SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, September 27, 2018

PELAKON UTAMA & EXTRA

Kami rancang 'filem pendek' sebagai kejutan. Story board nya cenggini...

SCENE #1

Abang war2kan aktiviti seterusnya adalah berjimba di luar. Kompom Mother akan masuk bilik untuk sarung tudung & bersiap2 sebab Mother sejenis punctual. 

SCENE #2

Kak Yong akan membontoti Mother, switch off lampu kasik gelap habis, kunci pintu & bagitau Mother pintu terkunci sambil menjerit2 mintak tolong.

SCENE #3

Kak Ngah tarik tombol pintu sambil jerit kat Oppa, mintak tolong sebab pintu tak boleh bukak. Bila Oppa cuba nak setelkan kes pintu terkunci, Kak Aneem & Abang angkut kek dari fridge ke hall, buat preparation yang sewajarnya.

SCENE #4

Aku play lagu 'Happy Birthday' once Oppa berjaya bukak pintu yang sebenarnya tak terkunci pun tu.

Yeah..! Kengkonon hebatlah 'filem pendek' kitorang tu. Natijahnya:-

SCENE #1: Done dengan jayanya.
SCENE #2: Separa berjaya sebab Kak Yong acting sekali lalu je. Tiada siaran ulangan masa tunggu Kak Ngah menjerit & Oppa sampai. Awkward gila! Ha3...
SCENE #3: Sama kes dengan Kak Yong, tiada siaran ulangan. Awkward jugak. Ha3...
SCENE #4: Berjaya tapi, kelam-kabut sebab tak prepare awal2. Jenuh nak godek2 galeri, carik lagu 'Happy Birthday'. Ha3...

~ Kek. Meriah giler cheese & cream cheese nya..!

~ Brownies. Ermmm... dappp...

~ 8 & 19 Julai...

~ Semoga birthday boy & girl dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik. Aminnn...

Sambil makan & celebrate, sambil gelak terbahak2 mengenangkan 'pelakon utama & extra' yang awkward tiada siaran ulangan tu. Ha3...

~ Always be my favourite... #MmuahCiked 

~ Perjimbaan diteruskan di Ipoh Parade. Layan bowling. Tournament antara family members. Konsep: Yang kalah pasti kena gelakkan kaw2! Ha3...

Kak Yong & Kak Ngah pun join bowling. Sukahati la achaner diorang nak golekkan bola. Asal bergolek. Walaupun hakikatnya, banyak ke longkang. Ha3... Gelak lagik..!!!

Dah gelak banyak sangat, perut pun lapor balik. Actually, lapor manja2. Sebab tak nak dah elok2 balik Kinta Riverfront Suites 1, ada yang buat aduan 'lapor'. 

~ Mencarik makan di Gerai Nasi Goreng Udang SSI Corner.

Alhamdulillah... Tido nyenyak kami malam tu. Sebab penat. Sebab kenyang. Yeahhh...


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google