SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label AIDILFITRI 2014. Show all posts
Showing posts with label AIDILFITRI 2014. Show all posts

Saturday, September 13, 2014

SUSAH NAK BEHAVE!

#throwback

Ada berita mengejutkan! Jijah terpaksa bersalin awal @ 7 bulan merangkap pada hari raya ke-5 sebab bleeding. 

Begini kesahnya...

Baby Jijah ada problem placenta previa atau pun uri di bawah. Almost sebulan dia admit kat Hospital Melaka. Dia mintak transfer ke Hospital Teluk Intan. Nak dekat dengan My MIL mungkin. & it's approved! Maka 'bermastautinlah' pulak Jijah kat Hospital Teluk Intan...

Masa tu, baru 6 bulan kot. Baby kecik. Maknanya, tak cecah berat minima untuk usia kandungan 6 bulan. Baby baru 500 gram out of 800 gram (berat minima). Memang perlukan pemantauan doktor, tak boleh buat kerja berat mahupun ringan & kena jaga pemakanan. Sebab kalau tak follow semua tu, Jijah bleeding. Harapan untuk deliver normal adalah tipis. Kebarangkalian untuk C-section adalah tinggi. Doktor dah bagitau, kalau boleh nak baby cecah usia 7 bulan, baru sesuai untuk C-section. Tapi, kalau boleh cecah sampai 9 bulan tanpa bleeding, lagik baguslah.

Doktor kasik Jijah discharge bila bleeding dah takde. Tapi, doktor pesan siap2, kalau bleeding teruk lagik, kena cepat2 ke hospital. Nak dijadikkan cerita, Jijah mintak transfer semula ke Hospital Melaka. Tapi, tak sempat admit sebab masa balik rumah mertua dia kat Tepeng, Jijah bleeding lagik. Terpaksalah buat C-section kat Hospital Tepeng. 

Berat baby masa lahir adalah 850 gram sahaja. Dok dalam inkubator kat Unit Rawatan Rapi. So, aktiviti raya ke-5 adalah melawat Jijah kat Hospital Tepeng. Tak dapat tengok baby sebab tak dibenarkan. Takpe... Kami paham.

Lepas tu, kami terus beraya ke rumah mertua Jijah. Sodap bihun sup mak Mon. ;)

Pukul 3 ++ petang, kami mintak diri. Tapi, tak balik terus pun... Ada agenda nak ke Zoo Tepeng. Nak bawak Athirah, Arrisya & Aisy berkenalan dengan haiwan kekdahnya... Eceh! He3...

~ Naik trem je, senang. Tak payah susah2kan kaki nak tawaf seluruh zoo tuh.

Kami conquer 80 % dari seat trem tu. Lagik 20 % adalah family orang lain. Tapi, aku syak family yang 20 % tu mesti menyesal naik 1 trem dengan kami. Eh, bukan aku je yang syak! Tapi, My 'Jebat', adik2 ipar & biras2 pun syak cenggitu jugak. Sebab kami buat trem tu macam kami yang punya. Ha3...

Bila driver trem kasik briefing...

"Ok. Di sebelah kiri anda adalah buaya... bla3... dengan ukuran panjang bla3..."

Kami sahut...

"Whoaaa..!!! Buaya2... bla3... panjang... takut... huuuu..."

Bila driver trem briefing lagik...

"Di sebelah kanan anda adalah badak sumbu... bla3... baka kacukan bla3..."

Kami sahut lagik...

"Fuyyohhh..!!! Besarnya badak sumbu tu... bla3... kenapa dia berendam dalam lumpur bla3..."

Nampak 1 couple berselfie pakai monopod kat sebelah kandang zirafah pun kena bahan jugak...

"Huuuuuuuu....... monopod tuuuuuuu......!!!"

Susah betul nak behave! Abah dengan My MIL geleng kepala je la... Ha3...

~ Berhenti makan masa on the way balik. Aci redah je... Asal ada nampak restoran yang 'tak mencurigakan', kami stoplah. Roy belanja. Terima kasih daun keladilah, ye! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, September 12, 2014

MOOD BERAYA @ 4 SYAWAL

#throwback

Syawal yang ke-4...

Mood nak beraya masih ada. Janji berkumpul kat rumah Mak. Lepas tu, baru buat diskusi nak beraya ke mana. Priority adalah untuk Mak. Maknanya, Mak yang decide nak ke mana. Kami follow jerrr... ;)

Mak ajak ke rumah Cik Zai, geng surau Mak. Hokay, fine! Lets gone..! ;P

~ Tapi sebelum tu, selfie dulu lorrr..! ;P

~ Abang ajak berselfie kat rumah Cik Zai. Bukti kejadian gitu..! Layankan jerrr... He3...

Cik Zai jamu kami dengan laksa. Owh... best! Dengan cili padi potong tu, menambah2 kebest-annya. Berpoluh2 ah kak nak menghabiskan. Fuh!

~ Kak Aneem tak nak kalah. Berselfie jugak. He3...

Lepas tu, Mak kata nak ke rumah Cik Hajar. Geng surau Mak jugak. Kat sini kami ratah kuih raya je. Ada marukku yang best. Krup krap... krup krap... ;P

Rumah ke-3 adalah rumah Cik Mai. Pun geng surau Mak. Sodap betul biskut Nestum homemade Cik Mai. Rasa nak mintak sebalang tapi, maluuuuuuuuu.......!!! Ha3...

~ Ini destinasi terkahir untuk hari tu. Rumah cikgu Kak Ngah, Cikgu Sha.

~ Selfie di mana saja. Errr... buat rumah orang, macam rumah sendirik konsep dia. Ha3...

Hokay, sudahlah tu. Moh la kita balik ke rumah Mak semula. Rehat2kan badan, lepak2, sembang2, tido sekejap... Kemudian bangun... selongkar dapur Mak, carik makanan. Syioknya lah haiii... aktiviti raya! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, September 6, 2014

2 + 3 SYAWAL

#throwback

Baliklah pulak ke rumah mertua... lepas beraya sakan dengan family aku. Diorang plan nak beraya ke rumah Tok Uda kat area2 menghala ke Sabak Bernam nun..! Apa ntah nama tempat dia. Aku selalu konpius antara Sabak Bernam, Sungai Besar & Kuala Selangor. Tak boleh nak detect dengan pantas! Buta jalan ya hamat! Hu3...

Hujan renyai2. Mengantuk pulak mata nih. Isk3...

Kemudian, beraya pulak ke rumah nenek Yana. Kebetulan, parents Yana balik beraya kat situ. So, dah alang2, kami terjah je lah. Katanya... Mak Yana dah siap masak nasik untuk lunch. Owh... memang thorrbahek sangat tuh! Hujan + mendung kan... perut memang semedang je berkeroncong. He3...

Kami sampai lewat sikit. Eh, lewat banyak kot..! Pukul 3 ++ petang baru nampak batang hidung. So, dikategorikan sebagai late lunchlah. Hmmm... takpe... aci jerrr... ;)

Nasik putih + kari ayam + ikan goreng + telur dadar = perrgghhh..!!! Riang-ria betul perut nih. Kalau buat ultrasound, kompom nampak dia sedang menari2 zapin. Ha3...

Sebelum balik, sempat singgah rumah sedara belah Abah. Pangkat Tok jugak kot sebab Abah panggil as 'pakcik'. Dijamu dengan mee goreng & bubur jagung adalah sangat best! Rasa macam nak mintak tapau je mee goreng tuh. Tapi, maluuuuuuuu.........!!! Behave itu penting bila bersama family mertua, ye! ;P

3 destinasi je untuk 2 Syawal. Ok la tuh kan...

Esoknya pun kami beraya lagik. Start belah petang. Destinasi pertama adalah rumah Mak Kerol kat Kampung Gajah. Wajib carik daging dendeng Mak Kerol sebab best. Lepas tu, jumpa pulak dengan cookies yang thorrbahekkk..! Bulat discover dulu. Lepas tu, kami 'berjemaah' meratah cookies tu. Krup krap... krup krap... sesado! He3...

Kemudian, ke rumah Nenek Siai kat Kampung Bahagia. Nenek Siai = nenek sedara belah My MIL. Belum sempat tuan rumah pelawa apa2, My MIL, My 'Jebat' & adik2 ipar dah berusaha dengan gigih kait buah rambutan kat laman rumah Nenek Siai. Aku sekadar 'rakan subahat'. Tukang tala mulut je. Ha3...

Sodap, owh..! Lekang & tak berair. Feeling habis! ;D

Last pit stop adalah rumah Angah Ali. Then, baru balik rumah.

~ 'Abang Pengakap' dengan 'Kakak Renjer Puteri' baru balik beraya. Penat & nak berehat. Hiks...

Hokaylah! 2 + 3 Syawal dah selesai. Sekian dulu...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, August 21, 2014

MISI MENCARIK SAMBAL BELACAN DI HARI RAYA

Rumah ke-4 yang we ols terjah adalah rumah Wak. Memang target nak ke sana time tengahari semata2 nak 'carik' sambal belacan Wak yang super marvellous tuh! My 'Jebat' la yang memula mengidam... Yang lain2 pun tumpang mengidam sekali. He3...

Kesah sambal belacan Wak bermula bila everytime kitorang datang beraya, Wak akan jamu makan tengahari. Lauk adalah pure lauk kampung. Daging dengan ayam tetap ada tapi, tau2 je la kan... bila raya, majoriti dok jamu dengan ayam & daging. Tak masak rendang, masak gulai. Tak gulai, rendang balik. So, tekak is macam jemu. 

Bila jumpa nasik lauk kampung kat rumah Wak, memang kompom terangkatlah! Rasa takmo balik! Rasa nak datang beraya hari2. Ha3... Over!

~ Sempatlah solat, cuci2 muka & baring2, berehat kejap kat rumah Wak. A_bern pulak sempat berselfie! ;P

Nasik putih, ikan masin goreng, ikan sepat goreng, ikan rebus goreng, kobis tumis cili padi, gulai daging & yang paling ditunggu2 adalah... SAMBAL BELACAN yang terhebak di abad ini..!!! Woo hooo..!!! Makan sambil menangis kepedasan pun takpe. Apa ada hal..?! Sebab marvellous sangat! Isk3...

Ni yang malas nak taip entry ni! Sebab cepat sangat terkenang2 kesedapan tuh. Uhuks3...

Hmmm... marilah menerjah rumah seterusnya sebelum semakin banyak pembaziran air liur yang berlaku. Hu3...

We ols ke rumah Mak Ngah Rom pulak. Tak jauh pun dari rumah Wak. Sekejap je dah sampai. Mak Ngah Rom ni jiran Mak masa dulu. Kakak & Abang kenal banyaklah. Plus, diorang ada jugak memori kat sini. Aku tak ingat apa pun. Uhuks3...

Special menu adalah pecal. Aku tak larat nak sumbat apa2 dah. Kenyang sangat. Badan pun dah rasa semacam. Nak demam kot. So, aku just layankan Kak Ngah yang dah flat & mengantuk. Last2 tertido kat riba aku.

Destinasi ke-6 adalah rumah Cik Ros. Ada nasik impit & rendang daging yang best. Hati kata takmo makan dah. Tapi, tangan ni dok tercuit2. Cuitan pertama, 'Eh, sodap!'. Cuitan ke-2, 'Eh, kompom sodap!'. Lepas cuitan ke-3, tak kose dah nak layan kata hati. Amik pinggan, bubuh nasik impit + rendang daging sikit & ngap! Owh... heaven... Ha3...

~ Ke kiri... pusing! Ha3... Semua ikut command kecuali Mak & Kakak. Penangan filem Lagenda Budak Setan. ;P

Lepas tu, beraya ke rumah Abang pulak merangkap merehat2kan badan. Asik berjalan je. Badan pun dah sedikit jem. Masa ni, aku dah terasa sangat symptom2 nak demam tu. Bersin, batuk, sakit tekak... O.M.G..! Tsk3... Tapi, still berselera makan cekodok cicah sos yang Kak Aneem & Abang jamu petang tu. Heh3...

Pukul 7 malam, balik semula ke rumah Mak. Cuba segarkan badan yang tak berapa nak segar tuh. Pukul 8.30 malam, Kakak ajak beraya lagik. Rumah kawan dia, Kak Yati kat Langkap. Banyak menu special. Nasik ayam, bihun sup, laksa & macam2 ado lah! Aku lalu makan bihun sup je. Sebab tekak dah semakin mengada2. Hu3...

Maka dengan ini, cerita 1 Syawal pun berkahir... 


:: Like3, ek! ::



Tuesday, August 19, 2014

1 SYAWAL YANG PEACH

Pagi 1 Syawal...

Semua wajib bangun awal. Mak sangat menitikberatkan soal ini bila tiba hari raya. Kalau ada yang bangun lambat, tadah je lah telinga kena bebel dari segenap penjuru! Tak lain tak bukan, akulah tu! Hu3... Kompom sangat!

Actually, saja je buat2 bangun lambat. Motip: Nak ngelat dari masuk dapur. Bijak tak? Heh3... Bila Mak / Kakak / My 'Jebat' kejut, ok fine... boleh je bangun & keluar dari bilik, tapi lepas tu, menebeng dekat anak2 sedara yang tido kat ruang tamu. Alasan: Nak jaga anak2 sedara. Propa sangat..! Sebab hujung2, anak2 sedara yang jaga aku. Acu diorang sambung membuta! Ha3...

Buruk owh... perangai kalau kat rumah Mak sendirik! Almaklum la... anak bongsu you ols..! Ahaks...

Pagi tu, kami semua nampak peach. Haruslah..! Sebab tema adalah peach. Siapa nampak berkaler lain, akan bernanah telinga! Dengor makian sepanjang hari. Ha3...

~ Mak Dats vs 'Prof. Muhaya' wanna be. Ada gaya tak? Ho3...

Photoshoot ni adalah selepas breakfast. Eh, breakfast pagi tu best banget, noks..! Ketupat nasik, ketupat palas, ayam sir sau cili padi, nasik goreng kampung, ikan masin goreng & telur dadar. Perrgghhh..!!! Terkenang2 sampai sekarang! Air liur menjejeh2 ni, oiii..! He3...

Nasib baik baju raya masih muat. Kalau tak, kompom meratapi perut! Ha3...

~ Aku ada 1 Kakak & 1 kakak ipar yang gorgeous. Tak banyak pun... Eh, terpuji pulak! ;P

~ A_bern la yang pilih tema untuk tahun ni. 

~ Siapa sebenarnya yang still under age nih? Konpius! Ha3...

~ Sopan-santun, lindungan Kaabah sangat..! Hiks...

~ Gediks2, mengada2, poyo, over... bla3... ;P

~ Overdose ketupat. Begini la jadiknya. Ha3...

~ #halussss Eceh! 

~ Anak Mak yang kiut-miut, kacak, jelita. Mak pasti bangga. Ecewah!


~ Ampon, Mak... Banyak dosa nih! Tsk3...
~ Spoiled brat ke tak? Cer teka... Cer teka... He3...

~ A_bern yang sangat bangga sebab still dapat duit raya. Takpe2... Sila bangga puas2. Sebab tahun2 yang mendatang ni, Acu akan buat pertimbangan sewajarnya pasal duit raya. Dapat lagi ke tidok..?! Ha3...

Rumah pertama yang kami terjah of courselah rumah Nenek. Salam2, mintak2 ampun dengan Nenek, mokcik2, pokcik2 & cousins semua. Lepas tu, terus ke rumah Mak Yang. Tak sempat berpoluh dah sampai. Sebab 1 laman. He3...

Mak Yang jamu nasik impit cicah kari ayam & kek coklat. Hoyyeahhh..!!! Makan lagi......

Lepas tu, ramai2 ziarah kubur Ayah (read: Atok) & Mak Ngah. Sedekahkan surah Yassin. Semoga roh mereka tenang di sana. Amin...

Mokcik2, pokcik2 & cousin2 aku semuanya balik semula ke rumah Nenek. Tapi, kami tak sebab kami nak terus beraya. Rumah ke-3 adalah rumah mertua aku. On the way, My 'Jebat' roger2 Bulat, kata 'rombongan' kami nak sampai. Saja nak buat havoc! Nak kasik gegar adik2 ipar & biras yang ada kat sana. Ha3...

Rupa2nya, memang bergegar2 pun sebab tak cukup '.kakitangan'. Ramai yang turn balik rumah mertua. Tetamu pulak ramai & tak putus2. Tinggal 2 orang ibu mengandung (Yana & Jijah) je. Pergerakan kompomlah terbatas. Nasib baik pasangan memasing ringan tulang especially Mon. Kalau ada Anugerah Menantu Thorrbahekkk... aku akan calonkan nama Mon. Rajin & laju. Hebaklah kamu, Mon! 

Ada lagik 4 bijik rumah yang nak distorykan. Kira bersambung ke next entry la, ek? Kasik chancelah kat tuan tanah kedaung nak massage2 jari-jemari yang lenguh menaip nih. 

See, ya..! ;)


:: Like3, ek! ::



Monday, August 18, 2014

KETUPAT PALAS YANG PERTAMA SEUMPAMANYA

Cerita raya baru nak bermula. Perkara biasalah tu... Biasa sangat! Heh3...

Tahun ni, turn balik kampung aku. Tahap keterujaan tu pastinya berganda2! Berkobar2 semangat nak packing baju! He3...

Bukanlah maksudnya balik kampung mertua tu tak best. Best jugak apa..?! Sebab mertua I ols ok. So far, takde masalah berbangkit. Ipar-duai, biras bagai... pun ok. Rock macam family aku jugak. Errr... maksudnya, sempoi. Cumanya, bila dapat balik kampung sendirik, berkumpul dengan Mak, dengan adik-beradik sendirik, mokcik2, pokcik2, cousin2... perasaan dia berganda best! Paham tak maksud aku tu? Paham kan? Alaaa... kalau dah kahwin, kompom pahamlah! ;P

Abang kasik cadangan. Tahun ni, buat ketupat sendirik katanya... Takmo ketupat segera yang dalam plastik tu. Nak yang ori, pakai sarung daun kelapa. Ketupat palas pun nak buat jugak. Wah, macam raya sakan nampaknya Abang aku tu! Over kemain! Ha3...

Tapi, takpelah. Layankan je. Walaupun nampak remeh tapi, macam best. Macam boleh menimbulkan mood raya to the max gitu..! 

Tugas aku cuci beras & isi beras tu dalam sarung ketupat. Tak payah susah2 nak anyam sebab Mak dah siap2 anyam. Plus, Mak memang sangat tau yang anak-anak dia, sorang pun takde yang reti anyam ketupat. Ha3... Magic tak statement ni? Magic & sangat jujur bukan? ;P

Lepas tu, aku dengan Kakak jadik runner. Sediakan bahan2 / apa2 je lah yang Mak perlukan. Menyenangkan kerja Mak konsep dia. Kemudian, Kakak ajak kemas rumah Mak. I is ok jerrr... Abang Mie setelkan bahagian kuih raya. Ada jugak dia tolong2 bahagian rebus ketupat. Kak Aneem bahagian pasang tirai pintu bilik.

~ Ketupat palas in the making. Terima kasih Andak sebab sudi ajar cara2 buat ketupat palas. 1st time owh... kitorang buat ketupat palas sendirik..! Ketupat palas yang pertama seumpamanya. ;)

~ Buat ketupat palas sampai lapor balik. Abang potong lemang yang diimport khas dari rumah mertua aku, cicah dengan daging masak kicap yang Mak masak. Perrgghhh..!!! 

Agenda ketupat palas adalah agenda belah malam, selepas berbuka. Aku tak tolong buat pun... Dah tak larat. Kaki lenguh, perut pulak santak. Mentekedarah nasik lauk daging masak kicap masa berbuka. Tak sedar diri betul! Sampai tak hengat dok tambah nasik berapa kali round ntah?! Ho3...

Mak, My 'Jebat' & Abang yang banyak setelkan ketupat palas. Tabik springlah! He3... 

~ Rifqi pulak adalah tukang sibuk je. Merangkap tukang havoc! Ha3...

Malam raya tu, sempat jugak aku layan Love You Mr. Arrogant Raya. Tapi, macam takde konflik sangat kot... Maknanya, biasa2 je. Hmmm... kecewa sikit sebab harapan aku tinggi menggunung! Hu3...

Lewat jugak aku tido malam tu. Tengok tv, makan, borak dengan family... tengok tv lagi, makan lagi, borak lagi... Tu je lah kerja aku. 

Neves jugak sebenarnya! Neves, takut baju raya tak muat. Naya sangat! Masalah besar tuh! Owh... mintak simpang, noks..! Hu3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google