SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label ROMBONGAN MEMINANG. Show all posts
Showing posts with label ROMBONGAN MEMINANG. Show all posts

Monday, October 1, 2012

HUJAN RAHMAT MUNGKIN...

Join rombongan meminang lagik... ;)

Rasa macam ramai pulak yang amik step awal dalam usaha nak mendirikan masjid di tahun 2012 nih. Hmmm... musim kot... He3...

Tahun ni bertunang ramai2. Tahun depan kang naik pelamin ramai2. Insyaallah... Amin... ;)

~ Hujan renyai2 hari tuh. Malas nak bukak payung, redah je la masa nak masuk kereta. Walaupun tudung kena hujan tapi, ah kak tetap kiut di mata korang kan? Kan3..??? Ahaks3...

Eh, lupa nak bagitau! Yang bertunang ni adalah sedara belah Mak jugak. Tapi, seperti biasa, ah kak memang tak reti nak explain macam mana susur-galur salasilah keluarga tuh. Hu3...

Aku & my 'sayang' amik mak ngan nenek dulu. Then, baru gerak ke rumah sedara tuh untuk berkumpul sebelum ke rumah pihak pompuan.

~ My 'sayang' senyum2 je sepanjang jalan sebab tak tahan dengor nenek melatah bila my 'sayang' terlanggar lopak air. He3...

~ Nenek still melatah. Nenek memang macam ni... kalau dah start melatah memang susah betul nak kembali normal. Kadang2 kita tak usik pun. Tapi, take time nak stop sendirik. He3...

~ Jelita kan Mak aku? Persis anak bongsunya! Ecewah! Ha3...

Kalau Kakak ngan Abang baca, mau muntoh ijo diorang! ;P

~ Hah, ni la anak bongsu Mak yang jelita persis Mak tuh! Ahaks3... 

Kat rumah sedara tuh, kami dijamu dengan kek, teh O & kopi panas + bihun goreng. Aku cedok bihun goreng. Masa makan, mata ni dah kuyu sangat2! Ye la kan... cuaca hujan2 + sejuk2. Rasa macam nak mintak bantal ngan selimut je dengan tuan rumah. Ha3...

~ Sekejapan je dah sampai kat rumah pihak pompuan. Tak jauh mana pun... Kat Kampung Pisang dekat dengan Taman Karentina tu je... Amik gambar dulu kat tangga surau. He3...

~ Dari surau, kena jalan kaki masuk dalam sikit sebab kalau naik kereta kang takut takde parking. Still hujan... So, macam2 payung keluar. Colourful!

Hujan rahmat katanya kan... ;)

~ Tengah buat discussion. Kita serahkan je kepada yang otai. ;P

~ Sarung cincin pulak. 

~ Mak sempat amik gambar dengan si tunang pompuan. Aku tak sempat sebab sibuk amik gambar & makan. Tang amik gambar tu macam takde apa sangat la kan... Tapi, tang makan non-stop di rumah orang adalah seperti... 'Oit! Kat rumah orang pun ko nak tunjuk skill makan ko yang hebak tu kah?' Ha3...

~ Quite klasik hantaran2nya...

~ Gambar loving couple... Ko ado..??! Ha3...

~ Bakal mak mertua bergambar dengan bakal menantu. Bakal mak mertua tu muda lagik tau! 

~ Hantaran jugak...

Menu kendurinya best! Ada nasik putih, ikan goreng, sambal belacan, pajeri nanas, sambal tumis ikan masin, ulam2-an, kuih-muih & tembikai. Hujan still renyai2... Pergghhh..!!! Terbaekkk... betul menikmati makanan sebegitu! 

Rasa macam nak mintak tapau pulak. Eh, overbahkalaukau! Ha3...

Hokay2. Tak jadik mintak tapau. Sila jaga air muka sikit, ye! ;P

Tak balik rumah terus pun... Singgah rumah abang, melepak sampai petang2 sikit. Abang jamu kuih-muih. Makan lagik la aku kan... Hadoi! Kalau beginilah caranya, Doraemon pun ngeri nak jumpa aku tau! Uhuks3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, September 11, 2012

4 SYAWAL 2012... EPISOD: ROMBONGAN CIK KIAH...

Dalam pukul 10 pagi, kami dah balik semula ke rumah mak. Ini la yang best bila dapat jodoh sekampung. Rumah mak kita dengan rumah mak dia tak berapa jauh sangat. Tak perlu susah2 nak bajet2 masa, nak serabut2 pikirkan jalan alternatif untuk elak jemm & duit tol pun tak payah prepare. Jimat, bebeh!

Even ko boleh ulang-alik hari ni di rumah mak sendirik, esok pulak dah di rumah mertua, lepas tu, patah balik ke rumah mak... bla3... Tak sempat panas bontot duduk dalam kereta, dah sampai. Macam magic! ;D

Jeles tak? Jeles tak? Heh3...

My 'sayang' kerja hari tu. Nak turun site TNB. Kalau ikut perancangan, kerja2 TNB akan dihold sampai lebih kurang seminggu beraya. Tapi, ada kebocoran terlampau pulak kat tangki air. Memang mintak kena repair cepat. Terpaksa jugaklah my 'sayang' bekerja di hari raya...

Family aku pulak plan nak join rombongan meminang untuk sepupu aku, Imie. Aku aci belasah je kata Imie tu sepupu aku. Padahal, salasilahnya sangkut kat mana pun aku tak reti nak explain. Kira aci je lah. ;P

~ Aku punya idea yang nak buat outdoor photoshoot, makcik ni pulak yang enterframe dulu. Cisss!

~ Carik port redup. Takut make-up cair. Ha3...

Sebenornya, aku dah boring menunggu Imie & family dia sampai. Sebab janjinya diorang yang akan datang ke rumah nenek then, baru ke Chenderong Balai, rumah bakal tunang Imie. Tunggu punya tunggu, diorang tak kunjung tiba. Bila call, rupa2nya diorang pulak gigih menunggu kitorang.

Isk3... rumah ko kat Changkat Jong. Apa kes pulak kami nak ke sana, lepas tu berpatah balik ke Chenderong Balai..?!! Nonsense kot...

Membebel2 kami kat diorang. Rasa macam nak suruh Imie bukak buku Geografi Tingkatan 3 je, tengok map. Amekaw!

~ Baru lepas membebel... He3...

~ Abang tak amik port! Lagik orang membebel, lagik khusyuk dia main game tablet! Isk3...

~ Gasak ko la, Imie oiii... nak sampai pukul berapa. Yang penting aku happy berphotoshoot. Plus, yang nak bertunang ko, bukan aku. La3...

~ Bawah pokok ceri pun aci jugak. ;P

~ Ampaian pun... Hiks...

~ Comel kan kami? Ahaks3...

Pukul berapa ntah baru Imie sampai. Takpe la... dimahapkan kot... Misunderstanding katanya kan... 

Aku, abang, kakak, mak & A_bern naik 1 kereta je. Naik kereta abang. My 'sayang' kan kerja. Abang Mie pulak beraya dengan kawan2 dia. Kak Aneem tak ikut sebab nak tolong Mama dia masak, sedara-mara Mama Kak Aneem nak datang rumah Mama dia.

Dah lama kami tak naik 1 kereta sama2. Ye la kan... memasing dah kahwin. Of cos la naik kereta dengan pasangan memasing. 

Best wooo...! Sebab dalam perjalanan nak ke rumah bakal tunang Imie, kami asik la bukak nostalgia dulu2, masa kami kecik2. Mana yang kelakor, kami gelak terbahak2. Mana yang syahdu2 tuh, rasa nak nangis pun ada. Moment betul! ;D

Ghalit sangat, sampai tak sedar dah sampai ke destinasi rupanya 'rombongan Cik Kiah'. Alamak! Perut dah berdangdutlah! Achaner tu..??! Hu3...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



Thursday, June 16, 2011

SELAMAT BERTUNANG CIK A-IM & CIK ANI...

Layan gambar ngan captions jer la, ek? Sebab takde idea bernas nak buh mukadimah apa?! Ngeh3...

~ Nama tunang A-im nie Rohani. Adik2 ipar aku sume dah siap2 panggil Cik Ani. Aku follow jer... Hiks...

~ Tersarungnya cincin di jari Cik Ani...

~ Makanya, tunangan A-im lah beliau secara officially...

~ Peluk cium dengan bakal mak mertua.

~ & pose..! ;P

~ Deretan hantaran daripada pihak lelaki. Kalau tak silap aku, ada 13 dulang sumenya.

~ Berbalas berapa daripada pihak pompuan, takde la plak aku ingat... Sampai rumah tempat istirehat, tak sempat nak kira, dah kena 'langsaikan' dengan adik2 ipar. Rakus betul diorang tau! Ha3...

~ Paling tak buleh blah halwa betik nih. Sume pun dah tak tau nak deco2 macam mana?! Aci wrap2 & buh dalam bekas begitu jer... Buh la sket coklat bar Cadbury sebagai hiasan... Kira jadiklah tuh! ;P

Sesi peminangan berlaku dengan pantas! Sap2 soi dah settle! Takde maknanya nak berpantun2 bagai... Aci straight to the point jer. 

Sangat bagus sebab perut pun dah lapor tahap gabanz! Buleh la terjah meja santapan plak. Lauk best, noks..! Ada ikan masak pedas, sambal goreng, gulai ayam kampung, ikan goreng, gulai nangka & ulam2-an. Kuih-muih pun ado. Ikan masak pedas tu memang superb! Rasa macam nak mintak tapau lak. Ha3... Melampau! ;P

Akhir kata, Selamat Bertunang kepada Cik A-im & Cik Ani... Jaga2! Darah tengah manis tuh! Tak pecaya? Cer rasa... Cer rasa... Ha3...


Wednesday, June 15, 2011

TO JOHOR WITH LOVE...

Pagi Sabtu tu, pukul 6 a.m aku dah bangun. Nak mengcop bilik air gitu... Ye la kan... ramai yang lepaking kat rumah Awa. Kalau lambat kang, harus la berebutkan 2 buah bilik air tuh.

Sib baik baju aku & my 'sayang' aku dah siap2 iron belah malam lepas balik makan kat D'Lala Seafood. Takde la kelam-kabut sangat.

~ Hokay! Dah siap! Kiut tak? Ahaks3...

~ Pukul 8.30 p.m kitorang start gerak. Mendung2 jer masa tu. Masuk jer highway, dah start hujan renyai2. 

~ Mr. Driver yang super cool. Ececeh..! Hubby sendirik, harus puji lebih2, hokay..! He3...

Kitorang stop kat R&R Nilai untuk breakfast. Lapor, dowh..! Aku amik mee goreng yang nampak macam santek menarik tertarik komemangthebomb tapi, rasa dia hampeh! Indah khabar dari rupa. So, tak abis! My 'sayang' amik nasik goreng. Simple tapi, sodaplah. Rugi plak rasanya tak amik nasik goreng jugak. Hu3...

~ Sepanjang perjalanan aku adalah mentido. Jaga sekejap, lepas tu tido balik. Begitulah... Kat Pontian, A-im dah sediakan  rumah untuk kitorang rehat2. Di situ jugaklah kitorang especially Udda merepair hantaran2 yang tersenget-benget. 

Sib baik dari rumah tu ke rumah bakal tunang A-im tak jauh. Pukul 1 p.m, sampai sana. Dah berdangdut dah perut aku time tuh. Control2... sebab sesi peminangan baru nak bermula... Adeh3...

Friday, June 10, 2011

DARI PERAK KE NEGERI JOHOR... EWAH..! ;P

Weekend nie, aku jadik orang Johor sekejap. Wah..! Tetiba kan... Hiks...

Actually, sok nak ke Johor, menyertai rombongan meminang. Nak menyunting dara pujaan A-im katanya kan... Ecewah..! ;P

Petang kang, nak berdesup ke KL. Stand by kat rumah Awa. Sok pagi2 senang, terus jer berdesup ke Johor.

~ Malam tadi, aku ngan mak bertungkus-lumus buat mende alah nih untuk dijoinkan sekali dengan hantaran A-im. Tema adalah silver + hitam + gold. Hah! Amik ko! 3 in 1 tuh! Ha3...

~ Yang tadi tu base. Tu, ha..! Nampak tak kat bawah kotak tuh base tadi? Nampak kan? ;P Base untuk kotak baulu ikan. Nie masih dalam keadaan cincai2 lagik. Baru siap 80 %. Plus, baulu ikan pun tak buh lagik kan... Mak kata nak modified2 sket. Nak add-on coklat2 sket. Tak kesah la kan... Asal mak aku puas hati, sudah..!

Pukul 1 a.m wooo... baru mentido malam tadi sebab nak membina sekotak hantaran. Mabuk laut aku bangun pagi tadi tau! Hadoi la...Tapi, tu sume hal kecik jer sebab bila tengok yang 80 % siap tuh, rasa puas hati lak! Ececeh..! ;P 

Kalau dah siap 100 % kang, aku jaja kat sini, ek? Jangan risau, you ols..! Lepas tu, korang wajib puji ia santek, hokay! ;P

Kalau ikut perancangan awal, hari Ahad baru balik. Sebab lepas merisik2 & meminang2, mungkin akan ada sesi jalan2 carik pasal! Owh..! Best, noks..! Ah kak like..! La3...

Doakan kami selamat pergi & kembali, ek?! ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google