SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RAMADAN 2014. Show all posts
Showing posts with label RAMADAN 2014. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

IFTAR 15 RAMADAN... 2014

Turn berbuka di rumah mertua. Adik2 ipar & biras2 tak ramai yang balik. Ada Jijah & Mon je. Ok la tuh kan...

Lauk utama adalah ayam goreng berempah. Masa tolong goreng tu, perrgghhh... menusuk2 qolbu & mencucuk2 lubang hidung bau ayam tu tau! Semerbak sangat! Bergegar2 perut ah kak, nok..! Awwsss..!!! Hu3...

Tapi, maintain control ayu sebab kat rumah mertua. Ha3... Poyo!

Air seperti biasalah, memang berjenis2. Air teh susu, cincau, bandung, cendol, oren & mango. Woo hooo..! Meriah! Tapi, tak membazir tau! Semua sold out! Maybe puasa kali ni lebih kepada haus kan... Cuaca panas membahang, dengan kadang2 jerebu lagik, kompom tekak kering!

Lepas Isya', aku teman My 'Jebat', hantar Mon ke bus station. Dia nak balik Melaka atas tuntutan kerja. Dia tinggalkan kereta kat rumah mertua. Untuk kemudahan Jijah jugak. Plus, kalau naik bas, takdelah penat. Boleh relax & tido dalam bas.

Balik dari hantar Mon, sempat lagik aku layan filem Bencinta. Saja nak tengok sebab nak comparekan dengan filem Enough. Owh... memang sejibik sejiban! Hmmm... perlu ke duplicate sampai macam tu sekali? Isk3... 

Oklah. Dah lari tajuk pulak. By the way, malam tu we ols bermalam kat rumah mertua. 


:: Like3, ek! ::


Tuesday, July 22, 2014

SAHUR 15 RAMADAN... 2014

Mak buat wake up call pukul 4.50 pagi. Ngeliat2 dulu & sempatlah tertido balik. Ha3... Nasib baik tak terlajak, owh... hoiii..! Pukul 5.10 pagi terjaga semula. Ok, fine. Sempat kot nak buat kerja reheat-mereheat. 

Nasik putih, ikan bawal putih goreng & labu air tumis pedas. Menu yang exactly macam iftar tapi, takde sambal belacan je sebab dah habis. Takkan la pulak aku beriye dengan gigihnya nak tumbuk2 sambal belacan subuh tuh! Memang tak la kan... By the way, air sirap suam tetap ada & ia adalah 'hero'.

Alhamdulillah... kenyang.


:: Like3, ek! ::



IFTAR 14 RAMADAN... 2014

Aku memasak untuk iftar. Alhamdulillah... sebab mood memasak tu masih tak berapa ke laut. He3...

Tengahari dah siap2 prepare bahan2. So, petang kang kalau masuk dapur lambat sikit pun takde masalah sangatlah. Still sempat. 

~ Ada nasik putih, ikan bawal putih goreng, labu air tumis pedas & sambal belacan. Karipap tu My 'Jebat' tapau PARAM.

Air kelapa lemon pun tapau kat PARAM. Heaven, owh... berbuka minum air kelapa lemon. Refresh!


:: Like3, ek! ::



SAHUR 14 RAMADAN... 2014

Semuanya leftover yang direheat.

Nasik putih & sambal tumis ikan tamban. Sawi tumis dengan nugget ayam je yang sold out masa berbuka. Takpelah... 1 lauk pun dah 1000 rahmat. Syukur...

 Sirap suam takkan dilupakan. Rasa segar je tekak bila minum sirap suam di subuh hari. Berbuka dah minum ais, bersahur biarlah minum yang suam2. Balance. 


:: Like3, ek! ::



IFTAR 13 RAMADAN... 2014

My 'Jebat' call, dia balik lambat katanya... Bakal berbuka puasa di jalanan. Kerja kat site perlu diselesaikan. My 'Jebat' suggestkan tapau juadah berbuka kat PARAM je. Tapi, I ols macam malas kedaung nak berlegar2 kat PARAM tu sorang2. Tak best! So, aku decide untuk masak.

My 'Jebat' risau sebab dia takut aku tak sempat masak. Maklumlah... lately ni, kerja macam banyak je... Selalu balik pukul 5.30 petang. Sampai rumah, plus-minus dalam 5.40 petang. Aku ni kalau memasak, berchenta sikit! Maknanya, lambat! Tak reti nak laju2 sap2 soi especially kalau bahan2 tak disiapkan awal. Kena susun2 bahan2 tu semua atas meja, masukkan satu persatu, macam dalam rancangan masakan kekdahnya... That's why la My 'Jebat' neves! He3...


Tapi, aku cakap kat My 'Jebat', don't worry, bebeh! Bisa diatur! Isteri kesayanganmu pasti boleh! Eceh! ;P

~ Nasik putih, sambal tumis ikan tamban, sawi tumis & nugget ayam... ini je la yang sempat aku masak.

Berbuka sorang2 je, noks..! My 'Jebat' sampai rumah pukul 9 ++ malam. Takpelah... Demi mencarik rezeki kan... ;)


:: Like3, ek! ::


Monday, July 21, 2014

SAHUR 13 RAMADAN... 2014

Takde leftover untuk lauk. Tapi, nasik putih takde masalah. Sebab lepas berbuka, terus laju2 masak nasik. Langkah selamat di situ... ;)

Subuh tu, aku capai bawang besar, putih, cili padi & udang kering... maka bermulalah sesi memasak nasik goreng udang kering. 

Alhamdulillah... sempat. ;)


:: Like3, ek! ::





IFTAR 12 RAMADAN... 2014

Appointment Mak habis tengahari. Alhamdulillah... semuanya under control. Kuantiti darah Mak pun dah meningkat berbanding sebelum ni. Dari 6 dah naik ke 9. The best adalah 11. Tapi, sebab ada peningkatan, doktor puji jugak la... Yang penting, kerang & bayam, masih kena consume untuk dapatkan bacaan 11.

Dahla dua2 tu bukan makanan kegemaran Mak. Memang berchenta sikit la Mak nak telan secara kerap. Hmmm... takpe, Mak. Pelan2 asalkan konsisten. Chaiyok2, Mak! ;)

Lepak sekejap kat rumah Mak. Cadangnya, lepas Zohor nak balik rumah sebab hari tu aku on leave. Tapi, ke laut! Pukul 4 petang baru aku sampai rumah. Sempat tertido kat rumah Mak. Heh3...

Petang tu, tak memasak pun untuk iftar. Flat sangat rasanya. Haus tak terhingga. Tengok iklan 'Ribena... Kelasss... kau Maria..!' pun asik tertelan2 air liur. Kejam sangat, hokay iklan tersebut..! Tsk3...

Penyudahnya, roger2 My 'Jebat', suruh tapau kat PARAM je juadah iftar. Lepas tu, mintak belikan susu cair setin dengan Ribena sebotol sebab nak buat Ribena bandung. 'Ribena... Kelasss... kau Maria..!' punya pasal lah nih! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, July 20, 2014

SAHUR 12 RAMADAN... 2014

Masih merecycle lauk2 berbuka. Lepas tu, ada tambahan telur dadar yang Mak masak. Telur dadar tu, memang thorrbahekkk..!!! Perrgghhh..!

Tangan Mak ni macam magic! Masak apa pun macam best jerrr... macam sodap jerrr... Ada ummpphhh..!

Ni yang tak sabor nak balik beraya kat kampung ni! Rindukan air tangan Mak... Owh3...


:: Like3, ek! ::



IFTAR 11 RAMADAN... 2014

Habis kerja pukul 5.30 petang. Tak balik rumah tapi, terus amik Mak. Esoknya Mak ada appointment darah tinggi & lencing manis. So, malam tu Mak kena bermastautin kat rumah aku.

Tapau makanan yang Mak masak. Ada nasik putih, kerang masak cili padi, ikan tumpi, sambal goreng Jawa & labu air tumis air. Macam dah meriah je kan... Tapi, tetap jugak nak tapau something kat PARAM. Heh3...

Tapau gado2, gulai daging & pajeri nanas. So, menu iftar adalah kombinasi lauk yang Mak masak dengan makanan PARAM.

~ Tarawikh sama2 dengan Mak malam tu. Pakai telekung lycra yang best, hadiah daripada Mak. Terima kasih, 'Mak Cik Sari'..! Eh, Mak lah! He3...

~ Comel tak, 'Kak Ton'..??! Hiks...

Alhamdulillah...


:: Like3, ek! ::



SAHUR 11 RAMADAN... 2014

Recycle & reheat lagik...

My 'Jebat' ada tapau daging dendeng masa iftar. Ada leftover. So, reheat je lah. 

Lepas tu, dengan gigihnya aku masak ikan bilis + telur hancur + kacang panjang, lepas tu, tuang kicap. Kojo sonang! Kejap je dah siap.

~ Beginilah rupa menu bersahurnya.

Bolehlah. Buat alas perut... ;)


:: Like3, ek! ::



IFTAR 10 RAMADAN... 2014 & HARI ISTIMEWA MY 'JEBAT'

Hari yang extra spesel! Bukan setakat iftar tapi, hari yang istimewa untuk My 'Jebat'. Hari dia dilahirkan / dalam bahasa saintifiknya it's his birthday.

Aku sengaja tak wish sejak detik 12 malam sebab nak buat surprise kengkononnya. Dari pagi ligat berpikir, apa pulak surprise yang aku nak buat untuk kali ni. Tengah menung2 tu, sambil tengok rak fail dengan pandangan yang kosong, tetiba terpikir pasal #bukankeranaakutakcinta dengan Ketuk2 Ramadan.

Wokeh! Dah dapat idea! Hmmm... #bukankeranaakutakcinta & Ketuk2 Ramadan dengan birthday My 'Jebat'... macam takde kaitan kan? Takpe2. Relax... Tengok je apa yang ah kak nak buat. He3...

Nak bake sejibik kek, memang tak la kan... Di luar kepakaran ah kak. Nak buat chicken chop, stok pulak nan hado..! Nugget je yang ada. Hmmm... nugget pun bollehhh..! ;)

~ Ding dong... ding dong... sap2 soi... maka siaplah sudah Nugget Chop nih. Susun elok2 dalam pinggan, letak homemade potato wedges beberapa ketul, sira dengan homemade black pepper sauce & last sekali, cucukkan tag. 

Masak & cucuk tag tu inspirasinya adalah dari Ketuk2 Ramadan. Tag yang over tu pulak inspirasinya dari #bukankeranaakutakcinta 

Hah, nampak tak konsepnya kat situ? Hiks...

~ Tang tag tu yang paling mahal tuh! 'JEBAT' kata ko! Ahaks3...

~ Birthday boy yang akan selalu jadik my favourite hubby. Ecewah! ;)

Memula, My 'Jebat' ingat aku lupa birthday dia. Dari tengahari dia membebel...

"Aaby, Abang sedeh... Abang sedeh ni... Hu3..."

Bila aku tanya kenapa, dia kata takde apa2. Alaaa... sedeh sebab wife dia tak wish la tuh! He3...

Padahal, wife dia berlakon je. Pura2 tak tau, pura2 tak ingat. Kata #hannahmastura kan... actingnya harus over! Ha3...


:: Like3, ek! ::



SAHUR 10 RAMADAN... 2014

Bersahur dengan nasik putih bersama leftover ikan goreng & sambal belacan. Haaa... ko mampu telan sambal belacan di subuh hari..? We ols mampu, hokay..! Ha3...

Berchenta jugak nak habiskan sepinggan nasik. Lainlah kalau untuk lunch. Sambal belacan tu kompom jadik pembuka selera & boleh buat kita tambah nasik secara tak sedar diri.

Subuh2 begitu, makan bersulam air la kekdahnya... 

Kembung perut! Hu3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, July 17, 2014

IFTAR 9 RAMADAN... 2014

Mood memasak datang lagi... Alhamdulillah...

Selalunya, kat opis lagik dah dok pikir nak masak apa?! Tapi, kali ni dah balik rumah, rest kejap sambil layan #bukankeranaakutakcinta, baru timbul idea pasal menu. Habis je lagu, 'Dari jauhhh... ku berlari... Mengejar mimpi2... La3...' terus cepat2 bersilat kat dapur. Persis Tun Teja. Eceh! Ha3...

Memula, masak sayur. Lepas tu, tumbuk sambal belacan. Tumbuk, hokay..! See! Betapa rajinnya ah kak... ;P Kemudian, goreng ikan. Last sekali, masak nasik.

My 'Jebat' tapau karipap, cempedak goreng, mee + kueteow goreng basah & air soda herba kat PARAM. Minat betul beliau kat air soda herba tuh. Rupa paras dia sejibik macam infused water. Ada lemon, laici & daun pudina dicampurkan dengan soda. Aku pernah rasa sekali. Owh... tak boleh blah! Pelik kat tekak aku.

Korang pernah rasa air soda herba tak?


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 16, 2014

SAHUR 9 RAMADAN... 2014

Takde lauk leftover. Makanya, kena memasak.

Tak susah. Panaskan minyak, pecahkan telur ayam, jadiklah telur mata. Tuang kicap secukup rasa, taburkan sikit cili padi. Nasik putihnya harus panas2.

Disulami dengan air sirap suam. Owh... alhamdulillah... kenyang... ;)


:: Like3, ek! ::



IFTAR 8 RAMADAN... 2014

Tak kose nak masak. Rasa macam flat je. Tengok Ketuk2 Ramadan pun telan air liur lapanbelasratus kali. Haish! Achaner tuh? Hu3...

My 'Jebat' kerja. Awal2 dah bagitau yang #hannahmastura dia ni tak berapa nak larat masak. Alhamdulillah... sebab dia sangat memahami. Owh... I lap you lah, bebeh! Ha3...

Makanya, menu iftar aci tapau PARAM je lah. My 'Jebat' makan nasik ayam & aku makan kueteow goreng basah. Ada jugak kuih-muih sikit. Cukuplah untuk makan berdua. 


:: Like3, ek! ::



Tuesday, July 15, 2014

SAHUR 8 RAMADAN... 2014

Seperti biasa, kalau kat rumah Mak, akulah 'Princess Elsa'. ;)

'Let it go... Let it go... Can't hold it back anymore... La3...'

Siap berkaroks! Ko mampu..?!! Ha3... Over tau! Mencik! ;P

Bangun2, tertonggeng2, cuci muka... tau2 menu dah terhidang di atas meja. Owh... terima kasih, Mak & Kakak kesayangan... Touching tau kita... Awwsss..! Ahaks...

Nasik putih dengan leftover lauk berbuka macam ikan termenung masak tumpi, ikan termenung goreng & kacang buncis tumis bersama udang kering. Ada 1 tambahan lauk which is telur dadar. Kalau setakat 2 pinggan, kompom selesailah! Heh3...

Pagi tu, dalam pukul 9, Kakak & family dah nak balik ke Kajang. Sekejap sangat masa berlalu & sekejap sangat masa untuk beronok2. Sehingga berjumpa lagik, di hari raya ini... Sob3...

Errr... tema peach, jangan lupa tau! Eh, tetiba... Ahaks...


:: Like3, ek! ::



IFTAR 7 RAMADAN... 2014

Tak masak apa2 pun... Sebab nak berbuka kat rumah Mak. Hoyyeahhh..!!!

Kakak & family pun balik kampung. Bertambah beronok2lah I ols..! Bukan senang nak berkumpul ramai2 cenggini. ;)

Menu utama haruslah Mak & kakak yang masak. Adik bongsu dia tau puji melambung sambil cium2 bau je. Ha3...

Ada nasik putih, ikan termenung masak tumpi, ikan termenung goreng & kacang buncis tumis dengan udang kering. Terima kasih, Kakak sebab tolong gorengkan ikan termenung tu khas untuk adik bongsu kesayangan yang super pemalas nih. ;P

Kak Aneem buat potluck. Dia bawak ayam goreng Upin Ipin & sotong masak kicap. Woo hooo..!!! Boleh jadik menantu kesayangan nih! Heh3...

Kakak ajak ke PARAM. Siap mintak aku belanja dia mee rebus Mastan Ghani lagik..!  I is ok jerrr... Faveret Kakak sejak azali. Kalau balik Teluk Intan, asik2 la carik mee rebus Mastan Ghani. Mee rebus lain takmo! Nak yang Mastan Ghani jugak! Hey, yappedaaa..?!! ;P


~ Abaikan price tag. Ha3...


~ Nyata jelita..! Eceh! Melampau sangat statement nih! Ha3...


~ Abang buat perangai. Buat muka paling semenggah. Isk3...


~ Semoga Kak Yong dapat puasa penuh macam last year..! Aminnn...


~ Rifqi buat lawak. Paling lawak bila dia baca ikrar. Perrgghhh..!!! Feeling habis! Urat leher habis tegang2! Lontaran vokal sangat tau..! Ha3...
 
Aku & My 'Jebat' bermalam kat rumah Mak. Tido bergelimpangan kat ruang tamu je sebab My 'Jebat' nak tengok World Cup. Sukahatilah! Yang penting aku rasa nyaman & bahagia... Eceh! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Monday, July 14, 2014

SAHUR 7 RAMADAN... 2014

Asik makan nasik putih je. Macam boring pulak. Terasa macam nak bertukar selera.

My 'Jebat' cadangkan, masak nasik goreng bubuh udang kering. Ok, fine. Menarik jugak tuh. Plus, aku pun memang penggemar nasik goreng yang tegar! Kalau setakat sepinggan penuh tu, alahh haiii..! Celah usus ni je..! He3...

~ Nasik goreng udang kering + ikan masin goreng + air sirap suam. Perrgghhh..!!! Thorrbahekkk... wok..! 

Leftover ikan termenung goreng ada lagik. Tapi, aku tak amik pun... Kasik My 'Jebat' je habiskan.


:: Like3, ek! ::



Sunday, July 13, 2014

IFTAR 6 RAMADAN... 2014

Kembali memasak. 

Nasik putih wajib ada. Sebab My 'Jebat' memang spesis berbuka dengan nasik. Walaupun dah makan kuih ke... mee ke... hujung2 dia akan tetap carik nasik. Tekak Melayu tulen. He3...

Lauknya, aku buat ikan termenung goreng, sawi tumis & sambal belacan. My 'Jebat' kata, kombinasi yang thorrbahekkk... untuk tekak Melayu tulen dia..! Owh... sonang nak bagi makan laki den ni, haaa..! Heh3...

Kuih-muih & air kelapa lemon, My 'Jebat' tapau kat PARAM je. Memang selalu jugak we ols berbuka dengan air kelapa lemon. Dah jumpa stall yang jual air kelapa lemon yang sodap. Terasa air kelapa freshnya & tak manis sangat, sedang2 je. 1st time beli & rasa, terus jatuh chenta. Terus repeat beli... & beli... & beli lagik... 

Tak macam sesetengah stall tuh, yang jual air kelapa tapi, rasa macam air masak + gula banyak + isi kelapa yang diracik2 terlalu halus! Harga sama tapi, kualiti ke laut. Hmmm... kalau boleh, berniaga ni biarlah jujur. Anggap tekak customer tu seperti tekak anda sendirik. Musti nak makan mende yang best2 lagik berpatutan harganya kan... Janganlah pikir untung je sampaikan kualiti aci hentam! Tak rocklah cenggitu..! 

Apa kata kalau wujudkan win-win situation? Customer puas hati, korang (peniaga) pun dapat untung!

In shaa Allah... kalau jujur, rezeki musti melimpah-ruah! Peace, yo! ;)


:: Like3, ek! ::



SAHUR 6 RAMADAN... 2014

Nasik dah siap masak belah malamnya. Tinggal 'keep warm' je. 

Lauknya pulak ayam goreng tepung yang ditapau lepas iftar kat rumah Mak Ngah. Tapau 3 ketul, cukuplah untuk we ols berdua. Tak masak lauk tambahan apa pun! Mata mengantuk sangat! Lagipun, My 'Jebat' ok jerrr... Dia mengantuk jugak kot..! Sebab makan pun dengan mata kuyu. He3...

Slow sikit momentum sahur subuh tu. Hmmm...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google