SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, January 20, 2014

OREN, HOKAY..!

Hari persandingan Memem & Yana...

Tema oren. Sangat menepati citarasa ah kak! Macam tau2 pulak. Owh3...

Takde la pulak ah kak beli baju baru. Tak sempat. Pakai mana yang ada je. My 'sayang', yesss... memang baju baru sebab kekurangan stok baju kaler oren. Natijah dapat bini yang gilakan oren. He3...

Bersiap awal! Mengalahkan pengantin & yang lain. Well... memang macam ni attitude aku bila berjalan2 / vacay. Tak kisah la dengan family sendirik / mertua, musti nak awal siap. Sebab aku jenis yang akan kelam-kabut tak hengat kalau orang lain dah siap tapi, aku tak siap2 lagik & orang tu terpaksa tunggu aku. Tak boleh focus! Terus rasa give up nak bersiap. 

Kekdahnya kan... Isk3...

Tapi, kalau honeymoon berdua, ada aku kesah..??! Gasaklah lambat macam mana pun! Habis2, kalau my 'sayang' siap dulu, dia tunggu aku. Kalau aku pulak yang siap dulu, aku tunggu dia. Bisa diatur! ;P

~ Memandangkan dah siap awal, we ols buat photoshoot ala2 majalah Libur dulu lah. Heh3...

~ Pandai Cik Abang kita buat lakonan semula. Hiks...

~ Walaupun baju recycle tapi, ah kak percaya yang ah kak tetap vogue da vass!!! Ko mampu..??! Ha3...


~ Homestay Anjung Damai.

Homestay ni ada 3 bahagian dalam 2 bangunan. Kat laman ada blok kembar 2 ala2 dorm. Setiap blok ada katil single. Lupa ada berapa katil tapi, boleh sumbat ramai jugak la... 

Bahagian 2 & 3 adalah rumah tuan homestay tu sendirik. Maknanya, duduk sekali dengan tuan homestay. Tapi, ada border. We ols just boleh guna bahagian depan rumah & hall je atau mungkin mengikut perbincangan masa booking jugak kot. Dapur adalah nehi2 sama sekali! Takpe la... bukannya nak masak pun!

Homestay Anjung Damai
Lot 1674, Jalan Damai
Kampung Sungai Lang Tengah
42700 Banting, Selangor

No. Telefon: 017-6056189 / 017-2735550

Call & terjah je kalau berminat, key! ;)

Rating: Hmmm... not bad... Tettt...!!! ;P

Rate 1 malam aku tak tau sebab tau duduk je. Urusan 'perbankan' semua Memem kot yang handle. ;P

Maklumat lanjut boleh check it out kat sini

~ Yappedaaa..!!! Ha3...



Sampai berlengas buat photoshoot, baru semua ready. Terus berdesup ke rumah Yana.

~ Seksa kerusi tu. Ha3...

~ Bersidai lepas makan beradab sama2 dengan pengantin. Terpaksa la 'beradab' jugak... Makan manjas2... Control ayu! Ahaks3...

~ Kek pun oren. I likeee..!!! 

~ Oren vs merah. 

Check out sudah. Bersanding pun sudah. Moh balik! ;)


:: Like3, ek! ::



JUVITA SEAFOOD YANG AUMMM2..!!!

Hasil penggoogle-an ah kak on the spot, dalam masa yang singkat & kelam-kabut.

Actually, macam dah ada hint2 yang Abah nak belanja makan busat kat Banting. Sebagai menantu yang cantik jelita, (eceh! Ha3...) makanya ah kak cepat2 menggoogle lokasi makan2 terbahek kat area Banting tuh. Google dari segi review rasa, harga, keselesaan & lokasi.

Ramai bloggers rekomen Juvita Seafood. Sodap, servis pantas & harga berpatutan katanya... Terus propose kat my 'sayang'. My 'sayang' yang akan propose kat Abah. Malu nak direct propose kat Abah. Well... menantu yang cantik jelita ni kena la maintain 'hak eksklusif' sikit. Takmo dikategorikan sebagai teramat poyo & over! Walaupun... kan... Ha3...

~ Happy sebab 'proposal' diterima dengan baik. Woo hooo..!!!

~ Fresh!

~ Panjangggggggggggggg.............. meja we ols. He3...

~ Juvita Seafood Restaurant

Menu2nya adalah:-

a) nasik putih
b) ikan bakar (saiz besar)
c) ikan masak pedas (saiz besar)
d) kailan ikan masin
e) ketam bercili
f) telur dadar
g) tomyam campur
h) lala buluh masak cili kering
i) air tembikai, oren & air suam

Semua buat 3 hidang, dengan meja sepanjang di atas, worth 300 ++ hengget. Rasa sodap, terbahek dari ladang! Tempat makan pun comfy je. Servis cepat, itu yang penting! Semua orang pun puas hati. So, aku rasa memang berbaloi2lah.

Terima kasih pada bloggers yang dah review Juvita Seafood Restaurant. Dengan review andalah aku berjaya membuat pilihan yang tepat. Yesszaaa..!!! ;D

Juvita Seafood Restaurant
Jalan Kenanga, Kanchong Darat
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor

Selamat menjejaki jugak..! ;)


:: Like3, ek! ::



BARAKALLAH... MEMEM & YANA

Turn Memem pulak nak shake hand dengan Tok Kadi. Bertempat di Banting, Selangor.

Majlis akad nikah adalah belah petang, lepas solat Asar, buat kat masjid berhampiran. Sempat la nak refresh2 sekejap kat homestay yang disediakan. Cerita pasal homestay, next entry, ek! ;)

~ Memem kata, dia ok je time nih. Takde gedebak gedebuk sangat getaran di jiwa tuh. Maybe sebab dapat Tok Kadi yang agak cool, sporting & ada sense of humour kot.

Alhamdulillah... sekali lafaz je. Kitorang pulak yang neves lebih2! Memasing rasa senak peruk selagik saksi tak cakap sah. He3...

Barakallah... Memem & Yana... ;)

~ Putih jadik tema.

~ Pemberian mas kahwin untuk isteri terchenta.

~ Geng2 sesak napas yang dah tak sesak napas. He3...

~ Lepas nikah, ada jamuan sikit kat rumah pengantin pompuan. 

Actually, masa memula sampai pun dah ada jamuan. Means, sebelum tuan rumah tunjukkan lokasi homestay. Masa tu dalam pukul 3 petang macam tu. Pukul 5 ++ petang, jamuan lagik. Pendek kata, asik makan je la kerja kitorang hari tu. Kalau tak makan kang, katanya tak sudi pulak. Tak baik menghampakan pelawaan tuan rumah. Eceh! ;P

Perut ni toksah cerita la... Seperti ikan buntal terus! Adeh3...

Pukul 6.30 petang, terpaksa mintak diri sebab nak ke rumah Akim pulak kat Bukit Changgang. Akim kata 10 minit je. Tapi, rasa macam dah lama duduk dalam kereta tetap tak sampai2 lagik. Lebih kot dari 10 minit..! Fakta ke auta... hanya Akim yang tahu... Ha3... Hadoi!

Takde apa hal pun... Saja je menjengah ke rumah Akim & Normi. Rumah pengantin yang agak baru jugak la gitu..! Riuh-rendah jadiknya rumah Akim. Terkejut jiran2 agaknya. Ye la... selalu berdua senyap-sunyi je. Tetiba datang 1 gerombolan, terus gegak-gempita! Buat macam wilayah jajahan sendirik. Ha3...

Sempat pulak Akim buat promosi karpet. Alkesahnya... saudagar karpet tu tersilap letak harga. Karpet yang sepatutnya dijual pada harga 180 hengget, dia buat price tag 80 hengget. Lepas nego, dua2 pihak bersetuju pada harga 100 hengget. Kat Akim je saudagar karpet tu jual 100 hengget. Macam pakatan gitu..! 

Bila dah dengar macam tu, Cik Am bukak la order. Order yang disertai dengan duit. Order lisan tapi, takde duit takkan dilayan. Maknanya serious buyer je la. Ha3...

Aku order 1 untuk Mak. Lembut & tebal. Mak pun suka. ;)

Membuat kepohchi, menggossip & menghabiskan 1 jag air oren & chow. Perlu pantas bergerak sebab malam ada misi makan2 lagik. ;P


:: Like, ek! ::



KIK, DIAMOND WAVE

Bila hari konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) tiba...

Berdebar2, hokay! Bukan setakat 2-3 hari sebelum. Tapi, berbulan2 sebelum pun dah berdebar. Cuma debaran makin terasa bila dah dekat2 dengan tarikh konvensyen.

Fuh, neves habis!

Dah la kelam-kabut tak hengat! Konvensyen 2 hari, 4 & 5 Disember, buat kat HQ (kat The Mall). 3 hari bulan dah kena gerak sebab konvensyen start pukul 8.30 pagi. Harus la kena stay kat sana kan... Masalahnya, hotel2 kat area The Mall tu semua dah fully-booked! Penangan Perhimpunan Agung UMNO. Menggelabah je carik alternatif lain. Hadoi!

Langkah terakhir, stay kat homestay. Tu pun kat Ukay Perdana, Ampang. Nasib baik jugaklah Ukay Perdana tu hometown Kak Ja. Pasal bajet2 masa bertolak bagai... leave it to her. Fuh!

~ View waktu Subuh dari Homestay Adam, Tingkat 10, Springville Service Apartment. Homestay untuk kaum Hawa.

Homestaynya bersih, fasiliti mencukupi, tekanan air pun ok. Total ada 3 bilik dengan 2 bilik katil queen & 1 bilik lagik katil single.

Alamat penuh homestay macam kat bawah nih:-

Homestay Adam
Tingkat 10, Springville Service Apartment
Taman Ukay Perdana
68000 Ampang, Selangor / KL

No. Telefon: 019-4088872 / 019-4300872

Nak further detail, boleh check it out kat sini

Homestay kaum Adam kat blok lain. Selang 1 blok kot.

Secara automatic Kak Ja jadik tourist guide. He3... Malam pertama sampai, dah berlibur ke i-City, Shah Alam. Kengkonon nak menenangkan pikiran & jiwa yang neves ni lah. Takmo stress2! Kengkonon sangat..! Ha3...

Dah lain rupanya i-City sekarang. Dulu2 sekadar lampu hiasan blink2 semata2. Sekarang dah seperti funfair. Ada House of Horror, Trick Art Museum, Red Carpet yang ala2 Madame Tussauds, mini Eye on Malaysia, pirate ship, Snowwalk & Water World. Tapi, malam2 takde Water World la... tutup! Beroperasi waktu siang je.

~ Macam gini la keadaannya...

*Credit to: i-city

~ Jumpa 'Iron Man' kat Red Carpet siap pegang tangan dia dengan harapan kat dalam costume tu adalah Robert Downey Jr. Bulu mata dia macam cantik jerrr..., dowh..! Ha3...

Hmmm... nak revisit dengan chentahati pulak lah. Eceh! ;P

Esok harinya, pukul 7 ++ pagi dah terkocoh2 nak gerak ke HQ. Takut jemm. 

~ Ingatkan dah lambat, rupa2nya yang paling awal sampai. 

~ Menggediks2 dululah. Hiks...

~ PEACE, YO... DATUK NIK ALI (CEO)..! Heh3...

~ Bunting Diamond Wave.

Takde undi untuk tentukan turn present. Tau2 je, urusetia dah siap susun Diamond Wave presenter ke-3. Lega jugaklah walaupun nevesnya hanya Tuhan yang tau sebab teori aku, kalau present awal, lebih better, boleh tarik nafas lega lebih awal. Tak hazab sangat!

Pung... pang... pung... pang..................... selesai! Fuh!

~ Ini lepas habis jadual pertama untuk day 1. Time take 5. Amik kesempatan bergambar dengan Encik Boss Besar kesayangan. Ecewah!

~ Ah kak macam nak bernasyid je gaya tangan macam tu kan... Owh3...

~ Day 2 merangkap hari terkahir. Tak sabar nak cha alip bot!

Day 2 samadengan hari keputusan & penutup. 

Congrats kepada team D'Pearl, SKM Penang sebab jadik juara daripada 14 kumpulan yang bertanding.
~ Ketua Kumpulan Diamond Wave, Encik Amir tersenyum riang gumbira amik sijil untuk we ols. ;)

*Credit to: skm

Diamond Wave dapat nombor berapa? Owh... biarlah rahsia... Ha3... Tettt.........


:: Like3, ek! ::



Friday, January 17, 2014

HAPPY 6TH..

Dialah kawan...

Dialah Best Friend Forever (BFF)...

Dialah kekasih...

Dialah imam & beloved hubby...

Belahan jiwa... My other half...

Dialah di hati...

~ Happy 6th...

Dah 6 tahun berkongsi hidup... suka-duka... jerih-perih... susah senang... Sharing everythings as ONE!

Alhamdulillah...

Terima kasih, Allah... ;)


:: Like3, ek! ::



MENJAMU MEREKA...

Al kesah masa Kak Aneem berkursus ke Sarawak...

Of course lah Abang jadik Mr. Mama sekejap. Take over household, in charge anak2... Begitu la rumah tangga. Toleransi & cooperation kuncinya. 

Eh, macam kaunselor rumah tangga pulak! Hiks...

~ Abang bawak anak2 lepak kat rumah aku. Sambil melepak, sambil berposing sakan. Penyakit keturunan yang takkan terpadam katanya... Ha3...

Malas nak masak untuk dinner. My 'sayang' order Pizza Hut Delivery je. Kojo sonang! Heh3...

~ Posing macam2 pesen! Gasaklah! Asal bahagia, jangan nangis2. Mak korang nun jauh di perantauan tau! ;P

~ Yummehhh..!!!

Misi menjamu mereka berjaya! Hoyyeahhh..!!!

Actually, Mak pun join sekali. Mak ada bawak nasik + lauk-pauk jugak. Maka santaklah perut kitorang malam tu. Membulat & mengcomel. Ha3...

Bebudak lagik la... Lepas dinner, terus senyap! Baring, mata kuyu. Tu baru 1 malam. Kalau lapanploh malam, mau kembung pipi ngan perut bebudak tuh. Ha3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, January 16, 2014

SOTO TETAP MENANTIMU

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

1 st time masak mende alah ni tau! Fuh, neves! ;P

Bahan2 Untuk Sup Ayam:-

1/2 ekor ayam (dipotong kecil, dicuci bersih & ditoskan)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
1 batang saderi (dipotong serong)
1 inci halia (dihiris)
1 ketul sup bunjut
1 keping asam keping
Minyak masak
Garam
Air masak

Cara2 Penyediaan Sup Ayam:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar, bawang putih & sup bunjut hingga naik bau.
2) Masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
3) Tuangkan air masak secukupnya.
4) Perasakan dengan garam & asam keping.
5) Masukkan saderi. Reneh seketika. Siap!

Bahan2 Sampingan:-

1 mangkuk kecil kacang tanah (digoreng & ditoskan)
1 pokok daun sup (dipotong)
1 pokok daun bawang (dipotong)
5 peket ketupat mini segera (direbus, ditos & dibelah 4 setiap 1)
1 cekak suhun (digoreng & ditoskan)
1/2 ekor ayam (dipotong kecil, dicuci bersih, ditos, dilumur dengan serbuk kunyit & garam, digoreng garing & diracik) 

Bahan2 Untuk Sambal Kicap:-

2 biji limau kasturi (dibelah 2 setiap 1 & dibuang biji)
Kicap masin

Bahan2 Tumbuk Untuk Sambal Kicap:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 tangkai cili merah
7 biji cili padi

Cara2 Penyediaan Sambal Kicap:-

1) Satukan bahan2 tumbuk ke dalam mangkuk.
2) Tuangkan kicap masin secukupnya.
3) Perahkan jus limau kasturi. Siap!

~ Soto Tetap Menantimu

Amik mangkuk yang sesuai, bubuh ketupat mini segera dalam 4 ketul, bubuh pulak ayam goreng yang dah diracik, tuangkan sup secukupnya, taburkan dengan daun sup, daun bawang, suhun & kacang tanah yang dah digoreng. Last sekali baru letak sambal kicap.

Begitu la cara makannya... ;)


:: Like3, ek! ::



MAK NGAH TERIMA MENANTU KE-2

Tajuk sangat direct. So, musti you ols paham kan apakah 'visi & misi' entry nih? Tinggal ah kak nak elaborate kasik cantik & tersusun je story line dia. ;P

Temanya pink. Tapi, aku takde baju pink. Merah ada lah. Gasakkan! Merah pun merahlah. Adik-beradik pink jugak tu kan? Heh3...

Tetiba terpikir... hmmm... memang betul2 takde baju pinklah. Kalau ada pun, munge / coraknya musti kontra. Contoh: background pink, munge purple & background merah, munge pink. Terus rasa tak aci! Macam kena adakan jugak baju kurung pink. Macam kena shopping jerrr... 

Betul tak theoritical ah kak nih? Ha3...

Hokay! Tu kesah selingan je. Melencong sikit. Moh kemabali ke jalan yang benar. ;P

~ Makan bersama family mertua. 

~ Baju merah celoreng2 ni la yang aku pakai. Baju yang berjaya buat Mak pitam nak menjahitnya. Corak dia tuh... berputar2 sikit. Eh, berputar2 banyaklah! He3...

~ Orang kuat Am Catering. He3...

~ Owh... lupa nak mention. Ini majlis bertandang Akim & Normi, actually. 

~ Rimbunan udang... Marvellous! Tapi, ah kak dah tak boleh makan udang. Perut jadik sebu lepas tu, diarrhea. Sakit wooo..! Uwaaawaaaawaaaaa........ Mencik!

~ Pengantin bersama Cuk Dam & family.



Anak Mak Ngah ada 3 orang. Nana (yang sulung) dah kahwin. Akim samadengan anak bongsu Mak Ngah. So, total Mak Ngah dah ada 2 orang menantulah. Makin besar family Mak Ngah nampak gayanya. ;)

Tinggal Juan je lagik yang belum kahwin. Dengar cerita dah nak bertunang. Tapi, tak tau pulak bila?! Tunggu je la perkhabaran yang sahih, ek! ;)


:: Like3, ek! ::



WELCOME TO THE CLUB!

Wedding Akim & Normi...

Untuk pengetahuan bapak2 & ibuk2 sekalian, sepanjang hujung tahun 2013 memang berderet2 family belah my 'sayang' yang menamatkan zaman solo. Macam musim kahwin keluarga... tajuk album dia. Ha3...

Dimulakan dengan Akim & pasangannya, Normi. Majlis belah Normi buat kat Taman Klebang Restu, Ipoh, Perak. Dekat je... 2 jam dah sampai. Tak sempat nak mimpi2 indah kat dalam kereta pun... ;P

~ Mak join sekali. Memeriahkan rombongan gitu..! ;)

Tak sempat tengok Akim nikah sebab gerak lewat sikit. Sampai2 je terus lepak kat homestay yang disediakan. Tak tido situ pun... Just refresh2 badan, tunggu Akim bersiap untuk majlis persandingan.

~ Syafiq jadik pengapit. Segak berbaju Melayu, bersongkok, bersamping. Tak lama lagik, turn dia la pulak kot..! Kalau jadik bermakna dia lagik dekat! Ooppsss!!! He3...

~ Si isteri menyambut ketibaan suami. Eceh!


~ Cer carik ah kak kat celah mana? Ahah! ;P

~ Happyyy...! ;)

~ Makan beradab.

~ Gambar penutup. Sorang muka terkejut, sorang nak terkam makanan & sorang lagik bapa mithali. Hollohhh3..!!!

Last but, not least... happy newly wedd to Akim & Normi. Wishes & blessings to the bride & the groom. Welcome to the club! ;)

Eh, terskipping London pulak! Awwsss2..!!! Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google