SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RAYA 2012. Show all posts
Showing posts with label RAYA 2012. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

7 SYAWAL 2012... EPISOD: KENDURI RAYA

Anak pompuan Cik Siah naik pelamin. Actually, nikahnya dah lama, sebelum puasa lagik. Ni kira majlis bersandingnya la...

Cik Siah kan bff mak. Aku ngan my 'sayang' pulak free hari tu. Of cos la kami attend kendurinya.

~ Merah-putih ni tema canopy je kot sebab busana pengantin adalah kaler silver. 

~ Geng surau mak. Cik Siah pun pakai baju ikut tema, kaler ala2 silver.

~ Kitorang dah nak balik time rombongan pengantin lelaki sampai. Tak amik pun gambar pengantin. Tapi, amik gambar sendirik. Giler glamour kata ko! Ha3...

Kenduri kali ni, Cik Siah pakai catering. Takde rewang2. Letih katanya... Catering kan senang... ko bayor je duit, bagitau nak menu apa, tau2 dah siap terhidang. Takde nak berlengas2. Boleh pakai cun2 lagik, tunggu tetamu datang. 

Cik Siah hire Am Catering merangkap catering milik Cik Am, makcik my 'sayang'. What a small world, bebeh! Cewwah! 

Am Catering ni ok la... Harga pun aku rasa sangat2 berpatutan. Aku puji bukan sebab Cik Am tu makcik my 'sayang'. Tapi, sebab memang tak pernah dengor lagik ada komplen pasal servis Am Catering. So far, so good la... Kalau ada yang berminat nak hire, boleh la check it out kat Am Catering nih. Tengok2 harga pakej & menu pilihan. ;)

Nanti kalau anak2 sedara aku kahwin, aku nak paksa parents2 diorang pakai catering jugak. Boleh la ah kak melawa bajet datin wanna be! Ahaks3... 

Owh... jauhnya perancangan! A_bern pun tak habis sekolah lagik. Over tau Acu diorang nih! Hiks...


*Tamat dah kesah Syawal 2012... ;)


:: Like3, ek! ::




Friday, September 14, 2012

6 SYAWAL 2012... EPISOD: EURO FUN PARK REVISIT

Re-visit ke Euro Fun Park buat ke sekian kalinya... Kali ni bawak family aku pulak.

A_bern la beriye2 ajak. Siap merayu2 buat muka seposen mintak pujuk ibu dia untuk pergi jugak. Sadis betul! Kesian...

Memula, kakak memang tak nak pergi. Aku pulak yang jenuh buat muka seposen kat beliau. Patut ke muka kiut ah kak ni jadik mangsa A_bern? Cis betul!

Nasib baik membuahkan hasil jugak. Cair kakak dengan muka seposen aku. Ha3...

~ Tiket masuk disponsor oleh ah kak yang kiut. Eh! Tu pun nak ceritakah? Haish!

~ A_bern (yang ada arrow tuh) bersiap-sedia nak naik buaian berpusing. Kat Genting dulu pun dia naik mende alah ni jugak. Berani betul mokcik nih. Aku yang tengok yang seriau!

~ Muka puas hati sebab dapat naik buaian yang berpusing menggila tuh.

~ Ziqah pulak nak naik kuda. Layankan je...

Bab main game yang ada kat situ, aku tak belanja la. Aku belanja tiket masuk je. Kalau semua nak disponsor, pokailah ah kak..! Hu3...

~ Haunted Castle. Ni hantu galah kot... sebab panjang sangat! He3...

~ Diorang ni nak mencabar keberanian diri, masuk Haunted Castle. Alaaa... berani2 takut je tu... Ha3...

~ Masuk naik kereta kecik. Diorang dah cuak dah time nih! He3...

Kos nak masuk Haunted Castle adalah samadengan 5 token samadengan 10 hengget. Tapi, diorang menyesal sebab giler sekejap kot dok dalam tuh. A_bern kata, jenuh nak dapat feel seram tapi, tak dapat2 sebab hantunya limited. 

My 'sayang' pulak kata, tak sempat nak takut, dah keluar. Memang coi habis la kiranya... 

Aku yang menunggu kat luar pun rasa pelik. Pejam celik, pejam celik, diorang dah keluar balik. Muka memasing pulak muka happy macam baru lepas pergi open house lagaknya... Takde seram2 langsung! 

Hmmm... rumah hantu ke rumah terbuka nih? Ha3...


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



Thursday, September 13, 2012

5 SYAWAL 2012... EPISOD: PULUT RAYA

Lepas berdinner raya kat rumah mak mertua kakak, ingatkan nak terus beraya ke rumah besan mak yang seterusnya, rumah mak mertua abang pulak. Tapi, terpaksa cancel sebab ada berita sedeh.

 Begini kesahnya...

Petang 4 Syawal, abang dah siap2 belikan bahan2 mentah untuk buat bihun sup. Nak bawak family Kak Aneem datang beraya kat rumah mak katanya... Tup2... Kak Aneem call suruh cepat2 pergi hospital sebab baby ke-2 Tun (adik Kak Aneem) meninggal dalam kandungan. Yang suami Tun pulak macam susah nak terima kenyataan, siap meracau2 buat semua orang takut.

Sepatutnya, lepas beraya kat rumah mak mertua kakak, kami nak terus beraya ke rumah mak mertua abang. Tapi, semua plan cancel! Beraya kat rumah mertua kakak je lah. Nak buat macam mana kan... kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya...

5 Syawal... dah tak tau dah nak beraya kat mana. Belah pagi melepak kat rumah mak je. Tido terbongkang je aku kat dalam bilik. Nenek Busu datang beraya pun aku tak sedar. Isk3... huduh perangai!

~ Mokcik ni takde kerja lain. Asik nak berposing je! Nak tayang baju raya yang abah dia belikan katanya... Chait!

~ Dia ajak aku join berphotoshoot sekali. Aku... ya amponnn... punya malas! Tido lagik syiok! Ha3...

~ Sudahnya, kakak jadik mangsa. Jadik tukang amikkan gambar mokcik nih. 

~ Itik serati pulang petang... Ha3... Larikkksss..!!!

Pukul 2++ petang, kakak ajak keluar. Boring katanya... hari raya melepek kat rumah. Dia paksa aku bangun, bersiap! Dalam mamai2 tu, aku sarung je baju yang aku nampak. Tak kose nak berbaju kurung sebab malas nak iron. Casual raya je lah. He3...

~ Sebelum tengok balik gambar nih, rasa macam kiut habis je buat muncung macam tuh. Bila tengok balik, rasa macam... O.M.G..!!! Huduh betul! ;P

~ Layan je lah mokcik nih...

Memula, terjah Mastan Ghani sebab kakak mengidam nak makan mee rebus. Kat Kajang takde mee rebus seperti Mastan Ghani katanya... Aku layan rojak je. Pekena dengan sirap cincau. Perrgghhh!!!

Rasa nak mintak cekodok lebih. Tapi, orang kata Mastan Ghani tak layan kalau kita mintak cekodok lebih. Kalau nak jugak, kena order lagik sepinggan rojak / mee rebus. Hmmm... tak lalu ahhh!

Lepas makan, singgah Eagle sebab mak nak beli periuk. Last sekali, singgah Bintang, kakak mengidam nak makan pulut cicah sambal tumis ikan masin yang mak masak. Tak habis2 ngan mengidamlah mokcik tuh! Isk3...

~ So, inilah menu minum petang kami. Dah macam dinner je aku tengok. He3...

Nasik putih, pulut, sambal tumis ikan masin, daging masak kicap, ikan goreng, ikan pekasam, ikan masin goreng & cekodok kuchai. Amekaw!

~ Abang & family langkah kanan. Datang bawak anak2 sedara belah Kak Aneem.

~ Imam tak berapa muda..! Ha3... Larikkksss..!!!

~ Mokcik yang banyak betul mengidam air tangan mak! Dasat! Nampak benor dah lama tak balik kampung. Ha3... Larikkksss... lagik!!! Hnsss2..!!!

Family Kak Aneem diduga betul Syawal kali ni. Instead of baby Tun meninggal dunia, dikhabarkan pulak dengan Damia (anak sulung Abang Chik Kak Aneem) masuk ICU. Elok2 diorang pergi hospital nak ziarah Tun, tetiba Damia pulak pengsan! Doktor tak dapat detect puncanya. Tau2 je dah kritikal.

Dugaan2... Kami semua cuma mampu berdoa...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, September 12, 2012

4 SYAWAL 2012... EPISOD: DINNER RAYA

Tak habis lagik beraya. Belah tengahari jadik 'rombongan Cik Kiah'. Belah petang lepak kat rumah mak je. Nak kumpul energy balik sebab malam kang nak sambung beraya lagi.

Hoyyeahhh...!!!

Kitorang nak beraya ke rumah mak mertua kakak. Dah pesan siap2 kat kakak, kalau setakat jamu kuih raya je baik toksah bagi kami datang. Paling2 pun, kena jamu nasik spesel. Ha3... Kejam2...

Terus kena sekeh dengan kakak aku. Adeh3...

~ Lepas kena sekeh pun muka bajet kiut lagik. Tiz Zaqyah celup kata ko! Ha3... Memang mintak kena sepak ke apakah nih?! ;P 

Mak mertua kakak jamu nasik, as requested. Ha3...

So, malam tu berdinner raya dengan nasik putih, asam pedas ikan siakap, ikan masak kicap, sayur campur seafood & apa ntah lagik... lupa la... Ada ruang lagik kot perut aku ni. Terus makan sampai 2 pinggan! Owh... apakah..??! ;P

~ Lepas makan nasik, makan kek coklat pulak. Minum kopi... Perrgghhh!!!

~ Suap Ziqah sekali. Eh, manjasnya!

~ Ziqah ni anak Uda. 1 & only... Nama penuh: Anis Haziqah. No. MyKid: ..... eh, over pulak! Hiks... 

Kalau korang tengok badan dia secara live, musti korang ingat dia tak cukup makan. Sebab kurus sesangat! Tapi, cer tengok pola pemakanan dia. Semua dia belasah! Faveret dia adalah petai. Bukan yang kita campur dalam sambal udang jadik sambal udang petai tuh. Tapi, yang raw, bebeh!

Slumberdek je dia telan.

Nasik penuh pinggan. Roti pun dia makan. Biskut lagik... Macam2lah masuk dalam mulut dia. Tapi, still tak gemuk2. Sebab sistem penghadaman dia pelik sikit. Makan3... lepas tu, buang3. Susah nak jadik lemak kot. Tu yang slim sesangat tuh!

Jeles ah kak tau! Sebab ah kak pun makan banyak jugak, membuang jugak. Tapi, maintain je bulat2... Uhuks3...

~ Sebenornya, aku yang ngengada request kat kakak nak desert bagai... Terus laju2 mak mertua kakak amikkan kek coklat. Terasa seperti tetamu kesayangan pulak. Hiks...

Eh, ke... tetamu menyusahkan? Ha3...

~ Aku saja je nak nyakat kakak. Malas ya ampon owh... mokcik tuh..! So, aku dera dia dengan merequest macam2, biar mak mertua dia dengor, lepas tu mak mertua dia pun suruh amikkan apa yang aku nak. Amekaw! La3...

Lagik sekali kena sekeh ngan kakak. Adeh3...

Hokayla... Insap la... Takmo dera2 dah... Tapi, tetiba my 'sayang' bersuara...

"Kak, buah2-an takde ke?"

Ha3... Tak dapek den nak nolong! ;P


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, September 11, 2012

4 SYAWAL 2012... EPISOD: ROMBONGAN CIK KIAH...

Dalam pukul 10 pagi, kami dah balik semula ke rumah mak. Ini la yang best bila dapat jodoh sekampung. Rumah mak kita dengan rumah mak dia tak berapa jauh sangat. Tak perlu susah2 nak bajet2 masa, nak serabut2 pikirkan jalan alternatif untuk elak jemm & duit tol pun tak payah prepare. Jimat, bebeh!

Even ko boleh ulang-alik hari ni di rumah mak sendirik, esok pulak dah di rumah mertua, lepas tu, patah balik ke rumah mak... bla3... Tak sempat panas bontot duduk dalam kereta, dah sampai. Macam magic! ;D

Jeles tak? Jeles tak? Heh3...

My 'sayang' kerja hari tu. Nak turun site TNB. Kalau ikut perancangan, kerja2 TNB akan dihold sampai lebih kurang seminggu beraya. Tapi, ada kebocoran terlampau pulak kat tangki air. Memang mintak kena repair cepat. Terpaksa jugaklah my 'sayang' bekerja di hari raya...

Family aku pulak plan nak join rombongan meminang untuk sepupu aku, Imie. Aku aci belasah je kata Imie tu sepupu aku. Padahal, salasilahnya sangkut kat mana pun aku tak reti nak explain. Kira aci je lah. ;P

~ Aku punya idea yang nak buat outdoor photoshoot, makcik ni pulak yang enterframe dulu. Cisss!

~ Carik port redup. Takut make-up cair. Ha3...

Sebenornya, aku dah boring menunggu Imie & family dia sampai. Sebab janjinya diorang yang akan datang ke rumah nenek then, baru ke Chenderong Balai, rumah bakal tunang Imie. Tunggu punya tunggu, diorang tak kunjung tiba. Bila call, rupa2nya diorang pulak gigih menunggu kitorang.

Isk3... rumah ko kat Changkat Jong. Apa kes pulak kami nak ke sana, lepas tu berpatah balik ke Chenderong Balai..?!! Nonsense kot...

Membebel2 kami kat diorang. Rasa macam nak suruh Imie bukak buku Geografi Tingkatan 3 je, tengok map. Amekaw!

~ Baru lepas membebel... He3...

~ Abang tak amik port! Lagik orang membebel, lagik khusyuk dia main game tablet! Isk3...

~ Gasak ko la, Imie oiii... nak sampai pukul berapa. Yang penting aku happy berphotoshoot. Plus, yang nak bertunang ko, bukan aku. La3...

~ Bawah pokok ceri pun aci jugak. ;P

~ Ampaian pun... Hiks...

~ Comel kan kami? Ahaks3...

Pukul berapa ntah baru Imie sampai. Takpe la... dimahapkan kot... Misunderstanding katanya kan... 

Aku, abang, kakak, mak & A_bern naik 1 kereta je. Naik kereta abang. My 'sayang' kan kerja. Abang Mie pulak beraya dengan kawan2 dia. Kak Aneem tak ikut sebab nak tolong Mama dia masak, sedara-mara Mama Kak Aneem nak datang rumah Mama dia.

Dah lama kami tak naik 1 kereta sama2. Ye la kan... memasing dah kahwin. Of cos la naik kereta dengan pasangan memasing. 

Best wooo...! Sebab dalam perjalanan nak ke rumah bakal tunang Imie, kami asik la bukak nostalgia dulu2, masa kami kecik2. Mana yang kelakor, kami gelak terbahak2. Mana yang syahdu2 tuh, rasa nak nangis pun ada. Moment betul! ;D

Ghalit sangat, sampai tak sedar dah sampai ke destinasi rupanya 'rombongan Cik Kiah'. Alamak! Perut dah berdangdutlah! Achaner tu..??! Hu3...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



JEJAKA PERASAN!

My 'sayang' ajak shopping seluar jeans. Bukan untuk aku... tapi, untuk dia. Aku dah lama tak pakai seluar jeans. Just pakai slack ngan palazzo je. Insap kot... Ha3... Motip..??! ;P

Ntah la... Sejak 'semakin berkembang dengan sihat' ni, memang tak kose nak pakai seluar jeans dah. So, sila salahkan 'pengembangan' tersebut ye, you ols..! Hu3...

So far la kan... Sok lusa tak tau pulak kot2 terpakai balik. Wait & see je lah... ;)

Shopping jeans kat Butik Lois dalam Rapid Mall, dekat dengan Giant Hypermarket Teluk Intan. Diserve oleh seorang mamat berbangsa India...

~ Ada jugak brand lain cam Lumberjacks bagai... Tapi, prioritynya adalah Lois.

"Tolong amikkan saiz 34. Nak fitting."

Kata my 'sayang' kepada mamat India tersebut. Tamak haloba sebab fiting sampai 3 helai terus!

Last2, keluar dari fitting room dengan muka ketat tak boleh blah! Eh, apa kes pulak kan? Tertanya2 ah kak tau! 

Rupa2nya, saiz 34 dah tak relevan dengan my 'sayang'. Mintak saiz 36 pun tak relevan jugak. 38 pun! Last2, saiz 40 yang can do. Ha3... Amekaw!!!

Perasan masih kurus betul! ;P

~ Jejaka perasan yang sentap sebab tak percaya saiz beliau sekarang dah 40! Ha3...

Puas hati sebab berjaya rembat 3 helai jeans, Lumberjacks + Lois. Tapi, tak puas hati sebab still tak percaya saiz seluar dia sekarang dah 40! Ha3... 

Kesian... ;P


:: Like3, ek! ::



3 SYAWAL 2012... EPPISOD: MENZIARAH BESAN2...

Rumah besan pertama yang diterjah harus la rumah mak. Sebab rumah mak yang paling dekat kan... Awal2 lagik aku dah roger2 mak. So, takde la mak terkejut kalau tetiba family mertua aku serbu rumah mak. He3...

Mak jamu bihun sup. Best tau menjamu adik2 ipar ngan biras aku makan. Sebab diorang memang jenis laju je amik pinggan, cedok sendirik. Mak pun suka macam tu. Mak kata, puas hati bila tengok diorang makan apa yang kita jamu.

Plus, ko letak apa pun, gerenti sold out! He3...

Rumah ke-2 adalah rumah mak KF. Takde la jauh sangat, kat Kampung Gajah je.

~ My 'sayang' amik kesempatan bergambar kenangan dengan tractor KF. He3...

~ My MIL lagik hebak! Jumpa pelam terus paksa aku amikkan gambar. Ha3... Terbaekkk... lah!

Kami dijamu dengan nasik lemak sambal udang petai & cekodok jagung. Tak larat nak makan banyak sangat sebab tadi kat rumah mak dah melantak tak hengat bihun sup. Tapi lepas tu, terkenang2 pulak kat cekodok jagung cicah sos cili tuh. Hu3...

Rumah besan seterusnya adalah rumah parents Roy. Kat Kuala Kangsar nun..! Jauh jugak la kan... Sempat perut ni lapor. He3...

Sampai2 je, family Roy jamu nasik + masak lemak udang dengan kacang buncis + ikan tilapia masak pedas + sambal pelam + rendang ayam. Memang terbaekkk... sangat! Tapi, aku makan nasik berlaukkan masak lemak udang dengan kacang buncis & sambal pelam je sebab aku kan tak makan ikan tilapia... Lepas tu, rendang ayam tu adalah ayam kampung. Pun aku tak makan jugak.

Lauk masak lemak udang tu pun aku tambah sampai 2 pinggan nasik. Siap ratah2 sambal pelam lagik..! Hilang sekejap tatasusila ah kak. He3...

~ On the way nak ke destinasi seterusnya, kami terserempak dengan accident nih. Dasat jugak! Kereta Wira terbalik masuk dalam longkang.

~ Mangsanya dah dibawak naik ambulans. Yang orang-ramai tengok tuh adalah kereta yang terbalik tuh.

Nauzubillah...

Malang tu tak berbau. Harap2 kita semua lebih berhati2 di jalan raya. Kalau boleh, bukan time perayaan je. Hari2 pun. Ingatlah orang yang tersayang...

Hokaylah! Berbalik kepada cerita beraya ke rumah besan tadi, nampak gayanya misi berjaya! Kecuali rumah parents Cik Anilah. Jauh sangat kot... nun di Johor. Tahun2 depan maybe... Insyaallah...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



Monday, September 10, 2012

3 SYAWAL 2012... EPISOD: PHOTOSHOOT SAWAH PADI

Kalau belah family aku ada Gediks2 Raya, belah family mertua pulak ada Photoshoot Sawah Padi. Kelasssz... ko Jah..! He3...

Agenda utama adalah nak beraya ke rumah besan2 mertua. Sebelum bertolak, adalah lebih afdal kita berphotoshoot dulu. Al maklum la... kami kan bajet artis... Gila glamour!!! Ha3...

Dah jelita + kacak bergaya, rugi kalau tak berposing! ;P

~ Yang rendah ke kiri, yang tinggi ke kanan... kiri & kanannn... gerak!!! Ha3...

~ Menunggu Awa & Cik Qistina. K-mon, bebeh! K-mon..!

~ Owh... Qistina...

~ Jenuh Mommy & Daddy dia ajak join bergambar tapi, dia tak nak! Gigih nak jadik photographer. Minat kerja2 di belakang tabir kot... Low profile... Tak macam Mommy-Daddy-makcik2-pakcik2 dia yang gila glamour tuh! He3... 

~ So, no Qistinalah!

~ Nampak macam samadengan gambar kat atas. Tapi, sebab ah kak rasa ah kak cute habis, ah kak jaja je lagik..! La3...

~ Free-style... konon! ;P

~ Ingat nak ajak melompat bersama2 di hari raya. Eh, lupa pulak ada Mak & Abah mertua... 'Ooppsss!!! Tumpang lalu, Mak... Abah...' (sambil tunduk2 senyum simpul) Heh3...

~ Macam sakit leher je aku dalam gambar nih. Mencik! Tapi, nasib baik muka maintain kiut. Ahaks3...

~ Sherashi Bershamaaa... ;D

~ Shehati Berdansha... pulak! ;P

Awa pakai kaftan. Adik2 ipar memang akan buat bahan kalau nampak sesiapa pakai macam pelik2 sikit nih. Bagi diorang baju kurung/kurung moden/kebaya adalah typical. Kaftan pulak samadengan pelik! So, memang jadik bahan la Awa hari tuh. He3...

"Awa, kalau ko panjat pokok pelam sambil buat gaya nak terbang aku amik gambar ko."


"Awa! Cer terbang... Cer terbang..."


Kejam punya statement, derrr..! He3... Tapi, takde apa pun... Bergurau-senda di hari raya maaa... ;)

~ Single but, not available... I guess... ;P

~ Romatika Raya... Cewwahhh..!

~ Pose ah kak tu macam nak menari rappers pulak. Isk3... malu ah kak berkelakuan begitu di depan mertua. 

Heh! Malu la sangat kan... ;P

~ Duta facebook... Nak melompat ke... nak buat tarian poco2 nih? Ha3...

~ Slim! Owh... ok! Memang I jeles tau! Uhuks3...

~ Ah kak pun slim kan dalam gambar nih? Terasa seperti boleh menyorok di sebalik pokok betik tersebut pulak. Hiks...

Memandangkan ada banyak lagik rumah yang nak diziarah makanya, sudah2lah berphotoshoot tuh. Moh kita beraya, weh..! ;D


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google