SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BLACK-OUT. Show all posts
Showing posts with label BLACK-OUT. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

TETIBA, HOKAY..! TETIBA...

Hari Isnin pulak... ;P

Kami balik kampung lagik. Kali nie balik Kampung Parit 2, rumah mak. Mak ada pesan mintak tapaukan apam balik yang kat area orang jual kacang rebus, kat tepi Shell petrol station tuh. Eh2! Macam la korang tau kan... Heh3...

Beli apam balik biasa ngan apam balik yang garing2 tuh. Beli burger ayam jugak sebab aku teringin. Roger2 mak kata, 'Mak, apam balik ada. Kalau disertakan dengan air teh panas pun terangkat gak nih!' Ayat 'bijak' merangkap ayat tak buleh blah, mintak mak buat air teh panas. Dush3 diri sendirik! Adeh3...

Nasib baik mak sentiasa paham. La3... ;P

Aku makan burger ayam. Mak layan apam balik. Nenek pun join sekali layan apam balik. My 'sayang' paling dasat sebab layan nasik sampai 2 pinggan! Amekaw! Lauk faveret katanya... sebab ada ikan sepat kering goreng. Kruk krak, kruk krak my 'sayang' kunyah. Hebat betul!

'B, nanti kalau naik lagik 2-3 kilo, jangan salahkan sesiapa, ek! Salahkan perut yang memboyot tuh!' 

Ha3... Larikkkkssss.....!!!

~ Lepas Maghrib, memasing kekenyangan. Aku ngan mak layan Soffiya kat atas 'tilam ajaib' mak. My 'sayang' pulak layan Kosmo. 

Tak sempat layan sampai habis pun citer Soffiya sebab 'service currently not available'. Klise betullah Astro nih! Sentapahkaktau! Off tv. Plus, masa tuh kilat sabung-menyabung, guruh berdentam-dentum! Ngeri!

Tengah baik punya landing kat atas 'tilam ajaib' tetiba...

GEDEBUMMM...!!!! (Sound effect guruh + petir. Betul ke macam nie bunyiknya, ek? He3...)

Habis 1 rumah black-out! Aku menjerit macam nak tercabut anak tekak! Ngeri banyak, derrr... gelap-gulita macam tu... Aku mula la jadik batu kalau gelap2 macam tuh! Menggagau jugak la mak & my 'sayang' carik aku. Owh... sadis! 

Disebabkan guruh + petir tu terlalu kuat makanya, suis yang kat box power supply tu teroff. Bila my 'sayang' naikkan, menyala balik la lampu. Lega betul dapat tengok alam sekeliling. Fuh!

Gelap-gulita sangat menakutkan... betul tak? Huuuu.....


:: Like3, ek! ::

Thursday, January 20, 2011

BLACK-OUT

Opis kalau black-out, memang tak buleh blah! Kalau kat umah black-out, buleh jugak la kitorang mancarik2 angin di luar. Tak pun, balik umah mak aku terus. Tapi, kalau kat opis ko nak larik ke mana lak kan... Dalam opis hour, takkan nak balik umah mak! Nom3!!! ;P


~ Baru2 ni, opis aku black-out lagik... Ni yang kali ke berapa belas ratus ntah?! Tak kira lak. Memang gulap-gulitalah pemandangan. Masa tu aku tengah baik punya khusyuk buat keje. Tang perkataan 'khusyuk' tu cam aku ni bakal dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang la plak! Hiks...

Tensen jugak la... Sebab ingatkan sebentar cuma. Tapi, berbentar2 la plak! Hadoiiyaiii...! Mana nak larik nih? Kaum Adam sume dah blah dah. Gi minum pagi kekdahnya... Elok2, kaum Adam balik opis, aku ngan Ros lak take turn gi minum pagi.

Takde la lapor sangat pun... Tapi, tak tahan dok dalam opis, berkuap semacam! Tu pun sib baik hari tu baru lepas ujan. So, kureng la sket panas. Hmmm... dekat sejam gak la kejadian black-out tuh. Terganggu mood keje ah kak, hokay..! Dan2 tu dok membebel2 dalam hati, 'Apsal la takde generator/emergency power suply kat opis nih? Haish!'

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google