SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PAHANG. Show all posts
Showing posts with label PAHANG. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

KIAH PROPA... LA SANGAT..!


3 hingga 5 April 2013...

Aku diarahkan berkursus. Eh, bajet macam penulisan biografi la pulak! He3...

Kursus Pembentukan Imej, Etika Sosial & Protokol. Wah, tak agak2 nama kursus tu kan..! Korporat habis! Ha3... Hadoi!

'Spy' aku yang kat HQ la yang forwardkan surat jemputan kursus. Jangan tak tau, ah kak pun pasang 'spy' tau! Heh3... Hebak tak? Hebak tak?

Memula macam excited! Sebab 3 hari kan... boleh la mengcunkan SKT & memenuhkan kuota kursus wajib yang 7 hari tuh. Kursusnya pun nampak macam santai2 je kan...

Tapi, bila dah dekat2 dengan tarikh kursus, mula dah mood ke laut! Tengok trolley bag pun menyampah! Tengok my 'sayang' rasa rinduuuuuuu... je. Terus rasa nak manjas2 lebih dari biasa secara kerap. Uhuks3...

Ini semua poyo! Mencik! Ha3...

Kursus tu kat Duta Village Beach Resort, Beserah, Pahang. My 'sayang' hantar sampai Ipoh. Lepas tu, aku naik kereta jabatan sekali dengan Ena, Ecah & Husna.

Dipendekkan cerita... kursus tu ok je... Lebih kepada grooming & pembentukan imej korporat. Fasilitatornya pulak, sejibik muka Jovian Mandagie! Macam Pak Nil pun ada jugak sikit2. 2 in 1. He3... Last day, kitorang belajar make-up. Ada la 2 model yang dimake-overkan. Bertambah comel diorang. ;)

On the way balik, tak habis2 kitorang berborak. Tapi, aku biasa la... lebih kepada pendengar & penggelak. He3... Kadang2 je aku bersuara. Tapi, yang kadang2 tu la buat aku dapat gelaran Kiah Propa. Kiah Pekasam pun ada tau! Dapat kat Ena. 

Haish! Macam2 tau diorang nih. ;D

Kononnya sebab aku lebih interested bila bergossip pasal artis. Ha3... Hadoi!

Kiah Propa pun... Kiah Propa lah! Yang penting, aku dah tak sabor2 nak menatap wajah kesayangan hamba yang setia menunggu kat RNR Tapah. 

Owhhh... rindunyaaaaaaaaaaaaaaaa............. lah hai!!! ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, April 8, 2013

HECTIC & CHAOTIC!

Penat tak hilang lagik nih. Menempuh perjalanan yang jauh kekdahnya... Ke pantai timur nun..!

Dari minggu lepas dah hectic. Ahad lepas2 kan kenduri Angah, sepupu aku. Isnin aku off. Selasa tu la aku nak pulun buat kerja2 yang tertunggak. 

Masuk kerja memang terpana jugaklah tengok keadaan work station aku. Dah macam kubu pertahanan! Ya ampon sangat, hokay..! Ya ampon! 

Terpaksa balik pukul 6.30 petang semata2 nak habiskan kerja. Siap mintak Encik Boss tunggu sekejap sebab nak mintak sainnn... Hu3...

Aku just kejor kerja2 yang urgent je. Yang agak2 tak berapa nak urgent semua aku susun cantik2 bajet nak elak kepala serabut. Tak sempat la nak setelkan semua. 

Uhuks3...

Eh, lupa nak bagitau! Aku terkejor2 buat kerja ni adalah sebab hari Rabu tu aku dah start berkursus. Sampai ke hari Jumaat, kat Beserah, Pahang. 

Pagi Sabtu dah nak ke Kelantan pulak. Nak ke majlis bertandang Angah. Ahad balik Teluk Intan.

Fuh! 

Hokaylah! Nak suruh my 'sayang' massage2 jap. Ahaks3...

Selamat malam... ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, February 5, 2013

RESEPSI RAUB

Resepsi Nana-Fadli di Raub, Pahang...

Memula, aku ngan my 'sayang' macam tak join je sebab takde geng. Means, adik2 ipar lain tak pergi. Tapi, tetiba Pak Anjang call my 'sayang', ajak join merangkap jadik Mr. Driver naik 1 kereta dengan Pak Anjang sebab Pak Anjang dah tak berapa larat nak drive jauh2.

Setelah ditimbang-tara, tolak, campur, darab, bahagi, semua2lah kan... akhirnya kitorang setuju...

Jauh jugak rupanya Raub nih! Naik kematu bontot duduk dalam kereta tapi, still tak sampai2 lagik. Adeh3...

~ Selepas lapanploh kali tido-bangun-tido-bangun... akhirnya, sampai jugak ke homestay yang Fadli book awal2 nih. 

Not bad jugak homestaynya. Rumah kembar 2. Homestay untuk kitorang adalah yang belah kanan tuh. Yang belah kiri dah ada orang lain book. 

Ada 3 bilik tidur & 2 bilik air. Nampak macam ok la kan... tapi, crowded sikit untuk the whole rombongan. Aku ngan my 'sayang' ok je kot. Tapi, Cuk Dam ajak kitorang ngan Pak Anjang tido hotel sebab senang nak mandi + salin2 baju bersiap katanya... Kalau semua kata situ, confirm kena tunggu turn amik nombor giliran nak masuk bilik air. 

Sekali lagik, kami aci on je. Ye la kan... kami berdua je pun. Tak payah susah2 nak pikir banyak2 kali. Aci boleh je lah! ;)

So, dalam pukul 11 ++ malam, kami, Pak Anjang + family & Cuk Dam + family gerak ke Hotel Seri Raub. Bab booking bilik semua Cuk Dam dah setelkan. 1 bilik = 90 hengget kot... & Cuk Dam bermurah hati nak sponsor untuk 3 bilik. Owh... rejeki jangan ditolak, bebeh! He3...

Terima kasih daun keladi, Cuk Dam... ;)

Kalau korang terdesak nak bermalam / nak buat percutian bajet, boleh la terjah Hotel Seri Raub seperti di alamat berikut:-

Hotel Seri Raub
No. 1, Jalan Dato' Abdullah
27600 Raub, Pahang

No. Telefon: 09-3559670

~ Dipendekkan cerita, dekat2 pukul 1 petang jugak la kami sampai ke rumah Fadli. Berhenti sekejap sebab nak adjust2 munge telur yang dah senget-benget.

~Boleh Juan kata aku berjalan kat depan2 sebab nak enterframe camera paparazzi..!!! Eh, memey aaa..!!! Ha3...

~ Jalan becak sikit sebab baru lepas hujan. So, pengantin kena belajar singsing kain sikitlah. He3...

~ Cabaran untuk pengantin & rombongan. Ada lori pembekal air tersadai melintang kat tengah jalan sebab salah reverse. Makanya, kena la lalu ikut belakang lori yang jalannya ya ampon... punya becak..! Takpe... belajar menempuh cabaran namanya... He3...

~ Cer carik ah kak kat celah mana? Cer carik... Cer carik... Ha3...

~ Sebagai bukti pengantin berjaya menempuh cabaran..! Ha3... Sweetlah!

~ Flower gurlz yang secomel flower... ;)

~ Babak bersanding pulak... ;P

~ Pengantin & parents Nana.

~ Family Nana... Tapi, tak cukup kuorum sebab Akim tak dapat join. Sakit telinga bengkak2 sampai demam2. Tapi, dah jumpa doktor. Kena rest kat rumah.

~ Macam berjanji pulak dengan Datin Erna, pakai meghah. Isk3...


~ Cuk Dam & family amik peluang bergambar dengan pengantin.

~ Acara potong kek 2 tingkat. 

Sambal belacan yang family Fadli jamu, bagi aku memang terbekkk... kaw2 punya..! Pedas2 berdesing telinga tapi, nak lagik gitu..! My 'sayang' dah sot... set... sot... set... dah menahan kepedasan. Bini dia maintain je. He3...

Aku makan nasik sikit je, dalam 1/2 senduk. Tapi, gigih meratah ayam goreng cicah sambal belacan. Nak2 pulak masa tu tengah hujan renyai2, owh... memang sorga la kan... Heh3...

~ Dah nak balik dah. Bertukar2 munge telur. Eh, nak usung munge telur pun kena ada style wooo...! Juan, owh... Juan... Ha3...

Selesai dah majlis resepsi Nana... All the best for Nana & Fadli... Happy always. Insyaallah...

Semoga menjadi isteri mithali macam ah kak... Sila jadikkan ah kak sebagai role model, ye! Wah, gitu..! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, July 1, 2012

TERSALAH CHOP GERAI

Dari East Coast Mall, cadangnya nak ke Mydin pulak. Tapi, cancel sebab majoriti dah flat. Kesian kat 'Mr. Driver' la kan...

So, kami berdesup balik je la...

~ Bye2 Pahang... Ada rezeki & umur panjang, kita terjah lagi... ;)

Traffic memula nampak macam smooth. Tapi, bila nak masuk RNR Gombak Utara, dah mula jemm. Jalan tersengguk2. Rasa macam nak bertukar ijo jadik hulk kejap, nak alihkan kereta terus ke parking lot RNR tuh. Memang berangan je la kan... Hu3...

Parking memang bernasib baik sangat. Elok pulak ada space kosong untuk kami. Kalau tengok keadaan yang pack tuh, memang jenuh kot nak dapat parking. Alhamdulillah la kan...

Kami singgah RNR Gombak Utara untuk semayang & ke toilet. Masalah jugak kat sini sebab time2 pack macam ni pulak air takde especially kat toilet lelaki. Kat toilet pompuan cam haub je airnya keluar. But, still can do lah. Toilet ngan tempat amik air semayang lelaki memang tak la... Diorang terpaksa jamak Isya' kang.

My 'sayang' roger2 Awa, nak tanya tempat makan area Gombak yang Memem pernah belanja dulu tuh. Luckily, Awa baru balik dari Melaka & dia baik hati nak tolong tunjukkan jalan.

Owh... terima kasih Awa & Roy... ;)

~ Apa ntah masalah aku buat rupa macam tu? Isk3... Tak paham betul!

~ Asik muka ah kak je yang menggediks. He3...

~ Makanan dah sampai. Antaranya ikan pari bakar...

~ Sotong bakar...

~ Eh! Yang ni bukan menu tau! Yang ni manusia. Ha3... Larikksss...!!!

Kami makan kat Wira Seafood. Sebenornya, kami salah masuk gerai. Nak dijadikkan cerita, Awa ngan Roy sampai lambat sikit dari kitorang sebab diorang parking jauh sikit kot. Yang kami pulak main aci dan masuk mana2 gerai yang kononnya macam best.

Tetiba, Awa kata gerai yang best dulu tu adalah di tempat lain, jalan sikit je lagik. Gerai yang kami terjah tu macam so-so katanya... Hadoiiyaiiinyapun! Kami semua dah baik punya duduk & chop meja. Achaner tu? Hu3...

Redah je la jawabnya... Tawakal je... 

Nak kata fail sangat dari segi taste tu, takde la kan... sebab macam still boleh dimahapkan lagik. Cuma dia lebih kepada manis2 kot... Sambal dia manis... Kurang kick di situ...

Tapi, nak komen sikit dari segi servicelah. Memang haub nak menunggunya! Air kosong sampai ke sudah tak sampai2. Achaner tu? Hu3...

Disebabkan dah lewat malam (12 tengah malam), abang awal2 dah surrender tak boleh nak drive dah sebab mengantuk tahap gaban! So, kami decide tido umah kakak kat Kajang je la malam tuh. Esok pagi baru gerak balik Teluk Intan. 

Fuh! Penat tapi, best! ;) 

Begitu la kesah cuti2 Pahang untuk family vacay tahun ni... Sekarang tengah merancang nak buat family vacay ke Cameron Highlands pulak. Jalan2 lagik, noks! La3... ;P


*TAMAT...


:: Like3, ek! ::



BERJAYA MEGAMALL (BM)

Senang je nak mencarik BM nih... Tak sesat-barat pun... Plus, kami dah usha2 masa pergi beli ikan kat Beserah tuh.

Kami sampai awal, hokay..! Pintu BM tu baru je bukak, kami dah serbu masuk. Kedai2 pun banyak yang tak bukak lagik. Excited punya pasal! He3...

Sementara nak menunggu kedai2 tu bukak, memasing amik kesempatan buat hal memasinglah. Ada yang ke toilet... ada yang nak cucuk duit siap2... ada jugak yang just berpusing2 takde arah tujuan kat dalam tuh.

~ Bila dah letih berpusing2, memasing menebeng kat sini. Sawan camera tak pernah habis! He3...

~ Nagoya pun lambat bukak. Kami pun menjelajah sampai ke sini. 

~ Nampak macam cantek pulak background bulat2 macam kulit siput tuh. 

~ Macam hape je..! Ha3...

~ Dah bosan sangat la tuh! He3...

~ Mak pun kena paksa berposing kat kulit siput. He3...

~ Kami masuk Reject Shop pulak sebab tu antara kedai terawal yang bukak.

~ Tak shopping pun... Cuci2 mata & jadikkan tempat nak berposing je. He3...

~ Dah bosan kat Reject Shop, kami masuk tempat main bowling pulak. Cadang nak main bowling tapi, tak jadik sebab fully-booked. Ada tournamentlah... antara sekolah2. Lepak sini sekejap sambil sejuk2kan badan.

~ Hokay! Jom pergi Nagoya sebab dah bukak dah. Eh! Macam escalator ni tok nek kami yang punya kan? Berderet je... He3...

~ Aku suruh mak berposing sambil pegang sample langsir & buat muka happy. Beginilah hasilnya... Hiks...

Mak memula memang tak tau pun yang aku nak belikan langsir raya kat Nagoya, BM nih. Konon2 nak buat surprise la kan... Tup2, abang dah pecah lubang awal2. Kantoi! Hu3...

Tapi, takpe la... Takde hal sangat... Asalkan mak happy... ;)

Tema kaler ngan design segala bagai... aku serahkan bulat2 kat mak. Aku, kakak ngan Kak Aneem cuma memberi pandangan. Mak pilih kaler oren2 + krim2 + gold2 + ijo2 sikit. Eh! Banyaknya kaler! Ha3...

Tak reti kot aku nak explain. Nantilah... kalau mak dah siap jahit & gantung, aku jaja kat blogungukechentaan nih. Insyaallah...

~ Kaum Adam dah tak lalu nak memfollow kaum Hawa bershopping langsir. Diorang melepak kat Mc-D. Dah nak tercabut lutut katanya... Biasa la kan... kitorang kalau bershopping memang tak ingat letih! Ha3...

Muka atak senyum sebab yang dihajatkan (beli langsir raya) dah tercapai... Tak payah pening2 nak pikir dah. 

Tapi, tak balik lagik tau! Kami ke East Coast Mall (ECM) pulak. Cuci2 mata lagik. Tapi, dalam dok mencuci2 mata tuh, sempat jugak aku merembat t-shirt dengan tube kat F.O.S. Pompuan kata ko! He3...

Shopping & pompuan, macam ada chemistry kan? ;P


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



SEPERTI ARTIS KATA KO..!

Aku belum mandi. Ha3... Ayat penyata tu tau! Tapi, jangan heboh2 kat orang lain, ek? Maluuuuu..... ah kak, noks! Ha3...

Di pagi Ahad yang indah nih, memang terbaek kalau dapat sambung tido puas2 sampai tengahari. Tapi, memandangkan entry cuti2 Pahang aku tak habis2 lagik makanya, aku korbankan la waktu tido tuh. Kalau tangguh2 kang, lagik lambat habis. Kalau lambat habis kang, lagik lebam bijik mata korang disajikan dengan entry cuti2 Pahang yang tak tau bila nak habis nih. Hadoiiyaiii..!!!

Tapi, aku rasa lagik sikit je kot sebab ni pun dah sampai hari last. Kami bajet nak check-out pagi sebab nak terjah Berjaya Megamall (BM). Tujuan utama adalah nak beli langsir raya mak. Dah google siap2 & tanya tuan rumah, katanya kat BM ada Nagoya, boleh la shopping langsir.

Memang la kat Ipoh pun ada Nagoya. Tapi, saja je... nak berlagak2 sikit... kang kalau orang tanya beli langsir kat mana... boleh la dengan megah hati sambil kembang-kempiskan hidung kata beli kat BERJAYA MEGAMALL, KUANTAN, PAHANG. Amekaw! Siap caps lock lagik kot..! Ha3...

Keji betul nawaitu sebegitu! ;P

~ Sebelum bershopping kena breakfast dulu. Kalau tak, nanti aku meroyan lapor!

Breakfast ditaja sepenuhnya oleh kakak & Abang Mie. Ada nasik lemak & roti canai. Aku belasah dua2. Hebat tak? Hebat tak? He3...

Lepas tu meratap sebab perut membuncit. Adeh3...

~ Bermain2 dengan Baby Odah yang asik nak sentap nih. Isk3...

~ Comel betul! He3...

~ Nak jugak..! Ha3...

~ A_bern yang dah chubby... Pipi dah macam ada 2 bijik bola ping pong je. He3...

~ Pengantin tak berapa nak baru... Ha3...

~ Kalau ada ibu, Kak Yong memang menebeng je dengan ibu dia. Nak pergi mana2 pun naik kereta ibu jugak.

~ Tan Sri dengan Puan Sri tengah bersantai lepas kekenyangan. ;P

~ Terkenang2 zaman bersanding dulu2 kot. Poyos betul beliau. Ha3...

~ Errr... kiut la jugak... ;P

~ Duta pelancongan kot..! Hiks...

~ Ternyata... ah kak lagik comel kan? La3...

~ Cubaan A_bern nak naik atas belakang aku tapi, tak berjaya..! Apa ko ingat ko ringankah? Isk3...

~ Suka gambar nih sebab aku cantek kot... Ha3... Matik la buat statement macam ni..! 

~ Gedabaknya badan 'mak incik' tuh! Hadoiiyaiiinyapun!!! 

~ Spoillah meja tuh! Cisss! Tapi, nasib baik ah kak maintain jelita. Ha3...

~ Pose konon2 comel... Padahal, hazab kerusi2 tu tau! 

~ Ada yang nak kena tido kat luar nih!!! Haish! ;P

~ Kan Baby Odah sentap lagik!

~ Kiut sangat... Ececehhh..!!!

~ Amik gambar kat pintu sebagai bukti nak meninggalkan villa stay dah. Sob3...

Terasa seperti artis hot pulak bila bergambar di pagi2 hari macam nih. Macam2 posing pulak tuh! Nasib baik takde kolam renang! Ha3... Larikkssss....!!!

Check-out & jom ke Berjaya Megamall...!!! 

By the way, terima kasih Puan Azie sebab bagi kami menginap kat villa stay. Layanan pun ok. Nak carik ikan segar, tanya dia... Nak carik langsir pun tanya dia jugak... Very helpfull. Terima kasih sekali lagi... Jasamu dikenang... ;)


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google