*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Potong2, campak2, rasa2, dah siap! Kan ke sonang tuh?! ;P
Bahan2:-
2 biji telur ayam
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 pokok daun sup (dicincang)
1/4 biji cauliflower (dipotong)
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1/2 peket fishball (dibelah 2)
1 batang fishcake (dihiris)
1/4 ketul kiub ayam
1 keping asam keping
1 batang serai (dibelah 2)
Air masak
Minyak masak
Garam
Cara2 Penyediaan:-
1) Panaskan minyak. Tumis halia, serai, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Tuangkan air masak secukupnya.
3) Masukkan kiub ayam.
4) Masukkan lobak merah & cauliflower.
5) Perasakan dengan garam & asam keping.
6) Pecahkan telur ayam & biarkan mengeras.
7) Masukkan fishball & fishcake. Masak seketika. Angkat & hidangkan dengan taburan daun sup sebagai penambah aroma + rasa.
![]() |
| ~ Sup Telur Oh Bulan. |
Oh Bulan... sempena terminat kat drama Bunga Merah Punya. Oh Bulan samadengan sound tracknya. Plus, telur tu bulat2 macam bulan.
Logic kan? He3...
:: Like3, ek! ::




