SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, November 24, 2017

SUBMARINE

#Throwback

Check-out dari TEH. Rasa puas hati. Terima kasih TEH sebab sangat baik & mengalu2kan kedatangan kami. ;)

Next, pergi jelajah Muzium Kapal Selam. 1st visit, muzium ni tak siap sepenuhnya lagik. Maksudnya, tak boleh masuk dalam 'perut' kapal selam tu. Berlegar2 & selfie kat luar je la...

Kali ni, nak jelajah habis2! Selfie sampai lebam! Semangat, weh..! Semangat! ;D

Harga tiket seperti berikut:-

Dewasa: RM 5
Kanak2 (6 - 12 tahun): RM 3

~ Amik 'tempoh bertenang' sebelum 'menjelajah'.

Tapi, mahaplah. Takde secebis pun gambar selfie kat dalam kapal selam. Tak berapa tahan bau minyak. Errr... bau minyak enjin kot..! Lepas tu, sempit. Rasa sesak napas. Alasan seterusnya, aku terkepit antara Rifqi & Mother.

Rifqi ni spesis excited nak masuk muzium. Tapi, tak boleh nampak mannequin. Mula la dia berzikir! Segala surah yang dia tau, dia baca. Pegang tangan aku macam nak cramp jari-jemari Acu dia. Jalan pun laju2. Ha3...

Mother pun sama. Gigih tolak aku, suruh jalan laju2. Ha3... Tak sempat aku nak feeling2 anak kapal. ;P

Oppa belakang sekali. So, dia boleh lenggang-kangkung. Tapi, tak lenggang-kangkung sangat la... Sebab panas. Menitik2 peluh Oppa.

~ Port ni dalam kawasan muzium jugak. Outdoor nya lah. Ada replika jet pejuang.

~ Cengginilah gambaran lokasi sebenar ia.

~ Kalau boleh pinjam, bawak balik terbang ke Perak pun best jugak nih! He3...

~ Kak Ngah dengan Papa dia, sama2 gigih.

~ Haaa... ni pun gigih jugak nih! 

~ Mother tetap sweet. Sumpah, tak tipu! Hiks...

~ Akrobatik.

~ Dapat selfie kat sini pun jadik la... Tak sesak napas. He3...

~ Macam lambaian Miss World pulak. Eceh! Hiks...




~ Sedara-mara Miss World. Ha3...


~ Mother kepada Miss World. ;P


~ Acah2 je A_bern tu... ;P

~ Botol air ijo sebagai props.



~ Bayangkan jet tu kita punya... Bayangkan...


Ok la jugak muzium ni. Ikut minat memasing. Kalau interested, boleh terjah. Tiket pun murah je.

Muzium Kapal Selam,
Dataran 1Malaysia, Klebang,
75200 Melaka.


Silakanlah... Eceh! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, September 26, 2017

#THROWBACKKUASATIGA

#Throwback

Aku order Snow Cheese Cake Kak Eda Fazeda lagi... 3 bijik, noks..! ;D

~ Snow Cheese Cake #1. Specially dedicated to Encik Amir yang nak bersara. Abaikan spelling 'farAwell' tu. Yang penting, kek sodap menjilat jari.

~ Snow Cheese Cake #2. Specially dedicated to Mak. Saje2 nak belanja Mak makan kek... Anak mithali kannn... Ahaks...

Snow Cheese Cake #3 adalah untuk #OppaJiHyo. Tuan tanah kedaung pun nak jugak... He3...

Ada surprise farewell party untuk Encik Amir. Kak Ja jadik mastermind. Yang lain jadik konco2nya. Ha3...

~ Makanan of the day...

~ Wajah pencinta makanan. Ha3...

~ Wefie sampai lebam!

Mastermind kata, tak payah bagitau Encik Amir pasal farewell party ni. Kengkonon nak surprise. Tunggu punya tunggu... last2, mastermind & konco2nya yang tersurprise sebab Encik Amir tak kunjung tiba. Ada emergency! Mak mertua dia admitted. Hu3...

Nak buat macam mana kan... memang betul2 emergency! Kami doakan yang baik2 je untuk Encik Amir & family... 

Hmmm... 'surprise' jugak perut kami nak menghabiskan makanan. Dah la tak dapat nak lepak opis sampai petang. Sebab aku & Kak Ja on duty untuk Hari Penjaja & Peniaga Kecil 2015 kat Dataran Lumut. Sudahnya, tapau je la...

~ Pukul 2 petang sampai kat Dataran Lumut.

Perut lapor giler! Tak lunch lagi. Nak makan bekal memang tokse lah. Sebab bekal dari farewell party tu tak dapat menampung tahap kelaporan sebab ia bukan nasik. Perut kitorang pulak mintak nasik. Masalah sangat tuh! Tsk3...

Finally, aku jaga booth, Kak Ja melilau carik nasik. Dapat nasik kandar, perrgghhh... menangis terharu, noks..! Ha3...

~ Tugas khas selepas kenyang... packing goodies.

~ Seumpama yellow bag 'factory'. Fuh, berlengas!

Pukul 8 malam baru habis duty. Tukar shift. Perrgghhh... terus rasa macam penjawat awam yang berdedikasi sangat..! Ha3...

Balik, Oppa amik. Dah mintak excuse awal2 kat Kak Ja. Alasan: Nak shopping handbag sebab nak pergi KL untuk Konvensyen KIK takde handbag sebab handbag sedia ada dah buruk giler. Haaa... amacam..??! Rare tak alasan?! He3...

~ XES ada sale. Dapat 2 pasang kasut untuk 1 harga. Worth RM 69.90. Tomo tu comfy. Love at 1st sight. Worth RM 79.90.

Shopping kat 1 mall je, AEON Seri Manjung. Senang cerita. 


p/s: Semasa entry ini dipublish, ibu mertua Encik Amir telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah... Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman. In shaa Allah... Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SEJENIS RINDU

Rindu.

What? Pada Oppa? 

Owh... itu of course..! Buah hati pengarang jantung, you ols..! Giler tak rindu! Ahaks...

Tapi, ini lain. Bukan pada sejenis manusia. Tapi, sejenis hobi, kesukaan, addiction... atau apa2 yang sewaktu dengannya. Rindu pada blog. Rindu pada entry. Rindu pada bloghopping. 

Lama nau2 tak update. Cerita yang berlambak tu terperam. Kekangan masa. Aku busy. Busy adapt sesuatu yang baru. Yang aku perlu gali dalam2, jauh2. Maklumlah... tukar unit. 

Dari Pentadbiran membawak ke Pembangunan. Ilmu baru. Ilmu berangkai2. Banyak yang aku perlu tune. Mindset. Proses kerja. Public relation skill. Konsep berwajah manis & senyum itu sedekah. Bla3...

Pentadbiran = Kenangan manis + passion + rigidity (no means NO! Yes means YES!) + kepuasan maksima!

Pembangunan = Kenangan yang perlu dicipta + passion yang berdikit2 + masih rigid tapi, perlu public relation skill yang agak mantap + kepuasan yang berbeza.

Aku bersyukur sebab pertukaran unit ini membawak kepada 1 lagik cabang rezeki. Tak mewah tapi, alhamdulillah... 

Aku cuba jadik the best version of me. Aku cuba perform well. Aku kutip ilmu dari sekecil2 zarah sampailah ke sebesar2 alam. In shaa Allah...

~ Dah membebel2 tetiba lapor. Jadiklah cenggini gambar ia. Ha3...

Sekian, wassalam... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, July 13, 2017

GENG MENGUNYAH POPIA SIMPULAN KASIH

Cik Am & Acik Ajis menyambut kedatangan kami dengan senyuman... Eceh!

~ Port selfie. Thorrbahekkk..!!

Ramai yang jeles! Sebelum balik, diorang nak jugak selfie kat situ. Ah kak bangga jadik trend setter. Ha3...

Juadah pertama yang aku target adalah laksa. Ye la... Asik dengan rendang & makanan2 berempah-ratus je kan... Muak sikit. Bila nampak laksa, terus bersemangat! 

Lepas tu, cuit nasik impit, lemang & rendang ayam kampung (cicah kuah / sambal jerrr...) sikit. Beredar... dari port santapan ke port chill2. Join Jejah, geng mengunyah popia simpulan kasih. Sedap la pulak kan... Macam tak boleh stop. Isk3...

~ Ni beraya ke... bersenang-lenang? Isk3... ;P

~ Malaysia's next top model. Awwsss..!!!

~ Prince of selfie. Satu2nya aktiviti (setakat ini) yang mampu buat Imaan stand still, relax & chill tanpa tantrum asik nak berkepit dengan mama dia je. He3...

~ Adindas Datin sekalian... Ecewah!

Kami bermohon diri pukul 5.00 petang. Terima kasih Cik Am, Acik Ajis, Kak Long & Radhi yang sudi layan kami. ;)

Rumah ke-2 adalah rumah Angah Ali. Kemudian, pulang...

Aku dah tak lalu nak makan rendang ayam. Dinner malam tu, ah kak masak. Haaa... nampak tak kehebatan seorang menantu di situ..?! Ha3...

Masak telur dadar, you ols..! Ko mampu..??! Ha3...

Nasik putih
Leftover sambal tumis ikan bilis untuk lontong yang Kak Ti masak
Telur dadar
Leftover daging dendeng yang My MIL masak
Air suam
Air berkarbonat

Heaven betul dinner tersebut... ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KEGEMBIRAAN & KEMENANGAN

Tak nak cakap banyak. Mari bercerita cerita raya.

Baru nak update. Sila terima... Ha3...

Tahun ni, turn rumah mertua dulu. Hari Jumaat, aku dah start cuti. Tak sanggup nak berlama2 kat opis sambil sayup2 dengar berkumandangnya lagu raya. Rasa macam jasad kau je kat situ. Tapi, minda & jiwa  dah terbang balik ke kampung halaman... Seksa, you ols..! Awwsss..!!!

~ Lakonan semula kengkonon sedih tak dapat beraya on 1 Syawal dengan Mother sebab kengkonon kampung 'jauh' la sangat..! Background music: Air Mata Syawal by Tok T. Ha3... Poyo!

Lepas tu, gigih pulak send kat WhatsApp group family. Diorang pun melayan... Abang pun send gambar jugak. Gambar merempit kengkonon nak balik kampung sambil bawak paru berlado yang Mother 'order' kemudian stop bawah jambatan rest sekejap sebab kengkononnya kampung tu jauh sangat la kan... Boleh tahan jugak ting tong family aku ni. Ha3...

~ Jalan jemm yang bersifat sementara kat Kampung Bahagia ni pun gigih nak viralkan. Ha3...

Dipendekkan cerita, pagi raya aku akan 'siapkan' Oppa. Bukanlah maksudnya aku pakaikan baju macam aku pakaikan baju Nania. Tapi, menjurus ke arah preparation. Suakan baju Melayu yang dah siap iron, samping & songkok yang dah siap pasang hiasan (alaaa... yang kita sarungkan kat sekeliling songkok tu, haaa..! Tak tau la nama saintifik ia apa?!). Lepas tu, buat saringan tahap kesegakan. Maksudnya, kau usha2 la kot2 muka dia ada tercomot ke... rambut lupa nak pomade ke... cenggitu... ;P

Dah 'lulus', boleh makan. Juadah spesel di rumah mertua adalah seperti berikut:-

Nasik Arab
Nasik impit
Kuah kacang
Lontong
Lemang
Rendang ayam
Daging dendeng
Air teh O
Air berkarbonat

Sejurus selepas makan, ada saringan tahap kesegakan lagik. Kot2 ada cili melekat kat celah gigi ke... Owh... nom3..!!! Ha3...

~ Tengah bersiap. Pimple raya tu memang mengundang... sangat..! Huh!

Perancangan:-

1. Kaum Adam solat sunat Aidilfitri.
2. Kaum Hawa prepare juadah buffet & apa2 yang patut untuk #TeamBaraan Abah. 
3. Kaum Hawa get dressed & make up.
4. Kaum Adam balik & #TeamBaraan sampai.
5. #WeFieRaya sejurus selepas #TeamBaraan berlalu pergi.

Kejadian sebenar:-

1. Kaum Adam join #TeamBaraan dengan perjanjian by 11.00 pagi akan balik, berada di rumah & bersedia untuk #WeFieRaya. Masalahnya, pukul 2.00 petang baru nampak muka mereka sebab 'sangkut' dengan #TeamBaraan. Sejenis dilema la kekdahnya...
2. Kaum Hawa 'berangin' sebab dah berlengas & make up dah cayor. Anak2 sedara pulak ada yang tertido, tantrum & cranky.

~ I 'grab' him! Sejurus selepas Oppa pulang dari #TeamBaraan. Heh3...

~ #WeFieRaya hanya bermula pada pukul 2.30 petang. Takpe...husnuzon. Asalkan hado..! ;P

~ Manusia & khilaf berpisah tiada... Ampun & maaf jua dipinta... Selamat Hari Raya..! ;D

~ 1 kegembiraan & kemenangan. ;)

~ ... dengan caption: Adik iparku seorang #PattahAmen... #Krikkk3 Ha3...

~ Finally, terhasil jugaklah #WeFieRaya. Fuh!

~ Mintak ampun, mintak mahap, Abah & Mak. Maklum la... kadang2 menantu yang sorang ni ter-POYO banyak! Ha3...

~ Mintak ampun ke bersilat ni? Ha3...

~ My King in dusty pink. #MuahCiked Hiks...

~ Sedangkan lidah lagik tergigit... Eceh! ;P

~ Si bujang bongsu yang tak lama lagik nak settle down. Semoga dipermudahkan... Aminnn...

~ Yellow angpau yang mengundang... sangat..! Ah kak sejenis mata duitan, you ols..! Ha3...

~ King & Queen di-photobomber kan oleh Abang Poi.
~ Jurus ting tong raya.

Meriah #WeFieRaya, walaupun lewat. Takpelah. Tak disengajakan pun...

Kemudian, semua 'check-out'! #ZiarahRaya ke rumah Cik Am. Hoyyeahhh..!!!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y :: 



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google