SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RUMAH WAK. Show all posts
Showing posts with label RUMAH WAK. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

MISI MENCARIK SAMBAL BELACAN DI HARI RAYA

Rumah ke-4 yang we ols terjah adalah rumah Wak. Memang target nak ke sana time tengahari semata2 nak 'carik' sambal belacan Wak yang super marvellous tuh! My 'Jebat' la yang memula mengidam... Yang lain2 pun tumpang mengidam sekali. He3...

Kesah sambal belacan Wak bermula bila everytime kitorang datang beraya, Wak akan jamu makan tengahari. Lauk adalah pure lauk kampung. Daging dengan ayam tetap ada tapi, tau2 je la kan... bila raya, majoriti dok jamu dengan ayam & daging. Tak masak rendang, masak gulai. Tak gulai, rendang balik. So, tekak is macam jemu. 

Bila jumpa nasik lauk kampung kat rumah Wak, memang kompom terangkatlah! Rasa takmo balik! Rasa nak datang beraya hari2. Ha3... Over!

~ Sempatlah solat, cuci2 muka & baring2, berehat kejap kat rumah Wak. A_bern pulak sempat berselfie! ;P

Nasik putih, ikan masin goreng, ikan sepat goreng, ikan rebus goreng, kobis tumis cili padi, gulai daging & yang paling ditunggu2 adalah... SAMBAL BELACAN yang terhebak di abad ini..!!! Woo hooo..!!! Makan sambil menangis kepedasan pun takpe. Apa ada hal..?! Sebab marvellous sangat! Isk3...

Ni yang malas nak taip entry ni! Sebab cepat sangat terkenang2 kesedapan tuh. Uhuks3...

Hmmm... marilah menerjah rumah seterusnya sebelum semakin banyak pembaziran air liur yang berlaku. Hu3...

We ols ke rumah Mak Ngah Rom pulak. Tak jauh pun dari rumah Wak. Sekejap je dah sampai. Mak Ngah Rom ni jiran Mak masa dulu. Kakak & Abang kenal banyaklah. Plus, diorang ada jugak memori kat sini. Aku tak ingat apa pun. Uhuks3...

Special menu adalah pecal. Aku tak larat nak sumbat apa2 dah. Kenyang sangat. Badan pun dah rasa semacam. Nak demam kot. So, aku just layankan Kak Ngah yang dah flat & mengantuk. Last2 tertido kat riba aku.

Destinasi ke-6 adalah rumah Cik Ros. Ada nasik impit & rendang daging yang best. Hati kata takmo makan dah. Tapi, tangan ni dok tercuit2. Cuitan pertama, 'Eh, sodap!'. Cuitan ke-2, 'Eh, kompom sodap!'. Lepas cuitan ke-3, tak kose dah nak layan kata hati. Amik pinggan, bubuh nasik impit + rendang daging sikit & ngap! Owh... heaven... Ha3...

~ Ke kiri... pusing! Ha3... Semua ikut command kecuali Mak & Kakak. Penangan filem Lagenda Budak Setan. ;P

Lepas tu, beraya ke rumah Abang pulak merangkap merehat2kan badan. Asik berjalan je. Badan pun dah sedikit jem. Masa ni, aku dah terasa sangat symptom2 nak demam tu. Bersin, batuk, sakit tekak... O.M.G..! Tsk3... Tapi, still berselera makan cekodok cicah sos yang Kak Aneem & Abang jamu petang tu. Heh3...

Pukul 7 malam, balik semula ke rumah Mak. Cuba segarkan badan yang tak berapa nak segar tuh. Pukul 8.30 malam, Kakak ajak beraya lagik. Rumah kawan dia, Kak Yati kat Langkap. Banyak menu special. Nasik ayam, bihun sup, laksa & macam2 ado lah! Aku lalu makan bihun sup je. Sebab tekak dah semakin mengada2. Hu3...

Maka dengan ini, cerita 1 Syawal pun berkahir... 


:: Like3, ek! ::



Monday, November 14, 2011

MENGENYANGKAN PERUT DI RUMAH ORANG

Bukan berfotogediks jer acara wajib di hari raya tapi, berjalan2 ziarah rumah sedara-mara pun acara wajib jugak bagi family aku. Sedara jauh ke... dekat ke... tu belakang kira. Yang penting adalah berjalan2. ;)

Untuk raya haji tahun nie, kitorang terjah 2 buah rumah jer. Memandangkan cuti pun tak banyak & kuorum pun kurang (kakak & family takde) makanya, 2 buah rumah tu pun dah kira oklah.

~ Rumah pertama yang kitorang terjah adalah rumah Mak Ngah nih. 

Mak Ngah nie jiran mak dulu2. Masa kitorang kecik2, kitorang dok kat Changkat Jong. Kat situ la mak berjiran ngan Mak Ngah tuh. Mak cakap, Mak Ngah & jiran2 lain memang baik sangat2.

Bila abah meninggal, Mak Ngah & ada sorang lagik jiran (dah meninggal jugak) selalu temankan mak kat rumah. Tengah malam baru diorang balik sebab risaukan mak.

Bila mak pindah Sungai Manik, terus macam lost contact. Nasib baik Mak Ngah nie tak pindah mana2. Takde la lost contact sampai tak boleh jumpa terus.

~ Kami dijamu dengan nasik impit + rendang ayam + ayam masak kicap black pepper. Eh! Ayam masak kicap black pepper tu giler sodaplah! Rasa macam nak mintak tapau la pulok! Ha3...

~ Rumah kedua yang kami terjah adalah rumah wajib setiap tahun iaitu rumah Wak. Posing dulu, bebeh! ;P

~ Kat rumah Wak, kami dijamu dengan mee tom yam. Best betul ah kak makan! Kuah pun dah tinggal senduk. He3...

~ Lepak lama kat rumah Wak. Sampai ke tengahari. My 'sayang' siap tertido2 lagik! Wak jamu makan tengahari pulak. Lauk simple macam kat dalam gambar nih tapi, giler terangkat! Perrgghhh..!!!

Separuh hari kami berjalan2. Perut memang santak tak hengat la kan... Best betul aktiviti mengenyangkan perut di rumah orang nih! Tak payah susah2 masak, tau2 jer dah terhidang. Heaven! Ha3...

Pukul 2 p.m kami balik rumah. Belah petang takde aktiviti sangat. Tido-tengok tv-makan2-borak2... Tu jer lah kerjanya...

Sekian...


:: Like3, ek! ::

Tuesday, September 13, 2011

TIBA MASA UNTUK BERAYA..!

Penat dah berpsoing tak hengat! Kita pergi berayalah pulak. Fuh! Acara yang paling dinanti2kan sebab dapat jalan2 + makan2. Owh.. best, noks! La3...

Konvoi 5 buah kereta. Meriahnya jalan raya dengan kehadiran kitorang. Ecewah! Ha3...

~ Rumah pertama yang kami terjah, rumah mertuaku..! Dah alang2 lalu, baiklah singgah beraya. Aku tak dapat nak berposing mengenterframe sebab gigih menjadik pelayan, dok angkut ketupat, lemang bawak keluar kasik family aku makan. Terus tak berseri gambar kakak aku ngan Ana nie sebab takde muka aku. Kan3..??? Ahaks3...

~ Rumah kedua adalah rumah wajib setiap tahun iaitu rumah Wak. Kalau pergi rumah Wak, memang santai abis sebab ko buleh buat rumah tu seperti rumah sendirik. Nak makan mee sup pun tak payah hidang2 beriye. Ko main aci cedok sendirik & makanlah secara tak sedar diri! Takde makna nak segan2nya. Owh... heaven2... ;P
Lepas tu, terus ke rumah nenek sedara kat Chenderong Balai. Kitorang panggil nenek sedara tu as Nenek Kambing sebab dolu dia ada bela kambing sekandang. Wah! Sungguh sadis panggilan tu kan? Tapi, bukan kitorang yang kasik nama tu tau! Anak2 Mak Yang aku yang kasik. Terus lekat sampai skang. He3...

Tak sempat plak nak amik gambar kat rumah Nenek Kambing. Plus, diorang dah siap2 hidang nasik makan tengahari. Antara makan dengan amik gambar, makan lagik hebat kot! He3...

~ Rumah keempat adalah rumah Pak Tam kat Titi Gantung nun. Belah petang konvoi dah tinggal 3 bijik kereta jer sebab another 2 dah flat, tak larat nak follow kitorang yang gagah perkasa nih! Ha3...

~ Kena tarbiah dengan Pak Tam & Mak Tam sebab datang tak calling2 dolu. Diorang dah pesan, kalau  nak datang, calling2 bagitau dolu... so, senang diorang nak prepare juadah best2. Yang sadis tuh, buleh plak nama aku yang naik sebab tak call! Cis betul! Hu3... Actually, aku dah try roger2 tapi, tak dapatlah. Line cam busy jer time raya kan... Hampeh betul! Sentap sebab kena tarbiah & tak dapat makan best2! Hmmm... takpe2... Next time, seminggu sebelum kedatangan kitorang calling2 bagitau, ek?! Hiks...

Pukul 8 p.m baru sampai rumah mak. Berlengas betul! Badan rasa macam flat tapi, masih gigih nak pergi beraya. Biasa la kitorang kan... selagik tak lewat malam, selagik tu nak menebeng kat rumah orang, mau beraya sakan kata ko! La3...


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google