SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label JAM LOCENG. Show all posts
Showing posts with label JAM LOCENG. Show all posts

Saturday, July 12, 2014

KESAH SEBUAH JAM LOCENG

Antara persediaan sebelum Ramadan adalah membeli jam loceng. Takmolah jam loceng yang bunyik dia, 'Tenenenet... tenenenet... tenenenet...' tuh. Sebab yang spesis cenggitu cuma jadik melodi indah yang makin melenakan tido we ols je. Takde effect!

Nak yang bunyik dia, 'Kringgggggggggggggggg..........' tu haaa..! Kalau ada yang berdering tahap vibrate bergegar2 lagik baguih lorrr..! Heh3...

Bukannya tak pernah ada jam loceng seumpama tu. Banyak kot..! Boleh buat koleksi. Tapi, semuanya dah rosak. My 'Jebat' tu ganas! Jam loceng ni dia yang handle sebab halwa telinga dia lebih sensitif daripada aku. Aku ni, ko letak bom jangka kat sebelah pun aku boleh buat dek je. Ha3... Hadoih! 

So, bila berbunyik je, My 'Jebat' akan tutup, dengan mata yang terpejam2 mamai tu, dia akan aci campak ke tepi je jam loceng tuh. Diulang suara... CAMPAK, hokay..! Mana tak rosak?! Tu belum masuk bab dia tersenggol sampai jatuh berguling2 jam loceng tu... tersepak lagi... kompom rosak! Tapi, aku sayang nak buang. Sebab semua pun comel2 dengan pelbagai bentuk & warna. Aku jadikkan hiasan je. 

~ Ini pilihan untuk this year. Jumpa yang warna oren, terus rasa mengujakan! He3...

So far, ia tak pernah kena campak, senggol mahupun kena sepak. Setakat tergolek2 manja tu, adalah sekali-sekala. Ha3...

Owh... lupa nak bagitau fungsi jam loceng nih! Ianya diguna pakai sebagai 1 medium untuk mengejutkan we ols bersahur, di samping wake up call daripada Mak. Tanpa kedua2-nya mungkin sahur we ols ke laut sesado..! Hu3...

Bilalah nak berjaya bangun sahur / tido tanpa bantuan ni? Adeh3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, July 24, 2012

JAM LOCENG COMEL SANGAT..!

Belah petang meredah TF, mencarik barang2 dapur. Belah malam pulak meredah Gerbang Malam mencarik jam loceng comel.

Dah lama dah dok usha jam loceng tuh. Usha yang besor gedabak tuh. Dah la rupa paras dia comel, kaler2 dia pun comel jugak. Tak menahan betul aku tengok mende2 comel ni tau! Grab, bebeh! Grab! He3...

~Lepas berkira2 buat perhitungan bagai... akhirnya, kami beli yang sederhana besor ni je. Hu3... Kaler ijo untuk mak. Kaler pink tu aku punya. Purple takde... Sentapahkaktau! Tsk3...

Tak jadik merembat yang besor gedabak tuh sebab tak diapproved oleh 'banker' (my 'sayang'). Masa testing bunyik, giler kuat sangat kot... 1 Gerbang Malam tu usha kami balik! 

Owh... kami tak bersalah! Tak berniat nak mengganggu ketenteraman awam. Jam gedabak comel tu yang bersalah! Adeh3...

My 'sayang' kata kalau beli yang besor gedabak tuh mau huru-hara 1 Intan Mas tuh sebab ingatkan ada fire drill. Ha3...

Ada 3 range harga jam loceng tuh. Yang gedabak harganya 55 hengget. Kalau kaw tim dapatla dalam 50 hengget. Yang sederhana kecik yang kitorang beli tuh harga dia 25 hengget. Dapatla dalam 20 hengget. Yang paling kecik pulak adalah 10 hengget. Semua pun comel2, noks!

Yang sederhana kecik kitorang beli tu pun ok jugak la... Nyaring je bunyiknya. Letak kat tepi side katil my 'sayang' sebab dia tau kalau letak kat sebelah aku mau hari2 kami tak bersahur. Tido mati! Hu3...

Eh! Korang jenis sepesen macam aku tahap bom meletup pun buat dek je ke jenis yang dengor bunyik cicak pun dah boleh terjaga?


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google