SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label 2 RAMADAN 2014. Show all posts
Showing posts with label 2 RAMADAN 2014. Show all posts

Friday, July 4, 2014

IFTAR 2 RAMADAN... 2014

Rajin pulak nak memasak. Dekat opis pun dah pikir2 nak masak apa?! Semestinya yang terpaling simple yang jadik pilihan. 1 lagik kriteria adalah yang tak perlu nak guna deria rasa sangat. Puasa kan... Ah kak ni pulak dah la spesis yang tak berapa reti nak agak2. Begitu...

My 'Jebat' kata, nak carik kuih kat PARAM. Ok, fine. Boleh je. Tapi, pesan siap2, jangan beli banyak2! Contoh: Untuk dia = 1 jenis kuih, untuk aku pun = 1 jenis kuih. Takmolah beli banyak2. Yang nak makan 2 orang je pun. Membazir je kang!

Dekat lapanploh kali jugak la dok pesan kat My 'Jebat' tuh. Al maklumlah... dia kalau ke PARAM, tak sah kalau tak 'tawaf' 2 kali. Hasilnya kang berbondong2lah bungkusan makanan yang dia tapau!

& alhamdulillah... My 'Jebat' mendengar kata. ;)

~ Nasik putih + ikan termenung goreng + sup daging + sup sayur + sambal kicap. 

Semua hasil air tangan sendirik kecuali sup daging. Wah, macam ada nada berlagak di situ..! Ha3... Puiii..!


:: Like3, ek! ::



Thursday, July 3, 2014

SAHUR 2 RAMADAN... 2014

Balik dari rumah mertua, we ols terus bersilat kat dapur. Buat preparation untuk juadah sahur. My 'Jebat' tolong masak nasik, aku pulak potong2 bahan2 yang diperlukan untuk masak subuh tu kang. Senang & jimat masa. Tinggal campak-mencampak je.

Begitulah hidup berumahtangga... Tolong-menolong tu perlu untuk ringankan beban & kurangkan stress. Kalau semua kerja / tugas letak kat bahu 1 pihak je, kesianlah pihak tersebut... 'Ini tidak adil... tidak adil... bagiku... La3...' kata Yunalis Zarai... ;P

~ Hasilnya = nasik putih + sardin + ikan masin goreng. Perrgghhh..!!! Kalau setakat 2 pinggan, aci pejam mata je... selesai! Ha3...

Menu simple macam ni lebih membuka selera we ols time sahur. You ols... bagaimana? Eceh! ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google