SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, November 13, 2011

KAYU PENGGARU

Baru nak update kesah raya haji. Ngeh3...

Alkesahnya... raya haji tahun nie turn balik kampung aku. Eh! Memang la kitorang sekampung... Means, turn balik rumah mak la... Yahooo..!!! ;P

Kami balik kampung petang Sabtu. Bermunge2 jer hati nie... Balik kampung kata ko! La3... ;D

Belah malam, kitorang keluar. Nak beli kuih raya. Plus, ada karnival sempena raya haji kat Dataran Menara Condong. Maka ke situlah kami...

~ Raya haji memang tak berapa ramai orang yang keluar shopping. Karnival tu pun tak havoc sangat. Plus, booth pun tak banyak macam raya puasa. 

Jalan pun tak jem. Sungguh mendamaikan bila tak perlu nak dengor bunyik hon pemandu2 yang tak sabor... bila tak payah susah2 berpusing2 tawaf lapanploh kali semata2 nak carik parking... Heaven jer... ;)


~ My 'sayang' singgah booth jual kraftangan. Sebab my 'sayang' nak carik kayu penggaru. Memang dah lama berniat nak beli mende alah nih. Akhirnya, terjebak jugak. 

~ Mak yang sporting, berposing dengan topi mengkuang kalau tak silap aku. Kiut! Hiks...

Hasil penyopingan selain dari kayu penggaru, dapatlah merembat kuih raya + kerepek. Beli untuk nenek jugak. Ada biskut mazolla, kerepek ubi, kuih macam kacang yang manis2 tuh ntah apa nama dia ntah... bahulu & macam2 lagiklah! Bukan tak nak mention tapi, tak tau nama kuih/biskut. He3...

Untuk pengetahuan, harga kayu penggaru tu samadengan RM 3.90. Murah kan? Ke... ada yang lagik murah? Hmmm...


:: Like3, ek! ::

NASIK GORENG CILI PADI PUN SODAP...

Bbrrppp..!!!

Alhamdulillah... kenyang sudah... Senyum pun dah sampai telinga nie, ha..! ;)

Tak jadik masak mee segera. Masa tengah kemas2 dapur tadi, tengok bawah tudung saji ada nasik kenduri semalam. Ingatkan dah basi, so nak buang jer la kan... Tapi, bila dibuat timbang-tara, eh, tak basilah nasik tuh. Still in good condition. 

Terus cepat2 potong bawang putih & bawang merah. Amik pulak lesung batu, tumbuk bahan2 tu semua dengan cili padi. Lepas tu tumis, pecahkan telur, kacau2 & masukkan nasik. Kacau2 lagik & akhirnya jadiklah nasik goreng cili padi. 

Pedas2 nak lagik, gitu..! Ha3...

Maybe nasik goreng cili padi tu akan jadik brunch (breakfast + lunch) untuk hari nie kot... Kenyanggg... sangat2! ;)

Petang2 kang nak makan aiskrim Cornetto pulak. My 'sayang' beli semalam. Disebabkan semalam macam tak rasa nak makan aiskrim & kenyang, so simpan dalam freezer dulu. 

Begitulah kesahnya... 


:: Like3, ek! ::

PERUT BERDANGDUT LAPOR!

Salam hari Ahad, you ols..! ;)

Aku bangun awal pulak hari nie. Pukul 8.30 a.m. Eh! Awal ke tuh? He3...

My 'sayang' takde. Ada kerja. Tengahari/petang kang balik la kot...

Sorang2 kat rumah, bosan jugak. Berkawan dengan internet & tv. Blogging & layan SRK Non-stop kat channel B4U. Hindustan kata ko! Ha3...

Perut berdangdut! Bukan berdangdut kenyang tapi, berdangdut lapor! Belum breakfast lagik, noks! Pedih2 dah perut nih! Kejap lagik nak masak mee segera. Makan sorang2 nie, mungkin itu jer menu yang terbaik dari ladang! Hu3...

Errr... korang dah breakfast? Ke dah start nak prepare lunch? ;P


:: Like3, ek!::

Saturday, November 12, 2011

HARI INI HARI SABTU

Baru balik dari rumah Mak Ngah kat Selabak. Ada majlis pertunangan Kak Long, anak Cik Am. 

Perut kenyang. Cuaca pulak mendung2 + hujan renyai2. Secara automatic mata kuyu2, mengantuk. 

Mak pun ada nie. Dah selamat tido kat atas toto. 

My 'sayang' melepek kat sofa sambil layan The Walking Dead. 

Eiii yarrkkhhh..!!! Gelilah tengok cerita tuh! Orang yang dah mati dok dalam perigi sampai jadik kembung2, muncit2. Bila kena tarik ngan tali, badan jadik putus 2, noks! Terburai isi perut! Geli betul tak boleh blah! Hu3...

Eh, takmolah cerita pasal The Walking Dead yang disgusting tuh. Sambung cerita pasal majlis pertunangan Kak Long tadi. 

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Meriah pun meriah. Makanan jugak banyak. Cerita penuh, tunggu next entry, ek?! Nak transfer gambar2 dulu then, nak edit2. Barulah boleh jaja cerita secara kaw2!

Ngeh3...


:: Like3, ek! ::

Friday, November 11, 2011

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI KARMA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Baru2 nie, aku jadik 'Masterchef'. Bukan Masterchef yang kat Astro tuuu... Tapi, Masterchef kat dapur rumah sendirik. Masak sendirik... rasa sendirik... & sendirik jugak jadik juri! Makan jer together2 ngan my 'sayang'. ;P

Asal jadik Masterchef jer musti ada cerita resepi kan... Asal ada cerita resepi jer musti jadik Masterchef... ;P

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong & dicuci bersih)
1 batang serai (dibelah 2)
1 helai daun kunyit (dikoyak)
1 keping asam keping
1 batang carrot (dipotong memanjang)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 tin susu cair
Serbuk perasa
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

5-7 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk & serai hingga naik bau.
2) Masukkan serbuk kunyit & ayam. Masak hingga ayam sedikit empuk.
3) Masukkan susu cair & air masak.
4) Masukkan carrot.
5) Perasakan dengan garam, serbuk perasa, gula & asam keping.
6) Masukkan daun kunyit. Biarkan seketika hingga ayam masak & carrot empuk. Angkat & hidangkan.

~ Ayam Masak Lemak Cili Padi Karma.

Esok boleh try masak untuk lunch ye, anak2..! ;)


:: Like3, ek! ::

PULUT + KARI TELUR

*** Ringtone lagu Kantoi by Zee Avi... ***

Tertera nama 'Mak Aku Cute' kat display screen. ;P Cepat2 aku pick up!

"Adik... petang kang datang rumah mak, amik pulut ngan kari telur. Mak masak lebih tadi. Bagitau abang sekali, ek?"

"Owh... sodapnya! Hokay2! Nanti orang datang amik."

Dalam kepala nih dah terbayang2 dah kelemakan pulut tuh ditambah dengan kesodapan kari telur air tangan mak. Rasa macam nak balik dan2 tu jugak! Slurrppp2..! Owh... nom3!!!

Hari tu samadengan hari Jumaat. Lunch hournya panjang. Discuss2 ngan my 'sayang'... kitorang decide baik terus pergi rumah mak time lunch hour. Tak payah susah2 nak tunggu petang. Takut air liur meleleh2 tak hengat! Ha3...

~ Pulut diletakkan di atas pinggan besor bersama senduk biru. Kiutlah pulut nih! Aummm2..!!! Ha3...

~ Dicicah dengan kari telur yang marvellous! Aummm2 lagik..!!! ;P

Bila perut kenyang, maka sukalah hati... Secara automatic nak carik bantal! Terus hati jahat kata, 'Owh... malasnya lah hai 
nak masuk opis. Tido lagik best nih!' 

Buruk betul perangai! Sila jangan tiru perbuatan ini di rumah, ye anak2..! Hu3...

Nasib baik ada jugak hati baik. Cepat2 hati baik kata, 'Jangan 
nak mengada2! Ko ingat opis tu toknekmoyang ko yang 
punya! 'Aku janji...' tuh tau!'

Hokay la... Hokay la... Tak ngelat la... Paksa diri masuk opis balik dengan hati yang ceria... Senyummm........ ;)

Jumaat datang lagi... Nak lunch kat mana korang hari nie?


:: Like3, ek! ::

KEMEJA BARU KOTAK2

Suatu hari...

kat The Store...

kami shopping. Eh, of cos la kan... Takkan pergi The Store nak memancing pulak. Hiks...

Shopping secara laju2! Nak carik 2 barang:-

1) Wedding pressie untuk Ros
2) Kemeja baru untuk my 'sayang'

~ Wedding pressie Ros dah dapat. Terus pergi Gents Department, carik kemeja untuk my 'sayang'. Bila jumpa, terus fitting. 

Warna sebenor kemeja tu adalah silver-hitam-putih. Memang carik kaler tuh sebab konon2 nak pakai masa join rombongan meminang Dadi tu la. Mengikut tema kata ko! He3...

Amacam? Handsome tak my 'sayang'? Ha3... Soklan menempah pelempang apakah ini?! ;P


:: Like3, ek! ::

Thursday, November 10, 2011

PURPLISHBABYC3

Kalau Acunya beli something new, lepas tu diketahui oleh anak2 sedara, harus la anak2 sedara yang over excited! Owh...

Dalam entry nie, kan aku ada cerita yang my 'sayang' belikan handphone baru untuk aku secara separa surprise. Tak la canggih benor... Biasajer2... ;P

Walaupun biasajer2 tapi, anak2 sedara rajin betul nak mengexplore! Asal aku pegang jer, musti diorang nak pegang2 jugak. Asal aku test camera jer, musti diorang posing lepas tu suruh aku jadik photographer peribadi tak bergaji diorang. Amboi3..!!! (sambil buat tangan silang2 jari kelingking macam Azwan Ali. Awwsss!!! Ha3...)

~ Memula, Baby posing. Aci paksarela suruh Acu dia snapkan gambar manja2 dia tuh. 

~ Lepas tu, Kak Yong jeles! Dia pun nak jugak. Layankan jer la...

~ Baby tak cukup! Nak lagik kata ko! Senyum lebar2, nampak gigi jarang2. Holloh3..!!!

~ Kak Yong & bola baru. Hati manyak senang sebab dah kopakkan duit Acu beli bola. Bagus! Amalkan selalu... Hu3...

~ Eh! Rifqi pun nak jugak..?! Siap senyum sampai telinga lagik tuh! Isk3... Geget kang, ha...!

~ Kak Yong baru lepas make-over. Make-up tajaan Acu jugak. Bankrup Acu lepas nih. Tsk3...

~ Asik jaja muka diorang jer. Jeles ah kak! So, ah kak jaja jugaklah wajah jelita lagik cun ah kak nih. Layannn.......!!! Ha3...

~ Inilah rupa PurplishBabyC3 tuh. Bestfren baru aku sekarang. Terima kasih my 'sayang'... Ecewah! Macam pantun 2 kerat pulak. ;P

Anak2 sedara memang tengah rajin menggodek2 PurplishBabyC3 nih, especially godek camera dia. Kadang2 sampai berebut! Aku jugak yang kena jadik referee. Hu3...

Tu belum lagik Acu dia beli i-Phone ke... Samsung Galaxy Tab ke... Mau berguling2 bebudak tu kang! Referee pulak kena tiup whistle. Adeh3...


:: Like3, ek! ::

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Dari Selama, kami tak terus balik. Kami menyinggah ke Bukit Merah Laketown Resort (BMLR). Bukan spontaneous tapi, memang dah plan awal2. Suggestion daripada abah.

Apa lagik..?! Hati pun bermunge2 rianglah! La3... ;)

Memasing dah siap2 bawak baju mandi sebab konon2 nak mandi secara tak hengat la kan... Tapi, at last, kuchiwa, bebeh! Faktor masa. Sampai pun dah pukul 5.30 p.m. BMLR tu tutup pukul 6.30 p.m. Mandi-manda + bersker ria dalam masa kurang 1 jam (tolak salin baju & etc2.) adalah sangat tak munasabah! So, cancel aktiviti mandi-manda! Just amik2 gambar jer lah. Hu3...

~ Sebelum jumpa BMLR, kitorang jumpa tasik yang super besor nie dulu. Tak tau la apa nama tasik nih?! Tapi, memang giler besor! Terkagum2 aku tau! Vah3..!

~ BMLR mengucapkan Selamat Datang kepada tuan tanah kedaung yang kiut... ever! Ahaks3...

~ Nie kat belah dalam. 

~ Nak kata ikan tu kiut sangat... memang tak la kot kan... Tapi, apsal ntah my 'sayang' gigih amik gambar ikan nih? Layankan jer la...

~ Santek tak baju kurung pesak gantung baru ah kak? Tudung pun tudung baru tau! Ada rupa Hana Tajima tak? Ha3...

~ 'Hana Tajima' menyorokkan diri di sebalik bunting. He3... Eh! Kampung Air D' Spa lah. Tetiba teringat Kampung Air kat Sabah... Owh...

~ 'Jeti Utama Feri Ke Pulau Orang Utan'. Woo hooo..!!! Ada Pulau Orang Utan, noks! Dasat2...

~ Kitorang amik2 gambar jer. Takde maknanya nak ke Pulau Orang Utan tuh. Next time la kot... Eh! Aku sampai bila2 memang tak pergi kot sebab tak minat la binatang2 nih. Geli banyak!

~ Woooooo.......!!! Kekaguman melampau. Ha3...

~ Pose kembung2 pipi pulak. Kau ado..??! Ha3...

~ Baju aku ngan mak nampak sama kan? Anak mak kata ko! He3... Sama la... tapi, tak serupa. Ada beza sikit. Tapi, kalau sekali imbas, memang nampak sama. 


Masa sangat suntuk. Memang la rasa kuchiwa sebab tak dapat nak bersuka-ria especially mandi-manda. Tapi, dapat bergambar sekejap pun dah kira 1000 rahmat! 

Takpe2... Akan ku terjah jugak BMLR 1 hari nanti! Wait & see! 

Errr... korang pernah sampai & bersuka-ria kat BMLR tak? Bestkah? 


:: Like3, ek! ::

PERTUNANGAN DADI & HAINI

Yuppp! Pertunangan Dadi & Haini... Itulah yang aku maksudkan dalam entry sebelum nie. Alaaa... yang show-off2 hantaran tu, ha... Ingat tak? Ingat tak? Hmmm... kalau tak ingat, sila scroll ke bawah, ek?! ;P

Dadi adalah adik ipar aku. Bertunang dengan orang Selama, Perak. Rombongan pihak lelaki datang meminang pada 29 Oktober 2011. Owh... lama jugak ah kak peram cerita nie, ek?! He3...

Majlis merisik, meminang & bertunang, semua berjalan dalam 1 hari yang sama. Means, sekali harung la... Sonang! Plus, walaupun bunyiknya macam 1 negeri (Perak bertemu Perak) tapi, jauh jugak Selama tuh rupanya. Kebas jugak la bontot dok dalam kereta. Fuh!

Apa2 pun, alhamdulillah... selamat sampai...

~ Hantaran daripada kami a.k.a pihak lelaki...


~ Recycle tema bertunang A-im, silver-hitam. He3...


~ Yang nie spesel sebab mak yang buat. Ngeh3...


~ Antara hantaran2nya adalah sejadah + telekung...

~ Kasut... & banyak lagiklah! Kose nak sebut satu2 kan... Penuh pulak page blog ah kak nie kang. ;P

Kami bertolak pukul 10.30 a.m. Almost pukul 2 p.m baru sampai ke destinasi. Konvoi 5 buah kereta. Biasa la kan... kalau dah ramai2 tu, harus la kejap2 berhenti kat R&R, tumpang shi2... kejap2 berhenti kat petrol station, beli junk foods... Begitulah kekdahnya...

Sampai2, tuan rumah terus jamu makan. Macam tau2 jer yang kitorang memang tengah kebuluran. Sangat memahamilah! Nak like banyak2 kat tuan rumah! Ahaks3...

Lepas makan, terus masuk dalam rumah. & sesi peminangan pun bermula...

~ Belum apa2, Udda dah start berposing. Sawan camera kata ko! Ha3...

~ Dipendekkan cerita, tibalah ke acara sarung2 cincin...

~ Acara wajib, salam & cium tangan bakal mak mertua... Kalau tak buat, nanti kena reject! Ngeh3...

~ Haini namanya. Turn bergambar dengan mak pulak. Eh! Mak senyumlah! He3...

~ Haini ngan Angah Siti. Mak sedara my 'sayang' nih.

~ Enterframe... ;P

~ Hah! Dah sampai turn tuan tanah kedaung nak berposing gediks2 dengan Haini. La3...

~ So, sweet..! Ecewah! ;P

~ Along, my MIL, Mak Ngah & Haini.

~ Aku dengan mak tak habis2 lagik berposing gediks2. Ha3...

~ Yang nie mungkin mak Haini. Hmmm... I think so la... Lupa pulak nak berkenalan. Ya ampon... ;P

~ My 'sayang' jeles! Asik bini dia jer yang berposing sakan kan... Dia pun nak enterframe jugak..! Ha3...

~ Kak Mah & Awa. Kak Mah nie anak angkat nenek my 'sayang'. Tapi, still ada kaitan sedara ngan Angah Siti. Macam berpusing2. Kesimpulannya, kira sedara jugak la... Senang cerita.

~ My MIL yang rasa lega sebab sorang lagik anak bujang dia bertemu jodoh. Alhamdulillah...

~ Owh... tak habis2 lagik gambar Cik Udda nie rupanya. ;P

~ Haini & Dadi... officially engaged. ;)

~ Berposing dengan hantaran...

~ Dadi punya hantaran memang Hari Ini Dalam Sejarah betul! Sebab paling banyak balasan daripada pihak pompuan. 

~ See2! Giler banyak! 

~ 49 kalau tak silap aku. Berderet2 kata ko! Daripada pihak lelaki cuma 27. 

Nasib baik ada 5 buah kereta. So, muatlah nak sumbat hantaran2 tu semua. Fuh! Dasat betul! 

Last but, not least... aku nak wish Selamat Bertunang to Dadi & Haini. Semoga ikatan pertunangan bakal melangkah ke 1 fasa lagik iaitu ke jinjang pelamin. Insyaallah...

Terjawab dah kan spekulasi pertunangan siapa tuh? ;P


:: Like3, ek! ::

Wednesday, November 9, 2011

'HILANG' SOFFIYA... 'DATANG' TENTANG DHIA...

Semalam, tamatlah sudah drama Soffiya... Drama yang aku dok tunggu2 setiap hari Isnin sampai Khamis. Yang kasik aku emo2 sampai rasa nak masuk dalam tv pakai pintu ajaib Doraemon. Hadoi! Penangan Soffiya betullah!

Walaupun macam happy ending tapi, terkilan jugak la kan... sebab Fiona mati. Kena bunuh pulak tuh! Memang la... Fiona tu crook giler! Tapi, bila dia dah insap rasa sadis pulak tengok dia mati dengan cara yang kejam tuh. Haish! Nak kena babap tuan director ngan script writer nie... 

Hari nie, start tengok pengganti Soffiya. Tentang Dhia pulak tajuknya. Suka betul diorang buat drama yang tajuknya ada nama pompuan. Kiut kot... Ecewah! ;P

Baru tengok 1 episod. Hmmm... aku rasa macam lambat panas sikit la Tentang Dhia nih. Agak lembab. Lepas tu, macam dah boleh agak apa yang akan jadik seterusnya?! 

Tapi, nak judge lebih2 pun, tak sesuai kot... sebab baru tengok 1 episod. Kena tengok berepisod2 dulu then, baru boleh judge secara over. Kalau best, aku jadikkan drama wajib tonton. Kalau tak best, dengan senang hati aku serah remote kat my 'sayang'lah. 

Kekdahnya... ;P

Hokaylah! Nak tido dah nih. Ngantuk! Jumpa esok dengan entry2 menyengat yang diauto-published oleh tuan tanah kedaung, ek! Wah! Menyengat kata ko! Ha3...


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google