SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KERABU MANGGA. Show all posts
Showing posts with label KERABU MANGGA. Show all posts

Sunday, August 4, 2013

IFTAR 17 RAMADAN 2013

Hati bermunge2 sebab nak balik berbuka kat rumah Mak. Yaaa beda beduuuuuuuuu.....!!!

Pagi2 bawak Mak ke pasar. Lepas tu, tolong Mak apa2 yang patut. Tolong potong2 la... Apa lagik kan... ;P

Lepas Zohor, balik kejap. Kengkonon nak kemas rumah & blogging. Padahal..................

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..............

Ha3... Hadoiiyaiiinyapon!!!

~ Senyum je. ;D

Nak gerak balik kampung, rumah Mak. Mata tu macam sembap. Eh, bukan 'macam'! Tapi, memang sembap pun! Bahana tido berlebihan. Adeh3...

~ Semangat balik kampung. Heh3...

Dipendekkan cerita, meh la kita usha2 apakah juadah iftarnya, ek! ;P

~ Kerabu mangga by Mak.

Mak siap buat plating cantik2 lagik semata2 nak suruh aku snap gambar...

"Adik, kerabu mangga Mak dah siap dah nih. Cer amik gambarnya. Boleh bubuh kat internet."

Ha3... comel sangat ayat Mak! ;)

~ Ayam sirsau cili padi by Mak.

~ Murtabak pisang & kuih nasik antah by stall tepi jalan kat Parit 7B.

~ Sotong masak kicap by Kak Aneem.

~ Rifqi dah tak sabor nak togok air cincau tuh. Suruh posing manjas2 pun tak heran dah. Ha3...

~ Aktiviti menunggu azan berkumandang menandakan waktu berbuka. ;)

Semua juadah adalah 'by Mak & Kak Aneem'. Takde 1 pun yg 'by tuan tanah kedaung' kan? Perasan tak? Perasan tak? Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, August 14, 2012

IFTAR 10 RAMADAN... 2012

Semua lauk tapau PARAM & tapau dari rumah mak. Masih tak kose nak main masak2 sebab rasa macam aci tunjuk2 tau2 lauk siap tu adalah best! He3...

Cakap je la malas kan... Lagik nak pusing2 ayat. Heh3...

~ Ada asam pedas ikan pari... Murah & sodap! Cuma kurang pedas je. Takpe... Boleh dimahapkan. ;P

~ Cempedak goreng & puding milo...

~ Ikan bilis goreng ngan ikan siakap sweet sour. 

Kebetulan hari tu, mak ngan geng2 suraunya masak kat surau. Kebiasaannya begitulah... Sebab memang selalu ada pengajian. Tambah2 di bulan puasa nih, makin murah rezeki bila ramai yang chop nak bersedekah buat kenduri bukak puasa. 

Bajet untuk 1 hari kenduri adalah 600 hengget. Mak pun join buat kenduri jugak. Mak sharing2 dengan geng2 mak untuk buat kenduri 10 Ramadan tuh. Niat untuk arwah abah. Sesiapa yang masak, akan ditapaukan lauk-pauk. Kiranya, siakap sweet sour tu lauk kenduri hari tu lah.

~ Kari ayam ni pun sama jugak, lauk kenduri.

~ & kerabu mangga nih.

Alhamdulillah la kan...

Tak lupa Al-fatihah untuk arwah abah... Semoga rohnya sentiasa tenang di sana & ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 25, 2012

IFTAR 2 RAMADAN... 2012

Iftar 2 Ramadan...

Turn berbuka puasa kat rumah mak pulak. Pukul 11 pagi baru terhegeh2 aku nak bawak mak pergi pasar, beli bahan2 nak masak. Amekaw! Pukul 11 pagi tuh baru nak meredah pasar!

Qada tido dulu sebelum tuh. Heh3...

Tapi kan, pukul 11 tu pun ramai lagik orang kat pasar tau! Berduyunnnnnnnn.... kata Juliana Banos. Penangan Ramadan kot...

~ Mak tengah siapkan kerabu mangga. Tetiba mak posing... & tetiba jugak mak suruh aku snapkan gambar nih. 

Kata mak, nanti bubuh kat internet (merujuk kepada blog & facebook), ye! Bagi kakak tengok.

Cewwah..! He3...

~ Belah petang, kami ke PARAM mencarik kuih-muih. Terserempak pulak dengan accident ni kat Kampung Bahagia. Nampak macam dasat! Tapi, saksi2 kejadian kata takde yang cedera parah. Fuh!

Amik iktibar. Sila berhati2 di jalan raya especially di musim2 perayaan macam ni.

~ So, juadah iftar hari tu adalah kerabu mangga. Pakai pelam epal yang Cik Siah bagi. Rangup2 sodap!


~ Ikan tauhu masak pedas ngan cekodok kucai tu mak yang masak. Terkenang2 sampai sekarang... Ayam halia tu pulak Kak Aneem yang masak. Agar2 tapau kat PARAM. 

~ Sup ayam ni pun mak masak jugak. Marvellous, bebeh! Terkenang2 lagik... ;P

Pendek kata, kalau dah namanya air tangan mak, semua pun akan terkenang2. Tambah2 time puasa nih. Lagik la over terkenang2nya! Hu3...

Berbuka beramai2 dengan mak & adik-beradik macam ni memang terbaekkk! Ye la kan... bila semua dah besor panjang, dah ada family sendirik, memang bercinta jugak nak mencurik2 masa makan sama2 macam ni. Tu pun, still tak cukup kuorum gak nih. Kakak & family takde... di perantauan... 

So, mana yang dah ada peluang tu, jangan sia2kan, ek!


:: Like3, ek! ::


i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google