SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, July 13, 2014

IFTAR 5 RAMADAN... 2014

Ingatkan nak masak je. Tapi, cancel sebab My 'Jebat' kata ada jemputan iftar. Mak Ngah ajak berbuka kat rumah dia. 

Hmmm... ok. Tapi, lambat sikitlah kami sampai. Eh, bukan sikit! Tapi, banyak! He3... Sebab aku setelkan kerja opis. Pukul 5.30 petang My 'Jebat' amik. Balik rumah dulu then... ding dong... ding dong... pukul 7 malam sampai rumah Mak Ngah. ;P


~ Pink sedondon konsep dia. Hiks...
 
Tak semua adik-beradik My MIL yang dapat join. Pak Anjang, mertua aku & Cik Am + family je yang ada. Campur sikit dengan staf Cik Am yang kerja dengan Am Catering & jiran terdekat. Lauk-pauk toksah ceritalah, meriah! 

Nasik putih
Ayam goreng tepung
Ikan kayu masak pedas
Gulai nangka
Rambutan
Tembikai
Murtabak

Yang kat atas ni baru sebahagian. Yang sebahagian lagik aku tak ingat dah. Ha3... Hadoih!


:: Like3, ek! ::



GELOMBANG KE-2..!

Di bulan Romadhon ni, kami 1 opis giat buat meeting. Meeting Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK).
 
Lepas KIK peringkat SKM dulu tu, memang dah tak pikirkan apa2 dah yang berkaitan. Laptop dah simpan elok2 dalam kabinet berkunci & buku projek pun dah campak sekali kat situ. Otak & minda ni dah lega sangat! Heaven je rasa...
 
Tup2... ada pulak 'gelombang ke-2' KIK..! Peringkat Negeri Perak. Tak sangka sangat kena masuk lagik! Tak boleh nak reject. Kami kan 'yang menurut perintah'... Uwaawaaawaaa...


~ Meeting pertama di bulan Romadhon... Hafiz sampai terpejam2 mata! Mengantuk ke lapor? Ke... kedua2nya sekali? Ha3...


~ Ketua kasik briefing.


~ Puan Editor & Puan Penulis Buku Projek merangkap Presenter yang bajet khusyuk tak hengat! Hiks...

So far, meeting berjalan lancar. Alhamdulillah...
 
Slaid pun dah 80 % siap. Alhamdulillah lagik.
 
Perlu kerja keras untuk buku projek je. Sebab 25 Julai ni dateline. Good luck, Diamond Wave! Chaiyok2..! ;)
 
 
:: Like3, ek! ::


Saturday, July 12, 2014

SAHUR 5 RAMADAN... 2014

Kerja mereheat & merecycle lauk berbuka diteruskan. Tak baik membazir. Amalan syaiton tuh! Syuhhh3!!!

My 'Jebat' tolong bancuh air sirap suam. We ols memang suka minum air sirap suam time sahur. Macam air yang boleh membuka selera gitu..! Mak yang ajar & praktikkan sebenornya. Untuk gantikan air teh panas. Sebab teh kan angin. Sekali-sekala, bolehlah. 

So, menu sahur adalah nasik putih + sambal telur + air sirap suam. 1 jag sirap suam tu khas untuk we ols berdua. Lepas tu, amik napas kejap... Kemudian sambung minum air masak. Untuk elak dehydrate pada siang hari.


:: Like3, ek! ::



KESAH SEBUAH JAM LOCENG

Antara persediaan sebelum Ramadan adalah membeli jam loceng. Takmolah jam loceng yang bunyik dia, 'Tenenenet... tenenenet... tenenenet...' tuh. Sebab yang spesis cenggitu cuma jadik melodi indah yang makin melenakan tido we ols je. Takde effect!

Nak yang bunyik dia, 'Kringgggggggggggggggg..........' tu haaa..! Kalau ada yang berdering tahap vibrate bergegar2 lagik baguih lorrr..! Heh3...

Bukannya tak pernah ada jam loceng seumpama tu. Banyak kot..! Boleh buat koleksi. Tapi, semuanya dah rosak. My 'Jebat' tu ganas! Jam loceng ni dia yang handle sebab halwa telinga dia lebih sensitif daripada aku. Aku ni, ko letak bom jangka kat sebelah pun aku boleh buat dek je. Ha3... Hadoih! 

So, bila berbunyik je, My 'Jebat' akan tutup, dengan mata yang terpejam2 mamai tu, dia akan aci campak ke tepi je jam loceng tuh. Diulang suara... CAMPAK, hokay..! Mana tak rosak?! Tu belum masuk bab dia tersenggol sampai jatuh berguling2 jam loceng tu... tersepak lagi... kompom rosak! Tapi, aku sayang nak buang. Sebab semua pun comel2 dengan pelbagai bentuk & warna. Aku jadikkan hiasan je. 

~ Ini pilihan untuk this year. Jumpa yang warna oren, terus rasa mengujakan! He3...

So far, ia tak pernah kena campak, senggol mahupun kena sepak. Setakat tergolek2 manja tu, adalah sekali-sekala. Ha3...

Owh... lupa nak bagitau fungsi jam loceng nih! Ianya diguna pakai sebagai 1 medium untuk mengejutkan we ols bersahur, di samping wake up call daripada Mak. Tanpa kedua2-nya mungkin sahur we ols ke laut sesado..! Hu3...

Bilalah nak berjaya bangun sahur / tido tanpa bantuan ni? Adeh3...


:: Like3, ek! ::



Friday, July 11, 2014

IFTAR 4 RAMADAN... 2014

Nak masak yang simple2 je. Tak perlu kecah2kan dapur tu sangat. Sebab tak kose nak mengemas balik. Nak2 pulak di bulan Romadhon ni kan... Energy tak berapa padu. Hu3...
 
Nasik putih, sambal telur & air blackcurrant ice. Kuih-muih My 'Jebat' tapau kat PARAM.
 
Memadai & alhamdulillah... kenyang... ;)
 
 
:: Like3, ek! ::
 

SERUPA DEEJAY

Semenjak 2 menjak ni, aku busy sikit. Nak kata kerja banyak sangat tu tak la... Banyak yang tahap biasa2 je. Cumanya, bulan Romadhon ni momentum tu kureng sikit. Slow gitu..! Buat kerja 10 minit tapi, take 5-nya berminit3. Hu3...
 
Tak boleh jadik kalau asik cenggitu kan... Kena buat sesuatu! Contohnya macam carik 1 medium yang boleh buat momentum kita kembali normal. Pikir... pikir... & pikir! & akhirnyaaa... tinggg..!!!
 
What if, kita buat terapi muzik? Sebab aku pun memang layan muzik. Menyanyi di dalam kereta tu dah jadik asam garam dah! Sumbang ke... mambang ke... petir berdentam-dentum ke... gasaklah! Sukahati aku la sebab aku & My 'Jebat' je yang dengor. Ha3...


~ Bawak headphone, hah... amekaw! Dengor la lagu sampai lebam. Kalau setakat lagu Arjuna Beta tu, toksah ceritalah! Dekat lapanbelasratus kali dok repeat dengor! He3...

Lagik 1 lagu ni...
 
'Dari jauh... ku berlari... Mengejar mimpi2... La3...'
 
Kompom lapanbelasratus kali repeat jugak! Lagu wajib! He3...
 
Lepas tu, lagu Happy by Pharrel Williams. Bergoyang2 bahu, noks! Ho3... Lepas tu, lagu Patah Sayap by Nadia Aqilah Bajuri, OST Kerana Terpaksa Aku Relakan. Feeling suara soprano. ;P
 
Lepas tu pulak, lagu All of Me by John Legend. Menusuk qolbu, bebeh! Awwsss..!!! Lepas tu, bla3... Sampaikan lagu nostalgia Mawar Putih Tanda Perpisahan pun aku layan jugak! Sambil karoks pelan2 pulak tuh! He3... Sebab aku jenis yang tak hadkan halwa telinga pada satu2 genre je. Semua aku hentam belasah dengor! Asalkan aku rasa macam best! Even lagu Rosalinda ay ammor tu pun aku boleh karoks hokay..! Tapi, lirik Spanish versi akulah. Asal bunyik dia dekat2 nak sama. Ha3...
 
Sekali pandang, dah serupa deejay muslimah! Ecewah! ;P
 
Ini cara aku chill out. Cara korang, achaner pulak, ek? Cer citer... Cer citer... ;)
 
 
:: Like3, ek! ::
 

Tuesday, July 8, 2014

SAHUR 4 RAMADAN... 2014

Semuanya recycle kecuali nasik. Recycle maksudnya, reheatkan aje leftover berbuka. Kojo sonang! Jimat masa, jimat tenaga. ;)

Ada tambahan sikit je. Aku goreng telur mata untuk My 'Jebat'. Untuk aku pulak, aku buat telur hancur. Tuang kicap secukup rasa, kemudian pecah2kan cili padi. Dengan nasik putih panas2, memang kena sangatlah dengan tekak we ols. 

Mengaum kekenyangan lepas tu! Ha3...

Sila jangan tiru aksi mengaum tersebut di rumah ye, bapak2, ibuk2, anak2 sekalian..! Ganas sangat..! ;P


:: Like3, ek! ::



BENGKEL PEMANTAPAN KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

Beberapa hari sebelum Romadhon...

1 opis jadik urusetia & tutor untuk Bengkel Pemantapan Kesedaran dan Tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi. Perrgghhh..!!! Giler panjang nama bengkel! Sebut senapas kompom semput tercungap2! Hu3...

Bengkel 3 hari, buat kat Bilik Komputer, Kolej Komuniti Teluk Intan. 1st time buat event kat sini. Rasa mendebarkan pulak. Eceh! Hiks...

Aku handle pendaftaran. Dibantu oleh Kak Ja. Lepas tu, ada la tolong2 sikit wakil koperasi ni in case kalau diorang perlukan bantuan. Isi maklumat anggota koperasi ke dalam format yang kami standardizekan je. Simple & semudah A, B, C! Cuma mungkin amik masa yang panjang especially kalau koperasi tu ada berduyun2 anggota. Sebab tu buat 3 hari. 1 hari 35 koperasi yang berbeza. Tapi, kalau ada yang tak sempat siap, boleh je nak datang keesokan harinya. Yang penting siap!

~ Memasing busy. Hmmm... feeling2 lecturer IT pulak dah... Muka maintain serious & garang! He3...

Wakil koperasi yang muda belia tak banyak masalah. Laju je diorang key-in. Tapi, kalau yang warga emas & pertengahan tu, kena banyak dibantulah. Seronok apa ajar diorang yang kategori ni?! Sebab diorang sangat bersemangat! Kalau dapat key-in 1 column tu dah rasa hebak sangat dah! Excited je muka! He3...

Hari ke-3 aku tak handle pendaftaran dah. Pass dekat Kak Ja, Hafiz & En. Fadzil. Aku 'tukar shift' dengan En. Amir, jaga opis. Duduk la diam2 kat opis tu sampai petang. 


:: Like3, ek! ::



MEE GORENG INDAH HARLINA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bukan Ketuk2 Ramadan tapi, ala2 la... Bayangkan je ah kak ni Sis Shiela Rusly tengah memasak dekat Tesco. Eceh! Ha3...

Bahan2:-

1 bungkus mee (dicuci bersih & ditoskan)
2  batang fishcake (dipotong)
1/2 batang carrot (dipotong memanjang)
2 sudu kicap manis
2 sudu besar kicap masin
Minyak masak
Air masak
Gula

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 tangkai cili merah
5 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2) Perasakan dengan kicap manis, masin & sedikit gula.
3) Masukkan carrot & fishcake.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan mee. Sebatikan. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Mee Goreng Indah Harlina

Tipsnya... sambil memasak, sambil karoks lagu Patah Sayap, feeling2 Nadia Aqilah Bajuri. Ahaks...

Meh ah kak tunjukkan, meh! Angkat sudip, anggap ia sebagai mic, body posture tu kasik lentik sikit & dongak bajet berlagak suara sodap, merdu lagik diva... 3, 4... go!

'Patah sayap ku patah... Tak mampu terbang lagi... Bila tanpa cintamu... Hidupku tak bererti... La3...'

Ha3... Peace, yo!


:: Like3, ek! ::



Monday, July 7, 2014

MUKADIMAH YANG KIUT

Sebelum Ramadan...

Mak tak berapa sihat. Patutlah bila aku call, suara macam lemah je...

"... Mak dah makan ke belum?"
"Dah... Tapi, macam takde selera je...Macam nak makan mende lain."
"'Mende lain' tu apa?"
"Alaaa... ni haaa... tadi lepas semayang, Mak baring2 depan tv, keluar pulak iklan KFC. He3... "

Mukadimah cenggitu... sumpah... kiut sangat..! Ha3...

~ Phone call tu dah agak lewat. Jadik, aku bawak Mak makan KFC keesokan harinya.

~ Happy lettew.. ! Hiks...

~ Chentahati ah kak ni pun happy jugak. Tau2 je... dah sendawa. He3...

Hati gumbira, perut pun happy... ;)

Yang tak happynya bila tengok entry ni di petang hari di bulan Romadhon. Ha3... Mahap3... ;P


:: Like3, ek! ::



Sunday, July 6, 2014

DUGAAN MENJELANG RAMADAN

Hari Jumaat (sebelum Ramadan), aku on leave. Amik cuti sebab nak shopping baju raya kat Ipoh. Janji dengan Abang, gerak lepas semayang Jumaat, berkumpul kat rumah Mak.

Ok, fine! Memula, semuanya berjalan lancar. Cuaca pun redup2 dengan hujan renyai2 sikit. Bab cuaca memang bukan masalah lah. Elok jugak hujan walaupun renyai2 je. Sejuk sikit muka bumi ni. Alhamdulillah...

Masalahnya timbul bila WirAsleez kena langgar lari! Memang sakit betul hati kita bila mengenang balik kejadian tuh! Hormon stress melimpah-ruah! Huh!!!

Kessahnya...

Kejadian berlaku kat 1 simpang 4. Traffic light sedang berwarna merah. Maknanya, kena stoplah. Itu of course. Kat depan kitorang pun kereta Wira Aeroback jugak. Aku tengah baik punya sembang dengan My 'Jebat'. Tetiba...

Srettt2... gedeganggg..!!!

Sejibik Proton Saga model lama kaler krim berdesup laju tinggalkan kitorang yang masih terpinga2. Yang 'srettt2...' tu dia langgar WirAsleez, yang 'gedeganggg..!!!' tu dia langgar Wira Aeroback depan kitorang. Owner Wira Aeroback tu polis trafik. Sempat dia tanya My 'Jebat', nampak tak no. plat kereta yang sangat bedebah tuh?! My 'Jebat' cuma ingat huruf J dengan M je. Aku lagik la... 1 hape pun tak ingat! Panik, weh..! Mengejut & terkejut!

Dia mabuk ke... atau dia bergaduh dengan bini dalam kereta ke... atau jugak dia memang suka2 nak langgar kereta orang ke... yang tu aku tak tau & tak kose nak ambik tau. Yang aku nak, dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Tapi, memang tak... la kot. Hmmm...

WirAsleez ada calar yang panjang kat side penumpang. Wira Aeroback polis trafik tu yang teruk. Habis bumper kiri dia berlubang terkemek2. & aku tau, antara kami, pastinya dia yang paling sakit hati. 

30 minit berlalu... baru aku bersuara. Membebel2 menyumpah seranah si pembawak kereta Proton Saga yang kejam & tak bertanggungjawab tuh! Ambik masa 30 minit sebab sangat2 terkejut! 

Ok, fine. Jangan tiru attitude membebel2 sambil menyumpah seranah tuh sebab sangat tak bagus. Tapi, aku jugak manusia biasa, human beling yang sangat biasa2, yang kesabarannya limited! Hu3...

Bila dah cool... bila dah chill sikit... we ols anggap ini semua dugaan menjelang Ramadan... Hmmm...


:: Like3, ek! ::



Saturday, July 5, 2014

IFTAR 3 RAMADAN... 2014

My 'Jebat' kata tak payah masak. Tapau PARAM je sebab nak ziarah Jijah kat spital Teluk Intan. Admitted sebab bleeding regarding pregnancy. Sebenarnya, Jijah dah 3 minggu kot admit kat spital Melaka. Dia mintak transfer ke Teluk Intan, nak dekat dengan parents. 1st baby kan... ada komplikasi pulak lagi. Perlukan pemantauan & moral support family.

Uri / placenta baby duduk kat bawah. Itu major cause bleeding tuh. Tumbesaran baby pun agak abnormal, means dari segi saiz & berat. She's 6 months preggie. O & G suggestkan dia dimonitor kat wad sampai baby 7 bulan. Kemudian, induce. Kalau bleeding tu beransur ok & terkawal, doktor akan cuba selamatkan dua2. Tapi, kalau vice versa, priority adalah selamatkan ibu.

Sedeh... memang sedeh. Tapi, aku tau dia kuat. Setiap hujan pasti ada pelanginya kan... kalau Allah izinkan. Kami semua akan doakan yang terbaik. In shaa Allah... aminnn...

Terserempak dengan mertua kat wad sebab memang hari2 pun diorang akan hantar makanan berbuka untuk Jijah. Tapi, hari tu Jijah macam tak berapa lalu nak makan. Mangkuk tingkat bertukar tangan, jatuh ke tangan we ols. Rezeki jangan ditolak & diakhiri dengan ucapan terima kasih. He3...

So, menu iftar hari tu adalah kombinasi lauk PARAM & mangkuk tingkat mertua. Ada nasik putih, ikan kayu masak cili padi, gulai nanas ikan masin, bawal masak pedas, pecal terung, pucuk ubi masak lemak, ikan merah masak pedas & murtabak.

Meriah! Sekian, terima kasih. ;)


:: Like3, ek! ::



SAHUR 3 RAMADAN... 2014

Pes untuk nasik goreng dah disiapkan awal2. Cili padi, bawang besar, bawang putih & belacan... semua kasik tumbuk 1 kali, simpan dalam fridge. Subuh tu, main campak2 je. Mamai2 pun still boleh memasak kalau bahan2nya dah siap cenggini.

~ Nasik goreng belacan + telur mata. 


Aku 2 pinggan, My 'Jebat' pun 2 pinggan. Hebak tak we ols..? Ha3...


:: Like3,ek! ::



Friday, July 4, 2014

IFTAR 2 RAMADAN... 2014

Rajin pulak nak memasak. Dekat opis pun dah pikir2 nak masak apa?! Semestinya yang terpaling simple yang jadik pilihan. 1 lagik kriteria adalah yang tak perlu nak guna deria rasa sangat. Puasa kan... Ah kak ni pulak dah la spesis yang tak berapa reti nak agak2. Begitu...

My 'Jebat' kata, nak carik kuih kat PARAM. Ok, fine. Boleh je. Tapi, pesan siap2, jangan beli banyak2! Contoh: Untuk dia = 1 jenis kuih, untuk aku pun = 1 jenis kuih. Takmolah beli banyak2. Yang nak makan 2 orang je pun. Membazir je kang!

Dekat lapanploh kali jugak la dok pesan kat My 'Jebat' tuh. Al maklumlah... dia kalau ke PARAM, tak sah kalau tak 'tawaf' 2 kali. Hasilnya kang berbondong2lah bungkusan makanan yang dia tapau!

& alhamdulillah... My 'Jebat' mendengar kata. ;)

~ Nasik putih + ikan termenung goreng + sup daging + sup sayur + sambal kicap. 

Semua hasil air tangan sendirik kecuali sup daging. Wah, macam ada nada berlagak di situ..! Ha3... Puiii..!


:: Like3, ek! ::



MALAM CINTA RASUL

Sebelum Ramadan menjengah..

Ada Malam Cinta Rasul. Kebetulan, siang harinya My 'Jebat' sambung buat kerja2 renovation rumah Mak. Belah malam, nak buatlah aktiviti yang chill2 sikit. Contohnya macam tengok & dengar alunan zikir + qasidah kat Malam Cinta Rasul. Kan chill tuh..?! Merangkap santapan rohani. ;)

Hujan renyai2. Tapi, takpe... sebab Arena Square kan ada bumbung... Takde hal lah..! Plus, sejuk sikit. ;)

~ Pengunjung yang sama2 chill malam tu.

~ Beli tikar kartun yang 10 hengget tuh untuk alas duduk.

~ Selfie dengan 'Mak Cik Sari' (read: Mak). ;P

Al-Mawlid & the gang memang cool! Syahdu je dengor diorang berqasidah. Dari 1 zikir ke 1 lagu.. ke 1 zikir balik... lagu balik... doa... sedar2 dah lewat malam. Ghalit! Seperti didodoi2! ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, July 3, 2014

SAHUR 2 RAMADAN... 2014

Balik dari rumah mertua, we ols terus bersilat kat dapur. Buat preparation untuk juadah sahur. My 'Jebat' tolong masak nasik, aku pulak potong2 bahan2 yang diperlukan untuk masak subuh tu kang. Senang & jimat masa. Tinggal campak-mencampak je.

Begitulah hidup berumahtangga... Tolong-menolong tu perlu untuk ringankan beban & kurangkan stress. Kalau semua kerja / tugas letak kat bahu 1 pihak je, kesianlah pihak tersebut... 'Ini tidak adil... tidak adil... bagiku... La3...' kata Yunalis Zarai... ;P

~ Hasilnya = nasik putih + sardin + ikan masin goreng. Perrgghhh..!!! Kalau setakat 2 pinggan, aci pejam mata je... selesai! Ha3...

Menu simple macam ni lebih membuka selera we ols time sahur. You ols... bagaimana? Eceh! ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google