SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PERAK VS SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label PERAK VS SELANGOR. Show all posts

Friday, October 14, 2011

TENGOK TV JER LAH LABU...

Hye, you ols..!

Ah kak bersiaran secara langsung dari rumah nih. Means, tak jadik pergi Stadium Perak. Tiket sponsor tuh kira macam 1st come, 1st serve. Siapa pergi sana baru dapat. 

Pikir punya pikir, my 'sayang' kata takmo la amik risiko. Lepak kat rumah, layan bola depan tv lagik selamat kot. 

Hah, tuh! Korang dengor tak my 'sayang' tengah terjerit2 tuh? Eh! Confirm la tak dengor kan... He3... My 'sayang' kalau tengok bola, memang feeling habis! Sepenuh hati kata ko! Tambah2 pulak Perak yang main. Lagik la dia buat pelbagai aksi. Kejap2 kang kalau dah dekat2 nak gol, mula la tersenget2 badan dia. Lepas tu, kalau tak gol jugak, membebel2 la mulut dia. Ha3...

Kalau still boleh dikawal, aku ok jer. Tapi, kalau over sangat, terpaksa la masuk campur. Suruh my 'sayang' bawak berten-dang. Eh, silap! Bawak bertenang... ;P

"Aaby, abang tengok bola malam nie takde la nak emo2 sangat... Biasa2 jer. Takde nak tekanan2... Cool."

Tapi, tetiba...

"Apa la takde orang!-Mana pergi sume nih?-Main macam hape jer..!-Haish!-Bla3..."

Aik! Kata tadi takmo emo2, takde tekanan2, cool bagai... Apa sudah jadi daaa..??! Ha3...


:: Like3, ek! ::

KALAU KENA LANYAK JUGAK, CAMNE?

Malam nie, kalau takde aral melintang/membujur/membulat/apa2lah kan... aku ngan my 'sayang' akan jadik 'cheer leader' kat Stadium Perak. Tengok bola kata ko! Perak vs Selangor. Woo hooo..!!!

Wah! Tetiba kan... ah kak yang kaki bangku lagik tak minat bola nie nak jadik cheer leader... Pelik tapi, benor kot bunyiknya... Hmmm...

Begini... my 'sayang' yang ajak tengok. Aku macam musykil jugak sebab ada ke tiket lagik?! Ke orang tak ramai yang nak tengok sampaikan boleh beli tiket secara walk-in jer?! 

My 'sayang' kata, kawan dia nak kasik tiket free. Tiket yang disponsor oleh orang politik untuk menunjukkan sokongan beliau kat team Perak. Biar ramai yang terjah Stadium Perak. Kasik gegar..!!! ;P

Takde la berharap sangat kan... Tengoklah nanti camne?! Kalau tiket still available, boleh la join menggegarkan stadium jugak. Kalau takde rejeki, layan Astro Arena jer la kot. Ah kak memang tak kesah sebab pergi nie pun aci redah temankan my 'sayang' jer. Kalau game tu best, boleh la layan secara menumpukan perhatian. Tapi, kalau hampeh + lembab2 jer, ah kak layan camwhorelah. He3...

Dalam kosmo hari nie, 'Gergasi Merah Tak Rela Dilanyak' katanya... Tapi, kalau kena lanyak jugak camne? Mahap3..!!! Ha3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google