SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SIAKAP 3 RASA. Show all posts
Showing posts with label SIAKAP 3 RASA. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

IFTAR 15 RAMADAN 2013

Balik kerja, terus berdesup amik Mak. Lepas tu, laju2 pulak ke PARAM. 

Aku tak masak lagik... 

Eh2, dah mula on-off mood rajin ah kak! Haish!

~ Ikan bawal goreng, telur dadar, sambal belacan & siakap 3 rasa tu Mak bawak dari surau. Ada kenduri moreh hari tu. Seperti biasa, Mak & the geng surau tolong masak. Sup daging campur tu je tapau kat PARAM.

Paling terbahek adalah sambal belacan. Perrgghhh..!!! Terangkat meletop2, noks! 

Syiok dapat berbuka dengan Mak. Alhamdulillah... ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 31, 2013

IFTAR 13 RAMADAN 2013

Malas nak masak. Sebab pening dah dok pikirkan resepi. Nak menggoogle pun malas jugak. 

Ahakkk... tak tau..! Penyakit 'M' dah datang..! ;P

Hari tu, turn Mak kenduri moreh kat surau. Sharing2 ngan BFF Mak, Cik Siah. Mak roger2, suruh amik lauk-pauk. Pukul 5 petang je, berdesup ah kak ke rumah Mak. Heh3...

~ Ada sambal udang, gulai nanas ikan masin...

~ ... & talapia 3 rasa. 

~ My 'sayang' pulak ditugaskan ke PARAM, beli kuih-muih. Semua beli kecuali agar2 Milo bersantan tuh. Yang tu Nenek kasik.

Terima kasih, Mak...

Terima kasih, Nenek...

Terima kasih, PARAM... ;P


:: Like3, ek! ::



Tuesday, December 4, 2012

FAREWELL ROS

Entry kenangan...

Kenangan terakhir dengan Ros. Kitorang dah plan nak buat majlis farewell khas untuk Ros. Well... permohonan transfer Ros kan dah diluluskan. Dapat transfer ke SKM Selangor. So, di hari2 terakhir Ros bertugas kat opis aku yang comel nih, kitorang nak la jugak buat majlis perpisahan...

Caranya tak lain tak bukan adalah dengan acara makan2. Owh... ah kak like sangat2! He3...

~ Emcee of the day... Encik Selvam. Dia Indian. Tapi, rupa paras takde nak Indian sangat. Kalau dia mengaku dia orang Melayu pun rasanya orang akan percaya. Fasih pulak tuh berbahasa Melayu! Takde pelat India langsung, ok..!


~ Ucapan dari Encik Boss. Terbaekkk... ucapan Encik Boss! Harap2 markah SKT akan meningkat secara drastik dengan pujian melambung2 nih. Ha3... 

~ Bacaan doa daripada Encik Amir. Semoga majlis diberkati. Aminnn...

~ Tisu catering pun aku nak jaja jugak. He3... Tapi kan, kitorang tempah caterer kat Teluk Intan je. Apa kes pulak tisu dia dari Rest House Gerik? Confuse ah kak tau!

Ucapan sorang2 untuk Ros dibatalkan sebab memasing dah meleleh2 air liur tengok menu yang terhidang kat atas meja. Plus, kitorang dah wakilkan Encik Boss untuk sampaikan ringkasan speech kitorang. Cewwah! Dan2 tu, noks..! Ha3...

~ Mana tak menahan kalau udang galah bersepah2 kat atas meja kan... He3... Yang ni udang galah goreng pedas. Sodap!

~ Udang galah lagik! Tapi, yang ni udang galah masak lemak cili padi pulak. Sodap jugak!

~ Siakap 3 rasa.

~ Telur dadar.

~ Tomyam campur. Ada ball2 lagik..! He3...

Syiok giler meratah udang galah. Nasik aku amik 1/2 senduk je. Udang galah amik berekor2. Sampai penuh 1 pinggan lain yang aku khaskan untuk bubuh kulit udang galah. Diorang sambil makan sambil sembang. Aku pulak tak dan dah nak bersembang. Makan terus2-an! Ha3...

Majlis farewell Ros ni 2 hari tau! Berturut2! Hari 1st tu kitorang yang plan. Hari kedua tu Ros ngan aku yang plan. Ros nak jamu kitorang something sebelum berpisah. Aku pulak tumpang jamu pulut kuning sempena belated birthday. Heh3...

Hari pertama, semua pakai baju korporat biru. Encik Boss je pakai baju kuning sebab kami sengaja nak bagi dia nampak lain. Kira macam nak differentiate sikit la daripada kitorang. 

Hari kedua, temanya adalah oren. Semua pakai oren sekali dengan Encik Boss. Tak nak different2 katanya... He3...

Seperti biasa, hari kedua pun ada acara makan2. Acara wajib! Heh3... Menu: nasik impit, kuah kacang, rendang ayam, pulut kuning & kurma kambing. Hebak tak? Hebak tak? ;P

~ Lepas makan, ada acara penyampaian hadiah. Hadiah pertama daripada kitorang semua untuk Ros.

~ Hadiah kedua... pun daripada kitorang semua jugak.

~ Hadiah individu daripada Encik Fadzil.

~ Encik Amir kasik angpau 50 hengget kat Ros. Wah, kaya3!!! He3...

Lepas tu, semua pakat touch up sebab nak berphotoshoot kat luar opis. Sporting semuanya. Thumbs up untuk korang... ;)

~ Yang kat tengah pakai putih sorang2 tu adalah orang koperasi. Kebetulan dia datang masa tu kan... Kira macam langkah kanan la. 

~ Siapa yang paling gediks? Ahaks3...

Alhamdulillah... majlis farewell Ros berjalan lancar seperti di rancang. Even lagik meriah kot... He3...

Walaupun Ros dah selamat bertugas kat SKM Selangor tapi, persahabatan selama lebih kurang 4 tahun dengan dia takkan aku lupakan sampai bila2. Friendship forever, bebeh!

Owh... tetiba rasa syahdu pulak. Tsk3... 

Takde dah geng nak bergossip. Erkkk!!! ;P


:: Like3, ek! ::



Friday, June 1, 2012

THANK YOU ABAH PULAK

Memang syiok betul hidup ini kalau selalu je ada orang nak belanja makan2. Heaven betul! Ngeh3...

Sebelum ni, abang aku belanja kat KFC. Lepas tu, abah pulak belanja makan2 dinner kat Wana Cafe. Owh... rejeki, noks! Jangan ditolak! ;P

~ Lepas Maghrib, dah sampai kat Wana Cafe. Kalau pasal makan, memang semua laju! Ha3...

~ Aweks P.E.A.C.E! He3...

~ Air sampai, semua serbu air. Kang makanan sampai, semua serbu makanan pulak. Begitulah mereka... Eh! Termasuk aku jugak kot. Hiks...

~ Aweks gangster sesat. Heh!

~ Pengantin tak berapa nak baru. He3...

~ Haaa..! Ni baru la pengantin baru forever..! Minum pun aci silang2 tangan, noks! Jeles tak? Jeles tak? Ahaks3...

~ Makanan dah sampai... serbuuu...!!! ;P

Menu malam tu adalah nasik putih, tomyam campur, telur dadar, daging black pepper, siakap 3 rasa & taugeh ikan masin. Yang lain2 macam familiar jugak la... kecuali taugeh ikan masin. 1st time kot aku rasa. Not bad la... Tapi, sodap lagik kailan ikan masin kot...

~ Perut dah kenyang, hati pun senang! La3...

~ Pelahap ke tak pelahap? Heh3...

Rumah kitorang sekangkang kera je pun dengan Wana Cafe tuh. Tapi, kitorang la yang paling last sampai. Bajet VVIP kata ko! Ha3...

Kalau shopping secara berjemaah pun macam tu jugak. Macam masa pergi Sabah dulu tu kan, muka aku ngan my 'sayang' la yang paling last sampai kat Nissan Urvan (transport kitorang masa kat Sabah). Diorang semua dah tunggu lama. Adeh3... 

Penyakit keturunan kot. Ha3... Ya ampon... ;P

Apa2 pun, thank you abah sebab belanja anak2 menantu2 makan. Terbaekkklah abah..! Ecewah..! Dan2 tu kot... He3...


:: Like3, ek! ::





Saturday, October 8, 2011

PERCAYAKAH ANDA..???

Percayakah anda bahawa...

~ semua nie adalah makanan untuk orang demam merangkap tak sodap badan? Siakap 3 rasa, sup ekor & tom yam ayam.

Hebat bukan? ;P


:: Like3, ek! ::

Friday, August 19, 2011

MENU BERBUKA PUASA 13 RAMADHAN 2011

Sambung citer shopping raya..! Yeehaaa..!!! Eh2! Over plak! Hiks...

Lepas shopping kat The Store, kami ke Greentown Mall (GM). Nak shopping baju raya. So, kami terus ke Nagoya. Tema belah mertua kaler purple. Thank God sebab kaler tu memang bersepah2 kat Nagoya. Sker hati ko lah nak buat pilihan, yang mana 1 berkenan.

Disebabkan mudah betul nak mencarik kain ela berkaler purple makanya, penyopingan kat Nagoya menjadik cepat dari biasa. Owh... yeah..! & aku sempat belikan mak kain ela jugak. Kaler mak pilih sendirik. Purple jugak. ;)

Tak sempat nak shopping tudung sebab masa tu dah almost 7 p.m. Nak ke Restoran Sabar Menanti plak sebab dah booking meja. Kang kalau tak sempat berbuka, ada pulak yang menggelupur kebuluran. He3...

~ Sementara menunggu azan berkumandang, memasing pun sawan camera dolu. ;P

~ Peace, ya'll..! ;) Eh! Aku pakai tudung syria yang kakak aku belikan tuh. Santek tak? ;P

~ Rifqi memang good boylah! Sepanjang perjalanan dia asik mentido jer. Menangis bila haus, nak susu jer. Cayalah!

~ Memang tak meragam sangat budak kecik nih! Holloh3...

~ Kak Yong ngan Odah dah tak sabor nak berbuka. Odah masih maintain cool. Kak Yong plak dah curik2 makan nasik. Alah haiii..! 

~ Menu berbuka puasa 13 Ramadhan adalah... drum roll please... ecewah! He3...  Siakap 3 rasa.

~ Tom yam campur. Bestlah tom yam dia. Secukup rasa derrr..! Terkenang2 sampai skang. Owh...

~ Kailan ikan masin. Sodap jugak.

~ Ayam goreng kunyit. Pun sodap!

~ Owh... yang nie bukan menu berbuka, ye! Tapi, nak jajalah wajah beliau sebab sudi belanja kitorang. Means, berbuka puasa hari tu ditaja sepenuhnya oleh Kak Aneem. Terima kasih daun keladilah! Bulan depan belanjalah lagi..! ;D

Actually, sebelum ke Nagoya lagik aku ngan my 'sayang' dah bookingkan meja kat Restoran Sabar Menanti nih. Kalau aci walk-in kang takut makanan sold out & meja fully-reserved. 

Masa kitorang sampai tu pun, makanan2 yang ready made dah abis. Tinggal senduk jer. Ikan kembung bakar tinggal 3 ekor. Itulah yang kitorang rembat.

Kesimpulannya, makanan yang kitorang amik sume sodap2 belaka. Tak tau la either memang betul2 sodap ke... atau sebab ada orang belanja maka menjadik sodap ke... atau pun sebab lapor, so sume automatic jadik sodap! 

Hmmm...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google