SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label DADI. Show all posts
Showing posts with label DADI. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

INNALILLA HIWAINNA ILAI HIROJIUN...

Lama aku 'menghilang' kan? Tapi, kalau aku 'menghilang' dari blog nie, insyaallah... aku akan kembali jugak lagik. Berbeza dengan 'menghilang untuk selama2nya'...

Owh... sedih sangat bila nak bercerita pasal 'kehilangan' nie. Especially kalau bab2 kehilangan insan2 tersayang yang ada di sekeliling kita. 

Well... ada sebab aku bukak cerita pasal 'kehilangan' nih. Baru beberapa hari lepas, aku & my 'sayang' kehilangan orang2 yang kami sayang. Hari Ahad (malam) 4 Disember 2011, abang dapat call daripada Pak Ngah Sudin yang mengkhabarkan berita sedih. Mak Ngah meninggal dunia sebab sakit tua. 

Tergamam jugak bila dapat berita tuh. Ye la... selalu setiap kali raya, musti kitorang konvoi ke Taiping, ziarah Pak Ngah Sudin, Mak Ngah & Abang Asri. Tapi, tahun nie asik bertangguh nak ziarah diorang. Raya puasa tak ziarah sebab memasing turn balik rumah mertua. Raya haji pulak tak ziarah sebab cuti seciput jer. Plus, kakak pun tak dapat nak pergi sebab Abang Mie kerja.

Tiba2 dapat berita Mak Ngah dah takde. Takde rezeki nak jumpa Mak Ngah. Sedihnya... Kami cadang nak ziarah Pak Ngah hujung minggu nie. Insyaallah...

~ Arwah Mak Ngah dalam kenangan...

~ Gambar kenangan dengan arwah Mak Ngah... 

Al-fatihah... Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin...

Pagi Isnin, 5 Disember 2011... masa tu kat rumah mak, aku tengah bersiap2 nak pergi kerja. Tiba2 handphone my 'sayang' berbunyik. My 'sayang' takde sebab pergi beli breakfast kejap. Cepat2 aku jawab call tuh. 

"Hello! Kak Leez, Abang Mamat (panggilan my 'sayang' 
dalam family dia) mana? ..................... tolong ...... boleh 
tak .... bawak hospital? ................"

Yang '.....................' tu samadengan perkataan2 yang tak jelas sebab suara Bulat macam menggigil2 & putus2.

"Apa..??? Tak dengor la..."

Tiba2, my MIL pulak yang bercakap... sambil nangis2... Buat hati aku rasa tak tenteram!

"Mamat mana Mamat? Nie mak nie. Dadi dah takde... 
Dadi dah meninggal... Hu3..."

Aku speechless! Aku rasa kaku tak tau nak buat apa?! Aku rasa aku macam mimpi!!! 

Mak datang dekat, tanya hal sebenor. Aku kata, 'Mak... Dadi dah meninggal!'

Innalilla hiwainna ilai hirojiun... 


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::

Sunday, July 31, 2011

WAJA BERMATA CEME

Lokasi Kejadian: Sungai Buaya

Pada suatu tengahari, abah tugaskan Dadi untuk tapau lunch, nak bagi kat pekerja2 abah yang tengah buat projek kat Sungai Buaya. Hokay, fine! & Dadi pun menurut perintah, membawak Waja ke kedai makan...

Sampai kat 1 simpang, bila Dadi nak masuk jer simpang tuh, tetiba... gedegang..!!! Accident kata ko! Accident dengan sorang pakcik naik moto. 

Mengikut peraturan/undang2 jalan raya, memanglah Dadi yang salah sebab Dadi yang nak masuk simpang tapi, mungkin tak toleh kiri-kanan. Sedangkan pakcik naik moto tu plak memang sah2 lalu jalan dia yang lurus.

~ Begini la rupa Waja selepas accident. Ceme mata dia sebelah. Dah tak ensem dah Waja abah. He3...

Nasib baik pakcik naik moto tu cedera ringan jer. Accident plak betul2 depan klinik. Buleh hantar terus pakcik tu ke situ. Membebel2 jugaklah pakcik tu kat Dadi. Tadah jer la telinga kan... Dah salah kata ko..!

Terpaksa la bayar ganti rugi kat pakcik tuh untuk betulkan moto dia. Ratus2 jugak la terbang. Owh... sadis!

Waja plak masuk workshop. Kena dalam RM 1300 kalau tak silap aku. Tu pun tak cat lagik sebab kalau nak cat kena tunggu lama sket. Abah nak pakai keta. So, cat postpone dolu. Kasik betul sama itu 'mata ceme' jer. ;P

Eh! Korang tau ke ceme tu apa? ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google