SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label NASI GORENG IKAN REBUS. Show all posts
Showing posts with label NASI GORENG IKAN REBUS. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

DINNER SIMPLE TAPI, MARVELLOUS!

#Throwback

Larian Koperasi Negeri Perak...

Berat betul hati ni nak join. Setelah lapanbelas ratus kali pikir, timbang-tara... akhirnya, ah kak akur. 'Saya yang menurut perintah...' Uhuks3...

Pukul 6 petang, hari Sabtu, Encik Fadzil amik aku kat rumah. Kelam-kabut sikit sebenarnya... sebab baru balik dari rumah mertua. Nasib baik sempat siap sebelum Encik Fadzil sampai. Hikmah dia sesat kejap carik rumah aku kot... He3...

Encik Fadzil dah siap2 amik Cik Nad. Tinggal nak amik Kak Ja je kat Taman Melor. 6 orang sumbat dalam 1 Ezora Bold. Kami 3 orang, lepas tu Encik Fadzil bawak wife (Kak Ani) & anak (Syahir).

~ Kami transit kat Kuala Kangsar sebab dah malam.

~ Check-in kat Ezzi Inn.

~ RM 120/nite untuk Family Room.

Amik 2 bilik Family Room consist of 1 queen + 1 single bed, attached bathroom & air conditioned. Bilik dia pelik sikit. In between queen & single bed tu ada open closet, lagik sikit je nak cecah siling. TV kat belah queen bed. Kedudukan air cond pulak adalah kat belah single bed. Agak kurang praktikal di situ...

~ Open closet yang aku maksudkan.

~ Bathroom ok la... Tapi, pintu tak boleh lock. Maka berpesan2lah kami supaya jangan skodeng. Ha3... Hadoih!

Overall rating: 2.5/5

Servis / khidmat pelanggan dah tip top. Hmmm... keadaan bilik fail sikit. Perabot lama, aku boleh terima lagi. Tapi, kalau cadar & blanket lama... berdebu & berhabuk... hmmm... kureng di situ... Tapi, bukanlah sampai tahap tak boleh nak jadik tempat persinggahan langsung. Tepuk dada, tanya selera... 

Kalau nak singgah untuk transit ke... apa ke... boleh la try jenguk website & calling2 nombor seperti di bawah:-

No. Telefon: 05-7771111

Malam tu, kami dinner kat food court sebelah Arena Square. Port terpilih adalah gerai yang terpaling hujung. Ada 1 pokcik yang jadik waiter merangkap owner kot... Mesra alam pokcik tu. Siap kasik cadangan menu lagik. Cayalah, pokcik! ;)

~ Nasik Goreng Ikan Pekasam. Kak Ani yang order, selepas dicadangkan oleh pokcik tersebut.

~ Nasik Goreng Ikan Rebus untuk aku. 

Perrgghhh..!!! Sumpah sodap! Nasik goreng kat sini didatangkan dengan pakej tau! Maksudnya, kata la... ko order Nasik Goreng Ikan Rebus. Yang ko akan dapat adalah nasik goreng + ikan rebus goreng ditabur dengan cili padi & bawang yang digoreng + sup kosong + telur dadar + sambal belacan. Pasal harga, toksah bimbang sebab memang berpatutan. Berbaloi2 dengan kesodapannya. Thumbs up untuk pokcik tu! ;)

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (Sultan Perak) pun penah drop by, makan kat situ. Ada la gambar display, pokcik tu tengah buat demo memasak siap pakai baju ala2 chef. Dasatlah, pokcik..! 

Hmmm... tido malam tu pun termimpi2 Nasik Goreng Ikan Rebus pokcik tau..! Ahaks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, August 19, 2013

NASI GORENG IKAN REBUS KEPOK GANU

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Juadah iftar hari tu, actually. Rasa nak share pulak. Kira aci je la, ek! ;)

Bahan2:-

5 ekor ikan rebus
2 mangkuk nasi putih
1/2 genggam ikan bilis
5 batang keropok lekor 
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 biji kobis (dipotong)
1 biji telur ayam
Minyak masak
Garam

Bahan2 Tumbuk:-

5 - 7 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng keropok lekor hingga garing. Angkat & toskan.
2) Lumur ikan rebus dengan serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan rebus hingga garing. Angkat & toskan.
3) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga separuh garing. Angkat & toskan.
4) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau. 
5) Pecahkan telur ayam. Bila mengeras sedikit, kacau rata. 
6) Masukkan kobis. 
7) Masukkan nasi putih. Sebatikan.
8) Taburkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
9) Perasakan dengan garam. Kacau rata. Angkat & hidangkan dengan ikan rebus & keropok lekor yang telah digoreng tadi.

~ Nasi Goreng Ikan Rebus Kepok Ganu. 

'Na5... Ganu kite... La3...'

Eh2, over pulak tuan tanah kedaung ni tau! Hiks...


:: Like3, ek! ::



Monday, July 15, 2013

IFTAR 3 RAMADAN 2013

Mood nak memasak sendirik juadah berbuka masih tebal. Alhamdulillah...

Bahan2 aku dah prepare belah tengahari, masa balik waktu 'lunch hour'. Tapi, I ols tak lunch tau! Takmo3..! Puasa! ;P

Pukul 6 petang start memasak. Lambat dari biasa sebab my 'sayang' caj gas dulu. Gas habis! Nampak dengan sangat obvious yang tuan tanah kedaung rajin memasak kan? Ahaks3...

Tak perlu kelam-kabut sebab kan dah kata yang bahan2 semua dah prepare. Masak pun menu yang simple2 je. So, walaupun lambat sikit tapi, masih boleh memasak dengan hati yang tenang sambil tersenyum. Siap nyanyi2 lagu hindustan lagik kat dapur, noks! 

"Mehndi lagaa ke rakhna... Doli saja ke rakhna... La3..."

Cer bayangkan... Cer bayangkan... Ha3...

~ Nasik goreng cili padi...

~ ... & ikan rebus goreng... Ikan rebus ni Mak buat. Mak kasik yang dah siap disiang & dijadikkan ikan rebus. Memang kojo sonang kan? Tu yang boleh memasak sambil menyanyi lagu hindustan tuh! La3... Hiks...

2 menu kat atas ni je yang aku masak. Ok la tuh..! 

~ Menu tambahan yang my 'sayang' tapau dari PARAM. Popiah basah + goreng, murtabak & apam.

Aku request popiah je, sebenornya. Tapi, biasa la... my 'sayang' bukan boleh terjah PARAM. Kalau terjah jugak, memang berjenis2 yang dibelinya. Hadoiiyaiiinyapun!!! 

Tapi, yang ni 3 jenis kuih je. Macam ok la sikit kot. Plus, popiah ngan apam tu dia berjaya habiskan lepas semayang tarawih. Murtabak pulak kitorang habiskan sama2 masa berbuka.

Hokay, fine! Sebab takde pembaziran.

~ Buah of the day adalah buah oren.

Air of the day pulak adalah air blackcurrant. 

Nak dijadikkan cerita, stok kordial habis. So, masa my 'sayang' nak ke PARAM, aku pesan sekali kordial blackcurrant. My 'sayang' beli bukan sebotol tapi, 3 BOTOL, hokay..! Blackcurrant, mangga & oren.

Confuse ah kak kejap. Apakah ah kak kena campurkan ketiga2 perisa tuh atau ah kak kena buatkan 3 jenis air? Va3..!!!

& berlakulah conversation di antara we ols...

"Banyaknya B beli stok kordial! Apakah..???"

"Begini ceritanya... Tadi memang Abang aim blackcurrant je. Abang dah grab sebotol dah. Tetiba ternampak pulak oren ngan mangga. Macam sodap je... So, Abang belasah la amik 3 botol terus! Takpe... boleh Aaby buat air berbeza dalam bulan Ramadan ni... He3..."

Memang beliau tak boleh terjah kedai & PARAM time puasa kan? Ha3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google