SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BAYAM. Show all posts
Showing posts with label BAYAM. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

MASAK LEMAK BAYAM + KOBIS BIDADARI

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Yang nie menu masakan hari Khamis. Masak untuk lunch tapi, masak belah pagi. Senang nak aci reheat. Nak masak tengahari takut tak sempat sebab hari Khamis kan lunch hournya 1 jam jer... Lain la kalau hari Jumaat. Lunch hour lama. Boleh masak macam2.

Ini pun masak sehabis simple. Nak tau apa yang simple tuh? Hah! Jom tengok!

Bahan2:-

1 ikat bayam (disiang & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 tangkai cili hijau (dibelah 2)
1/2 tin susu cair
1/2 genggam ikan bilis (dicuci bersih & ditoskan)
1/4 biji kobis (dipotong & dicuci bersih)
Air masak
Garam
Serbuk perasa

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan bayam, kobis, ikan bilis & bawang besar ke dalam periuk.
2) Tuangkan susu cair & air masak. Masak hingga mendidih.
3) Masukkan cili hijau, garam & serbuk perasa. Biarkan seketika. Angkat & hidangkan.

~ Masak Lemak Bayam + Kobis Bidadari. Cukup simple, cukup mudah.

~ Add-on ikan cencaru goreng ngan cicah cili kicap. Memang sesuai sangat dibuat lauk lunch. Terbaik dari ladang, noks! ;P

Amacam? Dah ada idea ke nak masak apa tengahari nih? ;)


:: Like3, ek! ::

Thursday, July 7, 2011

BAYAM TUMIS SESEDAP RASA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Resepi simple! Tu jer nak kata untuk mukadimah. ;)

Bahan2:-

1 ikat bayam (dipotong)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai cili hijau (dihiris serong)
Air
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang merah & cili hijau hingga naik bau.
2) Masukkan bayam. Kacau rata.
3) Tuangkan sedikit air. Tutup sekejap kuali sampai bayam sedikit layu.
4) Perasakan dengan serbuk perasa & garam. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Bayam Tumis Sesedap Rasa. Kalau ada ikan bilis, buleh la buh jugak. Lagik terbaik! Aku tak buh sebab stock abis. Harap maklum. ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google