SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label OLE2. Show all posts
Showing posts with label OLE2. Show all posts

Sunday, May 3, 2015

HARD ROCK CAFE UNTUK RANIA

Kakak ada belikan ole2 untuk Rania. Aku jadik 'posmen'. Jadik, bila aku free, aku hantarlah kat Abang.

~ Inilah rupa paras ole2 tersebut. Suit Hard Rock Cafe, kata ko! ;P

~ Yang 2 orang ni datang mengendeng. Senget-benget bawal BenangHijau Acu korang kerjakan. Nasib baik Acu tetap gorgeous. Hiks...

Tapi, mahaplah. Ole2 untuk korang nan hado..! Kasik chance kat adik paling kecik untuk jadik perhatian mak2 sedara seperti mana yang korang dapat suatu waktu dulu. Eceh! Sebab kalau semua gigih nak ole2, pitamlah Ibu (Kakak aku) korang tu. Ha3...

~ Hard Rock Cafe fits Rania so well... ;)



Hmmm... rindunyaaaaaa... lah dekat Nur Zara Rania nih. Dah lama tak geget pipi bulat dia tu! Isk3... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 26, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #52: BATIK BASAHAN

~ Nama glamer kek lapis Sarawak.

Terima kasih daun keladi, Kak Aneem... ;)


:: Like3, ek! ::



Saturday, April 13, 2013

REZEKI DALAM SEHARI...

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik!

Bukan aku kata tapi, orang yang kata... ;P Plus, siapa yang suka carik musuh kan... 

Ada 1 ari tu, rezeki aku murah sangat..! Dalam 1 hari dapat macam2. Rasa dihargai sangat..! ;)

~ Memula dapat fridge magnet (FM) Langkawi merangkap pembukak tutup botol.

~ Coklat dari Langkawi pun dapat jugak.


~ T-shirt 'I Love Langkawi'.

FM, coklat ngan t-shirt tu ole2 dari Abang & Kak Aneem. Kak Aneem kursus kat Langkawi. Dia angkut Abang & anak2 sekali. Berkursus sambil bercuti kekdahnya...

~ Butang baju Melayu dari Sabah. Encik Boss kasik. Walaupun aku tak pakai tapi, aku boleh je pass ole2 tu kat my 'sayang' kan...

~ Baru berkira2 nak try pure marine collagen, tup2... Encik Amir bermurah hati kasik aku & yang lain2 sorang seplastik rumpai laut nih. Aku pass kat Mak, mintak Mak masak jadikkan dadih / apa2 je la yang boleh dimakan sebab aku tak reti nak masak rumpai laut.

Encik Boss ngan Encik Amir terbang ke Sabah, ada Bengkel Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK). Sepatutnya, aku ngan Kak Ja yang join bengkel tuh. Tapi, tetibe bengkel tu ditangguhkan ke tarikh yang aku rasa takut clash dengan tarikh appointment jumpa doktor. So, aku mintak direplacelah. 

Takde rezeki nak berbengkel di Sabah... Tapi, ada rezeki dapat ole2 dari Sabah! He3...

~ Last sekali dapat buah dokong. Orang koperasi bagi.

Semua di atas dapat dalam 1 hari tau! Tu yang excited nak share tuh! He3...

Alhamdulillah... Terima kasih daun keladi, ye! ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, July 3, 2012

STRAWBERRY YANG KIUT

Baru bercadang nak paksa abang kasik ole2 dari Cameron Highlands... tak sangka pulak dah ada dalam fridge. La3...

Abang pinjam Cik Kan pagi tadi. Rupa2nya, dia siap2 bubuh ole2 Cameron Highlands tu dalam fridge aku. Masa balik rumah time lunch hour tu aku tak perasan pun. Dah petang baru perasan. Tu pun sebab abang yang ingatkan.

Terus laju2 selongkar fridge. Teruja kata ko! He3...

~ Ada zuccini, cherry tomato & dried strawberry. Diimport khas dari Cameron Highlands katanya... ;P

~ Fridge magnet pun dapat jugak. Kiut je! Laju2 aku lekatkan kat pintu fridge.

Terima kasih daun keladi abang & Kak Aneem... Sok lusa bulan depan tahun depan, nak ole2 lagi..! He3...

Sila jangan jemu nak kasik ole2 kat adikmu yang kiut seperti strawberry ni, ek? Ha3... 

Tang kiut seperti strawberry tu jangan nak kerut2kan dahi, ye..! Sila terima kenyataan. ;P


:: Like3, ek! ::



OLE2 YANG SENTIASA DALAM KENANGAN...

Bila tiba musim cuti sekolah, memang ramai kan yang merancang nak bercuti2 Malaysia mahupun ke luar negara.

Macam aku ni, takde la hadkan percutian bila time cuti sekolah je sebab kami belum ada anak lagik untuk diconsider cutinya. Apply je la cuti... My 'sayang' pulak kena pandai2 adjust jadual kerja dia. Kalau time takde projek, memang aci jom kira boleh je... Tapi, kalau time projek masyuk, terpaksa la hold dulu kot. Hu3...

Macam opismate aku pulak, ada la 2-3 orang yang rajin bercuti2 Malaysia. Aku suka bila diorang pergi bercuti sebab nanti boleh dapat ole2. Ha3...

~ Macam fridge magnet yang rumah tradisional Melaka ni, Encik Fadzil kasik masa dia pergi family vacay ke Melaka. 

Sebelum2 ni, Encik Fadzil pernah jugak kasik keropok ikan masa dia bercuti ke Kelantan & ikan masin masa bercuti kat Pulau Pangkor. Ikan masin Pulau Pangkor dah lama 'selesai'. Keropok Kelantan still elok tersimpan. Tengah curik masa nak goreng. He3...

~ Yang ni pulak kain batik & kek lapis Sarawak. Bukan opismate yang kasik tapi, Awa yang kasik. 

Awa & family bercuti ke Sarawak. Tu yang dia beli ole2 tuh. Kain batik aku mintak mak jahitkan sebab nak buat kain baju kurung. Baju dia aku nak belikan kain plain kaler gold. Tapi, tak tau la bila nak terjah Nagoya lagik. Hu3...

Kek lapis 'selesai' dalam masa 2 hari! ;P

Ikan terubuk masin Sarawak pun ada. Tengah bertapa dalam fridge. He3...

~ Teh Tarik Tudya... ole2 yang paling spesel sebab mak yang belikan. Didatangkan khas dari Kedah. Ko ada..??? Ha3...

Mak pergi rombongan geng surau ke Kedah. 3 hari 2 malam... Seronok betul mak sebab dapat pergi ladang anggur & melawat bandar Alor Setar dengan geng2nya.

Anggur pun mak borong jugak. Sodap! ;D

Hari tu, masa Ros berhoneymoon ke Pahang, beliau ada bagi keropok jugak as ole2. Dah 'selesai'! Lepas tu, Encik Selvam pulak bercuti ke Melaka. Beliau bagi dodol Melaka. Tengah curik2 masa nak potong & makan. He3...

Bos aku pun pernah bagi ole2 masa dia pergi Medan. Kami semua dapat kain pelekat yang dibungkus basah tuh. Macam terendam je... Kain tu jarang sikit. So, aku buat lapik printer. Harap2 bos aku tak baca entry ni. Shhh...!!! He3...

Encik Amir pernah bertabligh sampai ke India. Ole2 beliau untuk kami adalah roll on perfume made in India. Bau dia macam bau minyak attar. Aku kasik kat mak. ;P

Kakak pulak kasik tudung Syria masa dia out station ke Terengganu. Kaler purple lagik, noks..! I likeee... banyak2! ;D

Kak Aneem pernah kasik kain ela kaler ijo. Dah selamat jadik baju kurung. Dah pakai dah pun...

Abang Poi & family bercuti ke Bandung. Balik kasik ole2 t-shirt ngan kain batik. Dua2 kaler merah. 

Nak senaraikan semua pemberi ole2, mau berjela2 entry ni jadiknya kot. Apa2 pun, terima kasihlah kepada yang sudi bagi ole2 kat kami berdua, sama ada yang kami mention atau tak. Ingat jugak korang kat kami yang kiut ni kan... Ahaks3...

Aku pun kalau pergi mana2, ada jugak beli ole2 untuk opismate & kerabat terdekat. Keropok lekor la... keychain la... coklat... belacan Melaka pun ada tau! Ha3... Tengik 1 opis dengan bau belacan! Amekaw! ;P

Abang & family baru balik dari Cameron Highlands. Aku nak paksa abang kasik ole2 kat aku. Dengor cerita, ada sayur-mayur dengan strawberry. Terbaekkk... tuh! La3...


:: Like3, ek! ::






Wednesday, August 3, 2011

OLE2 DARI TERENGGANU

Last week, hari Khamis, kakak aku & family balik kampung. Saje nak jenguk mak & mak mertua katanya... Plus, nak jenguk anak sedara baru, si Rifqi jugak.

~ Acara wajib! Walaupun still dalam pantang, Rifqi tetap kena biasakan diri berposing! Penyakit keturunan yang diwarisi gitu..! Ha3...

Kakak aku terpaksa balik petang Khamis tu jugak sebab Abang Mie keje hari Jumaat. Sekejapan betul orang tua tu balik tau! Tak sempat nak berpoya2! Huh!

Sebelum balik, diorang singgah kat opis aku dolu. Saje jer berjumpa2-an... Walaupun kat opis, gelak tetap tak hengat! Seperti opis tu hai ana yang punyalah! Ya habibi... Ya maulana... Muahaha...

~ Kakak aku datang opis selain dari nak bergelak2 tak hengat, dia jugak nak kasik ole2 kat aku. Ole2 dari Terengganu. Woo hooo..! Dapat tudung syria nih! Kaler purple lagik ko! Ehem2! Nak senyum sampai telingalah! ;) Ahaks3...

~ Keropok pun dapat jugak. Buleh buat kudap2 lepas tarawikh. La3...

Tak sia2, noks aku buat entry khas yang 'Owh... Kakak! Kakak Santeklah! ;P' tuh. Mendapat ko..! Berbaloi2... Ahaks3...

Kepada kakakku yang santek jelitawan, terima kasih daun keladi. Next3 outstation, nak ole2 lagi! Buleh? La3... ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

Tuesday, July 26, 2011

OWH... KAKAK! KAKAK SANTEKLAH! ;P

Nota Ringkas Buat Kakak...

Owh... kakak...

Kakak skang ada di Terengganu kan? Bukan di Melaka mahupun di Pahang. Betul tak? ;P

Orang tau, kakak sedang out station. 3 hari 2 malam lak tuh! Harus best! ;P

Memandangkan orang adalah adik yang bongsu, apa kata kalau kakak belikan ole2 untuk orang yang kiut lagik sopan-santun nih?! Di samping bersedekah amal jariah, dapat jugak pahala. Kan3..??? Ahaks3...

~ Ini la kakak aku... Azzeyatin si blogger yang super santek tuh la! Pujian harus melambung tinggi, ye! La3...

Sekian nota ringkas buat seorang kakak yang santek daripada seorang adik yang kiut. ;)

Akhir kata...

Kenang daku dalam doamu...
Ingatlah daku dalam penyopinganmu..!

Owh, yeah..! 


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google