SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PASAR RAMADHAN. Show all posts
Showing posts with label PASAR RAMADHAN. Show all posts

Friday, June 19, 2015

IFTAR 1 RAMADAN 2015

Nekad nak masak! Apa nak jadik pun... jadiklah! Ecewah! ;P

1 Ramadan ni... aku agak manja terlebih sikit. Pergi kerja nak berhantar... balik kerja nak ber-amik... dengan alasan: Tak larat nak tukar gear & tekan pedal minyak. Nasib baik Oppa terpedaya dengan alasan tersebut. Ha3...

~ Hero of the day adalah nasik putih, ikan bawal cermin goreng, sayur manis kacang panjang & sambal belacan. Side dishesnya pulak adalah keropok lekor (goreng sendirik), popia basah (tapau PARAM), mee goreng & kuih buah melaka (air tangan Kak Ja & Cik Nad. Terima kasihlah, ye..!)

Menu seperti di atas ni (yang air tangan aku la...) memang dah pikir sehari sebelumnya. Sebab kalau tak pikir awal, semangat memasak tu agak ke laut! Even nak pegang kuali pun rasa macam... alahhh... haiii... tak kosenya..! Cenggitu... ;P

So far, perut Oppa & #JiHyo gumbira dengan menu tersebut... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, August 20, 2011

MENU BERBUKA PUASA 16 RAMADHAN 2011

Dah sampai 16 Ramadhan punya update. Ada lagik 4 hari nak kejor! Fuh! Chaiyok2!!! ;P

16 Ramadhan... kami berbuka kat rumah sendirik jer... Menu plak, seperti biasa, ada yang ditapau & ada yang dimasak sendirik jugak.

Petang tu, my 'sayang' tak dapat amik kat opis sebab ada hal. So, aku tumpang Ros. Sampai rumah, terus bersilat kat dapur! Masak nasik & asam pedas ikan termenung. Bahan2 sume dah siap, actually. Even ikan pun dah siap siang.

Masa pergi pasar ngan mak hari tu, aku beli stock ikan untuk rumah aku sekali. Mak dah siap2 siangkan jugak. Dicuci bersih lagik ko! Owh... heaven betul! He3...

~ So, menu berbuka puasa untuk 16 Ramadhan adalah asam pedas ikan termenung, kuih-muih, satar, daging masak kicap, sambal kerang & air oren. 

Satar tu aku yang request & aku jugak yang makan sorang2. My 'sayang' cuit sket, aci merasa jer. Seketul = 50 sen. Disebabkan aku jer yang bakal makan, so beli 4 ketul = 2 hengget. 

Sodap! Plus, bulan Ramadhan jer ada jual satar kat sini. Bulan tak Ramadhan, nan adonya..! Lain la kat area Pantai Timur nun! Of cos la semedang ado kan... Hmmm... tetiba rasa nak dok kat Pantai Timur plak. Buleh makan satar hari2 secara hebat! Owh... apakah..??! Adeh3...

Lepas nie nak beli lagik. Nak beli banyak2, makan sorang2. Wah! Ada unsur2 tamak haloba di situ..! Tak gitu Cik Senah? Ha3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Friday, August 12, 2011

MENU BERBUKA PUASA 7 RAMADHAN 2011

Masih lagik di rumah mertua...

Berbuka ramai2 memang meriah! Tambahan plak, my 'sayang' ada 10 adik-beradik! Walaupun sume tak dapat join sebab terpaksa balik awal tapi, tetap meriah jugak. Plus, yang balik awal tu Abang Poi & family ngan Bulat jer...

Petang tu, adalah jugak aku tolong2 my MIL masak kat dapur. Sambil diescort oleh Udda & Cik Ani (tunang A-im). Bila dah dekat2 pukul 6 p.m, aku cepat2 mandi sebab nak ke PARAM dengan my 'sayang'. Takde tujuan nak beli apa2 pun sebab makanan yang ada dah banyak derrr..! Ditambah plak dengan kuih-muih yang Abang Udit beli, fuh... memang banyak la kan...

Sampai PARAM, rasa macam nak beli cucur udang la plak. Eh2! Tadi kata takmo beli apa2. Propa, hokay..! Propa! Ha3...

Dah terbayang2 dah rupa paras cucur udang yang disaluti sos tuh. Slurrppp2!!! Hadoi la... Jenuh mencarik sampai ke hujung nun tapi, takde plak orang jual cucur udang. Haish! Kuchiwa ah kak, noks! Last2, beli air tebu jerlah. Hu3...

Kesimpulannya, menu berbuka puasa untuk 7 Ramadhan 2011 adalah nasik putih, ikan termenung + terubuk goreng + cicah, murtabak pisang, roti canai, kuih-muih, ikan masin goreng, labu air rebus & ayam masak merah. Plus, air laichi, air tebu ngan teh susu panas. Santak perut tak hengat! 

Adeh3... 

Makan sebelum lapar & berhenti sebelum kenyang. Tapi, aku nie dah santak pun dok gigih tercuit2 roti canai lagik. Why3..??? You tell me, please! Hu3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Wednesday, August 10, 2011

MENU BERBUKA PUASA 5 RAMADHAN 2011

Morning, you ols..! ;) Amacam pagi nie? Ada segar-bugar? Ke dah ke laut moodnya? Tak pun dah pikir2 nak makan apa la time berbuka nanti?! Hiks...

Relax2... Ada lebih kureng 11 jam lagik nak ke waktu berbuka. Tak perlu rush2 nak memikirkan ye, bapak2 ibuk2... Ecewah! Pandai nak tarbiah orang! Diri sendirik pun dah pikir macam2 makanan nih! Ha3...

Hokay! Let's go straight to the point, bebeh! ;P Update menu berbuka puasa untuk 5 Ramadhan plak.

~ Ada daging masak kicap & rendang kerang. Dua2 pun tapau dari PARAM. Beli kat stall yang sama. Daging masak kicap tu sodap! Tapi, rendang kerang tu dah basi la. Isk3... Camne la diorang meniaga nih? Haish!

~ Roti John & kuih-muih. Pun PARAM mari jugak.

~ Ikan tembakang masak lemak. My 'sayang' punya tekak la nie. Aku tak cuit sket pun!

Ada yang takde dalam gambar. Contohnya macam mee goreng basah & char kueteow Penang. Tak kose dah nak snap2. Flat tahap gaban! Hu3...

Eh! Setakat nie kan, juadah apa yang paling best + marvellous yang korang beli kat PARAM? Share la sket...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google