SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, January 5, 2012

IKAN BENDANG

Sekarang nie, kat kampung aku adalah musim orang carik ikan bendang. Means, spesis2 macam ikan haruan, sepat, puyu, keli bagai tu la...

Macam family aku, yang rajin mencarik ikan bendang nie adalah nenek & cucu2nya. Mak pulak dulu2 mak rajin jugak la... Tapi, sekarang dah tak berapa rajin sebab kalau carik pun, takde siapa yang nak makan. Adik-beradik aku memang bukan peminat setia ikan bendang. Mak pulak makan sikit2 je.

So, tak koselah mak nak gigih mencarik ikan bendang. Kalau teringin, mak mintak sikit kat nenek. Kadang2, memang nenek offer. Tak pun, nenek masak terus then, bagi mak sikit.

Ada la 1 hari tu kan, my 'sayang' carik ikan bendang nie kat parit tepi rumah mertua. Actually, my MIL yang suruh. Nak buat ikan kering katanya... Maka, bertungkus-lumuslah my 'sayang', abah & Bulat 'mengerjakan' parit tuh!

Tak semenggah betul penampilan my 'sayang' masa keluar dari parit tuh! Lantas aku pun berkata...

"B, kalau macam nie rupa paras B masa meminang Leez dulu, 
ya ampon la Leez nak terima! Ha3..."

Larikkkssss...!!!

~ Yang nie my MIL kasik mak. Mak amik 2-3 ekor yang kecik2. Yang lain semua mak kasik kat Mak Yang, Mak Lang & nenek. Mak Yang amik yang besor2 sebab nak masak asam katanya... Aku dengor Mak Yang nak masak asam ikan haruan pun dah kembang tekak aku! Tak boleh blah, dowh..!!! 

Even, aku tak kecik hati pun kalau Mak Yang tak kasik merasa barang semangkuk. Takpe la... Mak Yang & family jer la layan. Silakan... Hu3...

Ntah la... Tak tau apsal tekak nie tak boleh nak terima. Masa kecik2 dulu, tekak aku tak demand tau! Aci belasah je semua makanan termasuk la ikan bendang. Bila dah besor2 nie je tekak mengada2 berbajet omputih sikit. Hadoiiyaiinya pun!!! ;P

Korang pulak, makan tak ikan bendang? Ke memang peminat setia? Tak pun, memang tak minat langsung macam aku? Cer citer... Cer citer... ;P


:: Like3, ek! ::



'PENGGANTI' SECARA KEBETULAN

Entry tertunggak!

Tak habis2 ah kak korang nie dengan entry tertunggak kan? Hmmm... nak buat macam mana, dowh..?! Wanita berkerjaya yang tersuper sibuk kata ko! He3...

Nie cerita pasal sambungan kerja2 memplaster dinding rumah mak. My 'sayang' buat time weekend sebab weekend je la yang my 'sayang' free pun. Tu pun still kena susun schedule kasik cun! Ecewah! Macam artis lak bersusun2 schedule bagai kan... Hiks...

Kalau ikutkan plan asal, my 'sayang' buat kerja2 memplaster nie dengan Arwah Dadi. Tapi nak buat macam mana kan... bukan kuasa kita nak menidakkan takdir. 

Lepas Dadi meninggal, berminggu2 jugak la kerja2 nie terbengkalai. Maybe my 'sayang' nak kumpul kekuatan sebab bila pandang dinding rumah mak tu musti teringat kat arwah. Arwah yang banyak habiskan bab2 bata. Cadang esoknya tu nak plaster la pulak. Tapi, esoknya tu jugak ajal menjemput arwah. 

Mak pulak, asal tengok dinding yang belum berplaster, musti terbayang2 Arwah Dadi. Terus mak sedih & sedekahkan Al-fatihah. Hmmm...

~ Yang kat sebelah my 'sayang' tu samadengan 'pengganti' Arwah Dadi. 'Pengganti' secara kebetulan!



Sebab apa aku kata kebetulan adalah sebabnya masa my 'sayang' tengah bancuh simen, datang la sorang pakcik nie a.k.a Anjang Kadir namanya. Memula, datang sembang2 jer. Last2, dia balik rumah then, datang balik bawak perkakas nak menyimen. Owh... cayalah..! ;P

Actually, Anjang Kadir nie samadengan sedara my 'sayang' & sedara belah aku jugak. Means, pusing2 last sekali rupa2nya sedara... Begitu...

Sampai ke sudah la dia tolong my 'sayang' memplaster. Plus, dia memang otai la kiranya bab2 tuh. 

Terima kasih, my 'sayang'... Terima kasih Anjang Kadir... ;)

Bekerjasama nie memang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan kan? ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, January 3, 2012

ULTIMATE CHEEZY BITES 7 PIZZA LAGIK..!

Cheezy Bites 7 Pizza, kami mengfood-testingkan lagik untuk ke sekian kalinya. Eh! Tak sesuai kot nak pakai frasa 'mengfood-testing' sebab dah kali ke-2. Errr... mengulang rasa lagik sesuai kot. Tak pun mengorder lagik. Tak pun... mengtekedarah! Ha3... Amekaw!

~ Delivery jugak... Plus, masa tu pun dah almost 10 ++ p.m. Koselah pulak nak bersiap2 keluar! Aci roger2 tau2 si penghantar pizza dah hon2 kat depan rumah... kekdahnya... ;D

~ 'Rupa' sebelum... 'Rupa' selepas nan ado! Plus, seganlah nak show-off sebab tinggal kotak jer. Adeh3...

~ Garlic bread yang marvellous, bebeh! Pun sold out jugak. O.M.G!!!

~ Mushroom soup yang menggiurkan! Dua2 mangkuk aku belasah sebab my 'sayang' memang tak minat. Tapi, takde la belasah dan2 tu... Agak2 la kan... Means, 1 mangkuk belasah dan2 tu & another 1 mangkuk kasik simpan dalam fridge, belasah sok paginya.










Nak kata dinner, tak jugak kot sebab dah dinner sebelum tuh. Nak kata supper, macam termelampaulah pulak. Errr... lepas supper, nak panggil apa ek? ;P 


:: Like3, ek! ::


IKAN TAUHU PEDAS GELORA JIWA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Sesi masak memasak takkan terhenti dek kerana cuti tahun baru. Masih on seperti biasa. Plus, cuti apa2 pun memang takde kaitan dengan memasak. Yang penting adalah mood. Harap maklum. ;P

Bahan2:-

2 ekor ikan tauhu (disiang, dipotong & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 keping asam keping
1 cawan cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan tauhu dengan garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan tauhu hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Perasakan dengan asam keping, serbuk perasa, garam & gula.
4) Masukkan ikan tauhu yang telah digoreng tadi. Sebatikan.
5) Masukkan bawang besar. Masak hingga bawang sedikit layu. Angkat & hidangkan.

~ Ikan Tauhu Pedas Gelora Jiwa.


Bergelora jiwa, babe lepas makan lauk nie dengan nasik panas2! ;P

Well... takmo Tuesday blues over2, ek you ols..! Ngeh3...
:: Like3, ek! ::



Monday, January 2, 2012

HAPPY NEW YEAR... 2012!

Eh! Dah 2 Januari 2012 lah! 2012, hokay..! 2012! Bukan 2013 mahu pun 2014, ye! ;)

Buat2 terkejut pulak..! Propaganda betul! He3...

Sorry la sebab terlambat kot nak mengwish Happy New Year. Kebusyan melampau sampai tak terperasan new year, 2012 dah muncul. Owh3... ;P

~ So, di kesempatan ini, aku & on behalf my 'sayang' nak mengwish Happy New Year kepada korang semua, walau di mana berada! Semoga 2012 memberi sesuatu yang bernilai kepada kita semua. Insyaallah... Amin...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, December 28, 2011

KENANGAN MENGUSIK JIWA (KMJ): GADIS KIUT DI CELAH CENDAWAN

*Slot Kenangan Mengusik Jiwa (KMJ) Bulan 
Disember 2011

Dah minggu ke-4 baru terhegeh2 nak buat Slot KMJ. Hadoiiyaiiinya pun!!! Ya ampon, bebeh! Terlepas pandang kot. Hu3...

Hokaylah. Takmo sentap2lah. Jom tengok apa pulak kenangan yang mengusik jiwa aku kali nie. ;)

~ Hah! Tak perlu diperkenalkan dah kot tuan empunya badan yang tengah berposing di celah2 cendawan batu nih sebab dah sememangnya fames amos gitu..! Ha3...

Gambar disnap masa jalan2 bersuka-ria dengan family kat tepi sungai. Kasut yang aku pakai tu samadengan kasut raya, hokay..! Flat sandle yang bertali, jenis baldu. Untuk pengetahuan, zaman aku kecik2 dulu, kasut raya adalah merangkap kasut jalan2. Bukan macam sekarang. Lain2 function dengan lain2 jenis kasut. No3!!! 

Mungkin masa tu, keadaan ekonomi tak berapa nak mengizinkan kot. Mak peruntukkan belanja lebih pada benda2 yang penting macam school stuffs. Bab2 kasut berjalan2 nie, mak khaskan beli time raya jer. Sebab tu aku sayang betul kot kat kasut time tuh. Jaga elok2, siap pinjam berus kiwi kasut abang sebab nak berus kasut baldu tuh, nak buang habuk2. 

Owh... rajin kan? He3...

*Footnote: Entry nie sepatutnya keluar semalam sebab 
Selasa kan samadengan hari Slot KMJ bersiaran. 
Tapi, apsal ntah dia tak keluar2 semalam. I dunno 
why, bebeh! So, aku publish hari nie jer lah! Kira aci, 
ek? Harap maklum.


:: Like3, ek! ::

Tuesday, December 27, 2011

BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG VS HATIKU DI KINABALU

Randy Pangalila...

Pelakon Indon. Sebelum nie memang tak berapa nak kenal pun. Even nama dia meniti di bibir anak sedara aku si A_bern tapi, takde la pulak aku nak sibuk2 menggoogle biodata si Randy Pangalila nih. Setakat tau rupa dia jer la... A_bern kata handsome! Aku tengok bese2 jer. Handsome lagik my 'sayang'! Ahaks3...

Elfira Loy...

Pelakon Malaysia. Dia nie popular lepas berlakon dalam cerita Qalisha ngan Kum2. Masa cerita Qalisha, dia cam kanak2 Ribena lagik kot. Lepas cerita tu la mak pak berebut2 bagi nama anak as Qalisha. He3... Not bad jugak la budak nie... Talented!



Biar Mimpi Sampai Ke Bintang...

Telemovie yang menemukan 2 bintang remaja tuh. Aku tak ingat waktu siarannya walaupun memang ada pasang niat nak tengok sebab nampak gazet macam best! Rupa2nya mak pun sama. Siap ingat waktu siaran lagik ko! Dasat mak! He3...

Layan citer nie kat rumah mak. Best! Cerita cinta remaja yang lawak2 lepas tu sedeh2 sket. Watak paling aku suka adalah watak Tina (Sharifah Sakinah), Mak Yam (Didie Alias) ngan mak Alya (Sharifah Shahora). Sempoi & kelakor especially Tina. Anak orang kaya tapi, cakap omputih cam hampeh! He3...

Zul Ariffin...

Ex-boyfren Abby Abadi. Tak pernah admire lakonan dia pun sebab rasa macam biasa2 jer. Plus, Fahrin Ahmad mengatasi carta Zul Ariffin kot. Ha3...

Yana Samsudin...

Walaupun dia selalu dapat watak pembantu tapi, aku suka tengok lakonan dia. Kiutlah! Apsal la Pierre Andre break-up ngan dia? Tak cukup comel ke? Isk3...



Hatiku di Kinabalu...

Memang takde niat nak tengok pun telemovie nih. Sebab rasa macam sentimental sangat kot tajuk dia. Lepas tu, macam cerita2 kat Sabah... naik gunung, turun gunung... jatuh cinta... honeymoon kat Gunung Kinabalu... My 1st expectation la kan... 

Dalam pada dok takmo layan tu, terlayan jugaklah. Tak sangka best! Plot dia secukup rasa walaupun ending dia aku rasa cam tak koselah ending yang sedih2 camtu. Hu3... Memula kesah cinta yang sangat sweet... lepas tu marriage yang sangat bahagia... sampai la ke konflik yang tak boleh blah... climaks pulak ya ampon... sedeh!

Terus terminat kat lakonan Zul Ariffin! Ha3...

'Tinggi2 Gunung Kinabalu... Tinggi lagi sayang sama kamu... 
Biru2 hujung Kinabalu... Tengok dari jauh... Hati saya rindu... 
La3...'

Terus terminat jugak kat lagu Hatiku di Kinabalu! ;P

Errr... korang tengok tak 2 telemovie nih? Kalau tengok, apa pendapat korang?

*Credit to: cthoney & trigyy


:: Like3, ek! ::

BAWAL CERMIN CILI PADI RASA CINTA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Dah lama kot tak 'main masak2'. Windu pulak kat dapurkechentaan tuh! Eh2! Blog pun nak kechentaan... dapur pun nak kechentaan... Sume pun nak kechentaan! Macam over pulak! He3...

Hokaylah! Sudah2lah merapu-meraban tuh! Meh check it out apa yang ah kak masak! ;P

Bahan2:-

10-15 ekor ikan bawal cermin (disiang & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 keping asam keping
1 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak masak
Air masak
Garam
Gula
Serbuk perasa

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
7-10 biji cili padi
2 tangkai cili hijau

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan bawal cermin dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng ikan bawal cermin hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
3) Tuangkan sedikit air masak.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, garam, asam keping & gula.
5) Masukkan ikan bawal cermin yang telah digoreng tadi. Sebatikan.
6) Masukkan bawang besar. Masak hingga bawang sedikit layu. Angkat & hidangkan.

~ Bawal Cermin Cili Padi Rasa Cinta.

~ Aku buat lauk lunch, add-on telur dadar & timun. Sajian terhebat di kala lapor, I guess... ;P

Resepi nie quite pedas la kan... sebab pakai cili padi. Plus, nama resepi pun dah menunjukkan yang ianya adalah pedas. Tapi, tahap kepedasan tu boleh ikut citarasa memasing. Kalau tak berapa suka pedas menusuk, boleh la reduce kuantiti cili padi tu. Tak pun seimbangkan jer dengan manis gula. 

Selamat mencuba..!!! ;)


:: Like3, ek! ::

Monday, December 26, 2011

SALAM CUTI... WALAUPUN ESOK DAH START KERJA...

Salam cuti, you ols..!

Apa, ek aktiviti korang time2 cuti? Bercuti? Balik kampung? Mandi sungai? Shopping selama cuti tersebut? Atau makan-tido makan-tido jer kat rumah?

Tak kesah la yang mana 1 pun. Asalkan korang enjoyce! 

Cerita cuti aku pulak biasa2 jer. Duduk rumah, balik kampung, ada birthday celebration, balik rumah balik... begitulah...

Cerita penuh, lepas nie aku story-mory-morning-glory, ek?! Sekarang tak berapa nak boleh sebab tengah sedeh... Sedeh layan Hatiku di Kinabalu...

Uwaawaawaaawaaa........ :(


:: Like3, ek! ::

Wednesday, December 21, 2011

MENGTRY ULTIMATE CHEEZY BITES 7 PIZZA

~ Pizza Hut, bebeh! La3...

~ Mengtry Ultimate Cheezy Bites 7 Pizza. Nyum2..!!! ;P

Saya sudah try! Anda bila lagi..? 

Ecewah! Skemanya ayat! He3...


:: Like3, ek! ::

REENA'S KITCHEN LAGIK

Semenjak 2 menjak nie kan, rajin betul kitorang menebeng kat Reena's Kitchen. Pekena roti canai time breakfast. Tetiba rasa seperti regular customer la pulak! & tetiba terus rasa nak mintak discount! He3...

Asal my 'sayang' tanya nak breakfast kat mana jer, aku jawab Reena's Kitchen. Asal jawab Reena's Kitchen jer, my 'sayang' tanya. Ngeh3...

~ 'Gebu' betul pipi! Buat liposuction kang, haaa..! Uhuks3...

~ My 'sayang' kena ulcer mulut. So, hari tu momentum pemakanan my 'sayang' macam slow sikit. Holloh3..!!! 

~ Tapi kan, dalam dok kena ulcer tuh, habis jugak roti pisang sekeping! He3...

~ Mak pun ado... sebab mak tido umah kami 1 malam. Mak makan nasik lemak. Aku tak pernah try lagik nasik lemak Reena's Kitchen. Tapi, mak kata not bad.

Errr... you ols dah breakfast? Kalau belum, better take 5 jap... tak pun take 10 ke... pergi breakfast. Penting, hokay! Sebab pengambilan breakfast akan memberi tenaga untuk memulakan hari anda..! ;)


:: Like3, ek! ::

Tuesday, December 20, 2011

LAPPY DAH 'SIHAT'! YEAHOOO..!!!

Alhamdulillah...

Lappy dah 'sihat'! Last2, aku jugak yang kena call Mamat Cina tuh! Grrrrr..!!! Makan budok..!!! Eh, tak! Makan Mamat Cina..!!! 

Hmmm... let bygone be bygonelah!

Yang penting, aku dah boleh berblogging & surfing dengan aman semula... 

Yeahooo2..!!! Yaariibaaa2..!!! 

Eh! Terover pulak..! Hiks...


:: Like3, ek! ::

SATE & GADO2 SEBELUM LAPPY...

Tarikh kejadian: 16 Disember 2011

Hari tu, Mamat Cina yang repair lappy ah kak tu sepatutnya call. Tapi, sampai habis opis hour pun beliau tak call2 hatta sms ah kak sekalipun! Tu yang buat ah kak nak meroyan tahap gaban tuh! Huh!!!

Sikit lagik jer nak bertukar jadik 'ijo sambil baju koyak-rabak' & jerit2 kat orang kata, 'I AM HULK..!!! I AM HULK..!!!' Nasib baik my 'sayang' cepat2 kasik 'antidot' yang sangat2 berkesan iaitu ajak makan kat Bumbung Biru.

Owh... selamat tinggal HULK berbadan ijo... Ngeh3...

~ My 'sayang' nak makan gado2. Kat Bumbung Biru nie la gado2 yang paling terbaik kot.

Aku tak layan sangat gado2. Setakat tolong cuit2 sikit tu ada la. Eh, tapi kan... kadang2 tu ada jugak request nak makan gado2 kat my 'sayang'. Time tu rasanya dah cam memang termengidam sangat la... Means, kalau tak mendapat tahap boleh sentap wooo... Over! Plus, kejap suka makan... kejap tak suka... confuselah! Ha3...

~ Apa2 pun, hari tu aku layan sate Wak Teni. Perrgghhh..!!! Terbaik dari ladang kot!

Makan secara free sebab kebetulan Angah Ali (bapak sedara my 'sayang') & family pun tengah makan sekali kat situ. So, dia bermurah hati tolong bayarkan. Owh... terima kasih daun keladi kata ko! Ahaks3...

Perut kenyang, memang la suka jer hati. Tapi, bila Mamat Cina tak calling2 lagik pasal lappy, hangen naik balik wooo..!!! Haish!


:: Like3, ek! ::

BREAKFAST @ REENA'S KITCHEN

Kesah semalam...

~ Hasil breakfast di Reena's Kitchen. Roti telur & rotis pisang samadengan licin! Ngeh3...

You ols dah breakfast ke? Makan apa, ek? Eh! Terbusy body pulak! ;P


:: Like3, ek! ::

Monday, December 19, 2011

MARI MAKAN BUAH SECARA BERJEMAAH

Kesah hujung minggu...

Masa on the way balik dari kenduri 2 pupu aku tu, tetiba macam timbul idea baik punya..! Idea nak pergi kebun Along. Plus, my 'sayang' pun memang kebetulan nak ke sana. So, dah alang2 ajak la mak, abang & family sekali.

Ah kak nie bab ajak jer over! Bila kebunnya dah di depan mata, mintak mahap la ah kak nak turun dari kereta! Ya ampon kot! Lebih rela jaga anak2 sedara dari menapak 'bersiar2' kat dalam kebun tuh.

O.M.G..!!! ;P

~ Banyak jugak 'hasil tuaian' diorang. Ada durian... Eh! Cer tengok abang aku tuh. Terkagum2 dia tengok bini dia makan durian! Plus, Kak Aneem memang hantu durian pun! Dasat kalau tengok dia makan durian! Hu3...

~ Pak Yang... kerja dia tukang kopek durian. Anak2 sedara pulak tukang makan durian! Kejam betul anak2 sedara dia tu tau! Haish!

~ Rambutan pun ado... dokong pun ado. Durian memang aku tak usik langsung! Focus kat rambutan ngan dokong jer. Tu pun malas nak kopek kulit. 'Dera' mak & my 'sayang' suruh kopekkan. Aku tinggal ngap3 jer. Bijak tak? Bijak tak? ;P

Hmmm... terkenang2 pulak kat buah dokong yang gemok2 tuh...

'B, bila nak terjah kebun Along lagik, ek? Termengidam la...' 

Ngeh3...


:: Like, ek! ::

HAPPY 4TH ANNIVERSARY..!!!

Kesah 2 & 8 Disember 2011... ;P

Tahun nie adalah tahun keempat aku & my 'sayang' melayari hidup sebagai hubby & wifey. Owh... skemanya ayat! Ha3...

Pejam, celik... pejam, celik... dah masuk 4 tahun. Sekejap betul rasanya masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku melompat2 kegumbiraan (Owh... terlebih sudah..! He3...) once my 'sayang' lafaz ijab kabul. Tup2 dah 4 tahun... Pantas!

Seperti biasa, lepas wish2 happy anniversary bagai dengan penuh kasih sayang (Ecewah! He3...), kami decide nak makan2 berdua2-an. Well... makanan ngan kitorang kan memang tak dapat dipisahkan... Asal ada event jer musti nak makan2! Asal makan2 jer musti ada event! Ngeh3...

~ Celebrate anniversary kat Marrybrown... Ada 2 orang penyambut tetamu yang mengalu2kan kedatangan kami tau! Ececeh..!!! Hiks...

~ Perubahan fizikal selepas 4 tahun berkahwin. Muka & badan yang 'kembang setaman'... Uhuks3...

~ Same goes to my 'sayang'. Kebulatan perut yang melampau antara perubahan fizikal paling ketara! Tapi, comel! Owh... 'Kungfu Pandaku'... Aummm2..!!! Ha3... Larikksss...!!!

~ Order Chick-a-licious with black pepper sauce, Fish 'N' Chips, Tower Burger & 2 cold drinks. Tak boleh blah kan kami nih? Badan dah 'kembang setaman' pun lagik mau order makanan yang macam2! Haish! Bila la nak insap?!! Tsk3...

~ Pilih port kat swing. Konon nak feeling2 putera & puteri raja la sangat... sambil nyanyi lagu, 'Pohon beringin... Tegaknya tinggi... La3...' Ha3... Over!

~ Duta Tower Burger... lantikan sendirik! Ha3...

~ 'Hadiah anniversary' dari Marrybrown... MB Bling2 Cup namanya. Price With Purchase (PWP), actually. Tambah 3 hengget kalau tak silap aku. Then, mendapat la ko MB Bling2 Cup nih dengan seketul eskrem Nestle Drumstick. Belasah jerlah! Plus, boleh buat koleksi gitu..!

Makan sampai kenyang, lepas tu jalan2 menikmati panorama malam kejap, then baru balik... Sweet sangat walaupun celebrate secara simple2. Yang penting adalah quality time yang direservekan untuk momen2 indah di hari anniversary tuh. Setiap tahun walaupun nampak macam sama sambutannya tapi, sentimental valuenya berbeza. Kenangan kot sampai bila2... ;)

 Last but, not least... wishing us a very Happy 4th Anniversary... May our marriage last forever... May God bless us & our marriage... May this anniversary give us more sunshines... & may God give us sweet lil baby, sooner/later, we'll wait... to bright up our happiness... 

Insyaallah... Amin...


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google