SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PHOTOSHOOT RAYA. Show all posts
Showing posts with label PHOTOSHOOT RAYA. Show all posts

Friday, June 28, 2019

OOPPSSS! BIRU CHE TA..???

Tahun ni, turn beraya di rumah mertua. Eceh! Macam la jauh nau2 kan... ;P

Tapi, jauh / dekat bukan ukuran. Yang penting, sistem giliran tu masih relevan. Semoga ianya jugak masih relevan untuk tahun2 seterusnya. Senang. Tak payah osom. Tak payah gaduh2 manja.

Tahun ni, ada tema. Biru Che Ta katanya... Tapi, Sis lupa, dowh..! Betul2 lupa! So, masa shopping baju raya, Sis sauk kaler ijo. Errr... ada jugak la elemen2 biru. Tapi, bukan biru Che Ta. Navy blue terus. Ha3...

~ Menanti Kanda pulang solat raya. Heh3...

~ Haaa... Kanda dah pulang.

~ Terus 'hangkut' untuk wefie raya. He3...

~ Kat gazebo, wajib.

~ Belummm...... Belum habis lagi..! Ha3...

~ Haaa... kan dah cakap, belum habis lagik. ;D

~ Bulat The Runner tengah gigih set up camera untuk wefie raya 1 family. Kakak ipar dia gigih mengacau. Ha3...
~ Konsep wefie berpasangan. Dimulakan dengan Kanda-Dinda hot. Ha3...

~ Family #AwaxRoy

~ Family #MememxYana

~ Family #HudaxKerol

~ Family #AimxCik Ani

~ Family #JejahxMon

~ Family #BulatxAmalina

~ Setelah meredah onak & duri, menghadap dugaan & rintangan... finally... here we're... Fuh!

Makanya, #WefieRaya di rumah mertua selesai... 

Mahaplah sebab lambat update. Errr... Syawal lagik kan? He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, July 13, 2017

KEGEMBIRAAN & KEMENANGAN

Tak nak cakap banyak. Mari bercerita cerita raya.

Baru nak update. Sila terima... Ha3...

Tahun ni, turn rumah mertua dulu. Hari Jumaat, aku dah start cuti. Tak sanggup nak berlama2 kat opis sambil sayup2 dengar berkumandangnya lagu raya. Rasa macam jasad kau je kat situ. Tapi, minda & jiwa  dah terbang balik ke kampung halaman... Seksa, you ols..! Awwsss..!!!

~ Lakonan semula kengkonon sedih tak dapat beraya on 1 Syawal dengan Mother sebab kengkonon kampung 'jauh' la sangat..! Background music: Air Mata Syawal by Tok T. Ha3... Poyo!

Lepas tu, gigih pulak send kat WhatsApp group family. Diorang pun melayan... Abang pun send gambar jugak. Gambar merempit kengkonon nak balik kampung sambil bawak paru berlado yang Mother 'order' kemudian stop bawah jambatan rest sekejap sebab kengkononnya kampung tu jauh sangat la kan... Boleh tahan jugak ting tong family aku ni. Ha3...

~ Jalan jemm yang bersifat sementara kat Kampung Bahagia ni pun gigih nak viralkan. Ha3...

Dipendekkan cerita, pagi raya aku akan 'siapkan' Oppa. Bukanlah maksudnya aku pakaikan baju macam aku pakaikan baju Nania. Tapi, menjurus ke arah preparation. Suakan baju Melayu yang dah siap iron, samping & songkok yang dah siap pasang hiasan (alaaa... yang kita sarungkan kat sekeliling songkok tu, haaa..! Tak tau la nama saintifik ia apa?!). Lepas tu, buat saringan tahap kesegakan. Maksudnya, kau usha2 la kot2 muka dia ada tercomot ke... rambut lupa nak pomade ke... cenggitu... ;P

Dah 'lulus', boleh makan. Juadah spesel di rumah mertua adalah seperti berikut:-

Nasik Arab
Nasik impit
Kuah kacang
Lontong
Lemang
Rendang ayam
Daging dendeng
Air teh O
Air berkarbonat

Sejurus selepas makan, ada saringan tahap kesegakan lagik. Kot2 ada cili melekat kat celah gigi ke... Owh... nom3..!!! Ha3...

~ Tengah bersiap. Pimple raya tu memang mengundang... sangat..! Huh!

Perancangan:-

1. Kaum Adam solat sunat Aidilfitri.
2. Kaum Hawa prepare juadah buffet & apa2 yang patut untuk #TeamBaraan Abah. 
3. Kaum Hawa get dressed & make up.
4. Kaum Adam balik & #TeamBaraan sampai.
5. #WeFieRaya sejurus selepas #TeamBaraan berlalu pergi.

Kejadian sebenar:-

1. Kaum Adam join #TeamBaraan dengan perjanjian by 11.00 pagi akan balik, berada di rumah & bersedia untuk #WeFieRaya. Masalahnya, pukul 2.00 petang baru nampak muka mereka sebab 'sangkut' dengan #TeamBaraan. Sejenis dilema la kekdahnya...
2. Kaum Hawa 'berangin' sebab dah berlengas & make up dah cayor. Anak2 sedara pulak ada yang tertido, tantrum & cranky.

~ I 'grab' him! Sejurus selepas Oppa pulang dari #TeamBaraan. Heh3...

~ #WeFieRaya hanya bermula pada pukul 2.30 petang. Takpe...husnuzon. Asalkan hado..! ;P

~ Manusia & khilaf berpisah tiada... Ampun & maaf jua dipinta... Selamat Hari Raya..! ;D

~ 1 kegembiraan & kemenangan. ;)

~ ... dengan caption: Adik iparku seorang #PattahAmen... #Krikkk3 Ha3...

~ Finally, terhasil jugaklah #WeFieRaya. Fuh!

~ Mintak ampun, mintak mahap, Abah & Mak. Maklum la... kadang2 menantu yang sorang ni ter-POYO banyak! Ha3...

~ Mintak ampun ke bersilat ni? Ha3...

~ My King in dusty pink. #MuahCiked Hiks...

~ Sedangkan lidah lagik tergigit... Eceh! ;P

~ Si bujang bongsu yang tak lama lagik nak settle down. Semoga dipermudahkan... Aminnn...

~ Yellow angpau yang mengundang... sangat..! Ah kak sejenis mata duitan, you ols..! Ha3...

~ King & Queen di-photobomber kan oleh Abang Poi.
~ Jurus ting tong raya.

Meriah #WeFieRaya, walaupun lewat. Takpelah. Tak disengajakan pun...

Kemudian, semua 'check-out'! #ZiarahRaya ke rumah Cik Am. Hoyyeahhh..!!!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y :: 



Monday, October 17, 2016

KONSEP & TEMA

#Throwback

Seronok raya tahun ni. Sebab semua kaum kerabat #CtRosiahandMohdAdnanClan ada. Tak tertinggal 1 pun!

Eh, bukan tiap2 tahun pun cenggitu ke, bila turn beraya kat rumah Mother?! He3...

Memang kami pilih konsep beraya secara berjemaah tu. Maksudnya, bila turn rumah Mother, family Kakak, Abang & aku akan balik ke rumah Mother. Cukup kuorum. Kalau turn balik rumah mertua, of course takde sorang pun yang balik rumah Mother.

Kami tak kejam. Tapi, ini hasil kesepakatan bersama. Mother pun prefer konsep ni. Mother kata, anak2 Mother ada 3 orang je. Campur dengan menantu, ada 6 orang. So, Mother nak bila berkumpul, semua ada. So, kalau Mother masak lauk2 keturunan + tradisi, takde la Mother sedeh2, terkenangkan yang tak dapat join sekali tu. Bila turn rumah mertua, Mother boleh adapt. Sebab lepas tu, kami WhatsApp2, pakat2 bila nak beraya rumah Mother pulak.

~ Tradisi pagi raya adalah photoshoot tahap gila2!

Buat selepas mintak2 ampon mahap. Tapi, kadang2 ada jugak terbuat sebelum mintak ampon mahap. Excited, noks..! Ha3...

~ Blurr sikit. Tapi, semua spesis... blurr... don't care!!! Kes sawan camera. Ha3...

~ Pandang ke arah camera berbeza.

Banyak nau2 camera! Maklum la... bajet retis... Ahaks3... Puiii!

~ Out of control dah nih! ;D

~ 'Indahnya sungguh di hari raya... Ewahhh..! Ramainya orang bersuka-ria... Ewahhh..!' ;P

Memula, konsep family potret keseluruhan. Lepas tu, konsep family memasing bersama Mother. Caca merba dengan konsep bersama family memasing sahaja.

~ Diintrokan oleh family Kakak.

~ Kemudian, family adinda yang paling bongsu yang paling kiut #SongJiHyo sangat..!! Caption cenggini sangat diperlukan, hokay..! Ha3...

~ Tema gangster muka terkejut kaki terlunjur2. Alaaa... kita kan #JebatMas... Ahaks...

~ Kemudian, tema Running Man. Ha3...

~ Mintak ampon 5 saat. Bodek mintak duit raya lebih adalah 30 minit. Well... ah kak materialistik, dik non..! Ha3...

~ Tema #Jebat gangster + #SongJiHyo Running Man. Matching sangat..! Awwsss..!!!

~ Gelak ke... nangis sebab duit raya habis kat isteri? Ha3...

~ Ntah! Tak tau nak buat caption apa?!

~ Rifqi jeles! Asik Acu Adik & Acu Pendi je yang photoshoot. Finally, dia enterframe. Nasib baik comel. He3...

~ #TeamControl #Larikksssss Ha3...

~ Team meriah bersama anak2. Hiks...

~ Tema baju kakak keluar tajuk. Sepatutnya brown. Tapi, beliau pakai mustard. Choiii..!

~ Nasib baik masih comel. Ok, takpe. Tak jadik 'Choiii..!' sangat. Choiii sikit je. Ha3...

~ Shawl Kak Aneem pun keluar tajuk. Sepatutnya purple. Tapi, beliau pakai turquoise. Choiii... jugaklah!

Mother mengetuai rombongan beraya ke rumah Nenek. Jalan 2 - 3 tapak dah sampai. Make up pun maintain. Itu yang penting. Ha3...

~ Sedu-sedan, syahdu, sedeh... macam2 ada..!

~ Hokay, sweet... ;)

~ Holloh3..! Touching nau2 lettew..! He3...

~ Sweet lagi...

~ Duit raya untuk Nenek daripada tycoon One XOX, super jimat! Ooppsss, tumpang iklan sat naaa... ;P

~ Gumbira

~ Nasib baik comel walaupun shawl adalah turquoise. So, tak 'Choiii...!' sangat jugak. Choiii... sikit2 jugak. He3...

~ Andakanda bonding. Eceh!

~ Andakanda bonding lagi. Eceh lagi!

~ Cucunda menantu bersama Nenda.

~ Banyak take ni! Jenuh Wawa susun ayat. Dari karangan pendek terus jadik karangan panjang berjela siap gelak2 tapi keluar air mata sikit. Ha3...

~ Hamboih, loving nau2..!

~ Hokay, karangan dah setel. Ha3...


~ Ntah?! Kejadian apa ntah time ni?! Tak ingat.

~ Cucunda menantu bersama Nenda lagi.


~ Andakanda bonding lagi2. Eceh lagi2!

Kemudian, konsep outdoor photoshoot. Laman Mother jadik tempat kejadian. ;P

~ Tema skema + gila2 nampak anak bulan. Ha3...

~ Tema #WatLekWatPeace + janggut raya. Ha3...

~ Tema anak bulan dah nampak + aku tak paham kenapa nak buat muka takut tu?! Ha3...




~ Tema meriahnya raya bersama anak2.

~ Tema colour mustard... don't care..!

~ Tema gedik2 raya..!

~ Tema tatasusila di kampung halaman.

~ Tema S.Y.M.P.

~ Tema kau hado..?!

~ Tema check it out + chill2.

~ Tema ke laut dalam. Ha3...

~ Tema adik-beradik berpisah tiada... #Chiaaa3


~ Tema suami dia brown, isteri dia mustard.

~ Tema adik-beradik air dicincang takkan putus, yang penting bil air jangan tak bayar. Ha3...

~ Tema selipar & wedges kuning.




~ Tema sorang2lah kau!

~ Tema ibu & anak.

~ Tema ko jangan over daripada aku + aku ok jerrr...

~ Tema adik ipar garang!

~ Tema #KangGary & #SongJiHyo. #Chiaaa3... Ahaks...

~ Tema buah hati pengarang jantung.

~ Tema apa2 je lah.

~ Tema melayan kerenah suami & isteri.

~ Gambar sesat. Malas nak drag bawak ke atas. Takpe, selingan...

~ Tema adik ipar yang handsome tapi, kakak ipar yang jeles! Ha3... #Larikksssss

~ Tema tazkirah raya, sidang Jumaat yang berbahagia sekalian...

~ Tema acah2 shuffle.

~ Tema #SongJiHyo beraya. Ahaks...

~ Tema sekejap insap sekejap ting tong!

~ Gambar sesat malas nak drag + selingan lagik...

Habis dah. Fuh, jenuh pikirkan tema! ;P

Konsep seterusnya adalah konsep beraya sambil berphotoshoot di rumah orang. Semoga orang2 yang terpilih merasa sangat2 bertuah dengan kunjungan kami. Sila jangan muak. Ha3...

Rumah pertama: Rumah BFF Mother, Cik Siah.

~ Oppa enterframe dengan jayanya..! Bagus!



Rumah Ke-2: Rumah mertuaku...

~ Datin2 & anakanda2 datin setelah kekenyangan.

~ #TheBesan

Rumah Ke-3: Rumah Acik Timah, 1 of geng surau Mother

Takde gambar. Memasing kekenyangan. Nak snap gambar dah malas. Terima kasih Acik Timah untuk mee kari anda.

Rumah Ke-4: Rumah Wak MOCCIS

Walaupun takde gambar tapi, perut sangat gumbira sebab dapat makan nasik lauk ikan goreng, ikan masin goreng, kobis tumis cili padi & sambal belacan kaw2 meletop! Thorrbahekkk..! 

Memang tiap2 tahun aim lauk2 ni je kat rumah Wak MOCCIS. Sodap baq hang!

Rumah Ke-4: TESCO Kampar

Eh, ni bukan rumah! Tapi, hypermarket. Takde tujuan pun. Saje suka2 bawak Mother. 

~ Terserempak dengan Akhil Hayy.

Waheeda dah 'lepas' masuk dalam TESCO dulu. Dengan anak2 tiri dia kot... Aku syak, diorang memang plan untuk masuk secara berasingan. Maybe sebab tak nak terganggu privacy. Ye la... kalau masuk sekali, kompom2 la ada yang kenal & perasankan Akhil Hayy walaupun Waheeda berniqab.

Rumah Ke-5: Rumah Acik Faizah, 1 of geng surau Mother

~ Ada gambar Nania je. Yang lain, sibuk menternak lemak. ;P

5 buah rumah & destinasi untuk 1 Syawal. Cukuplah tu. 

Belah malam tak ke mana2. Lepak rumah Mother, sambung makan2, lepak2, borak2, layan tv sampai tido.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google