SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, April 8, 2013

HECTIC & CHAOTIC!

Penat tak hilang lagik nih. Menempuh perjalanan yang jauh kekdahnya... Ke pantai timur nun..!

Dari minggu lepas dah hectic. Ahad lepas2 kan kenduri Angah, sepupu aku. Isnin aku off. Selasa tu la aku nak pulun buat kerja2 yang tertunggak. 

Masuk kerja memang terpana jugaklah tengok keadaan work station aku. Dah macam kubu pertahanan! Ya ampon sangat, hokay..! Ya ampon! 

Terpaksa balik pukul 6.30 petang semata2 nak habiskan kerja. Siap mintak Encik Boss tunggu sekejap sebab nak mintak sainnn... Hu3...

Aku just kejor kerja2 yang urgent je. Yang agak2 tak berapa nak urgent semua aku susun cantik2 bajet nak elak kepala serabut. Tak sempat la nak setelkan semua. 

Uhuks3...

Eh, lupa nak bagitau! Aku terkejor2 buat kerja ni adalah sebab hari Rabu tu aku dah start berkursus. Sampai ke hari Jumaat, kat Beserah, Pahang. 

Pagi Sabtu dah nak ke Kelantan pulak. Nak ke majlis bertandang Angah. Ahad balik Teluk Intan.

Fuh! 

Hokaylah! Nak suruh my 'sayang' massage2 jap. Ahaks3...

Selamat malam... ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, March 28, 2013

BIHUN LADNA SENANDUNG SEMALAM

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bahan2:-

1 keping bihun (direndam & ditoskan)
2 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong)
10 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
1/2 peket fishball (dibelah 2)
1 batang fishcake (dihiris)
1/4 biji cauliflower (dipotong)
1 pokok sawi (dipotong)
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
2 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air masak)
1/2 ketul kiub ayam
Air masak
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan udang, sotong, fishball & fishcake.
3) Tuangkan air masak & biarkan mendidih.
4) Masukkan kiub ayam & serbuk lada putih.
5) Masukkan cauliflower, sawi & bancuhan tepung jagung.
6) Perasakan dengan garam. Masak seketika. Angkat & tuangkan ke atas bihun.

~ Bihun Ladna Senandung Semalam.

Syahdu betul nama resepi kan... Ahaks3...

Actually, resepi asal ada sos tiram. Tapi, stok sos tiram ah kak dah habis. So, terpaksa skip. Belasah je la... Hu3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, March 27, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #27: SANTAPAN ROHANI DALAM HUJAN

~ Nasik ayam. Siapa tak kenal kan... ;P

~ Mak menikmati nasik ayam.

~ Dalam hujan, hokay..! Dalam hujan... Siap pakai payung strawberry lagik..! Hiks...

Walaupun hujan lebat tapi, alhamdulillah... dapat jugak dengor ceramah UAI. Santapan rohani katanya... ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, March 26, 2013

MENGOPI

Bersker-ria tanpa dirancang... Best! ;)

Kakak balik kampung pun macam tak dirancang jugak. Maksudnya, diorang mungkin rancang nak balik tapi, kami yang tak tau sebab tetiba je dah terpacak kat rumah Mak kan...

Elok pulak masa tu aku baru balik beli barang dapur dengan Mak. Memang dah plan dengan Abang + family nak lunch sama2 kat rumah Mak. Tup2... tengah khusyuk potong2 bawang, Kakak sampai. 

Langkah kanan betul! He3...

Mak masak sup ayam, sambal goreng daun cekur, ikan goreng, pucuk paku tumis & ada a few makanan yang Nenek kasik. Makan ramai2 kat depan rumah berlatar belakangkan alam semulajadi sambil ditiup angin sepoi2 bahasa. Ecewah..! 

Belah malam pun nak berjalan2 together2. Nak ke pasar malam kekdahnya... Tapi, cuaca tak mengizinkan. Hujan lebat! So, cancel! Aku ajak diorang mengopi kat Reena's Kitchen. 

~ 'Dr. Muhaya' tengah busy on the line. He3...

Aku bagi gelaran 'Dr. Muhaya' kat Kakak sebab dia skang feeling2 kaunselor. Penampilan pun dah ala2 Dr. Muhaya yang fames tuh. Insap2 gitu..! Ha3...

Makanya, adik bongsu dia yang tak berapa nak insap ni terpaksa la tadah telinga, dengor tarbiah daripada beliau. Hu3...

~ Mak kesayangan kami semua... ;)

~ Budak poyo!

~ A_bern poyo! Ha3... Semua pun poyo2!

~ Kak Ngah buat hal sendirik.


~ Mak 'Dr. Muhaya'... Tettt..!!! ;P

~ Feeling2 romantika... la sangat! Ha3...

~ Anak pompuan Mak yang comel2. Awwsss2..!!!

~ Ada iras2 tak?

~ Tuan tanah kedaung dengan chenta hati beliau. Owh3... ;P

~ Kak Yong bersama 'Ibu angkat'. ;P

~ Kami makan roti nan + ayam tandoori + kari ayam. Ada jugak yang order mee goreng ngan maggi goreng. 

Masa tu, hujan renyai2. Pekena makanan2 seperti yang tersebut di atas... perrgghhh..! Terbaekkk... dari ladang, wok!

Syioknya mengopi! La3... ;)


:: Like3, ek! ::



Monday, March 25, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 10

Breakfast:-

1 senduk mee goreng + 2 sudu sambal ayam + air masak
Ramli Selera Kampung lagi... ;P

Minum pagi:-

1 biji epal merah + air masak
Krup krap... krup krap... Ermmm... dappp..! ;)

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan goreng + 2 sudu sayur kacang tumis + air masak
Tapau kat Mokcik Banjir.

Minum petang:-

Air masak semata2. 

~ Dinner: 1 mangkuk kecik bihun ladna + air masak
Bihun ladna tu tak cukup bahan. Asal boleh lalu kat tekak kira aci lah.

Supper samadengan malas! Sekian... ;)


:: Like3, ek! ::



Sunday, March 24, 2013

OH BULAN

Malam2 macam ni, rasa nak menyanyi pulak. Nak mengetest kelantangan vokal. 

Kejap, ek!

Ehem2!! Cubaan suara... 1, 2, 3... Cubaan suara... 1, 2, 3... ;P

"Oh bulan sampaikan rinduku.. Oh bintang kirimkan cintaku.. Yang hilang pastikan bersatu.. Oh sayang didalam mimpimu.. 

Oh bulan sampaikan rinduku.. Oh bintang kirimkan cintaku.. Yang hilang mungkinkah bersatu.. Oh sayang dimana dirimu.. 

Malam ini aku sendiri.. Menanti dan terus menanti.. Malam ini aku sendiri lagi.. Menanti dan terus menanti.. 

Usah ditangis lagi.. Usah dirindu lagi.. Pasti kita bertemu nanti.. Usah ditangis lagi.. Usah dirindu lagi.. Pasti kita bertemu pasti.."

La3...

Pernah dengor tak lagu nih? Well... kalau korang peminat drama Bunga Merah Punya, musti korang familiar dengan lagu nih. Sebab ni sound track drama tuh. 

Maka bertambahlah koleksi lagu chenta kitorang... Ahaks3...

Amacam..??? Pitching ah kak ok tak? Ke... ke laut? Ha3...


:: Like3, ek! ::




Saturday, March 23, 2013

SANTAI MALAM MINGGU...

Kesah malam minggu lepas2... Heh3...

We ols jalan2 ke pasar malam. Aku, my 'sayang', Mak & Abang + family. Takde nak beli apa sangat pun... Beli makanan sikit2, lepas tu makan2 kat Restoran Arena.

Aku belanja. Well... ah kak kan pemurah... ;P

Kitorang feeling2 musafir. Semayang Maghrib pun kat Masjid Teluk Intan. Boleh je kalau nak balik rumah semayang bagai... Sekangkang kera je pun... Tapi, dah katanya nak feeling2 musafir kan... Ahaks3...

~ Melepak pulak kat Dataran Menara Condong. Tengoklah Kak Yong tu... dah start over dah! Ha3...

~ Rifqi lagik la over! Asal kita tala camera kat dia, mula la dia menyengih sambil buat 'P.E.A.C.E' versi dia. 

~ Tak bawak tikar sebab tak plan pun nak melepak kat sini. Spontan! Nasib baik dalam kereta ada surat khabar lama. Boleh jugak buat lapik duduk. 

~ 'P.E.A.C.E' versi Rifqi. Confuse ah kak! Ha3...

~ Kak Yong & Menara Condong... ;)

~ Birunya chenta... Ecewah! Ha3...

~ Kengkonon Eiffel Tower la tu kan... Kengkonon, ye! Kengkonon... He3...

~ Model Menara Condong. Nampak tak? ;P

~ Cer teka... apa yang nampak serupa? He3...

~ Pemandangan sekitar Menara Condong. 

~ Yang ni pulak Kompleks Menara Condong (KMC). Dulu2, masa aku kecik2, tapak kompleks ni adalah Pasar Besar Teluk Intan. Bila majlis nak upgrade kawasan ni, pasar besar tu dipindahkan ke belakang nun..! Digantikan dengan KMC.  

Macam2 ada kat KMC. Kedai baju, spec, salon, butik & bla3... Selalu jugak aku ngan Mak beli tudung kat situ. Kira macam, 'tempat pelaburan tudung' kitorang la... ;P

Membawak ke pukul 11 malam jugak la kitorang melepak kat situ. Siap layan eskrem lagik! Terbaekkk..!!

Tapi, esoknya batuk, kong3!!! Hu3... Amekaw!

Takpe la kot... batuk2 manjas. Yang penting dapat spend time dengan family. Best wooo..! ;)


:: Like3, ek! ::



SETEL!

Dah siap kemas rumah sikit2. Lega pulak bila tengok bakul baju bersih tu dah kosong sebab semua kain dah kena lipat. Dah susun cantik2 dalam almari pun. 

Owh... bangganya..! Rasa nak melompat2 pulak! Hiks...

Sempat buat breakfast untuk my 'sayang'. Nasik goreng sosej ayam + kopi cappucino 3 in 1. Boleh la buat alas perut dia... Hari ni my 'sayang' jadik petani moden pulak. ;)

Nasik goreng tu sengaja aku masak lebih. Tapaukan untuk Mak sebekas & mertua sebekas. 

Alhamdulillah...

Pukul 12.30 tengahari kang aku nak mendrift ke rumah Mak. My 'sayang' tunggu kat sana. Tunggu Mak balik dari kenduri dengan geng2 surau Mak. Lepas tu, nak sama2 pulak terjah kenduri lagik 1. Makan kenduri la kiranya hari ni kan... He3...

Packing pun dah siap. Hari ni nak balik kampung mertua. Tido 1 malam kat sana.

Hmmm... lega kan kalau banyak mende kita dah setelkan? Eh, banyak ke? Heh3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, March 21, 2013

'DRAMA QUEEN'

~ Bunga Merah Punya. Credit to: ceritamaster

Tayang kat TV9. Setiap Khamis kot... Memula tak tengok pun... Sebab rasa macam cerita kanak2 riang je kan... Tapi, bila sampai scene Merah bawak Bunga main kat sungai... kena marah ngan Tok Bain... lepas tu, Merah larik dari rumah... eh2, macam best la pulak kan... 

Terus follow!

Main sound track ada 2 lagu kot. 1 tajuk dia Merah. Zulhuzaimy yang nyanyi. Lunak merdu, hokay suara mamat tuh. Tergoda I..! Awwsss..!!! Ha3...

1 lagik tajuk dia Oh Bulan. Duet Izzue Islam ngan Sharifah Sakinah. Tak sangka Sharifah Sakinah ada bakat menyanyi. Not bad la... 1st time dengor lagu ni aku dah jatuh chenta. Terus google, terus download, terus buat ringtone. 

Ha3... Over!

~ Karlos. Credit to: cthoney

Best jugak nih! TV3 punya. Starring hebak2! Hero dia Johan Asari. Memang follow dari episod 1. On air setiap hari Isnin. 

Habis je episod 1 terus tunggu tulisan keluar sebab nak tau siapa la tuan direktornya kan... Eh, Feroz Kader rupanya..! 

Kenal tak?

Alaaa... yang direct drama Adam & Hawa ngan Sehangat Asmara tuh, haaa..! Errr... boleh tak chop dia jadik director faveret ah kak? La3... ;P

So far, ini la 2 'kegilaan' terbaru aku. 'Drama Queen' katanya kan... Hiks...

Korang suka yang mana 1, ek? Ke... korang layan citer omputih je? Owh... pehhh--lisss..! ;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, March 20, 2013

1 FINE DAY...

1 fine day...

Eh, terskipping London plak! Takmo2! Bahasa jiwa bangsa kan... Wah, tetiba..! ;P

Pada suatu hari yang indah... 

ecewah... hiks...

my 'sayang' tunjuk skill memasak. Bini dia hari tu sakit tekak + batuk2 manjas. Alasan yang bagus untuk tak ke dapur. He3...

Aku duduk diam2 je kat depan tv sambil layan Rindu Bertamu di Abu Dhabi. Dari baring2, terus duduk! Sebab ada aroma yang menusuk2 ke dalam hidung. Aroma best! Tekak yang tadinya takde selera terus jadik sihat! Mulut pulak mintak disuap. 

Perrgghhh..!!! Tak menahan kot..! 

My 'sayang' bukak meja Jepun bulat yang comel tuh & hidang lauk-pauk yang dia masak. Persis chef! Cececehhh..! Ha3...

Nasik putih + telur mata kerbau + ikan pelata masin goreng + air asam.

Layan habis..! Especially tang telur mata kerbau cicah air asam tuh. Siap buat kuah lagik kot..! Terbaekkk2..!!! ;)

Sesekali, bila tangan gagah perkasa seorang lelaki memasak, memang best kan? Bukan sebab diorang masak lauk-pauk yang hebak2. Tapi, sebab masak mende yang simple yet... ada ummpphhh!

Setuju tak? ;) Ke diorang pakai jampi2 mandrem? Ho3!!! ;P


:: Like3, ek! ::



CHICKEN SAUSAGE ROLL

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Sesuai untuk breakfast mahupun minum petang. ;)

Bahan2:-

2 keping roti putih potong Gardenia
2 batang sosej ayam
Mayonis
Thousand Island
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng sosej ayam hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Sapu roti putih potong Gardenia dengan mayonis. 
3) Letakkan sebatang sosej ayam ke dalam setiap keping roti.
4) Letakkan Thousand Island di atas sosej ayam.
5) Gulungkan roti. Potong serong kepada 3 bahagian. Hidangkan.

~ Chicken Sausage Roll. Aku makan dengan leftover sambal ketam goreng bercili. Sebagai garnish & penambah rasa je. Terpulang pada citarasa memasing... 

Harus diingat bahawasanya resepi2 yang ah kak share bukanlah berhasrat untuk menunjuk2 yang ah kak terror memasak macam Cik Lah 'Siapa kata pompuan cantik tak pandai masak?!'. Eh, motip..??!' ;P

Tapi, semua resepi tu dijaja adalah untuk berkongsi cerita aktiviti memasak ah kak. Takde niat pun nak kamu semua jadikannya sebagai sumber rujukan ke apa ke kan.. jauh sekali nak suruh jadikkan ah kak sebagai sifu kan... Cukuplah sekadar apa yang ah kak share ni jadik sumber inspirasi merangkap idea untuk aktiviti memasak kamu semua.

Actually, bukan emo. Tapi, sekadar makluman... P.E.A.C.E, yo! ;)


:: Like3, ek! ::



WORDLESS WEDNESDAY #26: AKHIRNYA...

~ Menu lunch di suatu hari...

Lama menggoogle, akhirnya... masak sambal tumis ikan masin ngan taugeh tumis je. Over tau nak google2 bagai... He3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, March 17, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 9

Beberapa hari sebelum aku lupa diri melantak tak hengat kat rumah Mak masa balik kampung semalam. ;P

~ Breakfast: 1 gulung chicken sausage roll bersos leftover sambal ketam goreng bercili + air masak
Homemade, hokay..! *mukaberlagaktakbolehblah!* Ha3... 

Minum pagi:-

1 biji epal ijo + air masak
Epal ijo kalau cicah ngan garam, terbaekkk... kan? Siapa setuju? Cer angkat tangan macam ah kak... Cer angkat... Cer angkat... ;P

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + ikan goreng + 2 sudu sayur kobis tumis
Tapau kat Mokcik Banjir. Lama2 kang musti popular Mokcik Banjir kat blog aku nih. He3...

Minum petang:-

Togok air masak sambil termenung tengok pc. Errr... ye ke termenung? Heh3...

Dinner:-

2 batang sosej cicah sos cili + air masak

Malas nak bertenggek kat atas penimbang sebab macam tak confident je ada penunurunan. Semalam makan tak hengat kan kat rumah Mak. Hmmm... nanti2 la kot baru timbang. 

Doakan penimbang tu rosak, ek! Ha3...


:: Like3, ek! ::



BERPOLUH DEN!

Selesai!

1 Million Women Purple Walk. Dari Dataran Menara Condong, Teluk Intan membawak ke 1 km... membawak ke Dataran Menara Condong balik.

Fuh! Berpoluh den!

Tapi, best! Plus, boleh kurus sikit sebab semalam dah makan macam tak sedar diri kat rumah Mak kan... He3...

Cantik view hari ni. Nampak ungu je... Hiks...

Cerita lanjut menyusul kemudian, ye! ;)


:: Like3, ek! ::



Friday, March 15, 2013

KETAM GORENG BERCILI PATAH 1000

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Dah lama jugak ketam2 tu bertapa kat dalam fridge. Sebelum diorang berenang terkedek2 balik ke laut, lebih baik cepat2 masak. Ha3...

Bahan2:-

1 biji telur ayam
5 ekor ketam (disiang, dicuci bersih & dibelah 2)
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 peket fishball
5 tangkai kacang panjang (dipotong)
1/2 sudu kecil asam jawa Xtra Adabi
1 sudu serbuk rempah kari
1 sudu kicap manis
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
10 - 15 tangkai cili kering

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ketam dengan serbuk rempah kari & sedikit garam. Panaskan minyak. Goreng ketam hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Perasakan dengan kicap manis, asam jawa Xtra Adabi, garam & gula. Masak hingga pecah minyak.
4) Tuangkan air masak jika terlalu kering.
5) Masukkan kacang panjang & fishball.
6) Masukkan ketam yang telah digoreng tadi & bawang besar. Sebatikan.
7) Pecahkan telur ayam. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Ketam Goreng Bercili Patah 1000.

Patah 1000 cengkerang ngan kaki2 ketam dikerjakan dek 2 'raksaksa' rakus! Ha3...

Ngeri tak? Ngeri tak? ;P


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 8

Bila dah hilang 2 kilo, makin bersemangat pulak nak mengdiet. Chaiyok2, bebeh! ;D

Breakfast:-

1 senduk mee goreng + 2 sudu sambal ayam + air masak
Aci tunjuk2 kat Ramli Selera Kampung je... Heh3...

Minum pagi:-

1 biji epal ijo + air masak

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + sup telur (leftover yang direheat) + air masak
Dimakan dalam keadaan 'banjir' macam makan bubur. Terbaekkk..!!!

Minum petang:-

Air masak, minum banyak2. Recharge energy yang dah nak kong. Bese la... dah petang2 selalunya nampak tilam ngan bantal je. Hu3...

~ Dinner: 1 keping roti potong Gardenia + 1 ekor ketam goreng bercili + air masak
Sodap pulak meratah ketam ni kan... Rasa macam tak cukup je meratah sekor. Ha3...

Sekian, melaporkan... ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google