SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label i-CITY. Show all posts
Showing posts with label i-CITY. Show all posts

Sunday, May 17, 2015

KUNGFU PANDA

#Throwback

#JiHyo & Oppa teruskan pengembaraan di i-City. Berjalan2 & selfie tak sudah. 

~ Depan Red Carpet.

~ Kungfu Panda... look alike. Especially tang perut. Ha3... Larikksss..!!!

~ Ferris Wheel

Ada la jugak simpan cita2 nak naik Ferris Wheel. Tapi, cancel sebab queue panjang giler! Makanya, postpone je lah cita2 tu. Hu3...

~ Tumpang lalu... #JiHyo nak bagi speech. Ha3...

~ Periuk kera

Masa tu, jam dah menunjukkan pukul 9.30 malam. Tapi, kami still tak decide mahupun buat reservation kat mana2 hotel lagik untuk bermalam. 

Ada jugaklah try survey i-City Boutique Hotel. Tapi, atas faktor keadaan sekeliling, kami tak stay kat situ. Takut terlalu bising sebelum i-City tamat beroperasi & terlalu sunyi selepas tamat operasi.

Pit stop kedua adalah jalan2 carik makan di Subang Mewah. Lapor giler! Apa yang terhidang semuanya nampak sodap & gorgeous. ;P

Perut dah kenyang, mata ni mulalah kuyu. Dah lapanbelas ratus kali menguap. Maka, bolehlah dipikirkan dengan serius, di manakah lokasi untuk bermalam?! Sebulat suara nak tido kat KL. 

Ok, fine. #JiHyo ok jerrr...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, May 10, 2015

'WINTER SONATA'

#Throwback

Dah lama jugak kami plan untuk short getaway. Bila tercapai, perasaan dia adalah best sangat! Biasa la kan... mende2 yang unplanned ni kalau menjadik realiti level syiok dia adalah tahap gaban! Kalau tak jadik realiti pun taklah kuchiwa sangat. Cenggitu...

Pit stop pertama adalah i-City. Teringin nak merasa masuk Snowalk. Alhamdulillah... tertunai.

~ Makanya, dapatlah ah kak feeling2 berada di Korea pada musim salju. Assume je ah kak ni adalah #SongJiHyo. He3...

~ Haaa... nampak tak, #JiHyo & Oppa nya..?!! Ahaks...

~ Igloo

~ 5 minit boleh la kot lepak kat dalam ni. Kalau sampai 50 minit, kompom nyanyi lagu, 'Let it go... Let it go... La3...' #PakejVibratoAndFalsettoKetaq2BaqHang

~ Cubaan mencuci muka dengan 'iceberg'. Laki sapa la ni..?! Ha3...

~ 'Princess Elsa' yang kesejukan. Ha3... Kejap2 #JiHyo... kejap2 'Princess Elsa'... Suka2 hati dia je tau..! Owh... mencik! ;P

~ Show off boot Phua Chu Kang. He3...

~ Bermanja dengan 'beruang kutub'.

~ Tempat #JiHyo bertapa.

~ 'Winter Sonata...' Awwsss..! ;P

~ #JiHyo dah tak terurus. Seluar pun dah senteng sebelah. Hadoi la...

~ 'Puncak dunia telah kau tawan... La3...' Ecewah!

~ Proud to be Malaysian. ;)

~ Snowman yang tak pernah kekwat. Asik senyum je kerja dia. Bagus.

Snowalk bukak dari pukul 10 sampai la ke pukul 1 pagi. Harga tiket adalah seperti berikut:-

Dewasa: RM 25
Kanak2 (3 hingga 12 tahun): RM 20

Syarat wajib adalah pakai kasut bertutup penuh. Sandle bercorak lubang2, high heels, wedges & yang sewaktu dengannya adalah tak dibenarkan. Even tak sesuai pun kan... Tapi kalau terpakai jugak, takpe... jangan risau. Sebab boleh sewa boot Phua Chu Kang. 10 hengget je. Dapat stoking sekali. Glove pun boleh sewa jugak. Harga sewa aku lupa. Plus, kami tak sewa pun. Aci masukkan tangan dalam poket jacket yang tebal tu je. Owh... jacket tak payah sewa tau! F.O.C. Tapi, kena sembur perfume sikitlah. Macam2 orang dok pakai jaket tu kan... samadengan macam2 bau ada. Hu3... 

So, kalau nak jimat tang boot, bolehlah siap2 pakai sport shoes / sneakers / yang sewaktu dengannya. Then, bawak jacket sendirik untuk elak pakai jaket yang ada 'pelbagai aroma'. Tips pelancongan nih! Sila take note. Ha3...

Ada beberapa jenis slides / ski yang korang boleh main kat dalam tu. Boleh pilih sama ada nak naik 1 'kenderaan' yang ada 1 seat / 2 seats (boleh pilih) dengan 2 batang kayu ski untuk setiap orang, kemudian korang meluncur la ikut arah mana yang korang suka. Tak susah & tak bahaya sebab kawasan meluncur tu rata & berbentuk bulatan. 

Yang ke-2 adalah shoe slide. Duduk dalam 1 kasut bersaiz giant & meluncurlah di atas laluan gelongsor ais. Atau pun boleh pilih tube slide. Caranya sama je dengan shoe slide. Bezanya adalah, 1 bentuk kasut & 1 lagik tube. In shaa Allah... agak selamat & tak bahaya jugak sebab ada staf Snowalk, i-City yang handle.

~ Kami try yang 1st, yang ski kenderaan tu je. 

Teruja habis! Beat dengan budak2 bawah umur pulak tuh. Hazab sungguh 'kenderaan' tu nak meluncurkan kitorang. Ha3... Asal dia laju sikit, kami jerit2 & gelak2. Excited betul! Terkesima mak2 & bapak2 budak mengtengok kitorang. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, January 20, 2014

KIK, DIAMOND WAVE

Bila hari konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) tiba...

Berdebar2, hokay! Bukan setakat 2-3 hari sebelum. Tapi, berbulan2 sebelum pun dah berdebar. Cuma debaran makin terasa bila dah dekat2 dengan tarikh konvensyen.

Fuh, neves habis!

Dah la kelam-kabut tak hengat! Konvensyen 2 hari, 4 & 5 Disember, buat kat HQ (kat The Mall). 3 hari bulan dah kena gerak sebab konvensyen start pukul 8.30 pagi. Harus la kena stay kat sana kan... Masalahnya, hotel2 kat area The Mall tu semua dah fully-booked! Penangan Perhimpunan Agung UMNO. Menggelabah je carik alternatif lain. Hadoi!

Langkah terakhir, stay kat homestay. Tu pun kat Ukay Perdana, Ampang. Nasib baik jugaklah Ukay Perdana tu hometown Kak Ja. Pasal bajet2 masa bertolak bagai... leave it to her. Fuh!

~ View waktu Subuh dari Homestay Adam, Tingkat 10, Springville Service Apartment. Homestay untuk kaum Hawa.

Homestaynya bersih, fasiliti mencukupi, tekanan air pun ok. Total ada 3 bilik dengan 2 bilik katil queen & 1 bilik lagik katil single.

Alamat penuh homestay macam kat bawah nih:-

Homestay Adam
Tingkat 10, Springville Service Apartment
Taman Ukay Perdana
68000 Ampang, Selangor / KL

No. Telefon: 019-4088872 / 019-4300872

Nak further detail, boleh check it out kat sini

Homestay kaum Adam kat blok lain. Selang 1 blok kot.

Secara automatic Kak Ja jadik tourist guide. He3... Malam pertama sampai, dah berlibur ke i-City, Shah Alam. Kengkonon nak menenangkan pikiran & jiwa yang neves ni lah. Takmo stress2! Kengkonon sangat..! Ha3...

Dah lain rupanya i-City sekarang. Dulu2 sekadar lampu hiasan blink2 semata2. Sekarang dah seperti funfair. Ada House of Horror, Trick Art Museum, Red Carpet yang ala2 Madame Tussauds, mini Eye on Malaysia, pirate ship, Snowwalk & Water World. Tapi, malam2 takde Water World la... tutup! Beroperasi waktu siang je.

~ Macam gini la keadaannya...

*Credit to: i-city

~ Jumpa 'Iron Man' kat Red Carpet siap pegang tangan dia dengan harapan kat dalam costume tu adalah Robert Downey Jr. Bulu mata dia macam cantik jerrr..., dowh..! Ha3...

Hmmm... nak revisit dengan chentahati pulak lah. Eceh! ;P

Esok harinya, pukul 7 ++ pagi dah terkocoh2 nak gerak ke HQ. Takut jemm. 

~ Ingatkan dah lambat, rupa2nya yang paling awal sampai. 

~ Menggediks2 dululah. Hiks...

~ PEACE, YO... DATUK NIK ALI (CEO)..! Heh3...

~ Bunting Diamond Wave.

Takde undi untuk tentukan turn present. Tau2 je, urusetia dah siap susun Diamond Wave presenter ke-3. Lega jugaklah walaupun nevesnya hanya Tuhan yang tau sebab teori aku, kalau present awal, lebih better, boleh tarik nafas lega lebih awal. Tak hazab sangat!

Pung... pang... pung... pang..................... selesai! Fuh!

~ Ini lepas habis jadual pertama untuk day 1. Time take 5. Amik kesempatan bergambar dengan Encik Boss Besar kesayangan. Ecewah!

~ Ah kak macam nak bernasyid je gaya tangan macam tu kan... Owh3...

~ Day 2 merangkap hari terkahir. Tak sabar nak cha alip bot!

Day 2 samadengan hari keputusan & penutup. 

Congrats kepada team D'Pearl, SKM Penang sebab jadik juara daripada 14 kumpulan yang bertanding.
~ Ketua Kumpulan Diamond Wave, Encik Amir tersenyum riang gumbira amik sijil untuk we ols. ;)

*Credit to: skm

Diamond Wave dapat nombor berapa? Owh... biarlah rahsia... Ha3... Tettt.........


:: Like3, ek! ::



Tuesday, February 1, 2011

SAKIT PERUT! HADOIIYAIII..!!!

Masa gi i-City tu, memang ah kak tak berapa nak enjoyce. Sebab perut sakit, owh...! Balik dari umah Andak tu dah start sakit dah. Bukan sebu/cherry-berry! Tapi, rasa mencucuk2! Bukan sume tapi, belah kanan jer. Sampai ke peha sakitnya! Hadoiiyaiii..!

Mak aku kata, maybe sebab makan pucuk ubi secara banyak. Kan masa lunch kat umah kakak tu, aku bedal pucuk ubi rebus siap ratah2 lagik. Pastu, kat umah Andak pun makan pucuk ubi + jantung pisang masak lemak. Angin katanya… Adeh3…

Sakit dia cam on-off. So, aku bajet2 bila dah sampai i-City tu cam dah ok la sket. Tapi, hampeh! Makin sakit, ado la! Terus muka jadik masam mencuka! Sume orang pun aku nak marah! Hu3… Ya, ampon..!


~ See2!!! Memang tak semenggah muka ah kak, hokay! Selalu aku la yang paling sawan camera. Tapi, ni tak. Tengok camera pun aku menyampah! Hu3…

Nak posing… tapi, sakit… Camno tuh? Tsk3…

~ Mak aku pun jadik tak berapa nak enjoyce. Kesian mak aku tau! Nyesal2… Tsk3…

~ Hah! Kan aku dah pegang2 pinggang! Sakitnya mencucuk2 sampai ke belakang pinggang wooo… Tu yang tak buleh blah tuh!

~ Tak sker la muka aku camnie… Mencik2! Hu3…

Last2, sume decided balik jer. Plus, tak lama lepas we ols tawaf sekerat jalan tu, ujan turun. Memula cam renyai2. Pastu, terus lebat tak hengat! Masa nak jalan gi parking, sakit perut aku cam dah ilang. Tinggal sket2 jerk. So, aku gigih buat muka seposen, ajak sume orang tawaf i-City balik. Secara automatic aku kena tarbiah kaw2 punye! Adeh3… Tadah telinga… Tadah telinga…

~ Ujan dah kembali reda time nih. Buleh la jalan2 & posing2. Dah buleh senyum dah sket2. Heh3…

~ Orang lain amik gambar kat tangga, aku pun nak jugak! Tak aci la kan… Hiks…

~ Kembali normal… Ecewah! ;P

~ Buleh plak aku ngan nenek kena ‘tanduk’ ngan my ‘sayang’..! Haish! Nak kena dush3 ni..! Watchaaa..!!!

~ Dah sawan balik dah… He3…

Memang aku tak puas hati! Tak puas hati ngan diri sendirik sebab spoilkan mood sume orang! Rasa macam bersalah ya hamat! Plus, aku sendirik tak puas nak berposing kat i-City tuh. Rasa cam 1 kerugian besor di situ..! Tak buleh blah betul! So, next time aku nak gi sana lagik. Kalau buleh nak enjoyce abis2-an! Bila? Tak tau lagik. Tapi, memang nak terjah lagik. Nak ‘balas dendam’! Hu3…

Nak masuk i-City kena bayar 10 hengget untuk 1 keta. Bukan 1 kepala tau! Tapi, 1 keta. Dengan 10 hengget, ko buleh parking keta & tawaf 1 i-City tuh, which is berbaloi2 la aku rasa.

Korang dah pegi ke? Kalau belum, buleh lah terjah! ;)

On the way balik, we ols singgah kat Gerbang Malam Jalan Reko yang memula cancel nak pegi sebab ujan lebat tuh. Tengok2, dah bukak sepenuhnya. Buleh la jalan2 carik pasal.

*Tamat dah kesah i-City...


Monday, January 31, 2011

i-CITY, SHAH ALAM

Dari umah Andak, we ols balik semula ke Kajang. Ada aktiviti lain yang menanti. Kami nak ke i-City, Shah Alam. Dah janji ngan kakak nak gi sama2.

Lepas Maghrib we ols gerak. Memula, plan nak singgah kat Gerbang Malam Jalan Reko. Tapi, by the time kitorang sampai, kanopi Gerbang Malam tak bukak lagik sebab masa tu ujan. So, maybe diorang lambat sket start berniaga. Makanya, we ols teruslah ke i-City…


~ Hah! Dah sampai pun!


~ Parking kat belah bawah. Yang belah sana nun cam snow2. Cun gak!


~ Gambar sape la yang my ‘sayang’ snap nih? Haish!


~ Colourful… Banyak betul lampu! Terkagum2 ah kak, noks..!


~ Merak kayangan pun ado..! Bapak besor!


~ Swan park. Ada swan yang lonely… ada plak swan yang sedang ingin berchinta! Ecewah! Sweet la plak! ;P


~ Swan yang baru lepas kena tinggal boyfren. Kesian2… Hiks…


~ Minah enterframe..! Haish!


~ A_bern tengah melompat kat… apa ke nama ntah tempat nih? But, still under construction.


~ Pokok2 berdaun oren…


~ Duta i-City tengah turun tangga… Eh, tak! Nenek aku tuuu..!!! He3…


~ Macam2 ‘walk’ ngan ‘park’ ada. Ko pilih jer nak ke mana dolu?! Toilet ngan surau pun available. Harus la kan… Heh3…


~ Kakak ngan Abang Mie tengah kira jumlah anak tangga. Agak2 buleh beat tangga Batu Caves ke tak?! Ha3…


~ & tetiba kepala A_bern jadik teleng! Sawan lampu2 i-City kot! Ha3…

i-City ni kat Shah Alam. Tu jer yang aku tau. Kalau tanya lebih2 pasal alamat penuh, memang aku tak buleh nak jawab. Sebabnya sepanjang jalan, dari Kajang ke Shah Alam aku tido. Tapi, kalau tak tido pun belum tentu aku buleh bagitau direction. Road-blinder katanya kan… Hu3… Google sendirik la, ek? Tak pun, GPS jerk… Lagik sonang! ;P

Ada banyak lagik gambar yang aku nak jaja. Kalau korang nak tengok muka masam mencuka aku sepanjang kat i-City, tunggulah entry seterusnya. Kenapa aku masam mencuka? Hmmm… ada la… Jap lagik aku story mory morning glory. Hu3…


*Bersambungan…

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google