SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, April 16, 2013

BANGKU ROBOH

Persandingan Angah & Wan...

Temanya purple. Awal2 lagik we ols dah siapkan baju yang mengikut tema. Makanya, tinggal nak melaram je lah. Heh3...

Walaupun yang kenduri ni adalah Mak Yang & Pak Yang tapi, rumah Mak pun kena tempiasnya. Sebab rumah diorang dekat2. 1 laman ada 3 buah rumah kan... Rumah Mak Yang kat depan nun... rumah Nenek kat tengah2... sebelah rumah Nenek tu la rumah Mak. Begitu...

Rumah Mak pun jadik hotspot la kekdahnya... Jadik tempat masak beberapa jenis lauk & tempat bungkus2. 

~ Pengantin dah sampai. Rombongan pihak lelaki nun jauh dari Bachok, Kelantan.


~ Pengantin excited sangat nak bersanding sampai tertukar lokasi duduk kot..! Ha3...

~ Ada yang tegur suruh tukar lokasi duduk begini...

Actually, aku pun confuse jugak bab2 lokasi tempat duduk time bersanding nih. Sebab bagi aku, aci je kot nak duduk celah mana pun. Janji bersanding! He3...

~ Santapan diraja...

~ Amir jadik masterchef untuk lauk-pauk pengantin.

Ada insiden yang humangaihhh... ya ampon betul masa Angah kahwin ni tau! Malu giler ah kak, noks! Awwsss3..!!!

~ Sebelum insiden...

~ Pun sebelum insiden. Berkobar2 je nak berposing kan...

~ My 'sayang' kata, kalau ada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk sukarelawan wedding Angah tuh, confirm my 'sayang' kasik kat Abang. Sebab gigih betul katanya Abang aku tu  buat kerja. Cayalah, bro! Lepas ni, boleh la jadik mastersukarelawan! Hiks...

Meh nak cerita pasal insiden yang ya ampon... tuh. Errr... tapi kan, sebenornya tersangat la segan nak share mahupun nak mengimaginekan balik insiden tuh. Tapi, dah katanya blog ni merangkap diari maya kan... Rasa rugi pulak kalau tak ceritakan masam manis kehidupan. Plus, untuk kenangan anak cucu katanya... ;P

Takpe2... you can do it, bebeh! K-mon, bebeh! K-mon..! Hu3...

Begini ye, bapak2 ibuk2...

Alkesahnya... aku melepak kat tempat Abang duduk kat atas tuh (depan rumah Mak) dengan Kakak. Kakak duduk atas kerusi meja makan. Aku pulak gediks nak duduk atas bangku kaler merah yang macam bangku kat gerai makan yang takde tempat sandar tu, haaa..! Boleh imagine kan? ;P

Tugas aku hari tu adalah restock goodie bag. Asal habis je aku pergi la amik kat rumah Mak Yang. Maknanya beberapa kali la jugak aku bangun-duduk-bangun-duduk kan... Ada sekali tu, bila aku bangun, Ana amik tempat aku tuh.

Tak kesah la kan... Yang aku kesahnya, elok pulak bila aku duduk balik, bangku tu boleh roboh! Takde isyarat langsung! Aci roboh terus! Tak sempat nak berpaut kat lengan Kakak.

Memang jadik perhatianlah masa tuh! Amekaw! Terus aku larik laju2 masuk dalam rumah carik Mak. Rasa nak menyorok dalam baju Mak pun ada jugak. Ha3... Hadoiiyaiiinyapun!

Kejam, hokay bangku tuh! Saja je nak drop my waterface. Uhuks3...

Tapi, aku syak faktor lain penyumbang kepada kerobohan bangku tu adalah Ana. Sebab dia lagik 'XL' daripada aku. Bila kami duduk bersilih-ganti, mau tak ranap bangku tuh! Cumanya, aku mangsa keadaan la... Tsk3... Mencik!

Hmmm... mende nak jadik kan... Dah tertulis... Redha je la... Walaupun... Hu3...

Lupakan la sekejap cerita bangku roboh tuh. Eh, kalau nak lupakan terus pun bagus jugak! Anggap je seperti tiada apa2 yang berlaku. Ha3...

~ Kembali menatap gambar... Pak Andak & Bapak yang berfungsi sebagai tukang cuci pinggan. He3...

~ DJ Corner...

~ Pak Teh & Pak Yang... tukang bagi goodie bag pada tetamu.


~ Pak Tam & Uteh... merangkap artis jemputan yang 'menyumbangkan' suara. Lagu pilihan: Makan Nasi Minyak by Uji Rashid & Hail Amir. Ha3...

~ Dah hilang segan. Dah boleh lupakan sikit2 insiden tuh. So, dah boleh menggediks2 balik. Hu3...

~ Rambut my 'sayang' dah macam maggi!

~ A_bern pengapit tergediks di abad ini... Ha3...


~ Nak focus kat ikan ke... kat pengantin nih? My 'sayang'... my 'sayang'... ;P

~ Yang tengah tu la Mak Yang. 

~ Kategori sedara jugak nih. Aku panggil dia Cik Jeri. Hari tu Cik Jeri jaga department air.

Meriah jugak wedding Angah & Wan. Syiok sebab adik-beradik Mak semua balik. Dengan sepupu-sepapat lagik... Bila dah berkumpul tu, macam2 cerita la keluar! Havoc! He3...

Selamat Pengantin Baru... Angah & Wan... Semoga kekal bahagia sampai hujung nyawa. Aminnn...


:: Like3, ek! ::



CHICKEN MUSHROOM SOUP BERKHASIAT

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Dah pernah masak menu ni dah sebelum ni. Tapi, ada perubahan sikit. Sebab yang ni lebih berkhasiat kot sebab lebih banyak kandungan sayur.

Bahan2:-

1 tin carbonara mushroom Prego
2 sudu besar tepung gandum
1 biji bawang besar (dicincang)
2 batang sosej ayam (dipotong)
1 sudu mentega
1/4 ketul kiub ayam
1/2 mangkuk kecil cauliflower yang dah dipotong
1/2 batang carrot (dipotong memanjang)
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Rebus sosej ayam, cauliflower & carrot. Tapis & toskan. Simpan air rebusan.
2) Cairkan mentega. Masukkan tepung gandum & kacau sentiasa.
3) Tuangkan air rebusan tadi. Kacau sentiasa supaya tidak berketul.
4) Masukkan bawang besar, kiub ayam, sosej ayam & carbonara cendawan.
5) Bila kuah dah pekat, padamkan api & biarkan menyejuk sedikit.
6) Kisar.
7) Panaskan semula. Tambah air jika terlalu pekat. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Chicken Mushroom Soup Berkhasiat.

Bezanya lagik, yang dulu aku pakai shitake. Yang ni aku pakai carbonara cendawan Prego. ;)


:: Like3, ek! ::



Sunday, April 14, 2013

AKAD NIKAH ANGAH-WAN

Angah ni cousin aku. Anak Mak Yang & Pak Yang yang nombor 2. Tarikh nikah samadengan 29 Mac 2013, belah malam, kat masjid. 

~ Tema nikah adalah coklat.

~ Jadik aku pun pakai ala2 coklat gitu..! Coklat tak? Coklat tak? He3...

~ Manjas2 dengan pengantin sebab nanti dah susah nak manjas2 dah. Dah ada cik abang kan... Musti la cik abang pulak yang nak manjas2. Ahaks3...

~ Aku suka gambar ni sebab pose yang pelbagai.

~ Angah & Along. Along tak kahwin lagik. Tahun depan kot. Dalam perancangan... In shaa Allah...

~ Alhamdulillah... sekali lafaz je, Angah sah jadik isteri Wan.

~ Coklat sangattt... kan... ;P


~ Menggediks dengan Along.

~ Batal air semayang... 

~ Dah dapat cincin, tak reti2 nak salam suami? ;P

~ Asal batal air semayang je, dapat cincin gelang bagai... Syiok kan? Nak batal air semayang hari2 aci tak? Ha3... Larikksss..!!!

Lepas majlis akad nikah kat masjid, ada marhaban pulak kat rumah Nenek. 

~ A_bern poyo..!!!

~ Marhaban untuk cucu2 Nenek yang dah pandai lari2. He3...

~ Jiha...

~ Ica...

~ My 'sayang' termenung sebab confuse dok pikir permintaan bini dia yang mintak didukung untuk dimarhabankan jugak. Ha3... Melampau sangat kot..!

~ Aku jumpa 'Ustaz & Ustajah'. Nak sainnn...!!! He3...

Lepas marhaban, ada jamuan makan sikit. Sodap pulak ayam masak kicap yang Mak Yang masak. Sampai 2 kali aku tambah nasik, hokay! 

Terpaksa abaikan Misi Tiz@Nelydia Look Alike. Terpaksa, hokay! Terpaksa... Tsk3...

Sambil makan, sambil gelak2. Gelakkan Mak ngan mokcik2 & pokcik2 aku yang bercerita pasal zaman kecik2 diorang. Sampai tak sedar tangan dok suap ayam masak kicap tak berenti2. Hadoi!

Sila salahkan ayam masak kicap tersebut, ye! Hu3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, April 13, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 12

Breakfast:-

Tak sempat nak breakfast. Alas perut dengan air masak je. Hu3...

Minum pagi:-

1 biji limau mandarin + air masak
Gamble je ni telan limau. Dah la perut kosong kan... Nasib baik takde ape2 terjadik kat perut comel ah kak. Fuh!

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ayam masak merah + 2 sudu taugeh tumis + air masak
Terima kasih, Mokcik Banjir. He3...

Minum petang:-

1 biji limau mandarin + air masak
Sodap pulak limau mandarin ni tau! Kalau bawak 10 bijik, mau sepuluh2 aku telan! Hiks...

~ Dinner: 1 mangkuk kecik chicken mushroom soup + air masak

Chicken mushroom soup tu aku bubuh cauliflower ngan carrot. So, rasa kesayuran sikitlah. 

Sekian, melaporkan...


:: Like3, ek! ::



REZEKI DALAM SEHARI...

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik!

Bukan aku kata tapi, orang yang kata... ;P Plus, siapa yang suka carik musuh kan... 

Ada 1 ari tu, rezeki aku murah sangat..! Dalam 1 hari dapat macam2. Rasa dihargai sangat..! ;)

~ Memula dapat fridge magnet (FM) Langkawi merangkap pembukak tutup botol.

~ Coklat dari Langkawi pun dapat jugak.


~ T-shirt 'I Love Langkawi'.

FM, coklat ngan t-shirt tu ole2 dari Abang & Kak Aneem. Kak Aneem kursus kat Langkawi. Dia angkut Abang & anak2 sekali. Berkursus sambil bercuti kekdahnya...

~ Butang baju Melayu dari Sabah. Encik Boss kasik. Walaupun aku tak pakai tapi, aku boleh je pass ole2 tu kat my 'sayang' kan...

~ Baru berkira2 nak try pure marine collagen, tup2... Encik Amir bermurah hati kasik aku & yang lain2 sorang seplastik rumpai laut nih. Aku pass kat Mak, mintak Mak masak jadikkan dadih / apa2 je la yang boleh dimakan sebab aku tak reti nak masak rumpai laut.

Encik Boss ngan Encik Amir terbang ke Sabah, ada Bengkel Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK). Sepatutnya, aku ngan Kak Ja yang join bengkel tuh. Tapi, tetibe bengkel tu ditangguhkan ke tarikh yang aku rasa takut clash dengan tarikh appointment jumpa doktor. So, aku mintak direplacelah. 

Takde rezeki nak berbengkel di Sabah... Tapi, ada rezeki dapat ole2 dari Sabah! He3...

~ Last sekali dapat buah dokong. Orang koperasi bagi.

Semua di atas dapat dalam 1 hari tau! Tu yang excited nak share tuh! He3...

Alhamdulillah... Terima kasih daun keladi, ye! ;)


:: Like3, ek! ::



ANGIN RAJIN SUDAH MARI...

Dah siap mandi, dah wangi2... Awwsss2..!!!

Sepatutnya, hari ni aku malas! Malas ya ampon... kot! Bajet nak tido je. Tapi, lepas my 'sayang' keluar mencarik rezeki demi sesuap nasik... (ecewah! Ini semua poyooo..!!! Ha3...) terus rasa macam nak kemas rumah. Maknanya, angin rajin sudah mari...

Angin rajin ah kak ni memang sukar dijangka. Bila tengah betul2 malas pun dia boleh datang. Aci sukahati dia je kan... ;P

1 rumah aku operasikan. Kemas2, mop2 bagai... 

Syiok je mata bila tengok rumah dah handsome. Baru la boleh berblogging dengan aman & tenteram. Peace, bebeh! Peace! He3...

Pukul 12 tengahari tadi, aku roger2 Mak sebab kengkononnya nak ajak Mak lunch kat luar. Tapi, Mak kata Mak nak pergi kenduri kahwin ngan geng surau. Makanya, tak jadik la aku nak mengdating dengan Mak... 

Kejap lagik nak masak maggi kari telur + sayur untuk lunch. Dah kreok3... jugak dah perut comel nih. 

Bawak bertendang, ye Encik Perut... Kejap lagik, kita sumbat maggi. Tungguuuuuu....... He3...


:: Like3, ek! ::



UDANG GORENG BERSAYUR SEDETIK CINTA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Jumpa udang dalam fridge. Boleh pulak aci 'jumpa2' kan... Ha3...

Apa lagik... dah jumpa udang tu, moh la kita memasak kekdahnya... Singsing lengan baju tu tinggi2 sikit tau! Sebab kelas memasak dah nak mula. Hiks...

Bahan2:-

1 pokok sawi (dipotong)
10 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 biji telur ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak masak
Air masak
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur udang dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng udang hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis cili merah, bawang putih & besar hingga naik bau.
3) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras sikit, kacau sampai jadi telur hancur.
4) Masukkan sawi. 
5) Tuangkan sedikit air masak sekiranya terlalu kering.
6) Perasakan dengan garam.
7) Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Udang Goreng Bersayur Sedetik Cinta. Jiwang, you olsss..! Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



Friday, April 12, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 11

Badan dah rasa berat balik. Macam bulldozer kekdahnya... Wah, gituuu..! Kejamnya mulut ni mengata badan sendirik..! Ha3... Hadoi!

Balik kampung, makan secara lupa diri. Begini la jadiknya... Uhuks3...

So, ibuk2 bapak2 sekalian... mari la berdiet semula...

~ Breakfast: 1 keping roti putih potong + scrambled egg with mayonis & Thousand Island + air masak

Minum pagi:-

1 biji limau mandarin + air masak

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan goreng + 2 sudu kacang panjang tumis + air masak
Tapau! Harap maklum. ;P

Minum petang:-

Air masak yang diminum secara kerap.
Bagus untuk hydratekan kulit. Sistem perkumuhan pun boleh berjalan lancar.

Dinner:-

3 keping biskut empat segi dicicah ke 1 mug air teh panas.
Terbaekkk... jugak tau! Layannn... ;P

Lepas dapat hilang 2 kilo tu, aku takde timbang2 dah. Lupa diri sekejap kan... So, ngeri nak timbang. Hu3... 

Ni la baru nak mula balik berdiet. Mudah2-an la hilang lagik berkilo3... Fuh3!!! He3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, April 10, 2013

1 MILLION WOMEN PURPLE WALK

Cerita basi sikit. Tapi, gigih nak update jugak! Tuan tanah kedaung kan tamak haloba... Heh3...

Ingat tak pasal 1 Million Women Purple Walk? Hah! Pasal tu la yang aku nak cerita..! ;P

Seperti biasalah, opis aku diwajibkan hantar wakil. Kalau tak wajib, aku rasa aku pilih bantal Sponge Bob aku kot. Ha3...

Encik Boss mintak aku jadik photographer. Tapi, ah kak kan kaum Hawa yang pemalu... Ecewah..! ;P So, ah kak gediks pulak ajak my 'sayang'. My 'sayang' adjust2 schedule dia, makanya dapat la dia temankan isteri terchenta merangkap jadik photographer. 

Owhhh... sayang dia laju2lah! ;)

~ Lepas pendaftaran ada senamrobik. Kali ni, aku tak join sebab gigih dok arah2kan my 'sayang' untuk amik shot kat sini la.. sinun la... Macam krew broadcasting la plak! He3...

~ Peserta cuba membakar lemak. Bagus!

Lagu senamrobik paling best & catchy adalah... 'Baraaa3... Bereee3... La3...' Dah balik, masa dalam kereta pun dok nyanyi... 'Baraaa3... Bereee3... La3...' jugak. Ha3... Penangan betul!

~ Backdrop.


~ Nampak ungu tak kitorang? Ahaks3...

~ Comel sangat pakai bandana kan? Ha3... Larikksss..!!!

~ Brass band dari SMK Saint Anthony mengepalai perarakan.



~ Gelombang ungu...

~ Amik gambar 'bukti'. He3...

Dalam 1 km kot kitorang berjalan. Syiok jugak! Boleh keluar peluh. Rasa fit sikit. Harap2 ada la lemak yang dinyahkan. ;P

Paling best bila brass band main lagu Perajurit Tanah Air. 

'Inilah barisan kita... Yang ikhlas berjuang... Siap sedia berkorban... Untuk ibu pertiwi... La3...'

Perrgghhh..!!! Semangat berkobar2, hokay..! ;)

~  Dah penat2 berjalan, ada pulak performance daripada artis jemputan, Iqwal. Anak jati Teluk Intan rupanya Iqwal nih.

Dasat jugak si Iqwal nih! Siap bersilat2 bagai... Haip2... hiyarrkkhhh!!! Owh... neves ah kak tau! ;P

~ Launched by Y.B Dato' Zainol Fadzi Haji Paharudin.

~ Belon2 yang kiut.

~ V.I.P...

~ Bandana yang aku simpan untuk kenang2-an. Multi-purpose jugak sebab kadang2 aku lipat kecik2 sikit memanjang, jadikkan head band. Lepas tu, feeling2 Lisa Surihani. Awwsss..!!! Ha3...

Misi jadik photographer berjaya..! Masuk opis, terus emel laju2 kat Encik Boss Besau. Bangga jugak bila Encik Boss Besau reply, 'Hebat SKM HP!'

Owh... touching2... Ha3... Over, noks..! ;P

Akhir kata, Majulah Kaum Hawa Untuk Negara... ;)


:: Like3, ek! ::



WORDLESS WEDNESDAY #28: TERLIUR TAK?

~ Ermmm... dappp... Terliur tak? ;P


:: Like3, ek! ::



Tuesday, April 9, 2013

L.I.Z... TERIMA KASIH, MAK...

Dapat brooch baru. Mak kasik. Best2... ;)

~ Mak tempah kat 1 of geng surau Mak. Actually, anak mokcik tu yang buat. Kiranya, mokcik tu tolong amik order je la...

~ 'L.I.Z'. Owh... sweet sangattt..!!!

Mak pun tempahkan jugak untuk Kakak & Kak Aneem. 'I.L.A' untuk Kakak & 'A.N.E.M' untuk Kak Aneem. 

Mak kata Mak tak reti nak tempah nama ranggi2. Sebab tu 'Aneem' jadik 'Anem' je. Ha3... 

Comel Mak ni tau! ;)

Brooch ni dah jadik 1 of my faveret sebab sentimental valuenya tinggi. Asal pakai je musti automatic teringat kat Mak. Asal teringat kat Mak je musti nak pakai. He3...

Terima kasih, Mak... ;)


:: Like3, ek! ::



Monday, April 8, 2013

HECTIC & CHAOTIC!

Penat tak hilang lagik nih. Menempuh perjalanan yang jauh kekdahnya... Ke pantai timur nun..!

Dari minggu lepas dah hectic. Ahad lepas2 kan kenduri Angah, sepupu aku. Isnin aku off. Selasa tu la aku nak pulun buat kerja2 yang tertunggak. 

Masuk kerja memang terpana jugaklah tengok keadaan work station aku. Dah macam kubu pertahanan! Ya ampon sangat, hokay..! Ya ampon! 

Terpaksa balik pukul 6.30 petang semata2 nak habiskan kerja. Siap mintak Encik Boss tunggu sekejap sebab nak mintak sainnn... Hu3...

Aku just kejor kerja2 yang urgent je. Yang agak2 tak berapa nak urgent semua aku susun cantik2 bajet nak elak kepala serabut. Tak sempat la nak setelkan semua. 

Uhuks3...

Eh, lupa nak bagitau! Aku terkejor2 buat kerja ni adalah sebab hari Rabu tu aku dah start berkursus. Sampai ke hari Jumaat, kat Beserah, Pahang. 

Pagi Sabtu dah nak ke Kelantan pulak. Nak ke majlis bertandang Angah. Ahad balik Teluk Intan.

Fuh! 

Hokaylah! Nak suruh my 'sayang' massage2 jap. Ahaks3...

Selamat malam... ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google