SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KAMPUNG GAJAH. Show all posts
Showing posts with label KAMPUNG GAJAH. Show all posts

Monday, November 11, 2013

KARNIVAL PERTANIAN & KEUSAHAWANAN

Fuh!

Bukan jampi tapi, sound effect selepas berpenat2 + berlengas2 mengemas rumah. Start dari pukul 5 petang tadi. Lepas balik dari hospital, terus capai vacuum, feather duster bagai... 

Memula setelkan hall. Lepas tu, master bedroom membawak ke bilik solat membawak ke bilik laundry & akhir sekali, dapur. Dengan fridge sekali siap kena 'servis'. Banyak jugak yang dah expired rupanya. Rasa bersalah pulak. Owh... Tsk3...

Walaupun penat tapi, berbaloi2 bila tengok keadaan rumah. Sojuk mata memandang kata ko! Nak berblogging pun aman & tenteram je rasa. Eceh! ;P

Hokay, sudah2 la nak feeling2 tu. Nak cerita pasal kesah jalan2 ke Karnival Pertanian & Keusahawanan pulak. Kak Aneem yang ajak & war2kan sebab opis dia pun terlibat jugak. Kat Kampung Gajah. Kitorang pergi belah petang je. Takde nak rushing2 pun... Santai2 gitu..!

~ Amik gambar kat tempat kejadian memang acara wajib sangat kan... He3...

~ Stage untuk acara launching yang disempurnakan oleh YB Dato' Tajuddin Abdul Rahman (Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani). Means, secara automatiknya, karnival ni adalah anjuran Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA).

~ Rest kejap sambil menikmati hempedal ayam goreng tepung. Ermmm... dappp...

~ Sawi gergasi katanya..! Asal jumpa mende yang agak2 pelik, semustinya nak berposing. He3...

~ Macam comey jerrr... Macam comey jerrr... Ha3...

~ Jalan ke depan sikit, jumpa pulak dengan nanas 1 Malaysia. Apa lagik..?! Posinglah! Heh3...

~ Pameran buah2-an tempatan. Macam2 ada..!

~ Ni la maksudnya dengan nanas 1 Malaysia tuh. Diorang susun nanas tu banyak2 membentuk nombor 1. Tapi, kitorang salah angle. Nampak no. 1 terbalik pulak. Adeh! 

Well... luas jugak la kawasan karnival nih. Ala2 mini MAHA la... Dibahagikan kepada 3 kawasan iaitu tapak jualan yang jual macam2 produk pertanian macam buah2-an & anak2 / benih2 pokok, tapak pameran yang ada banyak booth jabatan / agensi kerajaan under MOA & tapak hasil ternakan yang ada beberapa spesis haiwan ternakan macam kuda & kambing. Nak tunggang kuda padi pun bolehhh...

Tapi, ah kak is takde la sampai nak tunggang kuda padi bagai... Tak kose + dah Maghrib. Nak chow je la... 

Sekian kesah Karnival Pertanian & Keusahawanan... ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, September 11, 2012

3 SYAWAL 2012... EPPISOD: MENZIARAH BESAN2...

Rumah besan pertama yang diterjah harus la rumah mak. Sebab rumah mak yang paling dekat kan... Awal2 lagik aku dah roger2 mak. So, takde la mak terkejut kalau tetiba family mertua aku serbu rumah mak. He3...

Mak jamu bihun sup. Best tau menjamu adik2 ipar ngan biras aku makan. Sebab diorang memang jenis laju je amik pinggan, cedok sendirik. Mak pun suka macam tu. Mak kata, puas hati bila tengok diorang makan apa yang kita jamu.

Plus, ko letak apa pun, gerenti sold out! He3...

Rumah ke-2 adalah rumah mak KF. Takde la jauh sangat, kat Kampung Gajah je.

~ My 'sayang' amik kesempatan bergambar kenangan dengan tractor KF. He3...

~ My MIL lagik hebak! Jumpa pelam terus paksa aku amikkan gambar. Ha3... Terbaekkk... lah!

Kami dijamu dengan nasik lemak sambal udang petai & cekodok jagung. Tak larat nak makan banyak sangat sebab tadi kat rumah mak dah melantak tak hengat bihun sup. Tapi lepas tu, terkenang2 pulak kat cekodok jagung cicah sos cili tuh. Hu3...

Rumah besan seterusnya adalah rumah parents Roy. Kat Kuala Kangsar nun..! Jauh jugak la kan... Sempat perut ni lapor. He3...

Sampai2 je, family Roy jamu nasik + masak lemak udang dengan kacang buncis + ikan tilapia masak pedas + sambal pelam + rendang ayam. Memang terbaekkk... sangat! Tapi, aku makan nasik berlaukkan masak lemak udang dengan kacang buncis & sambal pelam je sebab aku kan tak makan ikan tilapia... Lepas tu, rendang ayam tu adalah ayam kampung. Pun aku tak makan jugak.

Lauk masak lemak udang tu pun aku tambah sampai 2 pinggan nasik. Siap ratah2 sambal pelam lagik..! Hilang sekejap tatasusila ah kak. He3...

~ On the way nak ke destinasi seterusnya, kami terserempak dengan accident nih. Dasat jugak! Kereta Wira terbalik masuk dalam longkang.

~ Mangsanya dah dibawak naik ambulans. Yang orang-ramai tengok tuh adalah kereta yang terbalik tuh.

Nauzubillah...

Malang tu tak berbau. Harap2 kita semua lebih berhati2 di jalan raya. Kalau boleh, bukan time perayaan je. Hari2 pun. Ingatlah orang yang tersayang...

Hokaylah! Berbalik kepada cerita beraya ke rumah besan tadi, nampak gayanya misi berjaya! Kecuali rumah parents Cik Anilah. Jauh sangat kot... nun di Johor. Tahun2 depan maybe... Insyaallah...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



Thursday, March 22, 2012

ABANG BOMBA

Belum habis lagik tau kesah Wedding Udda-KF. Ni part last kot. Majlis bertandang ke rumah KF plak.

Pagi2 lagik pengantin ngan Mr Driver (Encik Bulat) dah keluar pergi make up kat butik yang diorang amik pakej persandingan tuh. Kat area Manjung kalau tak silap. Terpaksa make up kat butik sebab si tukang make up tak boleh nak datang rumah, banyak customer yang nak dimake upkan katanya...

Rombongan kami pulak, dalam pukul 11 a.m dah gerak menuju ke Kampung Gajah. Konvoi 8 bijik kereta kot. Wah! Macam rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel la pulak! Hiks...

~ Dah sampai kat Taman Murni, Kampung Gajah. Pengantin pompuan ada nangis sikit sebab kena sakat dengan adik-beradik dia. Holloh3...!!!

~ Apsal aku rasa semua dalam gambar ni macam masam mencuka je? Staf caterer paling masam tak hengat! Owh3...

~ Eh! Ah kak pun masam jugakkah? ;P

Sampai je, tuan tanah kedaung jamu makan dulu. Perut lapor + lauk best! Makanya, tak toleh kiri-kananlah ah kak makan..! Adeh3...

Menu: Nasik putih, nasik hujan panas, ayam goreng tepung, gulai daging, daging paprik, rendang daging, ulam2-an & air sirap. Marvellous, bebeh!

~ Lepas makan, pengantin masuk dalam rumah untuk acara potong kek & bersanding...

~ Owh... lupa nak bagitau! Tema majlis bertandang adalah silver-putih. 

~ Main suap2 pulak! Malu ah kak! Awwsss2!!! Ahaks3...

~ Memandangkan KF adalah pegawai Bomba makanya, dia bersanding pakai baju bersanding rasmi untuk Bomba lah. Abang Bomba kata ko! He3...

~ Eh! Tak habis2 lagik suap-menyuap, ek? Nak habiskan dua2 tingkat sekalikah? ;P

~ Turn bergambar dengan my MIL & abah. Photographer memang terbaik! Siap request my MIL & abah berpegangan tangan lagik! Ho3!!!
~ Holloh3..!!! Kiutnye semua! Especially my 'sayang'! Ahaks3...

~ Happy faces... Hmmm... apa la yang Memem busykan tuh? Mengira bungakah? Haish!

Memang fun! Hired photographer pun memang best! Abang kepada artis Hafiz Hamidun tuh. Eh, nak jaja jugak..! Ha3...

Kesimpulannya, memang photographer tu friendly. Buat satu2 shot tu takde nak rush2. Chill2 je... Soft spoken lagik. Idea pun banyak kot. Aku yang tengok dia berkolaborasi dengan pengantin pun rasa comfy. Tapi, kalau korang nak contact number, tak dapeklah den nak nolong! Sebab takde pulak aku tanya detail2 ngan Udda. Google je lah! ;P

Eh! Aku ni nak jaja cerita wedding ke cerita photographer nih? Ha3...

Selamat Pengantin Baru to Udda & KF... ;)

*TAMAT...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google