SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SOFFIYA. Show all posts
Showing posts with label SOFFIYA. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

'HILANG' SOFFIYA... 'DATANG' TENTANG DHIA...

Semalam, tamatlah sudah drama Soffiya... Drama yang aku dok tunggu2 setiap hari Isnin sampai Khamis. Yang kasik aku emo2 sampai rasa nak masuk dalam tv pakai pintu ajaib Doraemon. Hadoi! Penangan Soffiya betullah!

Walaupun macam happy ending tapi, terkilan jugak la kan... sebab Fiona mati. Kena bunuh pulak tuh! Memang la... Fiona tu crook giler! Tapi, bila dia dah insap rasa sadis pulak tengok dia mati dengan cara yang kejam tuh. Haish! Nak kena babap tuan director ngan script writer nie... 

Hari nie, start tengok pengganti Soffiya. Tentang Dhia pulak tajuknya. Suka betul diorang buat drama yang tajuknya ada nama pompuan. Kiut kot... Ecewah! ;P

Baru tengok 1 episod. Hmmm... aku rasa macam lambat panas sikit la Tentang Dhia nih. Agak lembab. Lepas tu, macam dah boleh agak apa yang akan jadik seterusnya?! 

Tapi, nak judge lebih2 pun, tak sesuai kot... sebab baru tengok 1 episod. Kena tengok berepisod2 dulu then, baru boleh judge secara over. Kalau best, aku jadikkan drama wajib tonton. Kalau tak best, dengan senang hati aku serah remote kat my 'sayang'lah. 

Kekdahnya... ;P

Hokaylah! Nak tido dah nih. Ngantuk! Jumpa esok dengan entry2 menyengat yang diauto-published oleh tuan tanah kedaung, ek! Wah! Menyengat kata ko! Ha3...


:: Like3, ek! ::

Thursday, October 20, 2011

STRESSNYA SOFFIYA!!!

Stress betul ah kak tengok citer Soffiya! Stress tak terhingga secara melampau, hokay! Terus rasa nak jumpa script writer ngan tuan direktor, nak maki diorang sebab buat storyline camtu. Huh!!!

Geram, benci, menyampah, bla3... semua ado! Especially kat Fiona. Hampeh betul! Apsal la si Muiz tu tak bunuh jer dia masa kat dalam kereta tuh? Mengong!

Ada ke patut dia buh ubat apekejadahnyantah dalam air oren Soffi. Dah orang tu keguguran... Mangkok!!!

Muka cun tapi, perangai buruk tahap gaban! Hah! Amekaw! Siap berlaku curang lagik tuh kat Ilyas. Haish!

Punya la emo ah kak, sampai rasa nak masuk dalam tv, nak carik Ilyas kat Johor, nak bagitau Fiona tu evil giler, bunuh baby yang tak berdosa, mengandung anak orang lain... Kat Kamal pun aku nak bagitau jugak. Kat Kak Ton pun. Erk!

Stress2... Aku stress sampai konon2 nak merajuk la... takmo tengok dah... Tapi, tu konon2 jer la... Sebab aku tau, petang nie aku musti terpacak balik depan tv tepat jam 7 p.m. Hu3...

Korang stress macam ah kak tak tengok semalam punya episod? 


:: Like3, ek! ::

Thursday, October 13, 2011

MAGGI KARI LETUP

Balik kerja, my 'sayang' ajak membeli-belah kat The Store. Owh... walaupun sekadar membeli-belah stock2 dapur & barang keperluan yang dah habis tapi, ah kak tetap like3..!!! Pompuan kata ko! ;P

 Beli Breeze (liquid), tisu, syampoo Sunsilk, bedak talcum Carrie Junior, Maggi Kari Letup, gula2 butter with caramel Cloud 9 & Kit Kat. Owh... itu pun nak kepohchikah? Aiyakkk!!! ;P

Sesambil tu, sempat jugaklah jeling2 kat are ladies fair. Discount sampai 70 %, derrr..!!! Humangaih! Terbeliak bijik mata ah kak tau! Adeh3...

Takpe2... Bawak berten-dang... Tunggu la ko! Tunggu time gaji kang. Masa tu aku jadik kaya (...la sangat...), aku boronglah kamu sume..! Hu3...

Dah! Enough pasal berangan nak jadik kaya tuh. Kita sambung citer balik.

Sampai rumah pukul 6.30 p.m. Pukul 7 p.m, layan citer Soffiya. Eh2! Comel pulak Tiz Zaqyah main geletek2 dengan Azhar Sulaiman. Terus feeling2 nak geletek2 my 'sayang'. Ha3... Amekaw! Over di situ..! ;P 

Sambil layan Soffiya, sambil makan maggi kari letup. Bubuh bayam & telur sejibik. Perrgghhh!!! Memang malatops2! Berpeluh menitik2 kerana kesodapan! Mak mertua lalu pun aci pejam2 mata tengok sipi2 jer. Ha3... Over lagik..! ;P

Korang kalau makan maggi kari letup, over macam ah kak jugak tak? Hiks...


:: Like3, ek! ::


i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google