SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label URUSETIA. Show all posts
Showing posts with label URUSETIA. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

SANGAT2 LUAR BIASA!

Kursus Pengurusan Kewangan Koperasi (Wajib 1)

'Join venture' antara SKM dengan MKM. Tugas aku dengan Kak Ja macam biasalah... jadik urusetia bahagian pendaftaran. Memula kami ok jerrr... Tapi, lama2 kami jadik 'culture shock'! Sebab peserta melimpah-ruah! Attendance yang sangat2 luar biasa sampai bilik seminar full! Tahap kena mintak 2-3 bijik meja + kerusi extra kat urusetia bersama [Koperasi Orang Melayu Kerajaan (SKOMK) Perak Berhad]. 

Fuh, dasat!

~ Opening speech daripada top management bahagian latihan, MKM.

~ Speaker of the day... of courselah dari MKM jugak.

~ Good joblah to all wakil2 coperators nih..! Anda sememangnya hebak!

Urusetia pun terkena tempias semangat kamu semua. Beronok2 betul kami tengok kamu semua berkursus. & hati kami pun bermunge2... Ecewah..!

Kursus ni 2 hari. Alhamdulillah... berjalan dengan lancar.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, July 8, 2014

BENGKEL PEMANTAPAN KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

Beberapa hari sebelum Romadhon...

1 opis jadik urusetia & tutor untuk Bengkel Pemantapan Kesedaran dan Tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi. Perrgghhh..!!! Giler panjang nama bengkel! Sebut senapas kompom semput tercungap2! Hu3...

Bengkel 3 hari, buat kat Bilik Komputer, Kolej Komuniti Teluk Intan. 1st time buat event kat sini. Rasa mendebarkan pulak. Eceh! Hiks...

Aku handle pendaftaran. Dibantu oleh Kak Ja. Lepas tu, ada la tolong2 sikit wakil koperasi ni in case kalau diorang perlukan bantuan. Isi maklumat anggota koperasi ke dalam format yang kami standardizekan je. Simple & semudah A, B, C! Cuma mungkin amik masa yang panjang especially kalau koperasi tu ada berduyun2 anggota. Sebab tu buat 3 hari. 1 hari 35 koperasi yang berbeza. Tapi, kalau ada yang tak sempat siap, boleh je nak datang keesokan harinya. Yang penting siap!

~ Memasing busy. Hmmm... feeling2 lecturer IT pulak dah... Muka maintain serious & garang! He3...

Wakil koperasi yang muda belia tak banyak masalah. Laju je diorang key-in. Tapi, kalau yang warga emas & pertengahan tu, kena banyak dibantulah. Seronok apa ajar diorang yang kategori ni?! Sebab diorang sangat bersemangat! Kalau dapat key-in 1 column tu dah rasa hebak sangat dah! Excited je muka! He3...

Hari ke-3 aku tak handle pendaftaran dah. Pass dekat Kak Ja, Hafiz & En. Fadzil. Aku 'tukar shift' dengan En. Amir, jaga opis. Duduk la diam2 kat opis tu sampai petang. 


:: Like3, ek! ::



Sunday, June 8, 2014

ROJAK KETAM YA HADO..!

Peram lama nih! Bulan April punya cerita. Tak sengaja peram pun... Peram sebab tunggu gambar2 kenangan berkaitan daripada Kak Ja. Plus, Kak Ja yang banyak snap2 gambar.

1 habit aku, kalau dalam kelompok yang aku join tu dah ada yang rajin jadik 'photographer' memang aku tak keluarkan gajet akulah. Menumpang berposing kat gajet orang tersebut je. Lepas tu, WhatsApp. Heh3...

Kami diarahkan attend 1 taklimat & jadik urusetia. 3 hari 2 malam kat Pangkor. 1 SKM Perak berkampung kat sana. Ada yang check-in awal & ada yang check-in lewat. Ikut jadual tugas memasing.

~ Sampai kat Lumut Waterfront, terjumpa Datuk Nik Ali (CEO). Tapi, banner je la... Heh3...

~ 'Tourist' yang terpaling cute. Eceh! Ha3...

~ Yang ni pulak, 'photographer' terpaling cute. Ha3...

Kami naik feri petang. Tak ingat pukul berapa. Tak kesahlah. Yang penting, selamat sampai. Alhamdulillah...

Check-in kat Bay View Beach Resort, Teluk Nipah. Bilik aku, Ena & Kak Ja dah terpisah2. Diorang dah siap2 arrange nama. Aku duduk kat bilik yang sharing 3 orang. Ground floor je. Kak Ja & Ena kat 2nd floor. Roommates aku yang 2 orang tu memang aku tak kenal sangat. Staf SKM Perak (Ipoh). Tapi, aku takde hal. Kalau agak2 sekepala, aku syiok je. Kalau agak2 lain macam, aku buat hal aku, ko buat hal ko je lah. Tak perlu semak otak nak pikirkan siapakah roommates kita. Redah je...

Perut dah berdondang sayang. Eh, silap! Dah berk-pop sebab kalau dondang sayang maknanya lapor manjas2 je. Tapi, ni dah lapor tahap gaban! Istilah paling #halussss adalah 'k-pop'. Ha3...

Maunya tak kan... lunch aku makan maggi asam laksa je sebab dah breakfast yang heavy2. Paham2 je lah... bila tengahari tak makan nasik, memang berk-pop sungguhlah perut aku! Ena & Kak Ja roger2 ajak beach walk sambil carik makan. Fuh! Mereka sangat memahami perut ah kak... Ahaks3...

~ Rojak ketam sepinggan, 15 hengget dengan air kelapa sebijik. Akibat perut yang berk-pop tuh. ;)

~ Terima kasih, Kak Ja sebab mengselfiekan we ols. He3...

Ala2 pasemboq. Tapi, sedeh! Sebab rojak ketam tu ke laut sangat..! Bebola ikan yang ada kat dalam tu & sambalnya macam dah basi. Air kelapa pulak muda sesangat. Takde isi. Sentap perut ah kak tau! Sob3...

Balik makan kat resort je la... Biasa2 jugak. Dah lapor, belasah je! Asalkan tak basi. Hmmm...

Harga makanan kat Pangkor ni memang boleh tahan jugaklah expensivenya... walaupun makan kat gerai2 biasa. Tak macam Langkawi, seafood dalam kategori reasonable & affordable. Tempat comfy pulak tuh! Pangkor ni boleh buat tempat berholiday je kot... Kalau nak makan seafood ikan bakar bagai... better makan kat Lumut. Amat berpatutan! Berdasarkan pengalaman aku & family la kan...

Malam adalah aktiviti sukahati. Aku, Ena & Kak Ja ke pantai, beach walk katanya... Lepak atas pasir pantai berlapikkan selipar jepun. Layan ombak rindu... Eh, ombak lautlah! He3... Sayang sebab tak bawak gitar. Kalau tak, boleh karoks di tepian pantai... tajuk album dia. Kak Ja main gitar, aku nyanyi & Ena tepuk2 tangan. Luah perasaan rindukan suami kekdahnya... Boleh imagine tak, para isteri berkenaan berkaroks? Ha3...

Pukul 11 ++ malam, balik bilik & layan #bukankeranaakutakcinta online. Wi-fi laju wooo..! Maklumlah... bilik kat ground floor... dekat dengan lobby... maka dekatlah dengan wi-fi. Hati pun gumbira dapat tengok #jebatmas. Eceh! Ahaks...


:: Like3, ek! ::



Thursday, June 27, 2013

KURSUS MEMAHAMI PENYATA KEWANGAN KEPADA KOPERASI BARU

Jadik urusetia merangkap peserta kursus...

Hokay apa..??! Sebab kursus tak sampai petang pun... Half day je. Makan adalah 2 kali. Breakfast & lunch. Tang makan adalah yang paling menjadik faveret. Heh3...

Memula, aku ingatkan aku jadik urusetia sorang2 sebab Kak Ja maybe lambat sikit. Dia balik kampung. Pagi2 tu baru dia bertolak dari KL. 

Takpe... I think I can manage this. Ecewah! Terskipping London pulok. Ahaks3...

~ Mintak tolong Hafiz temankan untuk urusan pendaftaran peserta. 

Kursus ni kat Kompleks SKOMK tu je pun. Dari opis aku tak sampai 5 minit kot. Mengdrive la ah kak hari tu. Nasib baik tak sesat! Fuh! ;P

~ Outfit of the day adalah baju kurung Pahang celoreng2 buat orang yang pandang pening + tudung ekspress kaler merah. Masa jahit baju kurung aku tu kan, Mak membebel2 sebab Mak pun pening. He3...

Half way urusan pendaftaran, Kak Ja roger2 kata nak join. I is hokay jerrr..! Ada jugak geng kan... ;)

Kursus berjalan dengan lancar. Alhamdulillah...

Nampak gayanya, kuota kursus wajib ah kak untuk tahun ni dah cukup. Macam terlebih2 pun ada jugak. Wah, ada nada riak di situ! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, June 16, 2012

SIBUK!

Weekend yang sibuk kot... Sibuk dengan aktiviti kerja & sosial. Cewwah..!

Opis aku buat Mini Karnival Jualan Koperasi 2012. Start dari 15 Jun 2012 (semalam) sampai la 17 Jun 2012. Nak tak nak, ah kak & the geng kena jugaklah turun padang jadik urusetia kan...

~ Seperti biasa, aku dengan Ros ditugaskan sebagai urusetia pendaftaran. Mencabar , hokay..! ;P

Kami dapat baju korporat baru khas untuk Mini Karnival Jualan Koperasi nih. Memula, bajet macam malas je nak pakai baju korporat sebab selalunya baju korporat yang aku dapat tak menepati piawaian! Besor macam kelambulah... tangan dia panjang berjelalah... kaler macam penjaga zoolah... bla3... 

Hadoiiyaiiinyapun!!!

Tapi, kali ni macam magic pulak! Sebab baju korporat tu giler cantek! Dengan kaler orennya... Terbaekkklah..! Cuma saiz je terkecik sikit. 

Eh! Baju tu kecik ke ah kak ko ni yang membesor bagai johan? Suka2 salahkan saiz baju pulak..! Adeh3...

~ Tugas aku ngan Ros bermula seawal pukul 7.50 pagi. Kalau ikut jadual, pendaftaran start pukul 8.30 pagi. Tapi, datang awal sikit tu lagik bagus kan... Boleh la prepare apa2 yang patut.

~ Pakcik ni antara peserta terawal yang mendaftar. Wakil Koperasi Warisan Keluarga Haji Salleh Ali Hilir Perak Berhad. Selalu jugak pakcik ni datang opis, jumpa Encik Bos. Humble je pakcik ni. Bila dia datang opis, teringat pulak kat atok aku. Syahdu pulak. 

Pendaftaran tu adalah untuk peserta-peserta Taklimat Penyediaan Rancangan Perniagaan yang disampaikan oleh Pegawai MARA Hilir Perak.

~ Encik Selvam (opismate aku) ditugaskan sebagai moderator. Steady, bro..! He3...

~ Tengah syiok2 ah kak memfocus (la sangat...) kat taklimat tuh, tetiba je terus ah kak meroyan sambil mengcover2 pandangan. Bukan malu atau ada paparazzi nak mengsnap gambar ah kak. Tapi, sebab aku nampak Jabatan Perkhidmatan Awam bawak sangkar U.L.A.R!!! Kalau sangkar je takpe la jugak. Ni dengan mende2 alah tu sekali kat dalam! Mana la ah kak ko ni tak meroyan! Sadis!!!

Neves ah kak, noks! Kalau tak bawak mende alah tu tak bolehkah? Bawak la siput sedut ke... kambing gurun ke... Haish! 

Pulang dengan muka ketat ah kak hari tuh... Hu3...

Sebelum muka ah kak semakin ketat, meh nak jemput semua orang2 kampung... orang2 bandar... yang duduk di sekitar Teluk Intan atau luar kawasan, jom la beramai2 memeriahkan Mini Karnival Jualan Koperasi nih. Banyak booth2 bumiputera yang buat jualan. Macam2 ado..! Cerita banyak pun tak guna. Datang je lah.

Sekian... Jangan kata aku tak ajak pulak tau! ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google