SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, August 24, 2013

KEPOHCHINYA RAYA..!

Plan asal, nak buat photoshoot raya sebelum semayang raya. Tapi, biasa la kan... dah ramai2 tu, of course susah nak punctual. Nak masuk bilik air pun aci amik 'nombor giliran' kot! Hu3...

So, cancel! 

Eh, tak! Bukan cancel terus tapi, dipostpone ke selepas semayang raya & geng2 surau Abah datang beraya. 

~ Candid pun ah kak redah nak enterframe jugak! Gasaklah! Tamak haloba kan... Kalau boleh, kat semua gambar nak ada wajah jelita ah kak. Ha3... 


~ Kengkonon dah susun cantik2. Tapi, bila tengok balik baru perasan ada yang tak kena. Posisi Abang Poi, Kak Ti, Udda & Faiz tu macam silap sikit. So, susun baliklah. 

~ Haaa..! Baru cun! ;)

~ Selamat Hari Raya to my MIL & Abah... ;)

~ Amik peluang bergambar dengan my MIL & Abah.

~ Aim & Cik Ani pun.

~ Awa, Roy & anak2 pun nak jugak.

~ Udda & KF pun.

~ Turn yang bujang2 pulak.

Lepas tu, turn yang couples2. Asal kosong je sofa tu, berebut la yang nak mengchop. Ha3...



~ Couple paling comel! Tak syak lagik..! Ahaks3...



~ & couple paling lama mengchop sofa tu & berposing sampai photographer pun naik bosan! Ha3...

Ya ampon la, ek! Sebab kakak ipar & abang you ols ni memang gila glamer! Sejak azali! ;P

~ All the gigirls...

~ Holloh3... Comel sangat..! Hiks...

~ Diikuti dengan geng boboys.

~ Bila diorang 'misbehave', begini la jadiknya! Ha3...

~ Manjasnya, Roy! He3...

~ Serius je kan...

~ Tetiba jadik model. Tetiba je tau! Tetiba... Percayalah! Ahaks3...

Syioklah! Plus, semua nak kepohchi2 kan... Nasib baik my MIL & Abah hokay je tengok peel anak2 + menantu2 + cucu2 diorang yang macam2 ragam tuh. 

Nak buat macam mana... kena la redha. He3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, August 21, 2013

HIJAU TURQUOISENYA RAYA..!

Berapa Syawal dah hari ni, ek? 14 Syawal kot, ek?

Hmmm... jauh benor dah tuh! Tuan tanah kedaung baru hegeh2 nak update cerita raya pertama. Adeh3...

Tapi, takpe kot kan... Raya kan sebulan? Heh3...

Turn beraya di rumah mertua pulak tahun ni. Terpaksa mention 'rumah mertua', bukan 'kampung mertua' sebab ah kak kan is sekampung dengan my 'sayang'. Nanti confuse pulak para 'peminat' ah kak. 

Amekaw! Perasan retis sangat..! Mencik! Ha3...

Petang Rabu tu dah sampai rumah mertua. Tak dan panas bontot duduk dalam kereta pun... Jemm pun aci feeling2 imagine2 je. Hu3...

~ Mengendong anak2 di pagi raya... tajuk album dia. Comel! He3...

~ Aisy & Arrisya... sepupu diorang nih. Comel macam Mak Anjang diorang. ;)

Eh, lupa nak bagitau! Mak Anjang tu samadengan tuan tanah kedaunglah! Sekian, harap maklum. Ahaks3...

~ Lepas semayang raya, dah ada tetamu. Memang perkara normal kat rumah mertua. Normally, yang datang pepagi tu adalah geng2 surau Abah.

~ Tahun ni tukar konsep. Dari konsep hidang2 ke buffet. Himpunkan semua juadah kat atas meja, jemput tetamu self service, tuan rumah & kroni2nya tinggal nak merefill mana2 juadah yang dah hampir licin je. Memang kojo sonang sangat! 

Terima kasih, Kak Ti di atas idea bernas ni. We lap you lah! He3...

Semoga konsep buffet ni will last forever... Motip..??! Menantu hantu sangat kan? Awwsss2!!! ;P

~ See2!!! Kan boleh bersenang-lenang! La3... ;D

~ Ada yang pose kuak lentang... kuak kupu2... yang tak berkuak langsung pun hado! Tak kesah la... Janji kiut! Ha3...

~ Laki siapa la yang over sangat tuh? Dah macam retis majalah Mangga la pulak. Ha3...





~ Kaya3..!!! Aisy jadik mangsa keadaan. Kesian! He3...

~ Ecewah... betul diorang ni kan? ;P

~ Tak cukup kuorum sebab Arrisya takde.

~ Tetiba Udda datang... mewar2kan gossip raya! Owh... I like..! Ahaks3...

~ Posteur kena betul tatkala menyampaikan gossip. Memek muka sekali dengan body language harus ada. He3...

~ & geng gossip pun memberi respon. ;P

~ Hokay! Gossip raya dah habis. Sopan & insap! Hiks...




Sebenornya, kalau ikutkan tema pilihan yang dipersetujui bersama adalah hijau turquoise. Tapi, bila memasing dah siap pakai baju raya, macam2 versi hijau ada..! Ha3...

Ada yang betul2 hijau turquoise tapi, dalam gambar dah jadik biru turquoise pulak. Confuse!

Gasaklah! Janji hijau. Aci je lah. ;)


:: Like3, ek! ::



Monday, August 19, 2013

OYSTER SAUCE TOFU WITH CABBAGE

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Ratah boleh, makan dengan nasik pun boleh! Jom tengok apakah ia..! Heh3...

Bahan2:-

2 keping tauhu lembut (dicuci bersih & dipotong 6 setiap keping)
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dicincang)
1/2 biji kobis (dipotong)
1 sudu sos tiram
2 sudu besar kicap masin
Minyak masak
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis cili merah, bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan tauhu lembut.
3) Masukkan kobis.
4) Perasakan dengan sos tiram & kicap masin.
5) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Oyster Sauce Tofu with Cabbage

Makanan sihat. Cubalah! ;)


:: Like3, ek! ::



NASI GORENG IKAN REBUS KEPOK GANU

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Juadah iftar hari tu, actually. Rasa nak share pulak. Kira aci je la, ek! ;)

Bahan2:-

5 ekor ikan rebus
2 mangkuk nasi putih
1/2 genggam ikan bilis
5 batang keropok lekor 
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 biji kobis (dipotong)
1 biji telur ayam
Minyak masak
Garam

Bahan2 Tumbuk:-

5 - 7 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng keropok lekor hingga garing. Angkat & toskan.
2) Lumur ikan rebus dengan serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan rebus hingga garing. Angkat & toskan.
3) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga separuh garing. Angkat & toskan.
4) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau. 
5) Pecahkan telur ayam. Bila mengeras sedikit, kacau rata. 
6) Masukkan kobis. 
7) Masukkan nasi putih. Sebatikan.
8) Taburkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
9) Perasakan dengan garam. Kacau rata. Angkat & hidangkan dengan ikan rebus & keropok lekor yang telah digoreng tadi.

~ Nasi Goreng Ikan Rebus Kepok Ganu. 

'Na5... Ganu kite... La3...'

Eh2, over pulak tuan tanah kedaung ni tau! Hiks...


:: Like3, ek! ::



Saturday, August 17, 2013

CIKGU DISIPLIN..???

Sebelum raya...

Meronta2 betul hati ni nak pakai shawl balik. Sebab tengok orang lain pakai macam jelita merangkap pompuan Melayu mutakhir sangat kan... Semakin gigih menggoogle butik shawl online, semakin berkobar2 nak pakai shawl.

Godek2 shawl lama. Jumpa yang purple. 

Apa lagik..??! Melaramlah! Cewwah..! ;P

~ 2 hari sebelum Syawal...

~ Melaram kat opis. Eh, ah kak kerja lagik tau..! Rabu tu pun kerja jugak. Aku apply cuti over lepas raya. Means, 12 sampai 14 Ogos tuh. Khamis baru masuk opis balik.

~ Belit yang paling simple. Plus, shawl georgette ni memang senang nak bentuk. Pakai dengan inner neck sebab agak jarang.

Hmmm... chantek tak, Kak Ton..??? Eh!!! Ha3...

Tapi kan, boleh pulak my 'sayang' kata...

"Aaby hari ni macam cikgu disiplinlah! He3..."

Haish! Ke situ pulak perginya kan... ;P


:: Like3, ek! ::



Sunday, August 4, 2013

IFTAR 17 RAMADAN 2013

Hati bermunge2 sebab nak balik berbuka kat rumah Mak. Yaaa beda beduuuuuuuuu.....!!!

Pagi2 bawak Mak ke pasar. Lepas tu, tolong Mak apa2 yang patut. Tolong potong2 la... Apa lagik kan... ;P

Lepas Zohor, balik kejap. Kengkonon nak kemas rumah & blogging. Padahal..................

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..............

Ha3... Hadoiiyaiiinyapon!!!

~ Senyum je. ;D

Nak gerak balik kampung, rumah Mak. Mata tu macam sembap. Eh, bukan 'macam'! Tapi, memang sembap pun! Bahana tido berlebihan. Adeh3...

~ Semangat balik kampung. Heh3...

Dipendekkan cerita, meh la kita usha2 apakah juadah iftarnya, ek! ;P

~ Kerabu mangga by Mak.

Mak siap buat plating cantik2 lagik semata2 nak suruh aku snap gambar...

"Adik, kerabu mangga Mak dah siap dah nih. Cer amik gambarnya. Boleh bubuh kat internet."

Ha3... comel sangat ayat Mak! ;)

~ Ayam sirsau cili padi by Mak.

~ Murtabak pisang & kuih nasik antah by stall tepi jalan kat Parit 7B.

~ Sotong masak kicap by Kak Aneem.

~ Rifqi dah tak sabor nak togok air cincau tuh. Suruh posing manjas2 pun tak heran dah. Ha3...

~ Aktiviti menunggu azan berkumandang menandakan waktu berbuka. ;)

Semua juadah adalah 'by Mak & Kak Aneem'. Takde 1 pun yg 'by tuan tanah kedaung' kan? Perasan tak? Perasan tak? Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



Friday, August 2, 2013

SAHUR 17 RAMADAN 2013

Takde lauk leftover langsung! Sebabnya... kan juadah berbuka tu semuanya ditapau. 'Sold out' pulak tuh!

So, time sahur kena pikir inisiatif lain. ;P

Walaupun berbuka tapau kat PARAM tapi, malam tu aku dah siap2 masak nasik. Apa2 hal pun nasik kena hado..! Lauk asal boleh je pun takpe. Nasik dah kira kategori wajib! Takde nasik, mau ada yang meraung kang! Ha3...

Potong2 bawang sikit, cili padi sikit. Goreng ikan bilis, angkat & toskan kejap. Tumis bawang & cili padi, pecahkan telur, kacau3... tabur balik ikan bilis goreng tadi. Last sekali baru bubuh nasik. 

'Hoi, nasik goreng... Hoi, sungguh lazat... Sungguh sedap... La3...' katanya... ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, August 1, 2013

IFTAR 16 RAMADAN 2013

Penyakit malas datang balik. Malas masak. Plus, kerja banyak la pulak kan kat opis tuh. 

Time2 bulan Romadhon ni la nak buat semua mende. Kumpulan Inovatif & Kreatif la... aset tagging la... bla3... Mencik, owh..! Tsk3...

Sudahnya, my 'sayang' ajak ke PARAM je. Kojo mengtapau. 

Tapau pun tapaulah! Janji berbuka & kenyang. Tu pun dah... 'alham...dulillah...' [cakap ikut style Tok Adi (Tanah Kubur) tau! Angguk2 sikit. Hiks...]

~ Fillet ayam goreng & cheesy chicken sausage. Dua2 ni memang aku teringin sangat. Dah aim lama dah, sebenornya. He3...

~ Mee kari ni pun teringin jugak. Eh, semua pun aci teringin2 kan..! Ngengada tau tekak nih. Isk3...

My 'sayang' punya la tamak haloba! Dah beli nasik ayam, dia beli lagik mee kari. Apa punya perut la tu kan? Ha3...


:: Like3, ek! ::



SAHUR 16 RAMADAN 2013

Mak buat ikan bilis kicap. Siap dengan teh o panas lagik..! Aku pulak gigih goreng telur mata. 

Nasik yang direheat masih berkepul2 asapnya di udara. Bila diadunkan sekali dengan lauk2 yang simple tuh... perrgghhh... terbahek dari ladang kot..! He3...

Lauk leftover ada je. Tapi, tak pandang sangat dah. Ikan bilis dengan telur mata tu lagik chantek, tertarik, menarik, komemangthebomb! ;P

Kenyang, sehhh..! Sekian... ;)


:: Like3, ek! ::



IFTAR 15 RAMADAN 2013

Balik kerja, terus berdesup amik Mak. Lepas tu, laju2 pulak ke PARAM. 

Aku tak masak lagik... 

Eh2, dah mula on-off mood rajin ah kak! Haish!

~ Ikan bawal goreng, telur dadar, sambal belacan & siakap 3 rasa tu Mak bawak dari surau. Ada kenduri moreh hari tu. Seperti biasa, Mak & the geng surau tolong masak. Sup daging campur tu je tapau kat PARAM.

Paling terbahek adalah sambal belacan. Perrgghhh..!!! Terangkat meletop2, noks! 

Syiok dapat berbuka dengan Mak. Alhamdulillah... ;)


:: Like3, ek! ::



SAHUR 15 RAMADAN 2013

Nasik putih + ikan goreng sos palembang + ikan bilis cili padi. 

Semua kasik reheat.

Selalunya sahur berdua je. Kali ni ada Mak. Meriah sikit. ;)

Dah. Tu je nak cerita. 

Adios!


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google