SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label ALONG. Show all posts
Showing posts with label ALONG. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

SANTAKNYA PERUT..!

Di saat aku memblogging ni, aku baru jer balik dari kenduri arwah kat umah Along. Giler lambat we ols sampai! Tebal jer muka lalu kat depan orang. Adeh3...

Hari ni kan ujan sepanjang hari... So, mood nak ke kenduri tu cam lambat jer nak sampai. My 'sayang' lak, jasad jer kat kenduri tapi, jiwa raga nun kat bola sepak Piala Sumbangsih. Tapi, disebabkan yang kenduri tu adalah mak sedara my 'sayang', makanya redah gak la kan...

Masa we ols sampai, sume orang dah nak menjamu selera. Langkah kanan, gitu..! Ecewah! ;P Memula, aku cam segan2 la nak terus makan sebab cam takde geng. Aku ingat nak carik my MIL ngan Jijah dolu, lepaking ngan diorang. Kang diorang makan, aku makan la jugak. Tapi, Along, Kak Tuti (anak Along) ngan Angah Utin (pangkat mak sedara gak la ni...) gigih suh aku makan. Isk3... serba salah la plak! Dah tak buleh tolak dah. Makanya, makanlah ah kak... ;P

Santak perut, weh..! Mana taknya?! Tengahari tadi mak aku tak masak sebab mak tolong jiran masak2 sebab sok ada kenduri kawen anak dia. Pukul 3 p.m, aku gigih ajak mak keluar jalan2 carik makan sebab lapor! My 'sayang' takde, ada keje. So, we ols redah gi pasar malam (sib baik dah bukak), tapau laksa, lemang + rendang & kacang kuda. Sebelum tu dah menyinggah kat Mastan Ghani, tapau rojak. Pastu, singgah Bumbung Biru lak, tapau nasik goreng ayam ngan nasik goreng paprik. Wah! Banyaknya makanan! Mana tak santak, weh..?! Hu3...

Malam lak makan kenduri kat umah Along. Bertambah2 santaklah perut! Adeh3... Skang ni, perut dah sama tinggi ngan Gunung Kinabalu. Macam mana mau kasik turun lorrr..??? Tsk3...

Friday, October 8, 2010

ALONG PENGSAN..???

Dalam bulan Syawal nie jugak, we ols dapat berita yang agak mengejutkan iaitu 'Along pengsan & masuk spital.' Along = mak sedara my 'sayang' yang sulung (belah abah). Kira macam Mak Long la... Aku dapat tau pun after balik keje, my 'sayang' yang inform. Makanye, berdesuplah kitorang ke spital...


~ Ini la Along. Mase we ols sampai, Along tido. Tak lame pastu, baru dia bangun.


~ Spital bagi makan rice porridge ngan sayur kobis.


~ Ramai jugak yang datang ziarah Along petang tu. My MIL ngan abah pun ado.


~ Qistina pun ado. Uiks! Mane buleh tinggal budak kecik nih... Kalau nenek ngan atuk keluar, dia pun harus kene angkut sekali.


~ Sambil makan, sambil kene interview ngan my MIL. 'Bile pengsan? Camne buleh pengsan? Salah makankah? Bla3...' Menjawab la Along..! Macam sidang akhbar plak. He3...

Actually, Along pengsan belah pagi. Mase tu, Along baru lepas breakfast ngan nenek kat 1 of mamak stall kat Taman Cicely iaitu Fazari Maju. Instead of breakfast, Along jugak nak tapaukan roti canai & minuman untuk anak2 buah dia yang Along upah untuk amik buah kelapa sawit kat kebun Along. Mase nak masuk keta, nenek cam pelik sebab nenek dah masuk tapi, Along tak masuk2. Rupe2nye Along dah pengsan kat tepi pintu keta. Orang2 kat Fazari Maju tu la yang tolong bawak ke spital. Sib baik spital kat seberang jalan jerk. Doktor kata, darah tinggi Along naik, sampai 200 ko! Bahaya wooo... Plus, Along memang tau dia ade darah tinggi tapi, takde buat pemeriksaan berkala kat spital. Just amik ubat kat klinik jerk. Mase raye tu maybe Along ade terlebih makan mende2 yang pesakit darah tinggi pantang makan macam daging ke kan... Tu yang buleh pengsan terus tuh! Harap2 lepas nie, Along buat la pemeriksaan berkala.


~ Sawan camera dah datang nih! Adeh3... ;P


~ Balik dari spital, my MIL ajak singgah Fazari Maju. Nak pekena hape2 yang patut. Abah belanja. Owh... yeah..! ;D


~ Aku order maggi goreng jer. Same la ngan my 'sayang'. Sodap pulak maggi goreng Fazari Maju tuh. Rase macam nak terjah jer petang kang. 'Owh... B...' Ngeh3...

Semase entry nie dipublish, Along dah pun discharge. Alhamdulillah... dah semakin sihat pun. Well... instead of pengambilan ubat2-an spital, ade tak petua/cara tradisional yang buleh diamalkan untuk pesakit darah tinggi? Sharing is caring, please... ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google