SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label POKOK. Show all posts
Showing posts with label POKOK. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

HASIL DRAG

Bukan Drag Queen tau! Nom3!!! Salah tuh! Tapi, nie hasil D Rimbun AsLeez Garden (DRAG). Alaaa... kebun ah kak yang sekangkang kera tuuu... Heh3...

Ada la a few pokok yang tertanam kan... Dah menampakkan hasil dah pun. Even dah merasa dah aci petik2 & masukkan dalam masakan. Alhamdulillah... Walaupun bukan la kebun berekar2 tapi, tahap kepuasannya tuh memang terbaiklah..! ;)

~ Paling best bila pokok limau purut dah mula berbuah. Yaabedaaa beduuu..!!! ;P Harus over excited sebab sebelum nie asik nampak daun2 jer kan... Tup2 keluar buah! Mau tak melompat2 dengan riang ah kak! He3...

~ Munge2 chenta... Ecewah! ;P

~ Pokok kari nie dulu ok. Ijo2 cun2 jer... Tapi, semenjak 2 menjak nie kan... dia jadik cam berbintik2. Huduh betul rupa dia! Tak semenggah dah. Tak tau macam mana nak treat bagi elok balik.

~ Cekur nie masih ok kot... Sejak ditanam, kitorang memang tak penah tuai walau sehelai pun. Sebab tak retilah nak masak apa?! Mak kata, buat sambal goreng. Siap kasik resepi lagik. Memang la sambal goreng tu faveret ah kak. Tapi, very the berchentalah aku nak membuatnya. Sekeh kepala sendirik! Hu3...

~ Pokok kunyit pulak. Dulu cun! Ijo2, siap ada munge2 yang kembang chubby2. Tapi sekarang dah kuning2 pulak daun dia. Choi betul! 

Pokok cili padi jer yang dah 'arwah'. Sedeh! Tetiba jadik kering2 & matik! Macam pokok masa musim luruh jer rupa paras dia. Mak cabut & buang dalam tong sampah. Eh! Cabut pokok mati pun mak jugak, ek? Ha3...

Macam mana, ye nak avoid daun pokok kunyit tu dari kuning & pokok kari tu dari berbintik? Cer share... Cer share...


:: Like3, ek! ::

Friday, October 15, 2010

D RIMBUN ASLEEZ GARDEN (DRAG)

Korang ingat, korang jer ade kebun? Ah kak pun ade tau! Nie nak show-off la nih! Ecewah! Belum hape2 dah riak! Tak agak2 betul! Ha3...

Saje jer, nak storymorymorningglory yang skang nie, umah kitorang dah ade kebun atau dalam bahasa saintifiknye D Rimbun AsLeez Garden (DRAG). Wah! Siap bagi name lagik, ko! Poyos! Ahaks3... Selepas berhempas-pulas buat discussion ngan my 'sayang' akhirnye, we ols sebulat suara pilih D Rimbun AsLeez Garden as name kebun kitorang... Walaupun sekangkang kera jer tapi, we ols tetap bangga dengan kewujudan D Rimbun AsLeez Garden. ;)


~ Pokok2 yang ditanam kat DRAG nie lebih kepada pokok2 yang praktikal. Maksudnye macam pokok daun kari nih. Katalah satu hari tu, aku tetibe rajin la plak nak masak kari kepala ikan kan... tak payah susah2 nak ke pasar lagik semata2 nak carik daun kari. Tak pun, tak payah susah2 nak cilok daun kari mak/my MIL lagik. Just gi kat DRAG, main petik2 jer. Kan ke sorga tuh? Fresh lagik, ko! ;D


~ Instead of daun kari, ade jugak pokok kunyit. Kalau nak buat sayur manis, buh daun kunyit sebagai penambah rase. Masyuk, babe..!


~ Nie plak daun cekur. Mak aku sker buat sambal goreng buh daun cekur. Sodap... Tapi, bukan sambal goreng yang sambal goreng Jawa tuh. Tapi, nie yang cili kering tu digoreng, bawang pun goreng jugak, daun cekur nie pun goreng jugak. Pastu, sume tu ditumbuk, buh garam ngan gula sket. Kene ngan nasik putih + sayur manis, lauk telur dadar jer pun dah heaven abis! Tapi, aku tak berguru lagik ngan mak aku tentang cara2 nak buat sambal goreng tuh. Plus, aku bab sambal2 nie memang fail! Sambal belacan pun ke laut! Hu3...


~ Pokok limau purut in da house..! Daunnye amat berguna untuk aku masak tom yam. Sebelum nie, beli jer kat pasar. Tak pun import dari umah mak/my MIL. Amiknye punye la banyak! Konon2 nak buat stock. Tapi, masaknye sekali jer. Sudahnye, kering-kontang dia dalam fridge. Tapi, skang tak lagik sebab agak2 nak masak tomyam jer, aku ke DRAGlah! Mendrag hape2 yang patut. Heh3...


~ Lastly adalah pokok cili padi. Penting & praktikal jugak nih especially kalau ade ikan goreng ke kan... Buleh buat cicah.

Actually, orang kuat di sebalik kewujudan DRAG nie adalah mak aku. Beliaulah pencetus idea & perintis DRAG. Macam daun kari, daun cekur ngan kunyit tu, mak aku yang tanamkan kat umah dia. Siap buh dalam pasu lagik sebab mak sedia maklum yang umah anak dia nie takde laman bertanah. Bile dah besar sket, kitorang tinggal angkut bawak balik umah & letak kat DRAG. Macam pokok limau purut ngan cili padi tu, aku beli anak dia kat Pekan Sabtu (pasar tani) Limau purut tu = 7 hengget. Cili padi lak =RM 1.30. Ade la tanah sket kat tepi pagar tu (still dalam porch) Kat situ la my 'sayang' tanam.

Akhir kata, terima kasih sangat2 kat mak & my 'sayang' sebab tolong tanam pokok2 tuh. Nak harap aku, memang tak la... He3...

Well... nak tanye, cantik, menarik, kebabom tak name D Rimbun AsLeez Garden tuh? ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google