SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, February 13, 2020

KEINSAPAN BERCAMBAH

Dah janji dengan Kakak sebelum dia balik kampung lagik. Nak jogging berjemaah. So, kena la tunaikan walaupun berat bontot. Nak elak dikecam 7 hari 7 malam. Ha3...

Kakak & Abang Mie seorang yang workoutholic. Dari dulu, sebenarnya. Berbanding adik dia yang foodhunterholic. Ha3... 

Semenjak 2 menjak nih, ke-workoutholic-an Kakak semakin terserlah. 

Bila tengok ada rakan sebaya or even yang lebih muda pergi menghadap Ilahi...
Bila tengok ipar-duai pon ramai yang dah kembali kepada Pencipta...

Keinsapan makin bercambah katanya... 

Mati itu pasti. Tapi, asbab kegagalan penjagaan kesihatan yang optimum tu yang dia cuba elakkan. Sebab mostly, rakan2 sebaya / yang lebih muda & ipar-duai tu 'kembali' atas faktor kesihatan. Stroke, kidney failure, jantung & macam2 lagik yang kita geruni.

Makanya, marilah menjaga kesihatan... ;)

~ Selesai jogging 2 round di Padang Speedy. 

Anak2 sedara harus diangkut sekali. Buat peneman + escort sebab Acu & Ibu comel sangat. Ha3...

Walaupun realitinya, diorang tu pantang Acu & Ibu onz enjin kereta. Laju je mintak izin Papa & Mama diorang. Dapat izin, terus capai tudung. Pantas & tuntas! Ha3...

Round yang pertama, Acu tak kena kecam. Tapi, round yang kedua, tak buleh elak kena kecam sebab Acu & Acu Pendi potong jalan shortcut:-

Acu: Yes, Acu & Acu Pendi menang! Kak Yong, Kak Ngah & Ibu kalah! Ha3...

Kak Yong: Memang la menang sebab main tipu! Amik jalan shortcut.

Acu: Tu bukan tipu. Tapi, thoat (read: taat). Acu Pendi yang ajak. Acu Pendi kan suami Acu. So, Acu kena la thoat, tokleh melawan, berdosa. 

Kak Yong: Kalau suami menipu pun kena ikut ke? 

Ha3... Semua ketawa berdekah2 dengor statement kecaman Kak Yong. Ha3... Hadoi la... Tak habis nak gelak lagik nih. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



#RAISHATURNS1

Khatam Quran Kak Yong, sudah.
Bacaan Yassin pun sudah.
Kenduri doa selamat pun sudah. Kami still menerima tetamu sehingga petang. Ada yang tak dapat datang on time atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Maka datanglah petang. Takpe... Kami onz. Kami paham. Sudi2kan jamah apa yang ada. Tetamu kenyang, tuan rumah pun happy. ;D

Majlis yang core semua dah selesai. Alhamdulillah...

Tiba masa untuk birthday party Raisha. Jenuh jugak nak menyiap, meng-maintain & meng-divakan si Raisha nih. Sebab dia dalam fasa eksplorasi. Semua yang dia nampak, yang dia pegang, dia nak kaji.

~ Props & backdrop by Sis. Dibantu oleh ramai assistant.

Kalau Sis yang decor2, bebudak Ribena tu tak berani nak kacau / rosakkan. Sebab Sis seorang Acu yang sekejap2 buleh jadik singa jadian... sekejap2 buleh jadik singa yang penyayang. Garang tapi, dihormati. Aaa gitchew... Ha3...

~ Pejam celik, pejam celik... dah #RaishaTurns1.

~ Raisha The Explorer. He3...

~ Jenuh nak bagi dia tengok camera. Dia gigih nak cocok kek tu je. Ha3...

~ ... dan gigih nak rembat lollipop.

~ Semua gigih selpie kecuali yang sorang tu. Dia gigih kaji perangai orang. Ha3...



~ Seronok dapat beronok2 cenggini.

~ Haaa... ni mood singa yang penyayang. Ha3...


~ Kak Yong yang dah besar panjang.

~ #SiblingsForever... Eceh!

~ Kak Yong pointed contoh singa jadian. Ha3...

~ Kaki rembat handphone Acu. Tau2 je, penuh galeri dengan muka selpie dia. 

~ Ibu yang ada sorang anak tunggal, dialah kesayangan, dialah si bushuk masham, teman gadoh. Anak angkat (read: anak sedara) ramai. Semua pun panggil 'Ibu'.

~ Pantang Ibu balik kampung, kompom menebeng meraih kasih sayang. Mulut pot pet cerita itu ini. Yang paling win, cerita dia semua kelakor. Dia cerita mende serius dengan muka yang serius pun kitorang tetap rasa kelakor. Ha3...


~ Ayah pun terjebak jadik rakan selpie Rania. Ha3...

~ Mama tompang sekaki.


~ Acu Pendi memang mangsa keadaan, as always. 

~ Raisha masih gigih mengkaji perangai orang. Ha3...

Walaupun birthday girl dalam fasa eksplorasi tapi, alhamdulillah... party berjalan lancar. Kek sold out. Junkies pun sold out. Belon je masih banyak yang bertahan.

Petang aktiviti bebas. Ramai yang pilih tido. Sis pilih tido-makan-tido-makan. Demi kelangsungan hidup. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 12, 2020

PINKY KIDS TENT

Malam sebelum Mother buat kenduri doa selamat, Sis & Kanda mencarik sesuatu di MR.DIY. Misi mencarik kids tent. 

Tapi kan, orang kata, MR.DIY ni ada 'saka'. Tujuan nak beli mende lain. End up, terbeli mende alah lain. Berbondong2 pulak tuh! Ha3... Apooo..??! 

Kids tent berjaya dijumpai. Ada kaler pink & dark blue. Of course lah Sis pilih pink. Untuk props birthday party Raisha. Gigirl kan berpisah tiada dengan pink. He3...

~ Pasang2 & terus dirasmikan oleh bebudak Ribena nih.

~ Bertabah je lah Raisha oiii... dapat Abang Chik yang aci paksa suruh kau senyum. Ha3...

Keterujaan menikmati kids tent kaler pink bukan hanya setakat 5 / 10 minit. Tapi, berlama2-an. End up, Kak Yong yang dah tinggi menjulang tu yang conquer. Ntah berangan hape la dia dok sensorang kat dalam tu. Haaa... gasaklah! Asal bahagia... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, February 11, 2020

BERTUAHNYA MOTHER

Mother buat kenduri doa selamat sebelum berangkat ke Tanah Suci, Mekah untuk umrah. Dapatlah kami berkumpul adik-beradik, discuss apa2 yang patut especially bab checklist preparation umrah. 

Adik-beradik Sis tak sama personaliti. Contoh:-

1. Kakak seorang yang very particular, teliti yakmat.
2. Abang seorang yang setenang air di kali.
3. Sis pulak seorang yang very dependant. 

Kami gabungkan personaliti2 di atas yang maha berbeza tu untuk mewujudkan team yang berfungsi dengan baik. Contoh lagik:-

1. Kakak sebagai QC & Supervisor.
2. Abang sebagai Tuan Penasihat.
3. Sis sebagai banker. 

Jangan jadikan perbezaan personaliti tu sebagai kekangan. Tapi, jadikan 1 advantage. Aaa gitchew... Plus, kalau semua perangai sama, ideology sama, perwatakan sama... isk... bosan jugak kot..! 

~ Invitation card by Kak Aneem. Menantu pun terjebak sama dalam JKKK Petugas Khas. Tak terkecuali. He3...

Tentatif of the day adalah seperti berikut:-

1. Khatam Al-Quran by Kak Yong.
2. Bacaan Surah Yassin by Geng Surau, anak2, menantu2 & cucundas2 Mother.
3. Kenduri doa selamat.
4. Birthday party Nur Medina Raisha.

~ Yeayyy... Kak Yong dah khatam..!

~ Macam tak percaya je Kak Yong dah anak dara sunti.

Kadang2 matured dalam tutur kata. Kadang2 still childish.

Kalau hormon matured dia sampai, Acu tak terkecuali kena tarbiyah. Pasal aurat la... pakai stoking bagai... rambut terkeluar sehelai dari tudung, dia tolong jolok masukkan balik... Siap keluar ayat sorga-neraka. Giler tak goyah! Ha3...

Sis ok je kena tarbiyah dengan anak sedara. Tak pernah sentap tapi, more to bersyukur sebab at least, ada yang boleh tarik Sis kembali ke 'landasan' in case Sis 'tergelincir'. Plus, apa yang dia tarbiyah tu semua betul. Takkan nak sentap. Takkan nak marah. ;D

Tapi, biasalah... Acu dia ni sejenis gangster gonjeng. Ha3... Tak boleh nak berubah drastik. Pelan2 dia hadam, maka pelan2lah dia berubah. In shaa Allah... ;)

~ Terima kasih, Geng Surau Mother yang mengiringi & memantau bacaan Kak Yong.


~ Bacaan Surah Yassin dimulakan...

~ Team boleh baca Yassin x Team 'bendera Jepun'. Heh3...

~ Sis maintain diva. Ha3... 


~ Mother dengan Mokcik Zaharah a.k.a Mama Kak Aneem. Terima kasih, sudi datang.

~ Geng Surau Mother




Bertuah Mother. Dikelilingi orang2 yang baik, yang sayangkan Mother macam family sendirik. 

Semoga ukhwah ni berkekalan sampai bila2... #TillJannah. ;)


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Monday, February 10, 2020

SERUAN UMRAH

Mother direzekikan dengan seruan umrah. Alhamdulillah... syukur...

Mother join My MIL & A-im, under Tiram Travel. Sis pun bantulah serba-sedikit dari segi preparation. Supaya tak kelam-kabut. Supaya perjalanan umrah tu smooth & chill je.

~ Tagging bag yang Sis DIY kan aje. Kaler harus terang. Senang, dari kejauhan dah boleh detect bag siapa.

~ Tugas meng-packing diserah kepada Kakak. Beliau hebat bab2 nih.

~ Selpie 1 kali, acah2 kat KLIA. #Hallahhh3... Comelnyaaaaaa...... dia tu! Hiks...

Kalau anak pompuan yang packing, kompom rasa macam ada je yang tak cukup. Dari beg2 tu hellok2 kurus, terus mengembung. Silap hari bulan, buleh 'beranak' beg tuh. Ha3...

Tapi, kalau anak lelaki yang packing, dari beg2 tu kurus, buleh jadik slim. Tak beranak tapi, mungkin 'keguguran'. Ha3...


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, February 6, 2020

DARI GHPO KE KL

#Throwback

Dari GHPO ke KL. Masih lagik tak mau pulang2. Habiskan cuti. Luangkan masa bersama. Menambah kemesraan dalam hubungan. Aaa gitchew..! Eceh! Ha3...

~ Black Pepper Fried Kuetiau by Signatures Food Court Suria KLCC untuk Sis.

Kanda makan Hotplate Pepper Yeemee by Sizzles, KLCC. Boleh la... Alas perut sebelum tengok wayang.

~ Melepak sekejap kat taman KLCC sementara tunggu waktu tayangan start.



~ Ingat tau! Ini entry #Throwback. ;P

Dapat honeymoon dengan Kanda di Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands, Pahang.
Dapat berlibur dengan Kanda di GHPO.
Dapat spend time dengan Kanda layan filem #Sangkar yang semestinya ada Kanda #RemyIshak.

Owh... satisfaction nya sampai ke bulan, bintang & mentari... ;D


*Tamat...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 5, 2020

WORDLESS WEDNESDAY #130: ... BY KOPPICUP CAFE

~ Giant Platter by Koppicup Cafe

Makanlah seperti manusia, bukan seperti giant! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, February 4, 2020

INFO SHOPPING UNTUK SI POKET TEBAL BERKEPOK2

#Throwback

Ramai jugak umat manusia di Awana Skyway Station. Macam2 skin colour hado.

Perut kami berkeroncong riang. Cepat2 explore food court di Genting Highlands Premium Outlet (GHPO). 

Owh... by the way, kepada yang tak tau / belum tau, Awana Skyway Station dengan GHPO ni berjiran je. Tak payah susah2 nak drive kereta yang kau parking kat Awana Skyway Station tu. Biar je ia park sampai kau selesai urusan di GHPO. Prepare je lah parking fee 'seikhlasnya'. Heh3...

Banyak port makan kat GHPO ni selain food court. Pilihlah ikut citarasa memasing.

Kami pilih food court sebab rasa macam mudah & ada variasi menu di 1 tempat. Tapi tu la... full house. Pantang ada yang angkat bontot, chow, kompom laju je yang lain sambar. Mata perlu setajam eagle eyes. Meneropong seat kosong. 

Beli makanan bukan pakai cash, ye u ols..! Ia pakai sistem cash reload:-

1. Kau pergi ke kaunter yang disediakan. Beli kad dengan nilai RM 50.00. Deposit RM 5.00 akan ditolak dari nilai kad. So, balance akan tinggal RM 45.00.

2. Berbekalkan kad tersebut, kau belilah makanan2 yang kau dambakan. Aaa gitchew...

Kalau datang berdua macam kami, helloklah bahagikan task. Contoh: Sis jadik eagle eyes. Kanda pulak handle cash reload & beli makanan. So, tak buang masa & praktikal especially masa peak season.

~ Set A Chicken Rice + Drink by Umi Nasi Ayam for RM 18.00. Berbaloi sebab sedap.

Kanda makan nasik campur by Nasi Campur & Lauk consists of nasik putih, seketol ayam goreng & sayur for RM 15.00. 

So, total cost for lunch adalah RM 33.00.

Yang boleh solat, usah khuatir. Kemudahan surau disediakan. Ikut je signboard. Nescaya sampailah kau.

~ Makan sudah, 'kewajipan' pada Yang Satu pun sudah. Alhamdulillah...

~ Barulah buleh selpie sampai lebam. He3...




GHPO ni ada 150 outlet stores untuk produk / barangan berjenama. Contoh: Adidas, Aigner, Coach, Furla, Hugo Boss & bla3... Tarikannya pulak adalah:-

1. 1 kawasan cover 150 outlet stores. Maksudnya, kalau suami nak beli Hugo Boss tapi, isteri pulak nak beli Coach. Takpe, no hal. Sebab pusing2 dalam kawasan tu jugak.

2. Kawasan outlet yang comfy & lengkap dengan kemudahan. Toilet, surau & port makan, semua hado. Lenguh kaki, buleh stop kejap lepak duduk2 atas bench yang disediakan. Tak pun, tengok view gunung-ganang. Kasik refresh mata.

3. Harga yang ditawarkan berbaloi & disertakan dengan diskaun yang menarik. Pokoknya, sediakan je 'poket yang tebal berkepok2'. He3...

Sekian, info shopping yang bermanfaat untuk hari ini. ;P


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google