SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KEBUN. Show all posts
Showing posts with label KEBUN. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

MISI MENCARIK DURIAN

My 'sayang' ajak pergi kebun Along. Kebun merangkap dusun buah2-an kat area Degong nun. Nak mencarik durian katanya... Ah kak ok jer... ;D

~ Ganasnya muka nak pergi kebun! Scary, hokay! Huuu......

~ Walaupun ah kak ok jer bila my 'sayang' ajak pergi kebun tapi, yang sebenornya ah kak dok dalam kereta jer. Ya ampon la nak turun join menapak sekali. Memang tak kot... Kegelian melampau kat pa-alip-cha-alip-ta & yang sewaktu dengannya ... Tak boleh blah, owh..! Asal nampak jer nak melompat2! Siap loya2 nak termuntah2 lagik tuh! Hadoiiyaiiinya pun!!! Hu3...

~ Masa kami sampai, ada sorang pakcik tengah gigih kutip durian. Tu ha... yang aku buat anak panah tuh! Penuh 1 kereta sorong dengan durian. Memula, ingatkan pencopet durian! Rupa2nya, Along dah amanahkan kat pakcik tu untuk jaga kebun nie termasuk la hasil2 dia sekali. Ooo......

~ Sementara menunggu my 'sayang' ngan mak mengutip durian, aku pun sawan camera kejap sorang2 dalam kereta. He3...

~ Pakai baju kurung sebab baru balik dari kenduri. 

~ Opocot mak kau!!! ;P

Boringlah sawan camera sorang2 nih. Kalau ada Kak Yong ngan Baby, musti lagik gempak! Macam2 pose boleh terkeluar! He3...

Dipendekkan cerita, pakcik yang jaga kebun Along tu suruh kitorang amik jer durian yang dalam kereta sorong dia tuh. Owh... thank youlah wahai pakcik! ;P

Tak amik banyak mana pun. Cukup2 untuk sekali makan jer. Plus, my 'sayang' tu walaupun hantu durian tapi, bukannya tahan kalau bubuh durian kat bonet kereta. Membebel2 jer kata bau kuat la... apa la... Haish! Makan durian laju! Bau durian dalam kereta tak tahan pulak! Pelik!


:: Like3, ek! ::

Friday, October 15, 2010

D RIMBUN ASLEEZ GARDEN (DRAG)

Korang ingat, korang jer ade kebun? Ah kak pun ade tau! Nie nak show-off la nih! Ecewah! Belum hape2 dah riak! Tak agak2 betul! Ha3...

Saje jer, nak storymorymorningglory yang skang nie, umah kitorang dah ade kebun atau dalam bahasa saintifiknye D Rimbun AsLeez Garden (DRAG). Wah! Siap bagi name lagik, ko! Poyos! Ahaks3... Selepas berhempas-pulas buat discussion ngan my 'sayang' akhirnye, we ols sebulat suara pilih D Rimbun AsLeez Garden as name kebun kitorang... Walaupun sekangkang kera jer tapi, we ols tetap bangga dengan kewujudan D Rimbun AsLeez Garden. ;)


~ Pokok2 yang ditanam kat DRAG nie lebih kepada pokok2 yang praktikal. Maksudnye macam pokok daun kari nih. Katalah satu hari tu, aku tetibe rajin la plak nak masak kari kepala ikan kan... tak payah susah2 nak ke pasar lagik semata2 nak carik daun kari. Tak pun, tak payah susah2 nak cilok daun kari mak/my MIL lagik. Just gi kat DRAG, main petik2 jer. Kan ke sorga tuh? Fresh lagik, ko! ;D


~ Instead of daun kari, ade jugak pokok kunyit. Kalau nak buat sayur manis, buh daun kunyit sebagai penambah rase. Masyuk, babe..!


~ Nie plak daun cekur. Mak aku sker buat sambal goreng buh daun cekur. Sodap... Tapi, bukan sambal goreng yang sambal goreng Jawa tuh. Tapi, nie yang cili kering tu digoreng, bawang pun goreng jugak, daun cekur nie pun goreng jugak. Pastu, sume tu ditumbuk, buh garam ngan gula sket. Kene ngan nasik putih + sayur manis, lauk telur dadar jer pun dah heaven abis! Tapi, aku tak berguru lagik ngan mak aku tentang cara2 nak buat sambal goreng tuh. Plus, aku bab sambal2 nie memang fail! Sambal belacan pun ke laut! Hu3...


~ Pokok limau purut in da house..! Daunnye amat berguna untuk aku masak tom yam. Sebelum nie, beli jer kat pasar. Tak pun import dari umah mak/my MIL. Amiknye punye la banyak! Konon2 nak buat stock. Tapi, masaknye sekali jer. Sudahnye, kering-kontang dia dalam fridge. Tapi, skang tak lagik sebab agak2 nak masak tomyam jer, aku ke DRAGlah! Mendrag hape2 yang patut. Heh3...


~ Lastly adalah pokok cili padi. Penting & praktikal jugak nih especially kalau ade ikan goreng ke kan... Buleh buat cicah.

Actually, orang kuat di sebalik kewujudan DRAG nie adalah mak aku. Beliaulah pencetus idea & perintis DRAG. Macam daun kari, daun cekur ngan kunyit tu, mak aku yang tanamkan kat umah dia. Siap buh dalam pasu lagik sebab mak sedia maklum yang umah anak dia nie takde laman bertanah. Bile dah besar sket, kitorang tinggal angkut bawak balik umah & letak kat DRAG. Macam pokok limau purut ngan cili padi tu, aku beli anak dia kat Pekan Sabtu (pasar tani) Limau purut tu = 7 hengget. Cili padi lak =RM 1.30. Ade la tanah sket kat tepi pagar tu (still dalam porch) Kat situ la my 'sayang' tanam.

Akhir kata, terima kasih sangat2 kat mak & my 'sayang' sebab tolong tanam pokok2 tuh. Nak harap aku, memang tak la... He3...

Well... nak tanye, cantik, menarik, kebabom tak name D Rimbun AsLeez Garden tuh? ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google