SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, July 22, 2008

JPK To SKM...

u ols tgk/baca x news psl,...

"PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu koperasi bergerak lebih aktif dalam mengekang inflasi dengan menceburi perusahaan produk makanan dan barangan bagi memenuhi keperluan orang ramai.

Perdana Menteri berkata, produk itu hendaklah dipasarkan terus tanpa menggunakan orang tengah supaya harganya lebih rendah.

~ pak lah launched SKM @ PICC.

"Koperasi pernah memainkan peranan ini ketika negara berdepan dengan kenaikan inflasi suatu ketika dulu dan saya berharap kali ini koperasi sekali lagi membantu orang ramai mengurangkan tekanan inflasi.

"Langkah ini bukan saja dapat membantu mengurangkan beban penduduk di luar bandar, tetapi juga di bandar kerana barang dijual tanpa orang tengah selalunya lebih murah berbanding dijual di kedai runcit biasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis pengisytiharan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan merasmikan Hari Koperasi Negara 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Pada majlis itu, Abdullah turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 10 koperasi terbaik Malaysia dan watikah pelantikan kepada ahli Lembaga Pengarah SKM serta melancarkan Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga mahu koperasi menjadi penjana pertumbuhan ekonomi keempat negara selepas sektor perkhidmatan, perkilangan dan pertanian kerana ia berpotensi menjana modal bagi membantu golongan berpendapatan kecil serta sederhana.

"Koperasi kini boleh dilihat sebagai sektor berasingan kerana ia membabitkan penyertaan ramai 'orang kecil' dan 'sederhana'. Mereka inilah yang berjaya mengumpul modal secara berperingkat untuk menubuhkan koperasi dari kecil hingga berjaya memiliki modal yang besar.

"Malah, ada koperasi berjaya menjalankan perniagaan berskala besar dan memperoleh keuntungan besar," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Abdullah berharap penubuhan SKM mampu memperbaiki kelemahan Jabatan Pembangunan Koperasi, terutama dalam menangani masalah kewangan koperasi."

bkn ape, saje jer nak story mory mornin' glory yg i'm very PROUD to be part of SKM. over xcited gitu! hiks...

2 comments:

Anonymous said...

wahh2..glamour u!

*_*

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

lily lotus,
glamer, ek?! hiks..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google