SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KEROPOK LEKOR. Show all posts
Showing posts with label KEROPOK LEKOR. Show all posts

Friday, June 19, 2015

IFTAR 1 RAMADAN 2015

Nekad nak masak! Apa nak jadik pun... jadiklah! Ecewah! ;P

1 Ramadan ni... aku agak manja terlebih sikit. Pergi kerja nak berhantar... balik kerja nak ber-amik... dengan alasan: Tak larat nak tukar gear & tekan pedal minyak. Nasib baik Oppa terpedaya dengan alasan tersebut. Ha3...

~ Hero of the day adalah nasik putih, ikan bawal cermin goreng, sayur manis kacang panjang & sambal belacan. Side dishesnya pulak adalah keropok lekor (goreng sendirik), popia basah (tapau PARAM), mee goreng & kuih buah melaka (air tangan Kak Ja & Cik Nad. Terima kasihlah, ye..!)

Menu seperti di atas ni (yang air tangan aku la...) memang dah pikir sehari sebelumnya. Sebab kalau tak pikir awal, semangat memasak tu agak ke laut! Even nak pegang kuali pun rasa macam... alahhh... haiii... tak kosenya..! Cenggitu... ;P

So far, perut Oppa & #JiHyo gumbira dengan menu tersebut... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, April 24, 2013

JEMPUT MAKAN KEPOK

Dinner di suatu malam...

~ Keropok lekor cicah sos cili dengan air kopi 3 in 1.

Keropok tu datang dari Kelantan. Aku belasah goreng sebungkus. Masa lapor nampak macam sikit je sebungkus tuh. Tapi, bila dah makan, susah pulak nak menghabiskannya.

Tu la... tamak haloba lagik! Adeh3...

Ye la... cer ko bayangkan... sebungkus tu untuk 2 orang makan. My 'sayang' pulak tak berapa minat sangat keropok2 lekor losong bagai... nih. Confirm la dia cuit ala kadar je kan...

Sudahnya, simpan bawah tudung saji je sampai esok petangnya. Bila dah masuk hari ke-2, lu pikir la sendirik ke mana perginya keropok2 lekor tuh. 

Membazir sangat tau! Mencik! Hu3...

Moral of the story: Jangan tamak haloba sebab tamak haloba tu poyo! 

Sekian... ah kak menasihatkan... Hu3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, February 19, 2013

MADE IN GANU

Kak Ja balik Ganu. Dengan baik hatinya Kak Ja tanya setiap opismate, nak kirim apa2 tak? Macam keropok lekor ke kan...

Sebenornya, memang dalam diam2 aku teringin nak kirim keropok lekor / losong Ganu. Tapi, malu sangat nak cakap. Simpan dalam hati je. Well... I kan pompuan yang sangat pemalu lagik mutakhir. Ahaks3...

Bila Kak Ja offer, terus mengelejat! Rasa seperti pucuk dicita, ulam mendatanglah! He3...

~ Dah goreng & dah selamat masuk perut dah pun keropoknya... Sodap buat kudap2 minum petang.

~ Sos ni tak pesan pun. Tapi, Kak Ja kan expert. Dah makan keropok lekor, harus la kena ada sos pencicah kan... Sodap! Sesuai sangat jadik sos pencicah.

Aku pesan 20 hengget je. Konon2 nak testing2 la dulu. Kalau best kang, boleh la pesan banyak2, buat stok. Tak pun, buat meniaga. Ha3... Over!

Kak Ja belikan 3 bungkus keropok lekor biasa & 1 bungkus keropok lekor yang katanya tak payah susah2 nak goreng sebab dah siap2 digoreng sebelum dipacking. Rebus je dah boleh makan. Tapi, kalau rajin nak menggoreng, boleh je... Takde masalah. Ikut tekak memasing la kan...

Tapi, aku tak tau pasal fakta keropok yang 1 tuh. So, gigih la aku menggoreng jugak. Sodap! Rasa dia lain dari yang keropok lekor biasa tuh. Saiz pun pendek2 sikit. Esok masuk opis baru tau yang keropok tu boleh dimakan tanpa digoreng. 

Nanti, bila2 Kak Ja balik Ganu lagik, confirm aku nak pesan lagik. Terima kasih daun keladi, Kak Ja! Jasamu dikenang... ;)

Errr... siapa suka keropok lekor / yang sewaktu dengannya, cer angkat tangan macam saya ni... cer angkat... cer angkat... (sila bayangkan Usop Wilcha) He3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google