SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BAS. Show all posts
Showing posts with label BAS. Show all posts

Saturday, July 2, 2011

KE LONGKANG BAS ITU...

Masa on the way nak ke kenduri kahwin tu kan, kitorang nampak 1 bas nie dok landing baik punya dalam longkang besar kat laluan yang bertentangan ngan kitorang.

Accident ko..! Seram2 sejuk jer lutut ah kak nak lalu situ sebab ye la... ingatkan accident tu baru jer lagik. Tapi, rupa2nya tak. Accident tu berlaku pukul 1.15 pagi. Fuh!

~ Diorang2 tu jer buat suspen sebab still gigih nak tengok keadaan bas yang dalam longkang tuh. 

Teruk jugak actually accident tuh. Berita selanjutnya kat bawah nih:-

LUMUT: Seorang maut, tiga cedera parah manakala 17 yang lain cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan sebuah kereta Proton Waja di KM8, Jalan Sitiawan-Teluk Intan, Lekir, Manjung awal pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman, berkata bas berkenaan dalam perjalanan dari Seri Manjung ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Selangor, manakala Proton Waja terbabit datang dari arah Klang, Selangor, menuju ke Seri Manjung.

"Nahas 1.15 pagi itu berlaku apabila kereta yang dinaiki mangsa memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres terbabit dan mengakibatkan bas tersebut tergelincir serta memasuki longkang di kiri jalan.

"Anak lelaki pemandu kereta itu yang berusia lapan tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

"Manakala pemandu kereta tersebut yang dikenali sebagai Maruan Jalil, 41, dan seorang lagi anak perempuannya serta seorang penumpang bas ekspres berkenaan dikejarkan ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan," katanya.

Ketika kejadian bas berkenaan sedang membawa 26 penumpang dan baru sahaja 15 minit bertolak dari Seri Manjung menuju LCCT.

Kereta terbabit pula dinaiki enam orang yang dipercayai baru pulang daripada bercuti di Klang.
Mohd Jamil berkata, semua 17 penumpang bas itu dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Seri Manjung (HSM).

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan kereta terbabit remuk teruk di bahagian depan manakala bumbungnya hampir tercabut.

"Polis masih menyiasat punca kejadian," katanya.

Mohd Jamil berkata pemandu bas yang dikenali sebagai Julie Marail, 32, mengalami patah tangan dan dibenarkan keluar dari HSM beserta 17 penumpang.

"Seramai 12 orang penumpang bas itu bagaimanapun meneruskan perjalanan ke LCCT kerana mereka sudah menempah tiket penerbangan ke destinasi masing-masing," katanya. - BERNAMA



*Moral of the story: Berhati2 lah di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang... 

Pesanan ikhlas dari blogungukechentaan AreLeez Adnan... ;)

Wednesday, May 18, 2011

BILA MAMA & PAPA BERPISAH DENGAN ANAK2...

Bila seorang mama & papa terpaksa berpisah sementara dengan anak2-anaknya, maka beginilah jadiknya...

~ Abang aku temankan Kak Aneem ke MINDEF lagik. Nak tau posting kat mana katanya kan...

~ Kak Aneem tengah control2 sendu sebenornya tuh. Tersenyum hanya pada zahir. Dalam hati, hanya Tuhan yang tau... Sob3...

~ Diorang gi naik bas jer sebab abang aku kan tak tau jalan nak ke sana... Plus, my 'sayang' tak dapat nak tunjuk jalan lagik sebab ada keje yang perlu diselesaikan...

~ Lip2 maintain sawan camera..! Dia tak tau yang sekejapan lagik dia & Odah bakal kena tinggal! Kalau tau, mau berguling2 diorang kat tangga bas tuh! Haru-biru, noks! Hu3...

~ Diakhiri dengan mama & papa sementara diorang... Jaga2 la kalau degil/nakal! Siap la aku babap! Haip2!!! He3... Peace, bebeh! ;P
Abang & Kak Aneem ke KL sehari jer pun. Bertolak malam ke KL, sampai KL Pak Andak amik kat Hentian Duta, tido kat umah Andak & sok malamnya dah balik umah. Walaupun sekejapan tapi, diorang tetap syahdu sendu, hokay..! Dah katanya MAMA & PAPA kan... Harus rasa sedih if kena tinggalkan anak walaupun sekejapan.

Alhamdulillah... dapat jugak Kak Aneem posting kat area Perak. Tu pun lepas mintak tukar kementerian. Dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Dapat kat Titi Gantung sana nun... Belah2 Bota. Ok la tuh!

Pssttt2!!! Masa nak naik tangga bas tu pun Kak Aneem dah nangis2 sapu2 air mata, hokay..! He3...

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google