SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PERTUNANGAN. Show all posts
Showing posts with label PERTUNANGAN. Show all posts

Monday, October 1, 2012

HUJAN RAHMAT MUNGKIN...

Join rombongan meminang lagik... ;)

Rasa macam ramai pulak yang amik step awal dalam usaha nak mendirikan masjid di tahun 2012 nih. Hmmm... musim kot... He3...

Tahun ni bertunang ramai2. Tahun depan kang naik pelamin ramai2. Insyaallah... Amin... ;)

~ Hujan renyai2 hari tuh. Malas nak bukak payung, redah je la masa nak masuk kereta. Walaupun tudung kena hujan tapi, ah kak tetap kiut di mata korang kan? Kan3..??? Ahaks3...

Eh, lupa nak bagitau! Yang bertunang ni adalah sedara belah Mak jugak. Tapi, seperti biasa, ah kak memang tak reti nak explain macam mana susur-galur salasilah keluarga tuh. Hu3...

Aku & my 'sayang' amik mak ngan nenek dulu. Then, baru gerak ke rumah sedara tuh untuk berkumpul sebelum ke rumah pihak pompuan.

~ My 'sayang' senyum2 je sepanjang jalan sebab tak tahan dengor nenek melatah bila my 'sayang' terlanggar lopak air. He3...

~ Nenek still melatah. Nenek memang macam ni... kalau dah start melatah memang susah betul nak kembali normal. Kadang2 kita tak usik pun. Tapi, take time nak stop sendirik. He3...

~ Jelita kan Mak aku? Persis anak bongsunya! Ecewah! Ha3...

Kalau Kakak ngan Abang baca, mau muntoh ijo diorang! ;P

~ Hah, ni la anak bongsu Mak yang jelita persis Mak tuh! Ahaks3... 

Kat rumah sedara tuh, kami dijamu dengan kek, teh O & kopi panas + bihun goreng. Aku cedok bihun goreng. Masa makan, mata ni dah kuyu sangat2! Ye la kan... cuaca hujan2 + sejuk2. Rasa macam nak mintak bantal ngan selimut je dengan tuan rumah. Ha3...

~ Sekejapan je dah sampai kat rumah pihak pompuan. Tak jauh mana pun... Kat Kampung Pisang dekat dengan Taman Karentina tu je... Amik gambar dulu kat tangga surau. He3...

~ Dari surau, kena jalan kaki masuk dalam sikit sebab kalau naik kereta kang takut takde parking. Still hujan... So, macam2 payung keluar. Colourful!

Hujan rahmat katanya kan... ;)

~ Tengah buat discussion. Kita serahkan je kepada yang otai. ;P

~ Sarung cincin pulak. 

~ Mak sempat amik gambar dengan si tunang pompuan. Aku tak sempat sebab sibuk amik gambar & makan. Tang amik gambar tu macam takde apa sangat la kan... Tapi, tang makan non-stop di rumah orang adalah seperti... 'Oit! Kat rumah orang pun ko nak tunjuk skill makan ko yang hebak tu kah?' Ha3...

~ Quite klasik hantaran2nya...

~ Gambar loving couple... Ko ado..??! Ha3...

~ Bakal mak mertua bergambar dengan bakal menantu. Bakal mak mertua tu muda lagik tau! 

~ Hantaran jugak...

Menu kendurinya best! Ada nasik putih, ikan goreng, sambal belacan, pajeri nanas, sambal tumis ikan masin, ulam2-an, kuih-muih & tembikai. Hujan still renyai2... Pergghhh..!!! Terbaekkk... betul menikmati makanan sebegitu! 

Rasa macam nak mintak tapau pulak. Eh, overbahkalaukau! Ha3...

Hokay2. Tak jadik mintak tapau. Sila jaga air muka sikit, ye! ;P

Tak balik rumah terus pun... Singgah rumah abang, melepak sampai petang2 sikit. Abang jamu kuih-muih. Makan lagik la aku kan... Hadoi! Kalau beginilah caranya, Doraemon pun ngeri nak jumpa aku tau! Uhuks3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, September 27, 2012

SEKAPUR SIREH, SEULAS PINANG...

Nana dah bertunang. Sorang lagik sepupu my 'sayang' yang akan melangkah ke alam perkahwinan...

Ewahhh2..! Skemanya ayat! He3...

Tunang Nana orang Pahang. Dari Pahang membawak ke Perak gitu..! ;P Usah ditanya macam mana Nana boleh tersangkut dengan orang Pahang ataupun macam mana diorang kenal... sebab ah kak tak sempat nak kepohchi nak interview diorang pasal tuh. 

Plus, tak kesah la kan dengan orang mana pun. Asalkan boleh jadik soulmate. Bak kata pepatah, ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu juga. 

Wahhh, gitu..! Kelasss ko, Jah..! Ha3...

~ Hantaran2... Yang tema kaler silver tu dari Pahang. Yang kaler pink2 tu of cos la dari Perak. Tak sempat nak kira berapa dulang.

~ Nana & tunangnya... Aku lupa nama dia apa. Tapi, hebak tau tunang Nana nih sebab everything semua dia yang tukang cakapkan. Macam mase merisik dulu tu pun dia jugak yang kasik mukadimah dengan isi2 kandungan sekali. Aku suka je style dia sebab straight to the point. Laju je! Tau2 dah setel... & tau2 dah jamu makan. He3...

Insyaallah... kalau takde apa2 aral, Nana & Encik Tunang akan naik pelamin bulan 12 nih. Semoga semuanya baik2 je & semoga niat baik korang dimakbulkan... Amin...

Maknanya, sebelum bulan 12 ah kak kena carik kain ela buat baju barulah! Ikut tema lagik..! Vogue da vass kata ko! 

Eh, ke situ pulak mokcik nih! ;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, June 6, 2012

JUNJUNGAN QASEH

Mak dapat job menggubah hantaran lagik... ;)

Anak seorang makcik merangkap kawan nenek nak bertunang. So, makcik tu mintak mak gubahkan sireh junjung.

~ Hasilnyaaa............ 

~ Nampak ijo, noks! Saujana mata memandang kata ko! He3...


Cincin tanda tersarung di jari,
Lengkaplah sudah adat peminangan,
Junjungan Qaseh nama diberi,
Buat hantaran majlis pertunangan.

Ecewah! Berpantun pulak dia! Hebak tak? Hebak tak? Ha3...


:: Like3, ek! ::



Friday, June 1, 2012

SWEET FIRUS

Tajuk cam gah je kan... Macam adaptasi novel pun ade gak. Ye la... sekarang ni kan memang tengah in filem ngan drama yang diadaptasi dari novel2 popular. Ombak rindu la... Seindah Sakura la... bla3...

Tapi, ah kak bukan nak story mory morning glory pasal novel. Tajuk entry je macam tajuk novel. Yang sebenornya, nak cerita pasal gubahan hantaran yang mak buat untuk kawan anak mak yang nak bertunang.

~ Sweet Firus. Aku yang gediks2 bagi nama nih. He3...

Gula2 yang pelbagai mak jadikkan macam pokok2 bunga renek, digubah dalam bakul biru firus. Aku tolong buatkan sarang burung kaler biru firus tu je. Untuk bubuh kat dalam bakul tuh. Overall, memang mak la yang gubah.

Santek tak? ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, November 21, 2011

KAK LONG IS OFFICIALLY ENGAGED!

Entry tertangguh. Kesah hari Sabtu lepas2. ;)

Kesah Kak Long bertunang. Alaaa... Kak Long, anak Cik Am yang kiut2 tuuu..! ;P

Kesimpulannya, Kak Long nie sepupu my 'sayang' la sebab Cik Am tu kan mak sedara my 'sayang'...

~ Bajet nak keluar pukul 9 a.m sebab Acik Ajis (abah Kak Long) kata majlis start  pukul 10 a.m. Tapi biasa la... weekend kata ko! Harus la membuta tak hengat! Pukul 10.30 a.m baru keluar rumah. *Sekeh kepala sendirik*

~ Dah la lambat! Boleh lak diorang nie berposing buat muka suci lagik..! Haish!

~ Pukul 10.30 a.m tu bukannya terus pergi pergi rumah Mak Ngah tapi, baru nak keluar pergi amik mak sebab mak pun dijemput jugak. Owh3...

Errr... by the way, nak bagitau yang majlis dibuat di rumah Mak Ngah, kat Selabak nun. Mungkin atas faktor suasana & keselesaan kot sebab rumah Cik Am adalah rumah taman perumahan yang bukan corner lot. Mungkin susah nak carik space. Rumah Mak Ngah lak walaupun bukan totally rumah kampung tapi, lokasi adalah kat kampung. Plus, memang kat situ la sedara-mara berkumpul kalau ada event.

Suspen jer bila sampai rumah Mak Ngah sebab dah banyak kereta yang parking baik punya kat laman. Majlis dah start ke kan... Owh... nom3!!!

Selidik2, rupa2nya belum start lagik. Tapi, dah dekat2 nak start la... Fuh! Lega... ;P

~ Sampai2, terus jenguk hantaran! Hokay! Cun! Not bad. Ecewah! Macam pengkritik hantaran pulak. Ha3...

~ Lepas tu, tengok pelamin pulak. Trend sekarang, bertunang pun dah ada mini pelamin. Bestlah! Apsal zaman aku dulu nan ado? Cis betul! Hu3...

Eh! Pelamin tu hasil gotong-royong sepupu2 Kak Long tau! Munge2 yang ada kat rumah Mak Ngah semua diorang jadikkan props. Bagus betul bebudak tuh! Syabbash!!!

~ Dessert of the day... roti jala + kuah durian & bubur apa ntah nama dia. Aku tak berapa nak merasa sangat sebab mende manis2 nie kan tekak aku kurang terima.


~ Muka orang tak suka makan manis2. He3...


~ Mak Anjang & Cik Am. Mak Anjang dah baik punya tengok camera. Cik Am malu2 pulak. Hiks...

~ Lebih kurang pukul 12 p.m, rombongan pihak lelaki datang...

~ Kak Long musti tengah nervous2 dok dalam bilik.

~ Dah dok kat mini pelamin dah. Cik Udda jadik penata rias pelamin hari tuh. He3...

~ Yahoooooo..!!! Dapat cincin! ;P

~ Jangan lupa salam pulak! ;P

~ Cincin lagik... Kaya3!!! Ha3...

~ Salam lagik...

~ Kak Long with mom-in law to be & mak dia, Cik Am.

~ Hantaran daripada pihak lelaki. Tema: pink + purple.

~ Hantaran daripada pihak pompuan. Tema: peach + oren.

~ Manyak owh..!

~ Adik2 iparku yang kaki enterframe. ;P

~ Ah kak pun nak menyelit jugak. ;P

~ Kak Long with fiance. Lupa pulak nak tanya nama. Plus, tak sempat berkenalanlah. 

Orang kata, bila bertunang nie darah jadik manis. Hmmm... tak tau la apsal tetiba jadik manis lak?! Apa diorang pernah rasa darah ke? Ngeh3...

Katanya lagik, alam pertunangan nie la paling banyak pancaroba. Katanya... Bukan ah kak kata, hokay! ;P 

Semoga Kak Long & fiance dapat menempuh alam pertunangan dengan jayanya..! Amin...


:: Like3, ek! ::

Saturday, November 12, 2011

HARI INI HARI SABTU

Baru balik dari rumah Mak Ngah kat Selabak. Ada majlis pertunangan Kak Long, anak Cik Am. 

Perut kenyang. Cuaca pulak mendung2 + hujan renyai2. Secara automatic mata kuyu2, mengantuk. 

Mak pun ada nie. Dah selamat tido kat atas toto. 

My 'sayang' melepek kat sofa sambil layan The Walking Dead. 

Eiii yarrkkhhh..!!! Gelilah tengok cerita tuh! Orang yang dah mati dok dalam perigi sampai jadik kembung2, muncit2. Bila kena tarik ngan tali, badan jadik putus 2, noks! Terburai isi perut! Geli betul tak boleh blah! Hu3...

Eh, takmolah cerita pasal The Walking Dead yang disgusting tuh. Sambung cerita pasal majlis pertunangan Kak Long tadi. 

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Meriah pun meriah. Makanan jugak banyak. Cerita penuh, tunggu next entry, ek?! Nak transfer gambar2 dulu then, nak edit2. Barulah boleh jaja cerita secara kaw2!

Ngeh3...


:: Like3, ek! ::

Thursday, November 10, 2011

PERTUNANGAN DADI & HAINI

Yuppp! Pertunangan Dadi & Haini... Itulah yang aku maksudkan dalam entry sebelum nie. Alaaa... yang show-off2 hantaran tu, ha... Ingat tak? Ingat tak? Hmmm... kalau tak ingat, sila scroll ke bawah, ek?! ;P

Dadi adalah adik ipar aku. Bertunang dengan orang Selama, Perak. Rombongan pihak lelaki datang meminang pada 29 Oktober 2011. Owh... lama jugak ah kak peram cerita nie, ek?! He3...

Majlis merisik, meminang & bertunang, semua berjalan dalam 1 hari yang sama. Means, sekali harung la... Sonang! Plus, walaupun bunyiknya macam 1 negeri (Perak bertemu Perak) tapi, jauh jugak Selama tuh rupanya. Kebas jugak la bontot dok dalam kereta. Fuh!

Apa2 pun, alhamdulillah... selamat sampai...

~ Hantaran daripada kami a.k.a pihak lelaki...


~ Recycle tema bertunang A-im, silver-hitam. He3...


~ Yang nie spesel sebab mak yang buat. Ngeh3...


~ Antara hantaran2nya adalah sejadah + telekung...

~ Kasut... & banyak lagiklah! Kose nak sebut satu2 kan... Penuh pulak page blog ah kak nie kang. ;P

Kami bertolak pukul 10.30 a.m. Almost pukul 2 p.m baru sampai ke destinasi. Konvoi 5 buah kereta. Biasa la kan... kalau dah ramai2 tu, harus la kejap2 berhenti kat R&R, tumpang shi2... kejap2 berhenti kat petrol station, beli junk foods... Begitulah kekdahnya...

Sampai2, tuan rumah terus jamu makan. Macam tau2 jer yang kitorang memang tengah kebuluran. Sangat memahamilah! Nak like banyak2 kat tuan rumah! Ahaks3...

Lepas makan, terus masuk dalam rumah. & sesi peminangan pun bermula...

~ Belum apa2, Udda dah start berposing. Sawan camera kata ko! Ha3...

~ Dipendekkan cerita, tibalah ke acara sarung2 cincin...

~ Acara wajib, salam & cium tangan bakal mak mertua... Kalau tak buat, nanti kena reject! Ngeh3...

~ Haini namanya. Turn bergambar dengan mak pulak. Eh! Mak senyumlah! He3...

~ Haini ngan Angah Siti. Mak sedara my 'sayang' nih.

~ Enterframe... ;P

~ Hah! Dah sampai turn tuan tanah kedaung nak berposing gediks2 dengan Haini. La3...

~ So, sweet..! Ecewah! ;P

~ Along, my MIL, Mak Ngah & Haini.

~ Aku dengan mak tak habis2 lagik berposing gediks2. Ha3...

~ Yang nie mungkin mak Haini. Hmmm... I think so la... Lupa pulak nak berkenalan. Ya ampon... ;P

~ My 'sayang' jeles! Asik bini dia jer yang berposing sakan kan... Dia pun nak enterframe jugak..! Ha3...

~ Kak Mah & Awa. Kak Mah nie anak angkat nenek my 'sayang'. Tapi, still ada kaitan sedara ngan Angah Siti. Macam berpusing2. Kesimpulannya, kira sedara jugak la... Senang cerita.

~ My MIL yang rasa lega sebab sorang lagik anak bujang dia bertemu jodoh. Alhamdulillah...

~ Owh... tak habis2 lagik gambar Cik Udda nie rupanya. ;P

~ Haini & Dadi... officially engaged. ;)

~ Berposing dengan hantaran...

~ Dadi punya hantaran memang Hari Ini Dalam Sejarah betul! Sebab paling banyak balasan daripada pihak pompuan. 

~ See2! Giler banyak! 

~ 49 kalau tak silap aku. Berderet2 kata ko! Daripada pihak lelaki cuma 27. 

Nasib baik ada 5 buah kereta. So, muatlah nak sumbat hantaran2 tu semua. Fuh! Dasat betul! 

Last but, not least... aku nak wish Selamat Bertunang to Dadi & Haini. Semoga ikatan pertunangan bakal melangkah ke 1 fasa lagik iaitu ke jinjang pelamin. Insyaallah...

Terjawab dah kan spekulasi pertunangan siapa tuh? ;P


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google