Eceh!

~ Dipendekkan cerita, kami semua dah selamat naik boat. 

~ Amik boat yang besar sikit, boleh sumbat semua ahli rombongan.

Island hopping ni cover 3 tempat iaitu:-

i.   Tasik Dayang Bunting
ii.  Pulau Beras Basah
iii. Pulau Singa Besar

~ Destinasi pertama: Tasik Dayang Bunting

~ Ini tempat makan / lepak yang disediakan. 

Kalau rasa lapor, adalah dinasihatkan untuk makan dulu kat sini. Sebab kalau ko gigih nak angkut segala jenis makanan yang ko bawak tu, bajet nak makan betul2 mengadap Tasik Dayang Bunting, baik rentikan la niat suci murni tu. Monyet adalah banyak, hokay..! Tak pasal2 kang ko kena serang dengan diorang!


~ Kami dah siap2 tapau nasik bungkus masa on the way nak ke The Lanai. Penting nih! Sebab ada ahli rombongan kami yang terdiri daripada kanak2. Kalau lapor then, takde tapau makanan, mau mengamuk diorang! Ngeri pulak monyet2 yang ada di situ kang! He3...

~ Lepas makan, relax2 kejap dalam 5 minit then, bersedialah untuk panjat anak2 tangga ni.

Sempot jugak wooo..! Nak naik sempot, nak turun lutut menggigil. Hah, achaner tu?! Hu3...

~ Berkat keazaman yang tinggi, akhirnya... we ols sampai jugak ke Tasik Dayang Bunting... Fuh, lega..!

~ Selfielah dulu.

Ada 2 main activities yang ko boleh buat kat sini. Pertamanya adalah mandi-manda & yang kedua pulak adalah paddle boating. Aku dengan Oppa memang dah lama mengidam nak naik paddle boat. So, kami pilih paddle boatlah. Tak boleh try dua2 aktiviti sebab kesuntukan masa.

~ Gunung-ganang yang membentuk seperti perempuan mengandung yang sedang baring. Cenggitu la alkessahnya... tasik ni dapat nama.

~ Kadar sewa untuk paddle boat adalah 30 hengget untuk 1/2 jam per paddle boat including life jacket. Kalau rasa2 nak romantik2, relax2, ko kayuh secara manual je la... Agak2 dah penat, pasanglah motor dia. 

~ Lepak di tengah2 tasik & selfie. Owh... indahnya dunia... ;)

Hokay, tak boleh nak romantic lama2 sangat sebab masa dah time. Turun bawah sepantas yang mampu walaupun tercungap2 & tunggu bot sewa kami. Nak ke Pulau Beras Basah pulak.

~ Sampai di Pulau Beras Basah... Nampak tak dah habis basah tu? Sebab kat sini memang kerjanya tak lain tak bukan adalah membasahkan diri a.k.a mandi-manda.

Restoran2 ke... cafe ke... gerai2 ke... yang jual makanan masak memang nan hadolah! Yang ada cuma 1 kedai kecik jual junk food termasuklah Maggi & kalau nak kenyang sikit, ada la roti. Makanya, kami pun belasah la Maggi cup sebab lapor.

Puas mandi-manda, kami naik bot & ke Pulau Singa Besar pulak. Aktiviti kat sini adalah eagle feeding. Banyak jugaklah burung2 helang yang berterbangan megah kat situ. Kagum aku tengok dia makan anak2 ikan yang muncul kat permukaan air. Daebak!

Penat & lapor. Sampai tanah besar, terus laju2 carik makan. Actually, makan sekali dengan My MIL. Tapi, macam 'transparent' pulak My MIL hari tu. Mata ni asik nampak nasik je. Ha3... Adeh!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



IMSAK 1 RAMADAN 2015

Selama ni, Mak yang buat wake up call untuk sahur. Tapi hari ni, magic berlaku! 

Set alarm pukul 4.15 pagi. 2 bijik handphone & 1 tab, semua kasik on dia punya alarm. Nampak tak betapa bersemangat wajanya ah kak kat situ..??! & nampak tak betapa kebalnya telinga ni dengan bunyi2-an segala jenis alarm..??! Ho3...

Pukul 4.25 pagi aku terjaga sendirik! Tanpa alarm & tanpa wake up call. Terkulat2 duduk kat tepi katil sambil capai tab. Nak call Mak, kengkonon aku pulak la yang buat wake up call untuk Mak. Eceh!

Rupa2nya, Mak dah bangun. Tengah panaskan nasik katanya... Mak bajet pukul 4.30 pagi baru nak buat wake up call kat aku. Tapi, tak sangka pulak aku yang wake up call Mak. Betul2 magic Mak kata. Siap nak buat sujud syukur, noks..! Ha3... Hadoi la... Nampak sangat kan... kat situ kan... Ha3...

~ Nasik goreng kampung + sambal telur + air sirap suam

Alhamdulillah...

Hmmm... bangga dapat bangun sahur secara semulajadi... naturally sangattt... Owh3... bangganyaaaaaa3...!!! #SambilKembangKempiskanHidung Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



MENJELANGNYA RAMADAN...

*This is a sticky mode entry. Please scroll down for new updates. Thank you.




Bulan yang indah
Tingkatkan ibadah
Moga2 barakah

Salam Ramadan...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, June 12, 2015

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 56

~ Pagi - Tengahari - Malam

Breakfast:-

2 batang sosej ayam + 1 biji telur rebus + air suam
Bangun awal dari biasa. Bersemangat nak prepare breakfast, noks..! Ha3...

Minum pagi:-

Air suam

Lunch:-

Nasik putih + 1 ekor ikan termenung masak pedas + sayur campur + air suam
Homemade jugak tau..! #MukaBerlagakTakHengat ;P

Minum petang:-

Air suam

Dinner:-

1 ekor sotong cili padi + salad + air suam

Hmmm... semoga konsisten. Fuh3!!! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, June 9, 2015

SKYDOME + SKYCAB

#Throwback

Destinasi ke-2: SkyCab a.k.a Langkawi Cable Car

Sampai2 je, terus carik makanan. Perut berdangdut riang. Tak jumpa nasik, roti & waffle pun bollehhh...

2 orang ditugaskan untuk beli tiket iaitu pasangan Huda-Kerol. Wakil beli pun tak kesah. Asalkan ko bagi IC kat wakil tuh sebab nanti dia nak kena show-off kat kaunter tiket. Tujuannya adalah untuk dapatkan harga warganegara.

Harga tiket adalah seperti berikut:-

SkyCab Package
Dewasa: RM 35
Kanak2 (2 hingga 12 tahun): RM 25

SkyCab With Ekspress Lane Package
Dewasa: RM 85
Kanak2: RM 75

SkyCab With Private, VIP or Crystal Glass Gondola
Private Gondola (4 orang): RM 400
VIP Gondola (3 orang): RM 500
Crystall Glass Gondola (1 orang): RM 85

Kat atas ni antara pakej utamalah. Ada banyak lagik pakej sebab SkyCab bukan sekadar naik cable car seperti dulu2. Ada macam2 aktiviti macam Duck Tour, F1 Simulator, Scrambler & bla3... Combo Fare pun ada, untuk yang sukakan penjimatan. Check it out kat www.panoramalangkawi.com

~ Pok amai2 versi Aisy. He3...

~ #JiHyo & kasut barunya... Ecewah! 

~ Menunggu masa untuk naik gondola.

~ Sesambil berselfie.

~ 'Mak Dats' on vacay... Ececeh..! Ha3...

~ Pengantin tak berapa nak baru. He3...



~ Haaa... yang ni kompom... pengantin baru... forever..! Ahaks3...

~ #JiHyo & Oppa. ;P

~ Berpoluh2 Athirah main giant bubble.

~ Arrisya pun sama.

~ Main bisik2 la pulak. Isk3...

~ Gaya... Mutu... Keunggulan... He3...

~ Giant bubble tersebut.

~ ATV. Boleh sewa.

Tiket kami ada discount. RM 35 seorang kot... merangkumi SkyCab & SkyDome. Syarat wajibnya adalah warganegara. Makanya, IC adalah penting. Foreigners / PATI adalah tidak dilayan untuk discount ini.

Semua naik kecuali Abah, My MIL, A-im, Cik Ani & Aisy. Diorang balik homestay. Berehat.

¬ Queue

Memandangkan tiket tu merangkumi SkyCab & SkyDome makanya, kami kena experience SkyDome dululah. Kalau takmo masuk pun boleh. Tapi, dah alang2 kan... redah je lah. 

SkyDome adalah seperti mini theatrette yang menayangkan visual dalam bentuk 360 darjah 3D selama 10 minit. Bagi aku, layan jugak la... Dengan syarat, kena menghayati. Abaikan orang2 yang ada di sekeliling ko untuk 10 minit tu. Assumelah ko mengexplore 1 dunia 3D seorang diri. 

~ Dalam SkyDome.

Effort yang boleh dipuji sebab boleh kurangkan masa menunggu SkyCab & ke-crowded-an ruang queue. Maksudnya, ada la jugak mende yang boleh dibuat. Takde la ko melangut je... menunggu nak naik SkyCab.

~ Lepas tu, baru naik SkyCab.

~ Oppa yang gayat tak boleh blah!

~ Ok, fine! Angin sepoi2 bahasa tu memang boleh buat jiwa kacau! Hu3...

~ Bulat gigih berselfie.

~ Memula bersemangat waja. Tapi, bila gondola mula naik & berayun2, kompom cenggini la jadiknya Oppa. Dah experienced beberapa kali pun, Oppa still cenggini. Ha3... Hadoi la...

~ Indah

~ 1st station


~ Daebak!




~ Kami tak turun kat last station sebab queue menunggu nak turun bapak ramai! So, duduklah diam2 dalam gondola tu, biar je dia bawak kita turun ke bawah.


~ SkyCab yang dah banyak pembaharuan.

~ Sempat pulak diorang bermain2 dengan fountain sebelum balik. 

Sayonara SkyCab... ;)

Kami dinner di Maya Seafood Restaurant. Aku JKKKK F&B. So, aku memang dah survey2lah places to eat. Antara yang dapat recommendation daripada blogger adalah Maya Seafood Restaurant ni.

~ Nasik putih, sotong goreng tepung, siakap 3 rasa, kailan ikan masin, daging black pepper & tomyam campur untuk 15 orang makan.

Exact harga adalah tak ingat. Tapi, agak berpatutanlah rasanya. Rasa makanan pulak, not bad la... Tomyam tu je hanyir sikit. Mungkin sebab ada kepah ke... lala ntah... dia bubuh sekali dalam tu.

Service ok. Friendly jugak & tak kerek.

So, #JiHyo nak kasik... 3.5/5 mintang..! Hiks...

Maya Seafood Restaurant
Jalan Pantai Tengah, Pantai Tengah
07000 Langkawi, Kedah

No. Telefon: 017-5519873

~ Sebenarnya, sangat penat dah masa ni. Tapi, gigih jugak nak berselfie. 

Day 1 pun dah hectic. Tapi, enjoyce..! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google