SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, March 17, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 9

Beberapa hari sebelum aku lupa diri melantak tak hengat kat rumah Mak masa balik kampung semalam. ;P

~ Breakfast: 1 gulung chicken sausage roll bersos leftover sambal ketam goreng bercili + air masak
Homemade, hokay..! *mukaberlagaktakbolehblah!* Ha3... 

Minum pagi:-

1 biji epal ijo + air masak
Epal ijo kalau cicah ngan garam, terbaekkk... kan? Siapa setuju? Cer angkat tangan macam ah kak... Cer angkat... Cer angkat... ;P

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + ikan goreng + 2 sudu sayur kobis tumis
Tapau kat Mokcik Banjir. Lama2 kang musti popular Mokcik Banjir kat blog aku nih. He3...

Minum petang:-

Togok air masak sambil termenung tengok pc. Errr... ye ke termenung? Heh3...

Dinner:-

2 batang sosej cicah sos cili + air masak

Malas nak bertenggek kat atas penimbang sebab macam tak confident je ada penunurunan. Semalam makan tak hengat kan kat rumah Mak. Hmmm... nanti2 la kot baru timbang. 

Doakan penimbang tu rosak, ek! Ha3...


:: Like3, ek! ::



BERPOLUH DEN!

Selesai!

1 Million Women Purple Walk. Dari Dataran Menara Condong, Teluk Intan membawak ke 1 km... membawak ke Dataran Menara Condong balik.

Fuh! Berpoluh den!

Tapi, best! Plus, boleh kurus sikit sebab semalam dah makan macam tak sedar diri kat rumah Mak kan... He3...

Cantik view hari ni. Nampak ungu je... Hiks...

Cerita lanjut menyusul kemudian, ye! ;)


:: Like3, ek! ::



Friday, March 15, 2013

KETAM GORENG BERCILI PATAH 1000

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Dah lama jugak ketam2 tu bertapa kat dalam fridge. Sebelum diorang berenang terkedek2 balik ke laut, lebih baik cepat2 masak. Ha3...

Bahan2:-

1 biji telur ayam
5 ekor ketam (disiang, dicuci bersih & dibelah 2)
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 peket fishball
5 tangkai kacang panjang (dipotong)
1/2 sudu kecil asam jawa Xtra Adabi
1 sudu serbuk rempah kari
1 sudu kicap manis
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
10 - 15 tangkai cili kering

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ketam dengan serbuk rempah kari & sedikit garam. Panaskan minyak. Goreng ketam hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Perasakan dengan kicap manis, asam jawa Xtra Adabi, garam & gula. Masak hingga pecah minyak.
4) Tuangkan air masak jika terlalu kering.
5) Masukkan kacang panjang & fishball.
6) Masukkan ketam yang telah digoreng tadi & bawang besar. Sebatikan.
7) Pecahkan telur ayam. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Ketam Goreng Bercili Patah 1000.

Patah 1000 cengkerang ngan kaki2 ketam dikerjakan dek 2 'raksaksa' rakus! Ha3...

Ngeri tak? Ngeri tak? ;P


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 8

Bila dah hilang 2 kilo, makin bersemangat pulak nak mengdiet. Chaiyok2, bebeh! ;D

Breakfast:-

1 senduk mee goreng + 2 sudu sambal ayam + air masak
Aci tunjuk2 kat Ramli Selera Kampung je... Heh3...

Minum pagi:-

1 biji epal ijo + air masak

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + sup telur (leftover yang direheat) + air masak
Dimakan dalam keadaan 'banjir' macam makan bubur. Terbaekkk..!!!

Minum petang:-

Air masak, minum banyak2. Recharge energy yang dah nak kong. Bese la... dah petang2 selalunya nampak tilam ngan bantal je. Hu3...

~ Dinner: 1 keping roti potong Gardenia + 1 ekor ketam goreng bercili + air masak
Sodap pulak meratah ketam ni kan... Rasa macam tak cukup je meratah sekor. Ha3...

Sekian, melaporkan... ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, March 14, 2013

MOKCIK BANJIR

Suka hati je nak kasik gelaran kat orang kan... Hiks3...

Tapi, comel apa..??! 'Mokcik Banjir'... Sebut sambil kenyit mata & sengih2. Hah! Kan comel tuh! ;P

Meh nak cerita sikit asal-usul 'Mokcik Banjir'...

Ada 1 stall bukak payung kat jalan nak masuk ke Pekan Baru. Ros yang introduce stall tu kat aku. Sebab dulu aku membebel2 kat Ros, kata dah bosan nak lunch sebab aku ngan my 'sayang' dah habis terjah semua kedai makan. Dok rotate2 kedai yang sama kan... Memang bosan! 

Ros kata stall tu simple giler. Tak banyak pilihan lauk tapi, yang tak banyak tu quite menepati selera la... 

Lepas kunjungan pertama, kitorang macam terpaut hati plak...

"Nak tapau kat mana, ek Aaby?"

"Errr... stall nak ke Pekan Baru tu je lah, B!"

Bermula la episod mengtapau di stall tersebut... ;)

& bermula la jugak episod membagi gelaran kat stall tuh... Hiks... Sebab nak elakkan confuse. 

Idea spontan, dapatla 'Mokcik Banjir'. Sebab dulu, tempat mokcik tu bukak stall pernah dilanda banjir kilat. 

Simple je asal-usulnya... Sekian, untuk makluman... ;P

Mokcik Banjir ada jual kuih-muih jugak tau! Tapi, dia kata kuih-muih tu adik dia yang buat. Dia tolong jual je. Karipap bese ngan karipap panjang2 dia memang terbaekkk..! Marvellous! Panas2 lagik pulak tuh! Owh3... tak tahannn..!!! Rasa nak terjah sekarang jugak!

Errr... Encik Boss... boleh tolong jaga opis kejap tak? 

Ha3... Larikksss..!!! ;P


:: Like3, ek! ::



SUP TELUR OH BULAN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Potong2, campak2, rasa2, dah siap! Kan ke sonang tuh?! ;P

Bahan2:-

2 biji telur ayam
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 pokok daun sup (dicincang)
1/4 biji cauliflower (dipotong)
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1/2 peket fishball (dibelah 2)
1 batang fishcake (dihiris)
1/4 ketul kiub ayam
1 keping asam keping
1 batang serai (dibelah 2)
Air masak
Minyak masak
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, serai, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Tuangkan air masak secukupnya.
3) Masukkan kiub ayam.
4) Masukkan lobak merah & cauliflower.
5) Perasakan dengan garam & asam keping.
6) Pecahkan telur ayam & biarkan mengeras.
7) Masukkan fishball & fishcake. Masak seketika. Angkat & hidangkan dengan taburan daun sup sebagai penambah aroma + rasa.

~ Sup Telur Oh Bulan.

Oh Bulan... sempena terminat kat drama Bunga Merah Punya. Oh Bulan samadengan sound tracknya. Plus, telur tu bulat2 macam bulan. 

Logic kan? He3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, March 12, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 7

Breakfast:-

1 senduk kueteow goreng + 2 sudu sambal ayam + air masak
Breakfast kat Ramli Selera Kampung, City Mewah.

Minum pagi:-

1 biji epal ijo + air masak
Krup krap... krup krap... Ermmm... dappp..! ;P

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan goreng + 2 sudu sayur kacang panjang tumis + air masak
Tapau je kat 'Mokcik Banjir'. Kiut tak nama gelaran tuh? He3... Nanti la ah kak cerita pasal asal-usul nama 'Mokcik Banjir' tu, ek! ;)

Minum petang:-

Togok air masak je... Minuman paling sihat. Heh3...

~ Dinner: 1 mangkuk kecik sup telur + air masak.

Dah berani nak 'jumpa' penimbang. Turun 2 kilo selepas 7 hari. Alhamdulillah... 

Tak lama lagik, 'rupa paras' Tiz Zaqyah @ Nelydia Senrose akan muncul sikit2. Ahaks3... Perasan betul mokcik nih! ;P


:: Like3, ek! ::



DAPUR JUMAAT

Cerita dapur Jumaat lepas...

Boring nak mengtapau. Jemu sangat dah tengok lauk kedai. Rasa macam rajin nak memasak pulak.

Takrestock bahan2 pun. Aci belasah masak apa yang ada.

~ Sap2 soi je dah siap nasik lemak ikan tamban. Aummm2..! Hiks...

Kak Yong lepak kat rumah kitorang jugak. Suapkan nasik, dia tak nak. Dah makan dengan papa katanya... Tapi, dia dok meratah telur rebus yang kaler putih tu je. Yang kuning dia korek kasik Acu Pendi makan. 

Semakin membuntal la perut Acu Pendi kan... Ha3...

Takpe kot... Sebab nanti akan nampak lebih comel. ;P


:: Like3, ek! ::



Saturday, March 9, 2013

SUP BEBOLA2 API

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Menu diet tapi, mengenyangkan. ;)

Bahan2:-

1 biji ubi kentang
1 batang fishcake (dihiris)
1/2 peket fishball (dibelah 2)
3 biji cili padi (diketuk)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1/4 ketul kiub ayam
Minyak masak
Garam
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Tuangkan air masak secukupnya.
3) Masukkan kiub ayam.
4) Masukkan ubi kentang. Masak hingga separa empuk.
5) Perasakan dengan garam.
6) Masukkan fishball, fishcake & cili padi. Reneh seketika. Angkat & hidangkan panas2.

~ Sup Bebola2 Api.

Dasat tak nama resepi? Heh3...


:: Like3, ek! ::



PASAR MALAM

Hari ni Sabtu. Eh, semua orang tau kot! ;P

Ada pasar malam. Pukul 3 petang kang dah start. Sampai la ke malam. 

Lama jugak dah tak terjah pasar malam. Rindu nak beli buah-buahan. Sebakul 5 hengget, boleh campur2. Eh, macam aku pulak yang meniaga! Hiks...

Dah roger2 Mak, ajak join sekali. Mak ok je... Plus, minggu lepas tak balik kampung sangat. Yang shopping kat Ipoh tu je la. Tak boleh kira balik kampung kot. So, petang ni spend time dengan Mak. Petang esok plan nak balik rumah mertua pulak. 

Adil & saksama. Cececehhh..!!! ;P

Errr... pasar malam kat tempat korang hari apa, ek? 


:: Like3, ek! ::



SANDWICH XXL

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Dah siap kemas rumah, basuh pinggan, baju bagai... Mandi pun sudah tau! Wangi tak? Wangi tak? Ha3... Over mokcik ni kan...! ;P  

Dah wangi2 baru boleh berblog dengan aman. Hiks... 

Nak share resepi baru nih. Harap korang tak tutup mata..! He3...

Bahan2:-

2 batang sosej ayam
2 biji telur ayam
4 keping roti potong Gardenia
Daun salad
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Mentega
Mayonis
Thousand Island

Cara2 Penyediaan:-

1) Sapu mentega pada roti potong Gardenia & buat roti bakar.
2) Panaskan sedikit mentega. Goreng sosej ayam hingga kekuningan. Angkat & toskan.
3) Panaskan minyak. Goreng telur ayam jadi telur mata kerbau. Angkat & ketepikan. Tabur sedikit serbuk lada hitam & putih di atasnya.
4) Hiris serong setiap sosej ayam. Susun sosej ayam di atas roti.
5) Bubuh mayonis & Thousand Island secukupnya.
6) Letak daun salad & taburkan dengan serbuk lada hitam + putih. Tutup dengan sekeping lagi roti. Hidangkan dengan telur ayam tadi. Buat untuk 2 set. 

~ Sandwich XXL. Nak sumbat dalam mulut sekaligus pun kena nganga luas2. XXL katanya kan... He3...

Ingat tau! Nganga luas2! Tips tuh. ;P


:: Like3, ek! ::



AKTIVITI TERTUNGGAK

Assalamualaikum... Wah, feeling2 ustajah pulak! 

Selamat pagi, you ols..!

Selamat berhujung minggu... Selamat bercuti... Selamat berehat... & selamat apa lagik, ek? Errr... selamat semuanyalah! ;P

Aku lonely lagik... Hari ni my 'sayang' deal dengan 2 kerjaya. Pepagi dia jadik petani moden. Belah2 tengahari kang dia turun site pulak. Monitor projek buat pavement jalan. Alhamdulillah... rezeki kan...

Tapi, kadang2 aku bebel2 jugak sebab bukan apa... risau takut my 'sayang' tak cukup rest. Paksa jugak dia curik2 masa untuk berehat. Alaaa... bebel2 manjas je kot... He3...

Hmmm... tak tau nak buat apa la... Boring pun ye gak nih! Yang pasti, aku tak mandi lagik. Ha3... Hadoi!

Kejap lagik aku nak vacuum hall kot... Lepas tu basuh baju. Kemudian, basuh & susun2 pinggan... Lipat kain lagik... Eh, macam banyak pulak aktiviti tertunggak kan..! Ha3...

Tapi, masih tak sedar diri. Erkkk! ;P


:: Like3, ek! ::



Friday, March 8, 2013

PURPLE VS COKLAT KRIM

Angah, cousin aku nak kahwin hujung bulan ni. 30 Mac 2013... insyaallah... Ni kan dah bulan Mac. Seperti biasa, harus la ada baju baru kan... Kalau pakai baju lama kang macam takde ummpphhh... pulak. Heh3...

Masalahnya, Angah sms aku dulu kata tema dia adalah coklat & krim. Tapi, Mak kata purple. Andak pun dah siapkan baju kaler purple katanya... Haish! Confuse ah kak tau!

Laju2 aku roger Angah, nak dapatkan kepastian. Kesimpulannya, Angah kata tema dia purple. Tapi, family dia je (means, Pak Yang, Mak Yang &adik-beradik Angah) yang pakai coklat & krim. 

Owh... begitu kekdahnya... So, kitorang nak ikut tema Angah je lah! PURPLE! Moh menyopping! He3...

Terjah Nagoya kat Greentown Mall, Ipoh. Pelik! Sebab tak amik masa yang lama pun, laju je jumpa yang menepati tema & yang berkenan di hati. Aku beli batik untuk buat baju kurung pesak gantung. Buat pakai hari Khamis. Gomen katanya kan... Sebab koleksi baju batik aku dah semakin pupus. Aku syak baju2 tu yang mengecik kot... Magic kan? ;P

Aku belanja Mak 3 pasang kain ela. 1 untuk wedding Angah. Lagik 2 Mak pilih kain plain untuk buat jubah katanya... Tak kesahlah. Asal Mak bahagia... ;)

Baju my 'sayang' carik kat UO je. Nak kemeja, purple jugak. Aci suruh sales assistant tu carikkan je. Laju je dapat. Fitting ok, terus bayar. Wah, pantas betul penyopingan kali ni! ;)

~ Perut tak berapa lapor tapi, macam nak mengkudap2 sesuatu. Teringat laksa Padang Polo. Heh3...

~ Mak terpaksa kunyah pelan2 sebab kena ulcer. Besor! Kesian Mak...

Bila my 'sayang' buat lawak, Mak dapat gelak manjas2 je. Sebab ulcer tu mengganggu-gugat! Kalau tak, gegak-gempita jugak, hokay tahap penggelakan Mak. He3...

~ Kasik licin, bro! Ha3...

~ Lakonan semula yang tak boleh blah! Tang peluh jantan tu yang tak tahan tuh! Ha3... 

~ Rupa paras laksa Padang Polo. Sempoi je... Tapi, boleh layanlah!

Bukannya ada kedai / premis ke ape ke kan... Pokcik2 peniaga tu just pakai lori yang multi-purpose yang boleh bukak belakang dia bubuh segala macam mende yang nak diniagakan tuh. Lepas tu, bukak payung & meja kerusi. Limited jugak kalau ramai customer. 

Tapi, takde masalah kot... sebab boleh je tapau & makan la ko kat bawah pokok kat padang tuh. Terbaekkk... apa..?!!

Macam2 ada..!!! Bukan laksa je. Keropok lekor, cekodok, pisang goreng, bla3... macam2 kudapan lagiklah! Pekena pulak dengan air sojuk2, cendol bagai... perrgghhh..!!! Speechless!

Senang je nak carik. Korang terjah alamat nih:-

Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo)
30350 Ipoh, Perak

Sambil tengok orang jogging... sambil tengok orang buat family day... sambil tengok couple berchenta... ooppsss! Tettt...!!! Ha3... 


:: Like3, ek! ::



Tuesday, March 5, 2013

CHICKEN SHITAKE SOUP

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Semenjak 2 menjak ni, rajin betul ah kak mengupdate Slot KKBA. Hmmm... terasa seperti magic pulak! Korang rasa magic jugak tak? Ha3...

Hokay2!!! Chop! Jom tengok, resepi apa pulak la yang ah kak nak kongsi kali ni..! ;)

Bahan2:-

1 peket cendawan shitake (direndam)
2 sudu besar tepung gandum
1 biji bawang besar (dicincang)
2 batang sosej ayam (dipotong)
1 sudu mentega
1/4 ketul kiub ayam
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Rebus sosej ayam. Masukkan cendawan shitake. Rebus seketika. Tapis & toskan. Simpan air rebusan.
2) Cairkan mentega. Masukkan tepung gandum & kacau sentiasa. 
3) Tuangkan air rebusan tadi. Kacau sentiasa supaya tidak berketul.
4) Masukkan bawang besar, kiub ayam, sosej ayam & cendawan shitake yang ditapis tadi.
5) Bila kuah dah pekat, padamkan api & biarkan menyejuk sedikit.
6) Kisar.
7)) Panaskan semula. Tambah air jika terlalu pekat.
8) Perasakan dengan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Chicken Shitake Soup.

Terima kasih resepiibundo sebab share resepi. Aku buat ikut keavailable-an stok. 

Actually, resepi asal adalah pakai dada ayam & button mushroom. Tapi, aku tukar ke sosej ayam ngan shitake. Ada rasa petai sikit la... sebab shitake kat kepetai-an sikit. Kalau pakai button mushroom lagik terangkat kot..! 

Takpe la.. asal boleh lalu kat tekak aku ngan my 'sayang' pun dah cukup bagus kan... ;P

Tapaukan Mak sikit. Mertua aku tak kasik sebab aku macam yakin sangat yang diorang tak berapa in dengan menu2 sebegini. ;)


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 6

Misi diteruskan...

Pejam celik, pejam celik, dah 6 hari kot. Kalau dapat cecah 100 hari berdiet pun cantek jugak tuh! He3...

Tapi, jauh lagik perjalanan nak mencecah ke angka 100... Hu3...

~ Breakfast: 1 set sandwich + air masak
Buat 2 set. 1 untuk aku & 1 lagik untuk my 'sayang'.

Minum pagi:-

1 biji epal ijo + air masak
Epal tu dibawak ke opis dalam keadaan dah siap berpotong. Boleh menikmati sambil buat kerja. Krup krap... krup krap... He3...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ayam black pepper + 1/2 ekor ikan bakar bersambal + 3 tangkai kacang panjang (buat ulam) + air masak
Rezeki murah sebab Mak kasik ikan bakar bersambal tuh, my MIL pulak kasik ayam black pepper. Owh... terima kasih daun keladi wahai Bondakuasadua..! ;P

Minum petang:-

1 biji epal ijo + air masak

Dinner:-

Meratah leftover ikan bakar bersambal dengan ayam black pepper. TANPA NASIK, hokay..! TANPA NASIK! Diulang suara... TANPA NASIK! 

Sekian... ;P


:: Like3, ek! ::



Sunday, March 3, 2013

BAWAL CERMIN BEREMPAH GORENG BERSAMBAL

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bahan2:-

15 ekor ikan bawal cermin (disiang & dicuci bersih)
1 biji tomato
1 sudu rempah kari ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji bawang besar (dihiris)
Garam
Serbuk perasa
Gula
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
5 biji cili padi
2 tangkai cili merah
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur bawal cermin dengan garam, serbuk kunyit & rempah kari. Panaskan minyak. Goreng bawal cermin hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula.
5) Masukkan bawal cermin yang telah digoreng tadi. Sebatikan.
6) Masukkan bawang besar & tomato. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Bawal Cermin Berempah Goreng Bersambal.

Sekarang ni, boleh dikatakan kerap jugak memasak untuk dinner. My 'sayang' request. Risau jugak tengok keboolatan my 'sayang' especially tang perut comel dia tuh. Kalau Abang Aaron Ajis / Fahrin Ahmad ada 6 pack tapi, my 'sayang' ade 'pouch bag'. 

Ha3... Hadoiiyaiiinyapun..!!!


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google