SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label HADIAH. Show all posts
Showing posts with label HADIAH. Show all posts

Wednesday, December 28, 2016

OCEAN BLUE

Sejenis birthday gift. Daripada kakak kesayangan... yang cantik, jelita, sweet, muslimah, hebat, thorrbahekkk... sangat tu. Haaa... nampak tak pujian melambung2 sampai ke bintang? Ha3...

Kakak bagi on time. Aku je yang baru publish entry. Biasa lettew kan... Ngeh3...

Konsep dia, Kakak kasik peruntukan, aku yang manage order & pilih warna + jenis. Sebab kalau dia pilih nanti, takut tak menepati citarasa aku. Owh... takde masalah. Bernas sangat idea tuh! Sepantas kilat ah kak stalk instagram Benang Hijau! Heh3...

~ Ocean Blue
Menawan sangat, you ols..! Ahaks...

Terima kasih, Kakak kesayangan... Semoga murah rezeki. Tahun depan & seterusnya, boleh kasik hadiah birthday lagik. Aminnn... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::





Monday, January 18, 2016

KENYATAAN IKHLAS

Aku dapat hadiah berharga. Kecik, comel... tapi, tinggi nilainya. Blogger yang kasik.

Suspen jugak bila blogger tersebut mention kat comment box yang beliau nak kasik hadiah. Rasa macam dihargai sangat. Terus dan2 tu jugak rasa fofular bajet retis. Ha3... #OverBahKalauKau 

Bagi aku, blog beliau sangat ilmiah & puitis jugak. Banyak reminder yang buat kita muhasabah diri secara automatik & santai. Deep tapi, tak terbeban. Banyak aura positif. Memang elok sangat kalau aku baca sebab aku ni kategori yang kadang2 'cas negatifnya' bertebaran jugak. Hu3...

Bukan membodek. Tapi, kenyataan ikhlas. ;)

~ Hadiah yang penuh makna... penuh nilai. Alhamdulillah...

Terima kasih, saudari iryantyahamad... Semoga blog you semakin meriah dengan followers & supporters. Teruskan blogging... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, December 7, 2013

CADBURY & SENTIMENTAL VALUE

Kesah birthday aku...

Tetap nak include sebagai entry walau dah 2 ++ bulan berlalu. Plus, ada sentimental value. Harus la upload! ;)

Beberapa hari selepas birthday, aku balik kampung. Saja je jenguk2 Mak. Tetiba Mak kata,

"Dik, tadi Kakak ada tinggalkan sesuatu sebelum balik Kajang. Cer tengok dalam peti ais tuh."

Terus ah kak neves suspen bagai... On the spot selongkar fridge. Jumpa something yang siap berbalut cantik. Tak sabor nak tau apa isinya. Isk3... suspen betul!

~ Tarat tat taraaa..!!! Cadbury Dairy Milk rupanya. Terbaheklah!

Buat Kakak, Abang Mie & A_bern... terima kasih untuk birthday pressie yang sesweet ini. Tahun depan kasik 2 bars pulak, ek! Hiks...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, April 9, 2013

L.I.Z... TERIMA KASIH, MAK...

Dapat brooch baru. Mak kasik. Best2... ;)

~ Mak tempah kat 1 of geng surau Mak. Actually, anak mokcik tu yang buat. Kiranya, mokcik tu tolong amik order je la...

~ 'L.I.Z'. Owh... sweet sangattt..!!!

Mak pun tempahkan jugak untuk Kakak & Kak Aneem. 'I.L.A' untuk Kakak & 'A.N.E.M' untuk Kak Aneem. 

Mak kata Mak tak reti nak tempah nama ranggi2. Sebab tu 'Aneem' jadik 'Anem' je. Ha3... 

Comel Mak ni tau! ;)

Brooch ni dah jadik 1 of my faveret sebab sentimental valuenya tinggi. Asal pakai je musti automatic teringat kat Mak. Asal teringat kat Mak je musti nak pakai. He3...

Terima kasih, Mak... ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, September 13, 2012

HADIAH RAYA UNTUK MAK

Dah lama simpan hajat nak gantikan spec mak. Spec yang lama tu dah uzur. Kacanya dah calar-balar. Frame pun dah ada yang terkopek2. Kesian mak...

Alhamdulillah... bajet pun dah ada. Moh kita ke Optics Eyecon! ;)

~ My 'sayang' ngan abang melepak sambil layan surat khabar kat Optics Eyecon sementara aku ngan mak pilih2 frame.

Aku memang dah biasa sangat dengan Optics Eyecon nih. Spec mak, kakak ngan aku, semua dari Optics Eyecon. Plus, masa semester break dulu, aku pernah kerja sekejap kat sini.

Syiok! Hari2 aku mengtry frame2 yang ada. Time2 bosan takde customer la kan... Kalau customer ada, ko gigih jugak nak mengtry, harus la kena sekeh ngan Bos! Hu3...

Nama bos aku adalah John. John ni bukanlah bos besor. Kira macam branch manager la... Sampai skang, John masih wujud. Aku tau kelemahan dia bila deal ngan customer yang bargain harga spec. Tapi, off-recordlah! Kalau aku bocorkan, tak pasal2 John carik aku kang. Ha3...

Sekarang, kawan2 aku pulak yang kerja kat situ. Fuzah & Yati. Fuzah ni kawan dari sekolah rendah lagik. Dia la yang serve masa nak buat spec mak hari tu. Dalam banyak2 frame yang mak try, mak terberkenan kat frame Giordano kaler maroon. Siap ada kerawang2 lagik. 

Dah mak suka, aku ok je... Plus, my 'sayang' ngan abang pun kata ok. Makanya... oklah! ;)

John buat kira2, sap2 soi je... 470 hengget katanya... Owh... ok. Under bajet. ;P

Hadiah raya dari aku untuk mak kot... Harap mak suka banyak2! He3...

Baju ngan tudung raya kaler oren. Pakai pulak spec raya kaler maroon. Wah! Vogue da vass mak di hari raya! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Friday, July 6, 2012

MUNGE2 & MINTANG2

Eh! Ah kak nak show-off koleksi blouse terbaru ah kak nih! Meh tengok, meh! ;D

Bagus betul nawaitu nak mengshow-off tu kan? Di pagi Jumaat pulak tuh! Ha3... Ya ampon, ye bapak2 ibuk2... ;P

~ Koleksi #1: Blouse kaler purple. Harusss... kot. He3... Ada munge2 chenta lagik..! Ko ada..??? Heh!

~ Koleksi #2: Blouse kaler biru dengan mintang2 berkerlipan. Bling2!!! He3...

~ Jeng3...

~ Shopping sekali hadiah Father's Day untuk abah. Kemeja long sleeve Hazard kaler PURPLE. Kaler wajib! Ngeh3...

Semua pun kami rembat dari The Store. Ye la... kat mana lagik kan... Kalau kat Teluk Intan ni, memang The Store je la yang paling gah. Hu3...

Pssttt2!!! Jeles tak tengok koleksi blouse terbaru aku? Aku namakan as koleksi munge2 & mintang2! Ececehhh..!!! 

Memang statement mengada2 betul! Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, April 10, 2012

BAUCER DISKAUN YANG DIMENANGI ITU...

Dah lama tak dapat surat personal yang tak formal. Ye la kan... zaman sekarang semuanya dah canggih-manggih... Emel, facebook, ym, skype bagai... Mana nak aci dah hantar surat manual abang posmen nih.

Bebudak pun sekarang kecik2 dah ber-i-pad. Dah tak kenal dah dengan congkak, batu seremban, teng2 & yang sewaktu dengannya tuh. Kadang2 kita pun ketinggalan skill dengan diorang. Advance betul!

Teknologi tu kadang2 'membunuh' nostalgia kan? Hmmm...

Hokaylah! Sudah la membebel tuh wahai tuan tanah kedaung. ;P

~ Sebenornya nak cerita yang pada suatu hari ah kak dapat surat personal je pun... Konon2, kait-mengait la mukadimah tu kan... Ha3...

~ Baucer diskaun yang dimenangi dah ada kat tangan, noks! Wee hooo..!!!

~ Terima kasih Zue a.k.a Ibu Arissa yang organize G.A nih. Next time, boleh organize lagik, ek? Takmo yang susah2 sampai kena perah otak tau! He3...

Tengah survey2 homestay sekarang nih. Plan, nak ke Bukit Gambang Water Park nih dalam penghujung bulan Mei. Insyaallah...

Tiap kali survey2 homestay kat ibilik musti aku senyum sorang2. Berangan kot. Aci tak? Ha3...

Eh! Korang takde plan any vacays ke? Soklan berunsur menjeleskan nih. Ha3... Larikksss...!!! ;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, August 3, 2011

JOM LOOK YOUNG! ;P

Pada suatu hari yang hening (ecewah! Dah keluar dah ayat A Samad Said! Ha3...), Encik Sukeri datang kat workplace aku lalu berkata...

Encik Sukeri: Leez... saya nak mintak tolong something la... Saya tak tau dah nak mintak tolong kat siapa melainkan Leez. Leez kena gak tolong saya! Buleh no..? (dengan loghat utara piawnya!)

Aku: Owh... nak mintak tolong apa? (sambil kerut2 dahi)

Encik Sukeri: Tolong saya buat blog.

Aku: Erkkk!

I just can't believe it, bebeh! Rasa macam nak cubit2 + lempang2 pipi sendirik bila dengor Encik Sukeri nak belajar buat blog! Ha3...

Tapi, takpe la... Layankan jer... Plus, tak rugi apa2 pun... Makin memeriahkan komuniti blogger gitu..! ;)

~ Sebagai ganjaran, aku dapat free sekotak minuman botani brand Ane's-LY. LY stands for Look Young. Eh! Ah kak tak mintak apa2 ganjaran tau! Well... ah kak kan gadis sopan-santun lagik pemalu... Mana mungkin ah kak memintak2 ganjaran sebegitu rupa?! ;P

Dah orang nak kasik, aku amik jerlah. Kang kata sombong lak! Plus, kecik hati dia kalau aku tak terima jugak. ;P

By the way, thankyouverymuchlah to Encik Sukeri. ;) Nanti aku war2kan link blog dia, ek? Errr... next entry, please..! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Thursday, May 26, 2011

FRAME & SARUNG BANTAL YANG SANTEK, MENARIK, KOMEMANGTHEBOMB!!!

*Kira macam sambungan entry nie...

Bila aku bukak parcel tuh... perrgghhh..! Bukan 1 hadiah tapi, 2 noks..! Giler ko tak happy melampau! Rasa macam nak panjat gunung & menjerit, 'Woo hooo..! Lihatlah donia...' (sambil buat tangan melambai2 ala ratu donia. Ha3...) Over tau! ;P

~ Hadiah tu berupa 1 frame yang cun nih! Siap ada munge2 yang colourful & scoop lagik, ko..! Ko ado..??! Ha3... Giler berlagak! ;P

~ Hadiah ke-2 berupa sehelai sarung bantal kecik bentuk love yang memang terserlah keenglish-annya. Santek2...

~ I do love both... Frame tu bakal menghiasi dinding umah daku. Sarung bantal kecik bentuk love tu plak bakal menghiasi WirAsLeez. Owh... yeah..!!!
Aku sekadar menjadik follower, tak sangka plak buleh dapat hadiah berganda begini. I like..! ;D

Terima kasih no need to reveal! I lap you lah! Mmuahhsszzz!!! ;P

Thursday, May 19, 2011

TERIMA KASIH NO NEED TO REVEAL

~ Parcel tu dah sampai. Ah kak dapat hadiah, noks..! Jangan jeles! Ahaks3...
Terima kasih no need to reveal. Mmuahhsssz..!!! Ececeh..! Dan2 tu nak flying kiss! Hiks...

*Entry mukadimah dolu. Entry penuh kena tunggu beberapa bentar, hokay! ;P

Wednesday, January 19, 2011

'HATI' KALER OREN???

Baru2 ni, ah kak dapat 'hati' kaler oren, noks..! Comel giler 'hati' tuh! Geram jer tengok! Sampai rasa cam nak geget jerk..! La3...

Pelik tak? Pelik tak? Kata la pelik... please3..! ;P

Actually, aku dapat 'hati' oren tu on Tuesday. Tengah dok relax2 kat opis sambil dengor lagu Itulah Sayang by Yunalis Zarai, Najwa & Liyana (lagu fav aku buat masa nih! Best, hokay..!) Hafiz datang kat aku, sambil bawak something cam envelope. Bila aku bukak, tengok2 ada 'hati' kaler orenlah..! Terus bajet dalam hati ada taman... ;D

Nape? Tak pecayakah? Haish! Wa talak tipu punye..! Itu hati aaa... betul2 orange colour maaa... Tak pecaya jugak, ek? Hmmm... takpe2... Cer scroll bawah sket.


~ Hah! Kan 'hati' kaler oren tuh..! Siap ada nama ah kak lagik, noks..! Dasat tak? Dasat tak? Ahaks3...

Saja jer nak buat lawak hari Rabu... He3... Actually, geng blogger aku yang kasik 'hati' kaler oren ni. i3na nama mayanya. Dia ada buat entry, tanya pendapat, nama apa yan sesuai untuk her new blog. Aku pun tumpang sekaki la, kasik pendapat. Tak sangka plak ada pressie2 kan... Masa i3na mintak address pun dah teruja bagai nak rak! He3... Over, hokay..! ;P

Thanks i3na..! Really like it! ;)

Monday, January 17, 2011

JERIH-PERIH MENCARIK BESDAY PRESSIE QISTINA... FUH!

Jenuhnya nak mendapatkan hadiah besday Qistina. Kitorang start mengexplore supermarket sehari sebelum hari kejadian. Plan nak belikan baju jer sebab rasa2nya baju la yang paling sesuai kot. Macam toys, aku tak berapa gemor sangat nak kasik as hadiah besday. Rasa cam tak rock jer if belikan toys..! Ecewah! ;P

Memula, gi terjah Giant. Nan ado! Yang ado baju kecik2 yang confirm Qistina tak buleh pakai punye..! Memang la umur Qistina ni baru 2 tahun tapi, beliau amatlah besor! Sebaya ngan Odah tapi, saiz lagik besor dari Lip2. Camno tuh? Haish!

So, we ols decided ke The Store plak. Siap jampi2 lagik supaya ado baju yang super besor! Mencarik baju dalam keadaan rush memang tak best, owh..! Plus, aku ni kalau buleh 1 baby department tu aku nak tawaf! Jumpa yang ni dah santek, eh2.. tengok2 kat sinun lagik santeklah! Hah! Itu la style aku! Sebab tu sape ikut aku shopping memang buleh pitam punyelah! Fussy katanya kan… He3…

Tawaf punye tawaf, 1 baju pun we ols tak grab sebab tak berkenan la konon… Kalau ado yang berkenan pun cam takde saiz jer kan… The Store pun dah pasang lagu Terima Kasih Customer dah. Means, dah nak tutup la tuh! Makanya, terpaksa dipostponekan ke sok harinya… Hu3…


~ Sib baik sok tu menjumpa baju yang sesuai. Kat The Store jugak tapi, apsal la malam tu aku tak nampak pun! Kat mana la ko menyorok wahai baju?! Hairan ah kak tau! ;P


~ We ols beli same brand, Power Puff Gal tapi, different design la. Jenuh gak main agak2. Ni pun amik saiz paling besor ni tau! Sampai terkagum2 la jugak si promoter tu sebab before that dia ada tanya umur Qistina. Maybe dia rasa cam, ‘Aiyak! Budak 2 tahun pakai baju super besorkah?’ Hmmm… maybe la… Ha3…

Qistina, sila diet, hokay..! Supaya senang nak belikan baju. Contohilah Mak Anjangmu yang super sweet lagik cute sedang2saja nih! Ecewah! Ha3…



*Tamatlah kesah besday bash Qistina...

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google