SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, February 18, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #78: AIR TANGAN

~ Lagik kesah air tangan Mak.

Ada magic! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, February 14, 2015

TENGOK #1, LAYAN #2

Istikharah Cinta...

Memula tak berapa nak tengok. Pertama sebab tak minat sangat kat Zul Ariffin. Sebab ke-2 adalah heroinnya. Rasa seperti... 'Hmmm... Faye Kusairi? Sapekah beliau? Apakah..??! Bla3...'

1st impression tu... Tapi, bila dah start tengok 2-3 episod, terus terjebak! Drama queen sangat tau! Ahaks...

Final episode dia kan secara marathon. 2 episod tayang serentak & the end. 

~ Jadiknya... mata tengok #1 & mulut layan #2. Heh3...

Kami order Big New Year Box yang ada Pizza Pastry Crown tu. Rasa dia, not bad la... Tapi, kami tetap prefer Hawaiian Chicken kot sebab paling kena dengan citarasa tekak kami berdua.

Perut kenyang, hati pun gumbira sebab happy ending. ;D

Istikharah Cinta dah habis. Airil & Dina pun 'nak dapat baby dah'... ;P Teman Lelaki Upahan pulak take over. Macam best! Moh le tengok sama2 sampai ke sudah, ye! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 11, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #77: WHERE TO START?

~ Penangan cuti...

Tak tau... where to start?! Konpius kejap. Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, February 10, 2015

RAHSIA KEGEBUAN

Masakan Mak memang tak boleh nak tolak. Sesimple macam mana pun, kompom aku makan berpinggan2 tanpa jemu. Magic air tangan seorang Mak kekdahnya...

Korang pun sure rasa cenggitu jugak kan... Pergi la makan kat negara mana... restoran bermintang2... hatta ke hujung dunia sekalipun, masakan mak2 kita jugak yang tetap kita terkenang2, teringat2, terbayang2 sambil meleh2 air liur. He3...

Betul tak? ;)

~ Nasik putih, ikan goreng & gulai nanas ikan masin. Mak masak simple kot..! Tapi, marvellous... tip top... perrgghhh..!!! Layan berpinggan2 pun redha je. He3...

~ Well... masakan Mak adalah rahsia kegebuan ah kak... Awwsss..!!! Ha3...

Rahsia kegebuan you ols... bagaimana pula? Ecewah! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SAYURAN BERDAUN HIJAU

Mak ada appointment darah tinggi & diabetes. Pagi2 kena amik darah, nak check HB & glucose bagai... Tapi, result dapat lambat. Pukul 11 pagi, amik kat kaunter 8. Eh, macam korang tau pulak kaunter 8 tu kat celah mana kan... He3...

Tak tau nak lepak mana sementara tunggu dapat result. Mak cadangkan lepak kat Restoran Mastan Ghani, pekena rojak. Hmmm... oklah. Boleh jugak memanjakan perut. Ahaks3...

~ Rojak Mastan Ghani

~ Amboih! Happynya ibunda kita nih..! He3...

Pukul 10.30 pagi, we ols ke hospital balik. Amik result, jumpa doktor & alhamdulillah... semuanya under control. Cumanya, Mak kena consume banyak sayuran berdaun hijau untuk tambah & maintainkan HB. 

Ok, Mak! Lepas ni, sila masukkan sayuran berdaun hijau dalam diet anda. 'Doktor' tak bertauliah ni akan pantau. Eceh! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, February 9, 2015

SEBESEN PUN MUNGKIN HABIS!

Rambutan memang best! Orang cakap, ada banyak spesis. Rambutan laici la... anak sekolah la... macam2 lagik la... Kalau ko tanya aku, memang aku tak kenal & tak boleh cam. Anak sekolah ke... anak tak berapa nak sekolah ke... semua pun aku bedal! Yang penting sodap, lekang & tak berair. ;)

Orang cakap lagik, rambutan ni kalau makan banyak2 boleh batuk. Ntah la... Tak sure ini fakta / auta. Yang aku tau, kalau dah start makan, memang payah betul nak berenti. Nak2 pulak kalau dapat petik dari pokok, fresh2 masuk dalam mulut. Perrgghhh..!!! Tang batuk tolak tepi, you ols..! Ha3...

Tapi, tu la... nak mengkokak kulit dia tu adalah sesuatu yang amat malas betul nak dilakukan! Buruk nau2 perangai, aih..! Hu3...

~ Tapi, bila Mak dah siap2 kupas kulit sekali dengan pakej baru keluar dari fridge... owh... la2... memang tak menahan kot..!

Sojuk2 je masuk pelan2 ikut tekak terus ke trakea & terus ke perut. Kalau cenggini, sebesen pun boleh habis wooo..!!! Ha3... Hadoih!

#ThrowbackMusim Rambutan


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, February 6, 2015

MEE GORENG ISTIKHARAH CINTA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Nama resepi tu, seperti biasa, memang hot! Ha3...

Bahan2:-

1 bungkus mee (dicuci bersih & ditoskan)
2 keping tauhu lembut
1 pokok sawi (dipotong)
2 keping fishcake (dihiris)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tomato
1 sudu besar kicap masin
1 sudu sos tiram
3 sudu besar cili kisar
Minyak masak
Serbuk kunyit
Garam
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur tauhu lembut dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng tauhu lembut hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Perasakan dengan sos tomato, tiram, kicap manis & masin.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan sawi & fishcake.
6) Masukkan mee. Sebatikan & masak seketika. Angkat & hidangkan bersama tauhu lembut yang telah digoreng tadi.

~ Mee Goreng Istikharah Cinta

Penangan marathon Istikharah Cinta malam ni. Jangan lupa nonton ye, you ols..! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 4, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #76: YASSIN

~ Geng surau Mak.

~ Venue: Of course la kat rumah Mak.


~ Terima kasih semua sebab sudi datang. ;)

#Throwback doa selamat & bacaan Yassin.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, January 28, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #75: BURGER TOWER

~ Bkn 1 tapi, 5!!!

Burger Tower... ko mampu..??! Ha3... Hadoih!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, January 26, 2015

FINALLY... SETUJU

Memang agak susah sikit nak ajak Intan Raudhah a.k.a Kak Ngah potong rambut. Mungkin sebab dia tak suka rambut pendek... atau mungkin jugak sebab dia fobia! Kak Aneem kata, ada 1 barbers pernah gunting rambut Kak Ngah secara kasar! A female... Malay barbers. Aku pun selalu jugak potong rambut kat salon kakak tu. So far, ok je. Cumanya, kakak tu memang seorang yang moody.

Maybe, masa dia gunting rambut Kak Ngah tu, mood dia tengah swing. Ada masalah rumah tangga kot. Tapi, hagak2 la kan... tu masalah rumah tangga ko. Ape kejadahnya nak babitkan kepala & rambut anak sedara aku??! Haish!

Kan Kak Ngah dah fobia! 

Rambut Kak Ngah dah serabai, tak tau ke mana halanya. Bangun tido, lagiklah... humangaih... kembang semacam! Ha3... 

Abang, Kak Aneem & Mak pujuk pelan2, ajak gunting rambut. Kebetulan aku nak keluar jalan2 pusing2 Teluk Intan dengan Mak. Aku pujuk sekalilah. Eh, mau pulak dia kan..! Finally... setuju. Ok, good.

Nampak tak sifat keibuan di situ..??! Ahaks...

~ She's doing fine... Nampak cool je. ;)

Salon ni kat Kompleks Menara Condong. Dari rumah Abang, membawak ke dalam kereta, dah explain siap2, kata nak bawak Kak Ngah gunting rambut kat salon lain. Bukan salon yang dulu, yang kasar2 ganas2 tu. Salon yang ni cantik... sejuk... barbers dia pun baik & lembut... bla3... Pelbagai spesis pujian dilemparkan kat salon tu. Walhal, aku tak pernah jejak situ pun. Ha3...

Nasib baik Kak Ngah percaya. ;P

& nasib baik jugak apa yang aku explain kat dia tu betul2 jadik kenyataan. Siap dapat gula2 sebanyak 2 bijik lagik! Senyum sampai telingalah Kak Ngah! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, January 25, 2015

SELFIE PARTNER

Selfie...

Suka jugak aku. Hobi sampingan gitu..! He3... 

Takde masa / musim yang spesifik untuk aku berselfie. Kalau pergi jalan2 tu, of course la nak selfie sedas 2 kan... Kalau tak, rasa macam ada yang tak kena je... something is missing kata omputih. Ecewah! Ha3... 

Kadang2, dalam kereta nak pergi opis pun gigih selfie. Lebih dramatik! Ha3... Kejadah mana yang dramatik pun aku tak tau?!! Korang angguk je lah. Layankan... ;P

Tapi, selfie ni kalau sorang2 tak berapa nak syiok jugak. Bosan! Sebab nanti bila review gambar2 tu, asik muka kita je yang terpampang. Cliche kata ko! So, kenalah carik selfie partner. Lebih variasi. ;)

~ Haaa... ini selfie partner aku! Dulu, kini & selamanya...

Hobi yang baik & mencabar macam selfie ni, harus dikongsi bersama. Betul tak, you ols? ;P
#MencabarSangat

:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, January 24, 2015

ACU PEPENDI YANG MITHALI

My 'Jebat' cedok pulut kuning & kari ayam yang Mak masak & makan kat mini kebun Mak. Kak Yong, Kak Ngah & Rifqi membontot je. Angkut sekali dengan plasticine la.. Ottomen bagai la... 

Membontot ada makna tu! ;P

~ Ajak main 1 hal, mintak suap pun 1 hal! Holloh3...

Makan sambil main... main sambil makan... kena suap lagik... tak payah nak berlengas2 tangan... aci tala nganga mulut je... dengan angin sepoi2 bahasa... berbackgroundkan sawah padi saujana mata memandang... siap terselit2 pulak dengan pokok rambutan & limau purut yang merimbun... perrgghhh... memang boleh buat bebudak bertiga tu makan berpinggan2! 

Errr... termasuklah Acu Pependi, ye! Ha3...

~ Amboih..! Gumbira betul bila perut dah kenyang.

Gendang gendut talu kecapi,
Kenyang perut suka la hati

Haah. Memang kena sangatlah! 

Terima kasih, Acu Pependi yang mithali... Eceh! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, January 21, 2015

Tuesday, January 20, 2015

4 MINTANG!

Semalam...

My 'Jebat' gigih bercerita. Pasal 1 stall yang baru dia jumpa... yang specialtynya adalah menjual Banana Cheese Fritters. Sayang 1000 kali sayang... elok2 My 'Jebat' sampai, nak order...

"Sorry, bang... Dah habis. Yang dah siap bungkus ni dah ada orang order."

Kesian My 'Jebat'. Kecewa betul dia.

Takpe2, B. Tu maknanya takde rejeki. Ada banyak hari lagik dalam seminggu. Cuba, try, test pulak hari esoknya. 

& hari esoknyaaaaaa.........

Jeng3........... ;D

~ Dapat jugak. Alhamdulillah... 

Hmmm... tak kose nak komen. Kita kasik 4 mintang teruslah! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SHITAKE PARATHA PIZZA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Aku jenguk freezer, nampak roti paratha. Aku jenguk pulak box sayur kat bahagian bawah, ada shitake mushroom. Hmmm... what to do?

Pikir... pikir... & pikir...

Ting! Idea mari. ;P

Bahan2 Untuk Topping Sardin:-

1 tin sardin
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 keping asam keping
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Topping Sardin:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Tuangkan sardin beserta sosnya.
3) Masukkan ubi kentang. Masak hingga ubi kentang empuk.
4) Perasakan dengan asam keping & garam. Lenyek kasar ikan sardin & masak seketika. Angkat & ketepikan.

Bahan2 Untuk Shitake Paratha Pizza:-

1 keping roti paratha frozen
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 biji shitake mushroom kering (direndam, dicuci bersih & dihiris)
1 keping cheese
Minyak masak
Garam

Cara2 Penyediaan Shitake Paratha Pizza:-

1) Rebus shitake mushroom hingga masak. Angkat & toskan.
2) Sapu sedikit minyak masak pada non stick pan / pemanggang ajaib. Letakkan roti paratha frozen.
3) Letakkan topping sardin, bawang besar, shitake mushroom yang telah direbus tadi & cheese yang diracik2.
4) Bakar pizza hingga masak sempurna. Angkat & boleh dihidangkan begitu saja / bersama sos cili & mayonis.

~ Shitake Paratha Pizza

Kalau 'tank' kecik, 1 Shitake Paratha Pizza tu boleh share 2 orang. Tapi, kalau 'tank' besor, sekeping tu memang ko punya je lah! 

Tepuk dada, tanyalah 'tank' memasing, ye..! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, January 17, 2015

KAGUM TAHAP 4!

Dah lama mencarik. Tetiba terjumpa pulak. Jumpa masa gigih usha Instagram. Feedback bagus2 pulak tuh! Isk3... makin tak sabar nak grab, you ols..! ;P

Hari Selasa = hari nekad! Apa nak jadik pun, jadiklah! Tak kira! No turning back! Eceh! Ter-omputih pulak. Hiks...

& aku pilih untuk deal dengan Kak Jeng a.k.a Viruspadu. Alaaa... blogger yang kiut-miut, fames amos tu... ;)

Service tip top! Baru order, tak sampai 5 minit, dah buat urusan pengeposan. Perrgghhh..!!! Kagum tahap 4 kita tau..! He3...

Hari Rabu...

Poslaju datang... Wah3.., gumbira bukan kepalang! Rasa nak melompat mintang! La3...

Tapi, kat opis. Harus behave. Tak pasal2 kang, Encik Boss pitam tengok aku cenggitu. Ko dah kenapa kan... nak melompat mintang bagai..?!! Ho3...

Petang tu jugak aku lantik diri sendirik sebagai testimoni. Testimoni kepada mende alah yang amat in trend sekarang ni. ;)

~ Seqy Beauty

Terima kasih, Kak Jeng... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google