SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label MY 'JEBAT'. Show all posts
Showing posts with label MY 'JEBAT'. Show all posts

Wednesday, September 12, 2018

MELAYANG RINGGIT MALAYSIA

#Throwback 

Birthday celebration untuk Mother & Oppa. Oppa tau pasal celebrate birthday Mother je. Tang birthday dia, memang dia tak tau. Isteri beliau kengkonon nak surprise la kiranya... Hiks...

Mother memang tak tau langsung. Nak surprise kan Mother ni, senang je. Sebab Mother bukan ingat tarikh birthday dia. Hari kita wish kat beliau 'Happy Birthday' tu la yang dia notice itu adalah birthday dia. Contoh: Tahun 2017, kau wish bulan Jun, Mother aci accept je. Tetibe kang tahun 2018, kau wish bulan Julai, pun Mother accept jugak. Ha3...

Tarikh dan tempat nak celebrate dah ada. Cuma... tempat tu, yang secara spesifik, susah nau nak fix kan. Nak carik yang betul2 relaxing katanya...

~ BrUnch di Gerai Rosyadah, Tapah pada hari kejadian.

Vacation menghala ke Ipoh. Nak check-in, tak boleh lagik sebab belum tiba waktunya. Otak ligat mencarik tempat untuk berpoya2.

~ Finally, menebeng di AEON Mall Kinta City.

~ Acah2 tunggu train. He3...

~ Kalau bab selfie, bagi je tanpa was2 kat kitorang. Pose ke laut pon apa ada hal..?! Asal konpiden. Ha3...

~ Besor adik daripada abang. Abang makan super banyak. Tapi, metabolisme hebat sangat kot... Maintain slim. Ha3...

Sempatlah terbang melayang Ringgit Malaysia Acu, kena pau dengan anak2 sedara, beli novel, komik & buku kat Popular. Takpe... sekali-sekala... Tapi, eh... bukan dah berkala2 ke?! 

#KataAcuTersebutSambilUrutDada Hu3...


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, January 24, 2015

ACU PEPENDI YANG MITHALI

My 'Jebat' cedok pulut kuning & kari ayam yang Mak masak & makan kat mini kebun Mak. Kak Yong, Kak Ngah & Rifqi membontot je. Angkut sekali dengan plasticine la.. Ottomen bagai la... 

Membontot ada makna tu! ;P

~ Ajak main 1 hal, mintak suap pun 1 hal! Holloh3...

Makan sambil main... main sambil makan... kena suap lagik... tak payah nak berlengas2 tangan... aci tala nganga mulut je... dengan angin sepoi2 bahasa... berbackgroundkan sawah padi saujana mata memandang... siap terselit2 pulak dengan pokok rambutan & limau purut yang merimbun... perrgghhh... memang boleh buat bebudak bertiga tu makan berpinggan2! 

Errr... termasuklah Acu Pependi, ye! Ha3...

~ Amboih..! Gumbira betul bila perut dah kenyang.

Gendang gendut talu kecapi,
Kenyang perut suka la hati

Haah. Memang kena sangatlah! 

Terima kasih, Acu Pependi yang mithali... Eceh! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, August 10, 2014

SUAMI KITA AJE...

Hari ni, rasa teringin nak bercerita pasal Encik Suami. Sangat popular dengan nickname My 'Jebat' kat blog ni. 'Popular' tu, noks..! Wah, gitu..! Bajet retis sangat..! Ha3...

Nickname My 'Jebat' tu memang disengajakan. Kengkonon gempak & #bukankeranaakutakcinta sangat..! Well... bini dia kan over... Ha3... Sejarah nickname tu boleh refer kat sini. Kalau nak amik taulah kan... Kalau tak kesah pun takpe. Takde hal! ;)

My 'Jebat' bukanlah masterchef. Tapi, takde la pulak sampai tak kenal mana bawang, mana halia. Kalau setakat nak masak yang simple2 tu, boleh la...

Maksudnya, kot2 tetiba kang bini dia terkurang rajin nak masak ke... atau terkurang sihat ke... atau pun termengada2 nak manja2 ke... ahaks... My 'Jebat' boleh je take over tugas memasak. Aku ok je. Lagik suka kot! Ha3...

~ Salah 1 contoh menu yang My 'Jebat' masak. Ikan tamban + sotong kering + bawang besar + cili kering potong, semua kasik goreng. Kena sangat dengan nasik putih panas2.

Campak2 je tapi, best! Kat tekak bini kesayangan dia ni la kan... ;) Mungkin sebab beliau masak dengan penuh kasih & sayang. Awwsss..!!! Ha3...

Tak salah kot puji suami sendirik. Yang penting, suami kita aje... Hiks...


:: Like3, ek! ::



Sunday, July 20, 2014

IFTAR 10 RAMADAN... 2014 & HARI ISTIMEWA MY 'JEBAT'

Hari yang extra spesel! Bukan setakat iftar tapi, hari yang istimewa untuk My 'Jebat'. Hari dia dilahirkan / dalam bahasa saintifiknya it's his birthday.

Aku sengaja tak wish sejak detik 12 malam sebab nak buat surprise kengkononnya. Dari pagi ligat berpikir, apa pulak surprise yang aku nak buat untuk kali ni. Tengah menung2 tu, sambil tengok rak fail dengan pandangan yang kosong, tetiba terpikir pasal #bukankeranaakutakcinta dengan Ketuk2 Ramadan.

Wokeh! Dah dapat idea! Hmmm... #bukankeranaakutakcinta & Ketuk2 Ramadan dengan birthday My 'Jebat'... macam takde kaitan kan? Takpe2. Relax... Tengok je apa yang ah kak nak buat. He3...

Nak bake sejibik kek, memang tak la kan... Di luar kepakaran ah kak. Nak buat chicken chop, stok pulak nan hado..! Nugget je yang ada. Hmmm... nugget pun bollehhh..! ;)

~ Ding dong... ding dong... sap2 soi... maka siaplah sudah Nugget Chop nih. Susun elok2 dalam pinggan, letak homemade potato wedges beberapa ketul, sira dengan homemade black pepper sauce & last sekali, cucukkan tag. 

Masak & cucuk tag tu inspirasinya adalah dari Ketuk2 Ramadan. Tag yang over tu pulak inspirasinya dari #bukankeranaakutakcinta 

Hah, nampak tak konsepnya kat situ? Hiks...

~ Tang tag tu yang paling mahal tuh! 'JEBAT' kata ko! Ahaks3...

~ Birthday boy yang akan selalu jadik my favourite hubby. Ecewah! ;)

Memula, My 'Jebat' ingat aku lupa birthday dia. Dari tengahari dia membebel...

"Aaby, Abang sedeh... Abang sedeh ni... Hu3..."

Bila aku tanya kenapa, dia kata takde apa2. Alaaa... sedeh sebab wife dia tak wish la tuh! He3...

Padahal, wife dia berlakon je. Pura2 tak tau, pura2 tak ingat. Kata #hannahmastura kan... actingnya harus over! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, April 5, 2014

MY 'JEBAT'

Pada suatu malam yang tenang... tapi, panas membahang jugak sebab macam dah lama je hujan tak menyembah bumi kan... ada la sepasang suami isteri tu kan... kurang kerja katanya... Hiks...

~ Gangster habis ayat 'Abang Jebat' yang last tu kan... Panasss2... Ha3...

~ Tapi, takpe... 'Mas' memahami... Eceh! ;P

Sorang kat meja kecik yang ada PC di depan TV & sorang lagik kat sofa layan smartphone. Tak toleh2 pun! Macam ada border yang kat cyber cafe tu je kekdahnya... Padahal sekangkang kera je. Kejap2 kang, yang sini senyum sorang2... Kejap2 kang, yang sinun pulak tersengih2...

Masalah negara betul! Ha3...

Perasan ke... syiok sendirik ke... gasaklah! Ada we ols kesah..??! Yang penting we ols happy & sherashi bershama... Ahaks3... 

Since then lah nickname my 'sayang' dah terconvert jadik My 'Jebat'. Owhhh... terasa malu pulak nak berterus-terang. Awwsss..!!! Ha3... 


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google