SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label CHINESE NEW YEAR. Show all posts
Showing posts with label CHINESE NEW YEAR. Show all posts

Saturday, February 13, 2021

DUGAAN TAHUN BAHARU CINA

Sehari sebelum Chinese New Year...

Sis work from office. Mukim Durian Sebatang, Daerah Hilir Perak dah tak red zone. So, office hour berubah dari 8.30 a.m - 12 p.m ke 8.30 a.m - 4 p.m. Sis cuba setelkan kerja2 yang sedikit menimbun. Terpaksa balik lewat. 

Kanda amik pukul 5.30 p.m. Kanda kata, nak carik kudapan petang, Apam Balik Malindo. Lepas tu, kami dating. Dalam kereta je... Takde pit stop pun. Sambil makan kudapan, sambil sembang2 mengeratkan hubungan. Eceh! ;P

On the way balik, baru nak masuk ke Lorong Bulan (lorong untuk ke housing area kami), dari kejauhan nampak asap hitam berkepul2. Takkanlah ada yang gigih buat pembakaran terbuka?! Macam pelik je... Kanda kata, asap kebakaran. Lokasi pulak macam kat area opis Sis. Terus Sis cemas!

  

~ Rupa2nya, kedai makan Chinese depan opis Sis yang terbakar. 

~ Api marak! Bomba tengah berusaha padamkan kebakaran.

Risau. Takut merebak ke bangunan lain. Sebelah kanan dia, ada kedai bot. Sebelah kiri ada tokong. 

Tak taulah apa kesudahan kes kebakaran ni. Hopefully, takde kemalangan jiwa. 

Malang tak berbau kan... Kepada owner kedai makan tu, harap tabah. Dugaan Tahun Baharu Cina.

Kalau puncanya disebabkan kecuaian, moga semua amik iktibar & jadikan pengajaran di masa hadapan.

Dan kepada Abam Bomba, terima kasih kerana punyai jiwa frontliners, sentiasa mendukung tanggungjawab yang diamanahkan...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, June 29, 2015

KENTUT PUN ADA PULAU!

#Throwback

Photoshoot hari ke-2 berakhir di Taman Lagenda. Tak jauh pun dari Dataran Lang. Jalan sikit je, relax2... dah sampai.

Macam2 pesen pose ada. Ada yang bajet seperti family BrAngelina... Fasha-Jejai... Jennifer Lopez... owh... awwsss..! Ha3...

~ Memasing nak berbackgroundkan map Langkawi ni.

~ Oppa dengan #JiHyo adalah pasangan paling romantik. Percayalah..! Ahaks...

~ Family Awa-Roy pun tak nak kalah.

~ Pulau Kentut Kechil vs Pulau Kentut Besar. Hah, cer teka mana yang paling win? Ha3...

~ Family portrait

~ Cobaan melompat yang ke laut..! Ha3...

Nak dapat gambar melompat yang cun pun sempat sempot, noks..! Nampak sangat saiz badan memainkan peranan yang besar di situ. Ha3... Hadoi la...

Gigih bergambar sampai perut pun dah start berdondang sayang. JKKKK F&B tak decide nak dinner kat mana. Konpius! Tak sure mana yang daebak dari segi rasa & keberbaloi-an. Akhirnya, semua sebulat suara nak makan kat mana2 port yang nampak ok, masa on the way nak balik ke homestay je. 

Aku lupa nama spesifik kedai makan tu. Tapi, specialtynya adalah sup kot. Tepi jalan je.

~ Oppa & beberapa orang lagik ahli rombongan order ni sebagai appetizer. Ala2 char kueteow tapi, dia pakai mee. Hmmm... not bad la...

Perut aku tak layan sangat sebab ia nak nasik jugak! Lapor! Kami makan typical masakan panas malam tu. Semua makan dengan tak berkata2. Lapor tahap gaban lettew! He3... Tau2 je JKKKK Kewangan dah setelkan bayaran.

Perut pun dah kenyang. Balik homestay & zzzzzzzzz.........


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, June 24, 2015

TERBANG TAK TUNDUK

#Throwback

Amik angin petang di Dataran Lang. Ramai jugak manusia2 lain. Tapi, apa ada hal..?! Tempat awam kan... cantek pulak tu... ada Encik Helang pulak tu... Redha je lah kalau bersesak2 sikit...

Motip lain takde selain dari nak buat photoshoot. Bulat sebagai JKKKK Photography, nak tak nak, memang kena paksarela lah, amik gambar kitorang. Heh3...

~ Memula berdua...

~ Lepas tu, beramai2...

~ & beronok2... Hiks...

~ Megah betul Encik Helang tu kan? Gigih dok bertenggek kat situ. 

~ Pose meliuk lentok kekdahnya... ;P

~ Kesian kat JKKKK Photography sebab kurang sangat muka dia dalam camera. Makanya, kita tolong snaplah sekeping. Hollohhh3...

~ Cukuplah plus-minus, 1/2 jam kat situ... Babai Encik Helang... Hamboih..! Megah betul dia tu, ye..! 

Encik Helang ni kan... kalau dah terbang tu, tak tunduk2! Nampak ikan je baru ia menunduk, nak menyambar. Biasa ni... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



DARI PULAU KE GAMAT NUSANTARA

#Throwback

Tempat wajib dituju kalau ke Langkawi adalah tempat perusahaan gamat. Gamat Nusantara contohnya... 

Penat meredah lautan untuk island hopping pun tak habis lagik, sebenarnya. Tapi, tetap gigih nak sopping produk gamat. Kesuntukan masa, you ols... 3 hari 2 malam je. Memang asik terkejor2 la...

~ Dah sampai di Gamat Nusantara.

~ Kita sibuk sopping, Abah, A-im & Bulat sibuk berposing. He3...

~ Jijah-Mon yang tak nak kalah.

~ Anak2 berebut nak amik gambar dengan Abah. Fofular betul Abah tau..!

~ Kompom ada cerita kelakar nih. He3...

Boleh tahan jugak hasil rembatan aku kat sini. Beli untuk diri sendirik, family terdekat & opismate sebagai ole2. Tapi, still under budget la... Ukur baju di badan sendirik gitu..! 

~ Sementara menunggu yang lain2 yang masih gigih bersopping, inilah kerja we ols.

~ Duduk melangut je tak best. Sawan camera cenggini barulah best! Heh3...

~ Larik! Takmo kaco daun. ;P



Gamat Nusantara ni tempat thorrbahekkk... kot untuk sopping produk2 gamat. Ada parking lot, deejay, ruang kedai yang tersusun bagai... Amik bakul, capai apa yang terberkenan & jangan lupa bayar. Kalau rasa2 konpius tentang produk, boleh je tanya cashier / deejay yang bertugas. Mereka sedia membantu.

Nusantara Maju Enterprise
No. 32, Kampung Mata Air
Jalan Bayas, Mukim Ulu Melaka
07000 Langkawi

Senang sangat nak carik dia. Tepi jalan je. Plus, bersepah2 bunting Gamat Nusantara yang digantung kat divider2 jalan, tunjuk direction. Follow menda alah tu je pun, dah boleh sampai.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, June 18, 2015

2 PULAU & 1 TASIK

#Throwback

Day 2...

Adventure sikit. Sebab nak ber-island hopping. Wee hooo..!!!

Kalau you ols pun rasa2 teringin nak ber-island hopping jugak, adalah dinasihatkan untuk booking pakej a.k.a boat lebih awal, especially pada peak season. Maksudnya, kalau esok nak pergi, bookinglah hari ni. Cenggitu... Tujuannya adalah untuk memudahkan & nak elak dari 'ketiadaan boat' sebab dah habis kena booking. Kalau lepak lama sikit kat Langkawi, contohnya dalam seminggu, oklah kot. Sebab ada banyak hari lagik boleh ber-island hopping. Tapi, kalau setakat stay 3 hari 2 malam macam kami, memang 1 penyesalanlah kan... Tak sempat kot..!

Kami booking boat selepas dinner kat Maya Seafood Restaurant (Day 1). Kat sepanjang jalan Pantai Cenang tu, bersepah2 company yang menawarkan perkhidmatan island hopping dengan macam2 pakej. Pandai2lah pilih & negotiate harga.

~ Bersemangat betul nak island hopping!

Transport dari Pantai Cenang ke jeti disediakan. Tapi, boleh je kalau nak drive sendirik. Kalau rasa2 malas nak tunggu transport nak balik ke Pantai Cenang lepas island hopping, better drive je transport yang dah disewa. Parking kat area The Lanai, naik boat untuk island hopping, balik semula then, naik je transport sendirik. Takde nak tunggu2 turn bagai... Lebih mudah.

~ Mon buat tunjuk perasaan sebab bot masih tak kunjung tiba. Ha3...

Rupa2nya, boat tunggu kat The Lanai, bukan kat sini. Ini apa ntah nama tempat dia..?! Tak ingat.

~ Tapi, kami happy je. Macam takde apa2 kekusutan yang berlaku. Mungkin sebab excited sangat kot..! Ha3...


~ Duta pelancongan. Hiks...

~ Arrisya pun relax je tido. 

~ Pasangan yang always berchenta... Oppa & #JiHyo. Eceh!

~ Dipendekkan cerita, kami semua dah selamat naik boat. 

~ Amik boat yang besar sikit, boleh sumbat semua ahli rombongan.

Island hopping ni cover 3 tempat iaitu:-

i.   Tasik Dayang Bunting
ii.  Pulau Beras Basah
iii. Pulau Singa Besar

~ Destinasi pertama: Tasik Dayang Bunting

~ Ini tempat makan / lepak yang disediakan. 

Kalau rasa lapor, adalah dinasihatkan untuk makan dulu kat sini. Sebab kalau ko gigih nak angkut segala jenis makanan yang ko bawak tu, bajet nak makan betul2 mengadap Tasik Dayang Bunting, baik rentikan la niat suci murni tu. Monyet adalah banyak, hokay..! Tak pasal2 kang ko kena serang dengan diorang!


~ Kami dah siap2 tapau nasik bungkus masa on the way nak ke The Lanai. Penting nih! Sebab ada ahli rombongan kami yang terdiri daripada kanak2. Kalau lapor then, takde tapau makanan, mau mengamuk diorang! Ngeri pulak monyet2 yang ada di situ kang! He3...

~ Lepas makan, relax2 kejap dalam 5 minit then, bersedialah untuk panjat anak2 tangga ni.

Sempot jugak wooo..! Nak naik sempot, nak turun lutut menggigil. Hah, achaner tu?! Hu3...

~ Berkat keazaman yang tinggi, akhirnya... we ols sampai jugak ke Tasik Dayang Bunting... Fuh, lega..!

~ Selfielah dulu.

Ada 2 main activities yang ko boleh buat kat sini. Pertamanya adalah mandi-manda & yang kedua pulak adalah paddle boating. Aku dengan Oppa memang dah lama mengidam nak naik paddle boat. So, kami pilih paddle boatlah. Tak boleh try dua2 aktiviti sebab kesuntukan masa.

~ Gunung-ganang yang membentuk seperti perempuan mengandung yang sedang baring. Cenggitu la alkessahnya... tasik ni dapat nama.

~ Kadar sewa untuk paddle boat adalah 30 hengget untuk 1/2 jam per paddle boat including life jacket. Kalau rasa2 nak romantik2, relax2, ko kayuh secara manual je la... Agak2 dah penat, pasanglah motor dia. 

~ Lepak di tengah2 tasik & selfie. Owh... indahnya dunia... ;)

Hokay, tak boleh nak romantic lama2 sangat sebab masa dah time. Turun bawah sepantas yang mampu walaupun tercungap2 & tunggu bot sewa kami. Nak ke Pulau Beras Basah pulak.

~ Sampai di Pulau Beras Basah... Nampak tak dah habis basah tu? Sebab kat sini memang kerjanya tak lain tak bukan adalah membasahkan diri a.k.a mandi-manda.

Restoran2 ke... cafe ke... gerai2 ke... yang jual makanan masak memang nan hadolah! Yang ada cuma 1 kedai kecik jual junk food termasuklah Maggi & kalau nak kenyang sikit, ada la roti. Makanya, kami pun belasah la Maggi cup sebab lapor.

Puas mandi-manda, kami naik bot & ke Pulau Singa Besar pulak. Aktiviti kat sini adalah eagle feeding. Banyak jugaklah burung2 helang yang berterbangan megah kat situ. Kagum aku tengok dia makan anak2 ikan yang muncul kat permukaan air. Daebak!

Penat & lapor. Sampai tanah besar, terus laju2 carik makan. Actually, makan sekali dengan My MIL. Tapi, macam 'transparent' pulak My MIL hari tu. Mata ni asik nampak nasik je. Ha3... Adeh!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, June 9, 2015

SKYDOME + SKYCAB

#Throwback

Destinasi ke-2: SkyCab a.k.a Langkawi Cable Car

Sampai2 je, terus carik makanan. Perut berdangdut riang. Tak jumpa nasik, roti & waffle pun bollehhh...

2 orang ditugaskan untuk beli tiket iaitu pasangan Huda-Kerol. Wakil beli pun tak kesah. Asalkan ko bagi IC kat wakil tuh sebab nanti dia nak kena show-off kat kaunter tiket. Tujuannya adalah untuk dapatkan harga warganegara.

Harga tiket adalah seperti berikut:-

SkyCab Package
Dewasa: RM 35
Kanak2 (2 hingga 12 tahun): RM 25

SkyCab With Ekspress Lane Package
Dewasa: RM 85
Kanak2: RM 75

SkyCab With Private, VIP or Crystal Glass Gondola
Private Gondola (4 orang): RM 400
VIP Gondola (3 orang): RM 500
Crystall Glass Gondola (1 orang): RM 85

Kat atas ni antara pakej utamalah. Ada banyak lagik pakej sebab SkyCab bukan sekadar naik cable car seperti dulu2. Ada macam2 aktiviti macam Duck Tour, F1 Simulator, Scrambler & bla3... Combo Fare pun ada, untuk yang sukakan penjimatan. Check it out kat www.panoramalangkawi.com

~ Pok amai2 versi Aisy. He3...

~ #JiHyo & kasut barunya... Ecewah! 

~ Menunggu masa untuk naik gondola.

~ Sesambil berselfie.

~ 'Mak Dats' on vacay... Ececeh..! Ha3...

~ Pengantin tak berapa nak baru. He3...



~ Haaa... yang ni kompom... pengantin baru... forever..! Ahaks3...

~ #JiHyo & Oppa. ;P

~ Berpoluh2 Athirah main giant bubble.

~ Arrisya pun sama.

~ Main bisik2 la pulak. Isk3...

~ Gaya... Mutu... Keunggulan... He3...

~ Giant bubble tersebut.

~ ATV. Boleh sewa.

Tiket kami ada discount. RM 35 seorang kot... merangkumi SkyCab & SkyDome. Syarat wajibnya adalah warganegara. Makanya, IC adalah penting. Foreigners / PATI adalah tidak dilayan untuk discount ini.

Semua naik kecuali Abah, My MIL, A-im, Cik Ani & Aisy. Diorang balik homestay. Berehat.

¬ Queue

Memandangkan tiket tu merangkumi SkyCab & SkyDome makanya, kami kena experience SkyDome dululah. Kalau takmo masuk pun boleh. Tapi, dah alang2 kan... redah je lah. 

SkyDome adalah seperti mini theatrette yang menayangkan visual dalam bentuk 360 darjah 3D selama 10 minit. Bagi aku, layan jugak la... Dengan syarat, kena menghayati. Abaikan orang2 yang ada di sekeliling ko untuk 10 minit tu. Assumelah ko mengexplore 1 dunia 3D seorang diri. 

~ Dalam SkyDome.

Effort yang boleh dipuji sebab boleh kurangkan masa menunggu SkyCab & ke-crowded-an ruang queue. Maksudnya, ada la jugak mende yang boleh dibuat. Takde la ko melangut je... menunggu nak naik SkyCab.

~ Lepas tu, baru naik SkyCab.

~ Oppa yang gayat tak boleh blah!

~ Ok, fine! Angin sepoi2 bahasa tu memang boleh buat jiwa kacau! Hu3...

~ Bulat gigih berselfie.

~ Memula bersemangat waja. Tapi, bila gondola mula naik & berayun2, kompom cenggini la jadiknya Oppa. Dah experienced beberapa kali pun, Oppa still cenggini. Ha3... Hadoi la...

~ Indah

~ 1st station


~ Daebak!




~ Kami tak turun kat last station sebab queue menunggu nak turun bapak ramai! So, duduklah diam2 dalam gondola tu, biar je dia bawak kita turun ke bawah.


~ SkyCab yang dah banyak pembaharuan.

~ Sempat pulak diorang bermain2 dengan fountain sebelum balik. 

Sayonara SkyCab... ;)

Kami dinner di Maya Seafood Restaurant. Aku JKKKK F&B. So, aku memang dah survey2lah places to eat. Antara yang dapat recommendation daripada blogger adalah Maya Seafood Restaurant ni.

~ Nasik putih, sotong goreng tepung, siakap 3 rasa, kailan ikan masin, daging black pepper & tomyam campur untuk 15 orang makan.

Exact harga adalah tak ingat. Tapi, agak berpatutanlah rasanya. Rasa makanan pulak, not bad la... Tomyam tu je hanyir sikit. Mungkin sebab ada kepah ke... lala ntah... dia bubuh sekali dalam tu.

Service ok. Friendly jugak & tak kerek.

So, #JiHyo nak kasik... 3.5/5 mintang..! Hiks...

Maya Seafood Restaurant
Jalan Pantai Tengah, Pantai Tengah
07000 Langkawi, Kedah

No. Telefon: 017-5519873

~ Sebenarnya, sangat penat dah masa ni. Tapi, gigih jugak nak berselfie. 

Day 1 pun dah hectic. Tapi, enjoyce..! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google