SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, December 17, 2014

8/10

Kursus Pengukuhan dan Kesedaran MS ISO 9001: 2008 Siri 1/2014 katanya...

Hmmm... berat betul segala anggota badan ni nak packing2, tinggalkan My 'Jebat' untuk 3 hari 2 malam. Rasa macam 3 tahun 2 bulan pulak. Isk... coiii..!!! Tsk3...

Tapi, 'Saya yang menurut perintah,' kan... redah je la... Hadapi dengan senyuman... walaupon...

Wakil SKM, Perak ada 5 orang termasuk ah kak. My 'Jebat' hantar sampai ke R&R Tapah je. Dari situ, naik Innova Jabatan dengan yang lain2. Kursus kat Golden Straits Villas, Port Dickson, Negeri Sembilan. Dalam perjalanan, aku banyak tido. Perkara biasa sangat tu..! Ha3...

Sesat-barat jugak sekejap nak mencarik Golden Straits Villas tuh. Terlajak sampai ke Sunshine Bay Resort nun..! Mengucap panjang kami bila tengok Sunshine Bay Resort! Kusss... semangat! Takkan kat ceruk tu kot..! Apartment dia giler weird! Perrgghhh..!!! Ngeri, noks..!

Nasib baik itu adalah sesat. Golden Straits Villas tu kat depan2 sikit. Fuh, lega..!

Tapi, lega2 pun... indah khabar dari rupa jugaklah. Cumanya, kalau ada 5 mintang, Sunshine Bay Resort dapat 1, Golden Straits Villas dapat 3. Haaa... cenggitu perbezaanya... Boleh la...

1st session start petang tu jugak, PK URUS by Encik Mohd Lutfi Muhajir. Dapat jugaklah mengrefresh ilmu yang ada & serap mana yang baru tau.

Hari ke-2, ada spesel ala2 consultant dari AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd. Habis segala mak nenek terms ISO didedahkan. Kena hafal lak tuh! Sebab ada test di hari terakhir. Siapa fail, kena repeat! Owh3...

~ Ini day 2, belah malam, ada bbq nite.

~ Tema sukahati. Sebab tu ada macam2 kaler.

~ Gambar sebelum turun ke tempat bbq, tepi pool. Tengok perut pun dah tau & tak syak lagik ini gambar sebelum. Ha3...

~ Gambar selepas... tak berani nak tunjuk. Perut menggelembung dengan hebak! Huuuuuu......

Ke........ gambar sebelum pun dah menggelembung? Ha3...

~ Final day... memasing dah tak sabor nak balik, rindukan yang tersayang... Eceh! 

Soklan test ada 10. Aku & the gang dapat 8/10. Duduk dekat2, markah pun sama. Nampak tak 'permainannya' kat situ? Ha3...

Shhh...!!! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



6 comments:

fairus said...

Bab paling best dalam kursus adalah makan..

aizamia3 said...

Itu sekadar nak uji tahap pemahaman sepanjang kursus tu.. nak tengok fokus ke tak.. ;)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

fairus,
kompom! ha3..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

aizamia3,
probably.. tp, my suruhanjaya kdg2 quite strict bab test2 ni.

Eika said...

hahaha.. permainan nye tiru kak leez sbb kak leez rajin sgt tulis nota. kmi yg lain dh dok trsengguk2 tahan ngantuk :D

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Eika,
dh jd habit, musti nk je take note. ha3.. k. leez pun ngantuk gak. masuk 1/2 je ilmu2 tu. ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google