SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label EURO FUN PARK. Show all posts
Showing posts with label EURO FUN PARK. Show all posts

Friday, September 14, 2012

6 SYAWAL 2012... EPISOD: EURO FUN PARK REVISIT

Re-visit ke Euro Fun Park buat ke sekian kalinya... Kali ni bawak family aku pulak.

A_bern la beriye2 ajak. Siap merayu2 buat muka seposen mintak pujuk ibu dia untuk pergi jugak. Sadis betul! Kesian...

Memula, kakak memang tak nak pergi. Aku pulak yang jenuh buat muka seposen kat beliau. Patut ke muka kiut ah kak ni jadik mangsa A_bern? Cis betul!

Nasib baik membuahkan hasil jugak. Cair kakak dengan muka seposen aku. Ha3...

~ Tiket masuk disponsor oleh ah kak yang kiut. Eh! Tu pun nak ceritakah? Haish!

~ A_bern (yang ada arrow tuh) bersiap-sedia nak naik buaian berpusing. Kat Genting dulu pun dia naik mende alah ni jugak. Berani betul mokcik nih. Aku yang tengok yang seriau!

~ Muka puas hati sebab dapat naik buaian yang berpusing menggila tuh.

~ Ziqah pulak nak naik kuda. Layankan je...

Bab main game yang ada kat situ, aku tak belanja la. Aku belanja tiket masuk je. Kalau semua nak disponsor, pokailah ah kak..! Hu3...

~ Haunted Castle. Ni hantu galah kot... sebab panjang sangat! He3...

~ Diorang ni nak mencabar keberanian diri, masuk Haunted Castle. Alaaa... berani2 takut je tu... Ha3...

~ Masuk naik kereta kecik. Diorang dah cuak dah time nih! He3...

Kos nak masuk Haunted Castle adalah samadengan 5 token samadengan 10 hengget. Tapi, diorang menyesal sebab giler sekejap kot dok dalam tuh. A_bern kata, jenuh nak dapat feel seram tapi, tak dapat2 sebab hantunya limited. 

My 'sayang' pulak kata, tak sempat nak takut, dah keluar. Memang coi habis la kiranya... 

Aku yang menunggu kat luar pun rasa pelik. Pejam celik, pejam celik, diorang dah keluar balik. Muka memasing pulak muka happy macam baru lepas pergi open house lagaknya... Takde seram2 langsung! 

Hmmm... rumah hantu ke rumah terbuka nih? Ha3...


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



Thursday, September 6, 2012

2 SYAWAL 2012... EPISOD: EURO FUN PARK

Tengahari 2 Syawal, aku balik rumah mertua. Turn beraya kat sana pulak. Sedeh kot nak meninggalkan kampung halaman sendirik... Sob3...

Ececehhh..! Over pulak! Macam la jauh sangat kan... He3...

Kakak kata, kalau takde program apa2, means setakat duduk melepak kat rumah mertua je hari tu, kakak ajak join dia beraya kat rumah kakak ipar & kawan dia. Kami ok je... Tapi, kena tanya2 belah mertua dululah kot2 ada program ke tidak. Kalau ada, terpaksa la cancel join kakak beraya. Kalau takde, ayuh kita berayalah! Heh3...

Kesimpulannya, family mertua ada program nak berjalan2 raya. Owh... terbaekkk..! Ah kak suka je... dari melepak kat rumah, ko tengok aku, aku tengok ko balik, lepas tu sama2 tengok sawah padi luas terbentang kan... Bosan, noks..!

Memang betul2 berjalan raya sakan aku ngan family mertua hari tu. Memula, pergi rumah Angah Gudai. Kat sini makan kuih raya ngan teh o panas je. Lepas tu, membawak ke rumah Nenek Seksi. Dapat makan mee goreng marvellous! Hujan renyai2 pulak tuh! Memang terbaekkk... la layan mee goreng... He3...

Lepas tu, konvoi ramai2 ke rumah Angah Siai. Tapi, tuan rumah takde. Tak jadik singgah. Eh, nama2 yang ah kak sebut kat atas ni aci bubuh ikut apa yang diexplain oleh my 'sayang' je. Tapi, usah ditanya macam mana boleh jadik sedara sebab ah kak tak reti nak explain. Macam berpusing2 je salasilahnya tuh. Hu3...

Terus sambung beraya ke rumah Mak Anjang & last sekali ke rumah Mak Ngah. Lepas Maghrib baru balik. Ni baru namanya beraya sakan! Fuh!!! ;P

~ Dari rumah Mak Ngah, kami ke Euro Fun Park. Kira macam funfare la... Jijah teman Qistina naik kereta comel nih. 

~ Nak naik kuda kat belakang tuh tapi, maluuuuu.....!!! Amik gambar je lah... Hu3...

~ KF buat iklan ubat gigi... He3...

~ Ah kak berada di mana2 kan? Rugi tak enterframe! Hiks...

~ Qistina ngan Jijah berangan nak jadik Charlie's Angels Malaya. ;P

Korang mampu pergi funfare pakai baju kurung sesopan kami? Ahaks...

~ Haunted Castle pun ada wooo..! Hantu2 display kat luar castle memang weird! Tu yang ah kak buat anak panah tuh sekor. Siap boleh teleng2kan kepala lagik, noks..! Neves ah kak tau! Fuh!

~ Yang ni buaian berpusing. Neves jugak aku tengok diorang yang naik mende alah nih! Memula, ok la... Lama2 dia berpusing semakin tinggi & tinggi! Alaaa... yang macam kat Genting tu haaa..! 

Ada 2 funfare yang beroperasi di Hari Raya. 1 kat Bandar Baru & 1 lagik yang ni la, kat Intanova. Yang kat Bandar Baru tu funfare biasa2 je. Permainannya pun tak se-extreme kat Euro Fun Park nih. Masuk pun percuma je. 

Euro Fun Park ada tiket masuk. 4 hengget untuk dewasa & 2 hengget untuk kanak2. Permainannya ala2 Genting. 1 token = 2 hengget. Sampai sekarang still on. Kalau ada yang nak try menyinggah tu, boleh la terjah Intanova. Korang jumpa Kolej Komuniti Teluk Intan, korang jumpalah jugak dengan Euro Fun Park nih. Tu je directionnya. He3...

Hmmm... pandai betul tauke2 funfare menghabiskan duit2 raya kita kan? Uhuks3...


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google